Showing posts with label Musa Aman perlukan talian hayat. Show all posts
Showing posts with label Musa Aman perlukan talian hayat. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

Ketua Menteri Sabah yang paling kontrovesi kerana menghadapi pelbagai kemelut dalaman dalam UMNO Sabah dan BN Sabah, Datuk Musa Aman mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan dalam komponen BN Sabah yang memberikan kerjasama dan sokongan kepada beliau sebagai seorang ketua di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata sokongan padu dan keyakinan yang diberikan oleh parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sabah banyak memudahkan beliau dalam menunaikan tanggungjawab memimpin BN Sabah dan kerajaan negeri.


Sehubungan itu, beliau mahu semua parti komponen BN Sabah terus memberi sokongan kepadanya dalam usaha mengukuhkan lagi ekonomi dan membangunkan negeri ini.


"Sebagai Pengerusi BN negeri, saya berterima kasih dan sentiasa menghargai sokongan, peranan serta sumbangan positif yang disumbangkan oleh wakil-wakil rakyat serta pemimpin parti dalam komponen BN Sabah," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pertama Parti Gerakan Sabah di sini, Sabtu.


Menurut Musa sebagai pemimpin dan kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan negeri Sabah sentiasa prihatin dengan keperluan yang disuarakan oleh rakyat.


Beliau berkata usaha berterusan dilakukan bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat di seluruh negeri ini bukan sahaja di kawasan luar bandar, malah di bandar