Showing posts with label Musli Oli. Show all posts
Showing posts with label Musli Oli. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012



Dalam kunjungannya ke kota Kinabalu, 31 mac lalu di sebuah Restoran di bawah pejabat Perhubungan PAS negeri Sabah, wartawan Harakah, Ahmad Lutfi Othman sempat berbicara dengan penganalisis politik Sabah, Musli Oli 52, yang juga penolong ketua penerangan Keadilan Sabah. Lulusan ekonomi yang banyk menulis buku-buku politik ini merupakan bekas Presiden Mahasiswa Sabah Universiti malaya, awal tahun 80-an.


Dalam wawancara tersebut, sdr Musli Oli meramalkan beberapa kawasan Parlimen di Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang jika situasi satu lawan satu akan menjadi kenyataan. Antara yang diramal akan menjadi 'tawanan' pembangkang ialah parlimen Kota belud, Kudat dan Kimanis.


Ikuti wawancara berikut:


WARTAWAN: Bagaimana saudara melihat situasi politik Sabah?


MUSLI OLI: Dalam pilihan raya 2008, BN menang 24 daripada 25 kerusi Parlimen. Hanya kerusi Kota Kinabalu dikuasai DAP.


Sebenarnya ada empat atau lima kerusi parlimen boleh dimenangi parti pembangkang jika “satu lawan satu”. Daripada 60 kerusi Dun, hanya satu dimenangi DAP, iaitu Sri Tanjung.


Waktu itu, Sabah dan Sarawak tidak mendapat isyarat yang jelas daripada negeri-negeri lain di Semenanjung. Justeru, rakyat play safe dan terus beri sokongan kepada BN.


Situasi hari ini jauh berbeza. Ramai secara terbuka menyatakan perasaan tidak puas hati dengan isu-isu yang menyelubungi rakyat terutama isu pendatang tanpa izin, isu kemiskinan dan banyak lagi, yang gagal ditangani kerajaan BN.


Daripada urutan sejarah politik, pemimpin Kadazandusun (KDM) seawal Tun Stephens amat berpengaruh dan mendapat sokongan daripada kaum mereka kerana sentimen tidak bersetuju dengan dasar kerajaan Pusat kepada Sabah.

Atas faktor sentimen marahkan dasar BN di peringkat Persekutuan itu, Sabah bertukar kerajaan beberapa kali dengan kebangkitan semangat KDM. Ia bermula pada 1976 bila USNO tumbang kepada Berjaya pimpinan Stephens.

Diikuti kebangkitan PBS di bawah pimpinan Joseph Pairin Kitingan pada pilihan raya 1985.

Berjaya yang mendapat sokongan sink and swim dari Dr Mahathir Mohamad hanya tinggal enam daripada 48 kerusi Dun!

Kerana taktik “pecah dan perintah” Kuala Lumpur, KDM dipecahbelahkan kepada beberapa parti politik selepas pilihan raya negeri 1994. PBS, UPKO dan PBRS adalah partiparti politik utama pimpinan KDM, di samping jumlah yang signifikan menyertai Umno.

Setelah PBS menyertai semula BN pada 2001 dan persempadanan semula kawasan pilihan raya (daripada 48 kerusi kepada 60), jumlah kerusi majoriti pengundi KDM, yang asalnya 20 menjadi 17 sahaja.

Dengan dua faktor itu sokongan KDM tidak lagi menjadi penentu politik Sabah.

Keadaan terkini pengundi KDM macam mana, ya?

Daripada 25 kerusi Parlimen Sabah, lapan kerusi majoriti KDM berada dalam situasi “tidak menentu” berikutan isu-isu politik mutakhir terutama janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang begitu dekat dengan hati kaum KDM.

Antara isu-isu yang mendapat sokongan KDM ialah: Pertama, memulihkan Perjanjian 20 Perkara. Kedua, menyemak semula Perjanjian Malaysia 1963. Ketiga, menaikkan royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus. Keempat, menubuhkan siasatan diraja mengenai pendatang tanpa izin.

Kelima, memansuhkan dasar kabotaj yang menjadi punca harga barang keperluan di Sabah lebih mahal secara relatif dengan Semenanjung. Dan keenam, melaksanakan sepenuhnya dasar Borneonisasi.

Jika tidak ada perpecahan undi dan tercapai persetujuan “satu lawan satu parti” sesama pembangkang, lima kerusi Parlimen KDM boleh ditawan Pakatan pada PRU13.

Janji Pakatan ini secara umum bukan sahaja menarik sokongan KDM yang terkenal dengan keberanian mereka menukar kerajaan tetapi juga mempengaruhi sokongan kaum Bumiputera Islam yang masih dibelenggu kemiskinan.

Dengan kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia, di samping kadar pengangguran di Sabah yang teratas sekali, golongan muda mula secara terang menunjukkan protes terbuka terhadap BN dan Umno. 

Jangkaan saudara ...


Saya meramalkan daripada 14 kerusi Parlimen diwakili Umno, lima hingga tujuh boleh dimenangi Pakatan, antaranya Kota Belud, Kudat dan Kimanis.


Kerusi Parlimen yang sebelum ini diwakili LDP (1), SAPP (2) akan ditawan Pakatan di samping mengekalkan Kota Kinabalu.

Keseluruhannya, lima kawasan KDM, lima kerusi Melayu dan empat kerusi Cina, semuanya 14 akan jatuh kepada Pakatan. Namun, saya kira BN masih mampu mempertahankan kerajaan negeri kerana fokus rakyat Sabah lebih kepada menawan Putrajaya.

Dalam PRU13 nanti, Umno- BN cukup mengharapkan Sabah dan Sarawak menjadi benteng terakhirnya. Tetapi dari tanggapan saudara itu, maknanya, Sabah bukan lagi “simpanan tetap” BN?

Istilah “simpanan tetap” adalah istilah Dato’ Seri Najib Razak sewaktu berucap di Tuaran, Sabah pada 2008, beberapa bulan selepas PRU12.

Rakyat Sabah hari ini mempersenda istilah itu dengan kata-kata seperti “jika ada bank yang tawarkan interest 20 peratus, buat apa simpan di bank yang bayar interest lima peratus”!

Lanskap politik Sabah berubah setelah PRU12, apatah lagi selepas melihat keputusan rakyat Sarawak pada pilihan raya negeri Sarawak, April 2011.

Apa sebenarnya isu-isu kritikal yang dihadapi rakyat Sabah?

Isu pokok ialah Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 1963 yang tidak dihormati kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno-BN! Begitu juga isu tanah adat dan tanah warisan. Di Sabah setakat ini 485 kes pending di mahkamah berhubung tindakan syarikat-syarikat yang merampas tanah rakyat.

Begitu juga isu royalti minyak.

Dua pemimpin Sabah terkorban kerana isu ini. Seorang korban jawatan, Tun Mustapha yang ditentang Tun Razak kerana meminta royalti lebih daripada 5 peratus dan Tun Fuad terkorban nyawa pada 6 Jun 1976 kerana enggan tanda tangan perjanjian dengan Petronas yang beri 5 peratus royalti.

Isu lain ialah kebanjiran pendatang tanpa izin dari Filipina dan Indonesia. Janji KLmemujuk rakyat Sabah menyertai gagasan Malaysia ialah melindungi Sabah daripada Filipina dan Indonesia ternyata tidak benar. Sebaliknya KL membiarkan Sabah dimasuki secara bebas dan Umno terlibat memberi kad pengenalan dan kerakyatan kepada mereka.


Selain itu, isu kemiskinan dan kemudahan infrastruktur yang daif. Pada tahun lalu, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kebajikan Persekutuan, Asri Aziz dalam majlis “sedetik dengan media” menyatakan 68 peratus rakyat Sabah masih hidup di bawah paras garis kemiskinan.

Jika di Sarawak, Ketua Menteri, Taib Mahmud yang mentadbir lebih 30 tahun dianggap membebankan BN di negeri itu, bagaimana pula dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman? Sepanjang saya berada di sini, ramai bercakap tentang banyak projek pembangunan dikaitkan dengannya.

Seperti Harris Salleh yang tumbang dengan Berjaya pada 1985, Musa Aman tidak mewakili kaum majoriti pribumi Sabah iaitu kaum KDM dan kaum Bajau. Musa terlalu fokus untuk memperkaya kaum keluarga dan kroninya.

Isu pengambilan tanah rakyat didalangi Musa Aman kerana kuasa meluluskan tanah adalah hak mutlak Ketua Menteri Sabah.

Suasana atau lingkungan politik nampaknya memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat, tetapi sejarah di Sabah menunjukkan pembangkang juga sering berdepan masalah sesama sendiri ...

Masalah pokok ialah untuk mencapai persetujuan dan kerjasama dengan partiparti bukan Pakatan Rakyat seperti SAPP dan STAR. Jika gagal dicapai persetujuan “satu lawan satu” agak sukar untuk menggugat kedudukan BN yang mungkin menjadi dalang di belakang parti-parti pembangkang ini.

Begitu juga dengan masalah kewangan dan logistik yang masih menjadi halangan besar kepada pembangkang kerana keadaan dan geografi di Sabah

Wednesday, December 21, 2011




"Sebelum PRU 2004, saya org pertama mencadang supaya Dato Rahman Dahlan dipilih calon MP atau DUN di Kota Belud. Dia tdk terpilih. Sebelum PrU 2008, saya memperhebat sokongan dalam FB dan blog supaya BN dan UMNO pilih Dato Rahman di Kota Belud. Antara yg menyokong saya mantan MP Kota Belud, Dato Yahaya Lampong..Sebelum PRU 13 bulan Februari ini, saya berharap BN dan UMNO kekalkan Rahman utk penggal yg kedua."

Begitu antara ungkapan sdr Musli Oli dalam membicarakan tentang jangka hayat politik,Datuk Rahman Dahlan di Kota belud. Walaupun sebelum ini Musli Oli begitu hebat sakan berdebat dengan DARD di FCB,namun tidak ramai yang mengetahui bahawa Musli Oli rupanya adalah antara orang penting yang memperkenalkan Datuk Rahman dalam politik Kota Belud.

Dan dengan akuan terbuka ini apakah muslihat Musli Oli mahu Rahman Dahlan dikekalkan di Kota Belud pada PRU 13 akan datang?Sedangkan umum mengetahui bahawa artikel sebelum ini tentang pengguguran Datuk japlin dan Datuk Rahman adalah maklumat rahsia yang Musli Oli ketahui sebelum beralih kapal katanya.

Apakah msulihat dan helah politik ini hanya untuk mengurangkan jurang antara mereka? Bagi pemerhati politik Kota belud menyatakan bahawa ini adalah taktik Musli Oli, kerana jika benar Musli Oli bercita-cita menjadi calon di Parlimen KB, ada kemungkinan jika beliau berhadapan dengan DARD,Musli Oli boleh menang kerana terlalu banyak isu yang boleh dimainkan oleh Musli Oli termasuk kegagalan DARD menangani beberapa isu tanah di daerah itu juga isu pemain import. Atau barangkali satu pertemuan sulit sebenarnya telah berlangsung antara kedua orang ini? Helah Musli Oli ini hanya akan terbon gkar menjelangnya PRU 13 dalam waktu tidak sampai 4 bulan dari sekarang. 


Selain itu, Musli Oli juga menjadikan kenyataannya itu sebagai 'umpan' kepada Datuk Salleh. Musli Oli tahu dan amat tahu bahawa jika DSSK yang dicalonkan di Parlimen KB, maka harapannya akan berkecai kerana DSSK punya kekuatan sendiri termasuk punya wang ringgit yang bertimbun. Lagipun berdasarkan statistik DSSK sejak menjadi MP KB beliau memperolehi pertambahan undi setiap kali PRU .Musli OLI lebih suka secara moralnya 'kalah' di Usukan kerana itu bukan matlamat sebenarnya, kawasan Parlimen KB adalah sasaran utama PKR pada PRU akan datang.


"Kira2 3 bulan lalu saya menulis surat (sulit) kpd Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib yg secara umum sentuh isu2 politik di Sabah dan secara khusus tentang salah laku KM Sabah. Saya kemukakan urutan kronologi dan fakta2 berkaitan..Entah mcmana surat itu tersebar luas dikalangan org2 KM sedangkan surat sulit itu kpd org2 PM..ada hantukah dalam JPM yg gajinya di bayar Musa Aman?"


Ini pula adalah isu lain yang saya petik dalam laman FCB Musli Oli..Mengutus surat kepada Perdana Menteri. Mungkin para pengundi di Sabah dan di Kota Belud memang tahu siapa sebenarnya Musli OLi...

Saturday, December 17, 2011

Sebelum ini apabila YDP perkasa Sabah juga AMT USBO, Sdr Musli Oli bertindak keluar dari UMNO dan menyertai PKR, beliau mendakwa dibayar antara RM17 ribu sebulan semasa berada dalam parti UMNO. Sambil menyifatkan bahawa tindakannya keluar dari UMNO itu bukan kerana faktor Wang tetapi bersangkut dengan prinsip perjuangan. Pendedahan sdr Musli Oli mendapat pandangan sinis daripada MP Kota Belud,YB Datuk Rahman Dahlan apabila dalam FCB MP Kota belud seolah-olah mempertikaikan kenyataan sdr Musli Oli dan membuat bandingan bahawa MP atau Ahli Parlimen hanya diperuntukkan sekitar RM6500 sahaja,jauh lebih rendah daripada yang diperolehi oleh sdr Musli Oli yang bukan bertaraf Ahli Parlimen atau YB.

Pendedahan Musli Oli tentang kepincangan UMNO dalam mengurus keikhlasan kepada Sabah dan sarawak terus dilakukan oleh blogger itu dalam Blognya Sekali ketuk dan kemudiannya dipostkan dalam laman portal Rontog .daily.

Terbaru dalam ceramah di kg Tajau, Tuaran, YD Perkasa itu pula membuat pendedahan berani yang menyebabkan politik Sabah BERGEGAR!. Musli OLi dalam kenyataanya mendakwa UMNO membayar beliau RM9 ribu sebulan untuk menyerang Datuk seri Anwar Ibrahim dan parti PKR dalam penulisannya di Blognya.

Pendedahan itu bukan sahaja memberi satu persepsi baru dalam minda luar sedar  politik anak-anak muda di sabah tetapi juga ia memberikan jawapan kepada apa yang sebelum ini dilaung-laungkan oleh pemimpin PKR mengenai dengan KONSPIRASI KOTOR DAN JIJIK yang dibuat oleh UMNO untuk menjatuhkan dan mengaibkan Datuk seri Anwar Ibrahim.

Jika sebelum ini rakyat Sabah hanya mendengar khabar-khabar angin dari pemimpin PKR di semenanjung tetapi kali ini, dengan pendedahan anak tempatan kelahiran Kota belud itu, sdr Musli Oli dilihat menjadi ikon  baru perjuangan PKR di sabah. Mungkin tidak setanding dengan Dr Jeffry Kitingan yang telah meninggalkan parti PKR tetapi kehadiran Musli Oli dilihat menyuntik semangat baru dalam perjuangan menuntut HAK_HAK SABAH seperti yang terkandung dalam 20 Perkara perjanjian Malaysia.

Thursday, July 7, 2011


Artikel ini ditulis berikutan beberapa artikel yang dikeluarkan oleh Sdr Musli Oli, dalam blognya sekali ketuk dan disiarkan melalui portal RontogDaily.com . setelah mengamati beberapa siri penulisan sdr Musli Oli sejak kebelakangan ini berkaitan dengan perkembangan politik sabah, secara tersiratnya, ramai yang sudah menjangkakan di pihak mana sdr Musli Oli yang merupakan AJK USBO dan juga YDP PERKASA Sabah berpendirian. Walaupun pada saya beranggapan, dipihak mana Sdr Musli Oli berada tidak begitu penting dalam dunia politik para pemimpin yang saya bariskan di awal tajuk artikel saya ini. Meskipun juga saya berpendapat pada waktu yang sama, impak penulisan itu begitu signifikan dalam perekodan sejarah politik sabah.

Apa yang menarik sangat yang perlu dikupas berkaitan hal itu ialah apabila dengan 'berani' membuat pendedahan melalui artikel "tuah ayam dikaki, Tuah Musa di politik" dalam blog sekali ketuk. Sebagai penulis buku politik tanahair juga pada waktu yang sama seorang penggiat politik, rasanya pendedahan yang dibuat oleh YDP PERKASA Sabah ini amat-amat diperlukan oleh masyarakat yang celik kepada politik Sabah. Seperti yang ditulis oleh beliau bahawa :

"Semasa menjadi Ketua Menteri Sabah, Chong Kah Kiat adalah pelobi utama dan penyokong kuat Musa Aman untuk dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yang baru. Presiden LDP itu beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir meyakinkan PM bahawa Musa adalah calon yang paling layak menggantikan Datuk Osu Sukam."

Ini menguatkan hujah sesetengah penganalisis politik bahawa Musa Aman bukanlah mewakili majoriti bumiputera dalam politik sabah. Malahan yang lebih memeranjatkan lagi ialah bilamana menurut sdr Musli Oli, mantan Ketua menteri sabah Datuk Chong Kah Kiat adalah merupakan pelobi utama Musa Aman sebelum dimahkotakan sebagai ketua menteri sabah melalui sistem penggiliran yang diperkenalkan oleh mantan PM, Tun Mahathir yang kemudiannya dimansuhkan atas dua sebab yang dikatakan oleh sdr Musli Oli iaitu kerana tidak ada pembangkang di sabah setelah kemasukan PBS dalam BN semula dan kedua kerana sistem penggilran Ketua Menteri dirujuk sebagai janji peribadi Tun Mahathir dan bukannya polisi atau dasar BN di Sabah.

Jika sebegitu maka rakyat Sabah harus diberitahu secara jujur bagaimana hubungan intim antara Chong Kah Kiat dengan Musa Aman berubah menjadi 'tuba' terutama berkiatan dengan isu patung Mazu di Kudat. Apakah sebab yang membawa kepada 'penderhakaan' Musa aman dalam hubungan politik dengan Chong Kah Kiat?

Perselisihan dua pemimpin ini memungkin kemunculan watak baru dalam pemimpin politik di sabah. Dan tidak ragu-ragu lagi apabila Datuk shafie dilaporkan menepati watak yang dimaksudkan , walaupun seperti yang dilaporkan oleh media ketika lawatan PM di sipiting baru-baru ini, Musa Aman dalam ucapannya ada menyentuh tentang "pemimpin sate". Siapa yang dimaksudkan oleh Musa Aman? Apakah watak baru yang dimunculkan oleh sesetengah pihak yang mula tidak senang dengan kepimpinan Musa Aman di sabah?

Artikel yang kemudiannya 'dimunculkan' oleh Musli Oli dalam blognya ialah bertajuk " sabah miskin kerana politik dan pemimpin yang angkuh". berkisar tentang monolog dalaman seorang penulis yang berkelana sehingga di hujung negeri melihat panorama desa di sepanjang perjalanan sehari suntuk itu. dalam seperti biasa Musli Oli mengulas berkaitan dengan pembinaan patung Mazu yang terbengkalai di Kudat. Seperti rentetan dalam penulisan awal, sdr Musli seolah-olah memberi gambaran bahawa satu kerugian besar kepada industri pelancongan negeri bila pembinaan Patung Mazu ini ditergendalaakan.

Artikel kedua ini masih menyalahkan sebelah pihak.Baik Musa Aman dan Chong Kah Kiat, atau datuk shafie Apdal melalui artikel itu kita dapat mengetahui bahawa keperluannya Sabah mengalami tranfsformasi kepimpinan. walaupun begitu, adalah diharapkan agar artikel sdr Musli Oli tidak punya agenda tertentu, supaya apa yang didedahkan itu akan tersurat dalam lipatan politik sabah.

Sunday, August 8, 2010


Ilustrasi idea ini saya panjangkan, bermula bila YDP PERKASA SABAH yang juga penggiat politik UMNO KB, mengeluarkan satu kenyataan dalam FCB nya yang mengundang banyak idea pertentangan dan tidak kurang juga idea yang menyokong. Namun yang lebih menarik perhatian saya ialah ayat yang digunakan oleh SdrMusli Oli ini :

.."jika saya ada keberanian Pandikar Amin, aura Tun Mustapha, visi Harris Salleh, Kesetiaan Shafie Afdal, kedegilan Chong Kah Kiat, determination Jeffry Kitingan, kepintaran Salleh Keruak, kewarakan Sakaran Dandai dan kewangan Musa Aman. Saya boleh jadi KM Sabah yg terbaik!!..

Apa yang berlegar di fikiran saya waktu ketika membaca kenyataan dan ayat ini ialah,mengapa ada dua pemimpin Kota Belud yang dimasukkan oleh Sdr Musli Oli? Mereka yang saya katakan ialah Datuk Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin. Dan lebih memeranjatkan saya ialah apabila Datuk Salleh dikaitkan dengan ayat " KEPINTARAN" . Apakah tidak ada tokoh politik Sabah yang lebih menonjol percaturan politiknya dengan mengenepikan soal emosi , sebaliknya mengetengahkan kebijakkan dan kepintaran dalam menjamin kelangsungan ideologi dan idealisme perjuangannya? Saya tidak mempertikaikan ayat Sdr Musli Oli tetapi mungkin 'isi' atau kandungan ayat itu boleh dihujahkan. Kerana itu saya memberikan satu contoh dalam FCB sdr Musli Oli bahawa jika 'KEPINTARAN' politik yang dimaksudkan, rasanya Datuk Pairin lagi menyerlah dan wajar dimasukkan dalam kenyataan itu, kerana percaturan,pertimbangan, gagasan serta keberanian mempertahankan hak-hak peribumi dan hak perundangan Sabah termasuk isu PATI dan sebagainya. Sehinggakan, walaupun PBS bertindak keluar dari BN, namun aura dan kepercayaan rakyat Sabah tidak pernah goyah. Terbukti melalui sokongan rakyat. PBS jatuh bukan kerana atas'penderhakaan" rakyat tetapi petualang politikus yang liar.

Saya tidak kontra kepada SSK tetapi saya menunjukkan sikap kontra kepada kenyataan YDP PERKASA SABAH ini. Begitu juga dengan "kesungguhan Datuk Musbah" dalam memberikan perhatian kepada masyarakat Kota Belud juga ditolak oleh sdr Musli sebagai prasyarat untuk menjadi pemimpin dan dalam angan-angannya menjadi Ketua Menteri. Lihat kenyataan beliau ini :

"..jika seorang pemimpin yg di "hadiah" jawatan Ketua UMNO Bahagian secara percuma. dan dgn jawatan itu dia jadi YB dan menteri. Bila tiba pemilihan dia dapat pula sokongan penuh KM Sabah, masih juga gagal dapat pertahan jawatannya sebagai Ketua UMNO, maka pemimpin itu tak layak dibincang dalam perbahasan ini!!! Peluang telah diberi, mana janji bangunan UMNO Kota Belud ketika lobi projek kerajaan dulu? Semua dah berlalu, dapat projek yg dapat bangunan sendiri bukan bangunan UMNO. Sehari selepas kalah, arah UMNO keluar dari pejabat peribadi yg dijadikan pejabat parti!!.."

Kenyataan ini saya anggap sebagai serangan peribadi dan bukan satu hujah kuat untuk mengetengahkan idea politik yang baik. Apakah kaitan kenyataan ini dengan sikap serta "KESUNGGUHAN" yang dimiliki oleh wakil rakyat Tempasuk ini? Sekali lagi saya mengingatkan sdr sekalian bahawa saya juga bukan pro dan kontra kepada pemimpin tertentu atau sesiapa sahaja, tetap kenyataan yang harus dikeluarkan dalam FCB harus lebih bertanggungjawab. Ertinya, boleh diperjelaskan supaya ia tidak menjadi satu kekaburan. Dan hujah diberikan harus menggambarkan pendirian dan tidak bersifat goyah.


lalu 'KEBERANIAN' yang dimaksudkan oleh Sdr Musli Oli itu saya, ilutrasikan dengan "KEBERANIAN" yang dimiliki oleh Tan Sri Simon Sipaun yang berani menyanggah idea pembentukan Malaysia kepada Tun Mohd Stepehens...walaupun Sdr MO menolak idea ini dengan alasan beliau bukan politikus..tetapi apakah 'pengangkatan' KEBERANIAN itu hanya terhad kepada golongan Politik? Bolehkah KEBERANIAN O.T.JOHN GHANI bertanding sebagai calon BEBAS dengan mengenapikan kehendak pucuk pimpinan UMNO dan BN Sabah, sehingga memenangi kerusi Kuala Penyu itu tidak boleh dikatakan sebagai satu KEBERANIAN?

Apakah muslihat kepada kenyataan MO ini? Apakah gambaran bahawa hanya pemimpin tertentu yang berada di Saf idealisme nya, maka itu yang menjadi idola kepimpinan ideal? Sedangkan yang berada di luar dan punya kredibiliti serta sejarah politik matang boleh sahaja diketepikan.