
Jika berlandaskan kepada perkembangan mutakhir politik Sabah kemungkinan yang amat tinggi untuk Najib mencalonkan semula Datuk Salleh Tun Said pada PRU13 akan datang ini. Hanya terpulang kepada percaturan Najib, jika sesungguhnya ada agenda panjang untuk Datuk Salleh di peringkat negeri, ada kebarangkalian Najib memperkenankan Salleh bertanding di peringkat DUN. Mungkin kekuatannya ialah Salleh boleh terus membantu Musa Aman mengurus negeri Sabah.Kalau ini berlaku, Parlimen Kota Belud tidak akan mungkin ditandingi oleh Salleh, berlandaskan bahawa wakil rakyat hanya diberi peluang bertanding sama ada di peringkat DUN atau Parlimen sahaja. Kalau memilih DUN maka Parlimen harus diserah kepada calon lain.
Hanyasanya yang menjadi persoalannya ialah DUN mana Salleh akan diturunkan? Apakah Salleh akan memilih kubu lamanya USUKAN? iaitu satu-satunya tempat yang paling selamat baginya di Sabah ini. Kerana pada hayat politik Salleh tidak pernah mencuba nasib di tempat orang. Mungkin tajinya belum berapa tajam lagi. Kalau di USUKAN, maka UMNO akan terpaksa berkorban lebih besar 'merehatkan' Datuk Japlin Akim, mantan ketua pemuda UMNO Sabah. Maka perlu sangat juga direhatkan kerana selama dua penggal menjadi wakil rakyat Usukan, Datuk Japlin tidak banyak membuat apa-apa untuk kemashlatan masyarakat USUKAN. Mungkin mewarisi stail Datuk Salleh ketika menjadi ADUN USUKAN.
Lainlah kalau Najib memerlukan lakaran formula baru bagi politik Salleh. Ertinya jika Najib mengkhendakkan Salleh beraksi di peringkat persekutuan, walaupun sebelum ini Salleh tidak pernah mencurah bakti di persada itu, maka Najib tidak akan teragak-agak mencalonkan Salleh di Parlimen Kota Belud, dimana di parlimen inilah Salleh mencatat rekod paling lama menjadi ahli parlimen sejak 1995 sehingga 2004 sebelum digugurkan kerana faktor permusuhan politik dalam UMNO Sabah.
Jika Najib memperkenankan Salleh di parlimen P 169 Kota Belud ,maka UMNO Sabah juga harus mencari kawasan mana untuk menempatkan Datuk Rahman dahlan, yang juga merupakan setiausaha BN sabah pada waktu ini. Maka justeru itu Najib perlu mengkaji kekuatan Salleh di Parlimen ini supaya kawasan ini tidak terlepas pada PKR seperti yang dikhendaki oleh Anwar Ibrahim
Tahun 1995, Salleh mencatat jumlah undi sebanyak 17,368 mengalahkan calon PBS Timbun Lagadan yang memperolehi undi 10,237. majoriti yang diperolehi oleh Salleh ialah sebanyak 7,131. PRU 1999, sekali lagi Salleh dicalonkan di Parlimen Kota Belud. PRU 1999 ini Salleh memperolehi undi sebanyak 17,817 mengalahkan dua calon besar iaitu Saidi Simoi dari PBS yang memperolehi undi 8601 dan datu Bandira Datu Alang dari PAS yang mendapt undi 1,515. Majoriti yang diperolehi oleh Salleh meningkat kepada 9,216. PRU 2004 adalah PRU terakhir bagi Salleh selaku MP Parlimen Kota Belud kerana PRU 2008 Salleh digugurkan dan diganti oleh Datuk Rahman Dahlan. 2004, Salleh menghadapi James Baga calon BEBAS. Salleh memperolehi 19,290 manakala James 8,869. Majoriti terus meningkat kepada 10,421.
Jika berpandukan kepada analisis ini, Salleh adalah merupakan Calon boleh menang di Parlimen Kota Belud.Rekod itu bertahan hanya sehingga 2004 sebelum tsunami politik melanda negara. Selepas PRU 2008, kebangkitan anak-anak muda mula kelihatan dalam politik negara. Di selangor golongan elit dan berpendidikan menolak BN dan sekutunya kerana faktor kepincangan dalam pentadbiran negara termasuk amalan rasuah,pemberian kontrak kepada kroni dan proksi serta beberapa insiden campurtangan dalam badan kehakiman negara.
Di Sabah tsunami politik 2008 lambat sampai. Hanya pada penghujung 2009 dan awal 2010, barulah media masa sosial yang membawa tsunami politik dari Tanah besar semenanjung itu mula masuk ke bumi Sabah. Arusnya deras kerana di Kota Belud sendiri sudah mula bertapak aliran fahaman politik anti BN dan anti UMNO, buktinya pada 2008 sendiri calon PKR mula mendapat undi lebih 4000 di parlimen Kota Belud. satu pencapaian yang besar jika dibandingkan dengan pencapaian parti itu sebelumnya di daerah Kota Belud. Anak-anak muda juga tahu bahawa kemenangan Salleh sejak 1995,1999 dan 2004 di parlimen Kota Belud bukan kerana faktor kerdibiliti dan kemampuannya membawa pembangunan di Kota Belud tetapi kerana faktor wang yang ditaburkan ketika pilihanraya. Sebab itu di Kota Belud politik ada kait rapat dengan modal berupa wang. Selepas wang banyak ditabur, wakil rakyat akan mengaut kembali modal yang digunakannya dengan menguasai projek dan kontrak.
Terpulang kepada Najib untuk memerhatikan perkembangan ini. Sama ada Salleh tercalon atau tidak. rakyat Kota Belud masih juga ditakuk lama. Jika Najib mahukan lonjakan pembangunan di Kota Belud, dimana UMNO sabah dilahirkan, Najib perlu memikirkan calon yang lebih sesuai.
4:15 PM
kelapa mawar