
Seorang pemimpin memang tidak akan terlepas dari 'wabak dilema' yang berlarutan. sama ada dilema itu berupa dilema gagasannya, dilema tuntutan penyokongnya, ataupun dilema peribadinya sebagai seorang manusia yang diamanahkan atas pundaknya tanggungjawab berat sebagai pemimpin. "Keserbasalahan" ini akan terus menghantui hidup politik seorang pemimpin.
Setelah Najib menduduki kerusi Presiden UMNO dan PM, menggantikan Pak Lah atas satu peralihan kuasa yang 'didesakkan' oleh situasi penurunan pengaruh dan martabat politik UMNO di mata rakyat..maka penyokong dan pemimpin parti Melayu yang telah melebarkan sayapnya di bumi Sabah 19 tahun yang lampau, di Bumi Usukan , dalam daerah Kota Belud..berkeyakinan bahawa Najib akan membawa perubahan besar dari sudut "kedemokrasian matang" , Kelestarian politik dan pengurustadbiran wang rakyat. Maka cita dan harapan ahli-ahli UMNO itu mula menjadi satu keyakinan bila Najib menggagaskan satu bentuk "TRANSFORMASI" parti dan kepimpinan, dan cuba mememangi hati rakyat dalam beberapa program Juara Rakyatnya.
Beberapa fasal dalam perlembagaan UMNO terutama berkaitan dengan soal kouta pencalonan dalam jawsatan tertinggi parti telah dipinda. Namun ramai pemerhati politik, berpendapat "TRANSFORMASI" yang dilaungkan oleh Najib itu setelah setahun berlalu, hanya berlaku di peringkat pimpinan atasan parti,sedangkan di peringkat akar Umbi terutama di peringkat negeri dan bahagian, isu "kepuakan" masih berlaku dan semakin parah.
Justeru dalam sehari dulu, persidangan UMNO akan diadakan, sudah pula terdengar idea dan gagasan politik Najib, betapa perlunya mewujudkan MODEL POLITIK BARU. Model ini sudah mula diperdebatkan. Lantas para penganalisis masih kebingungan, apakah perlunya ahli UMNO 'dikejutkan' lagi dengan satu Model baru, sedangkan TRANSFORMASI diperingkat akar umbi masih terlalu perlahan. Ramai pemimpin UMNO masih ketinggalan bas dalam meyelami naluri politik Najib. Justeru itu...ramai ahli UMNO mula merasakan Najib semakin terjebak dalam DILEMA YANG PANJANG.
Di satu pihak mantan PM Tun Mahathir , masih berpandangan bahawa Najib perlu berkerja keras lagi, dan beliau meramalkan bahawa PRU 13 akan datang, Najib akan gagal memperolehi kemenangan 2/3. Jika ini benar, maka adalah benar Najib berada dalam dilema dan kekalutan politik yang sukar dirungkai.
Di Sabah, isu perpaduan dan kepercayaan kepada pemimpin masih menjadi isu utama. Parti-parti komponen masih saling mencurigai kepimpinan sedia ada. Bahkan pemimpin UMNO negeri sendiri berada bukan dalam satu saf, sebaliknya masih berpuak dan berkepentingan. Dan dilema kepimpinan di Sabah, menambahkan kekalutan politik Najib. sama ada Najib berjaya meredakan kekalutan ini, gambarannya akan terjawab pada PRK BATU SAPI yang bakal diadakan kelak.
5:33 AM
kelapa mawar