Showing posts with label Najib di Sabah. Show all posts
Showing posts with label Najib di Sabah. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010


Kehadiran Datuk seri Najib ke Lido, penampang kelmarin membuatkan ramai wartawan membuat liputan. Di Samping sebagai memenuhi 'rutin' turun padangnya dengan aktiviti 'minum' di restoran biasa, Najib juga diasak dengan soalan tentang pergolakan politik di Sabah. Termasuk desas-desus kononya akan berlaku perubahan kepimpinan melibatkan rombakan kabinet negeri dan kepimpinan BN. Pada waktu yang sama khabar-khabar angin bertiup kencang di Sabah dalam hal berkaitan tuntutan dan penambahan kerusi parti-parti komponen BN . Ada beberapa kawasan yang secara 'tradisinya' diwakili oleh parti komponen BN , tetapi 'dilobi' untuk ditandingi oleh parti UMNO dan parti komponen lain.


Dengan kenyataan Najib bahawa beliau harus dibiarkan membuat keputusan yang terbaik untuk Sabah, menyaksikan desas-desus selama ini bahawa politik BN di Sabah sememangnya berkocak walaupun digelar "fixed deposit" adalah benar. Perbalahan antara parti-parti komponen BN bukan sahaja merumitkan situasi politik di negeri di bawah bayu ini tetapi juga persengketaan antara beberapa pemimpin UMNO di negeri ini juga semakin meruncing.

Dikhabarkan bahawa punca kepada persengketaan berterusan ini adalah kerana berlakunya beberapa perubahan dan pengguguran ketika PRU12 yang lepas. Penyusunan kroni politik juga tambah menjadikan keadaan bertambah parah.

Seperti yang dilaporkan, bahawa ada sudah puak dan konco-konco politik pemimpin tertentu yang sudah mula melobi dan mempertahankan kepimpinan golongan pilihan mereka. Sabah dan politiknya begitu unik dan bercelaru sejak dulu lagi. Zaman Tunku, kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn hinggalah kepada Mahathir yang mencetuskan polemik penggiliran jawatan ketua menteri mengikut kaum terbesar di negeri ini.

Kini dalam era Najib..apakah beliau akan menjadi 'hero' apabila membuat kenyataan untuk membiarkan beliau membuat keputusan terbaik buat Sabah? Mampukah Najib melunakkan politik suku di Sabah yang begitu berapi? Atau adakah Najib sekali lagi akan menempa satu lagi sejarah dengan memperkenalkan satu lagi Formula politik di Sabah?