Showing posts with label Najib turun padang ke KB. Show all posts
Showing posts with label Najib turun padang ke KB. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

P169 Kota Belud dan Dun sekitarnya terutama N6 Tempasuk dan Dun Usukan , adalah antara kawasan yang tidak sudah selamat buat BN dan UMNO. Strategi PR yang mencalonkan bakal wakil-wakil yang berpendidikan dan golongan profesional membuatkan PM,Datuk Sei Najib tidak dapat tidur dengan lena. Perubahan Mood Pengundi di kawasan-kawasan tersebut juga menunjukkan pertarungan sengit akan berlaku. Justeru itu, Najib tidak menunggu lama, pada hari selasa depan, PM itu akan ke Kota Belud ,membantu kempen piliharaya. Najib dijangka akan ke kawasan Tempasuk di Kg. Taun Gusi, tempat Datuk Musbah Jamli.

Belum terjadi dalam sejarah PRU di Kota belud , seorang yang bertaraf PM, 'mencemar duli' menemui rakyat untuk memastikan kemenangan bagi pihak BN/UMNO. Ini memberi gambaran kepada rakyat bahawa Kota Belud , bukan lagi kawasan selamat buat BN dan UMNO.

Sekaligur kehadiran PM Datuk Seri Najib, menyuntik semangat juang kepada PR di daerah itu untuk terus mendekati rakyat, menawarkan khidmat dan bakti serta membawa oboi PERUBAHAN.

Jika bersandarkan kepada maklum balas dalam dunia cyber, rata-rata pengundi di KB masih memilih 'INI KALI LAH' seolah-olah ingin menunjukkan bahawa ini masanya para pengundi 'membals' budi kepada YB-YB yang mereeka anggap telah selesai menjalankan tugas sama ada sempurna atau sebaliknya itu terpulang ada pengamatan para pengundi.

Keadaan genting di KB, berlaku di kawasan Parlimen di mana Datuk Rahman Dahlan (UMNO/BN) di tentang oleh calon PKR Munirah Majilis beberapa lagi calon dan pemecah undi..tetapi boleh memberi kelebihan kepada PR, apabila undi di kawasan KDM dijangka akan berpecah kepada BN.