Showing posts with label Outonomi PKR. Show all posts
Showing posts with label Outonomi PKR. Show all posts

Thursday, September 23, 2010


Pelbagai helah dan taktik yang dilakukan oleh PR guna menghancur leburkan kubu kuat BN di Sabah. Beberapa bulan sebelum ini pemimpin Lim Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan bahawa suku majoriti KDM di Sabah 'rugi' berada di dalam BN. Andaian 'meletus' bahawa ada kemungkinan suku KDM ini akan terus "kempunan" merasai kerusi Ketua Menteri Sabah, selagi BN di Sabah didominasi oleh UMNO parti dari Semenanjung yang dikatakan 'dihantar' ke Sabah untuk 'menyelematkan' percaturan politik Bumiputera Islam yang akhirnya membawa kepada 'kematian' penuh tragis parti USNO.

Kemudian beberapa hari lepas, dalam satu kenyataan yang cukup menggemparkan oleh ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang DSAI, bahawa jika PR berjaya menawan Sabah pada PRU 13, maka Sabah akan diberikan status "AUTONOMI". Ini juga membawa seribu pengertian buat warga sabah terutama pada golongan muda. Andaian demi andaian diperhalusi kerana dalam apa yang berlaku lewat 47 tahun Sabah yang berstatus "Negara " dan "wilayah" ketika MENYERTAI Gagasan Penubuhan MALAYSIA, banyak kuasa "Autonomi" yang terkandung dalam perjanjian Malaysia yang belum 'tertunai' sepenuhnya. Soal dan Perkara "BORNEOSASI" begitu menghampakan warga Sabah termasuk golongan muda berpendidikan ini.

Ketika"tawaran" pemberian kuasa AUTONOMI ini kedengaran,maka antara yang paling lantang mengkritik dan meraguinya ialah MP KOTA BELUD iaitu Datuk Rahman Dahlan. Konsep dan halatuju serta bentuk Kuasa AUTONOMI itu dipertikaikan oleh DARD. Namun tidak ada pula usaha-usaha penerangan yang dibuat kepada golongan pengundi dan muda di daerah ini.UMNO Bahagian yang diketuai oleh Datuk Salleh Tun Said termasuk PEMUDA yang diketuai oleh Sdr Barur tidak melihat "impak Besar" kepada tawaran PKR ini. DARD pun hanya memberikan ulasan Melalui kenyataan akhbar dan ini sahaja tidak cukup kerana strategi PR di Kota Belud begitu licik dan bersistem. Antara pertaruhan PKR di daerah Kota Belud ialah dengan 'meletakkan' calon dari pemimpin golongan muda untuk menggamit sokongan dari kumpulan ini. Kekuatan Pembangkang di Kota Belud tidak mengganggu "tidur' Para pemimpin UMNO di daerah ini. Mereka masih yakin bahawa Kota Belud tetap menjadi "fixed Deposit" BN di Sabah sepertimana keyakinan Datuk Salleh bahawa Sabah tetap menjadi simpanan tetap BN pada PRU 13 akan datang. Manakala PKR terus-terusan dengan 'penguasaan' kepada golongan muda dan Strategi ini diakui telah berjaya mengkucar-kacirkan BN di peringkat pusat pada PRU 12 yang lepas. Analisis menunjukkan golongan muda telah ramai 'terpedaya' dengan idealisme perjuangan PKR, kerana itu sokongan ini telah menjadi kuasa Autonomi politik mereka.

Oleh yang demikian ada penganalisis politik, merasakan BN dan UMNO di Kota Belud perlu juga meletakkan beberapa calon pemimpin muda di Kota Belud untuk menyimbangkan percaturan PKR ini. Calon bayangan UMNO pada PRU 13 akan datang perlulah memikirkan perihal idealisme dan pendekatan pemimpin muda berkenaan. Termasuk keterlibatan mereka dalam perjuangan UMNO yang lama dan tidak menunjukkan tanda-tanda kontra atau 'mengkhianati' perjuangan UMNO. Sekurang-kurangnya sola pendidikan dan kelayakan juga menjadi 'nadi' kepada pemilihan calon PRU 13 ini. Selain daripada keperluan dari segi pengagihan kerusi mengikut suku seperti Bajau, Iranun dan Kadazan/ Dusun, soal krisma dan kepimpinan juga segera diambilkira. Begitu ramai yang berkelayakan untuk dikedepankan, hanya terpulang kepada pemimpin veteran sama ada bersedia memberikan laluan atau sebaliknya. Bagi golongan muda, adalah sesuatu yang manis apabila kehendak dan aspirasi mereka diwakili...pengorbanan politik pemimpin lama memungkinkan Kota Belud akan terus menjadi "fixed Deposit " BN di Sabah.