Walaupun prinsip demokrasi itu mengambil kira pernyataan majority, namun tidak pula ditentukan secara muktamad bagaimana proses pernyataan majority itu dilaksanakan. Carilah mana-mana teori demokrasi, perihal proses pernyataan majority diserahkan bulat-bulat kepada pelakon demokrasi itu. Akan tetapi dalam alaf-alaf baru ini, isu keluhuran demokrasi mula diperkatakan. Etika dan moral mula perlaku dan penganut demokrasi itu dipersoalkan. Malahan dalam fahaman demokrasi itu sudah mula tumbuh mazhab-mazhab baru yang sealiran dengannya.
Jika itu dijadikan sandaran, bermakna dalam sesebuah organisasi kepartian, maka pertandingan merebut jawatan tidak harus dielakkan, sebagai manifestasi dari semangat demokrasi itu. Ahli diberikan hak mutlak untuk menentukan hala tuju kepimpinan parti, baik di peringkat akar umbi, bahagian ataupun pusat. Inilah yang cuba dirulemodelkan oleh UMNO sebagai parti keramat orang melayu dan bumiputera di Sabah. Pindaan perlembagaan parti dilakukan dengan mengelibatkan ahli-ahli secara langsung dalam pemilihan pemimpin.
Dalam UMNO KB, sejak kebelakangan ini sudah kedengaran, ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Salleh Tun Said akan dicabar dalam pemilihan parti akan datang ini. Situasi genting bagi sesetengah pihak ini, wajarnya dilihat berpandu kepada prinsip demokrasi yakni, ahli dan akar umbi mempunyai hak yang mutlak mengangkat kepimpinan Bahagian UMNO KB. Jika berlaku pertandingan, maka ia tidak harus dilihat sebagai menundan perpecahan. Kerana jika semua berlapan dada dan menerima pernyataan majoriti ,justeru hormati keputusan akan membawa kepada keutuhan dalam parti atau oraganisasi. TETAPI jika pertandingan itu dicemari oleh perilaku kerakusan, perilaku menghalalkan penindasan dan menghindarkan etika serta moral, maka ia bukan sahaja akan mewujudkan perpecahan yan sanat besar, bahkan akan menghasilkan kelompok-kelompok dan proksi politik yang tidak sehaluan. Akibatnya, kronisme berakar umbi dan lama-kelamaan UMNO KB akan kehilangan pemimpin yang benar-benar berwibawa pada masa hadapan.
Soal siapa yang mencabar Datuk Salleh, sememannya spekulasi menambil tempat. ada yang meramalkan Datuk Musbah akan bertindak mencabar Datuk Salleh, berikutan sejarah lampau apabila Datuk Musbah yang pada ketika itu, dicabar oleh Datuk Salleh sebagai ketua UMNO Bahagian KB. Apakah jika Datuk Musbah bertindak bertanding, maka harus dilihat menimbulkan perpecahan dalam parti? Seperti yang pada awal dikatakan, prinsip demokrasi itu menghalalkan pertandingan selagi etika dan moral dijaga untuk mengangkat kepimpinan dalam oraganisasi kepartian.
Ada juga yang menjangkakan, Datuk Rahman Dahlan akan bertanding. Pada hemat saya, walaupun dalam perlembagaan parti tidak melarang seseoranbg yang bukan ahli dalam bahagian tertentu bertanding jawatan dalam bahagian tersebut, TETAPI kebarangkalian DARD berbuat demikian adalah sangat tipis. Justeru kehendak masyarakat KB, tidak boleh disama araskan dengan kehendak ahli parti UMNO KB. Justeru DARD pada saya tidak wajar mempertaruhkan hasratnya untuk itu. Adalah lebih baik mencuba sekali lagi di UMNO Tuaran dimana DARD adalah ahli di kawasan berkenaan.
Jika Awadnir Matanggal yang dilabelkan sebagai pencabar, juga pada saya belum kena pada tempatnya. Awadnir sebelum ini banyak memanaskan bangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Beliau dilihat neutral, kerana boleh berada di dua alam kepimpinan yang berbeza. Duduk dikerusi yang sama semasa Datuk Musbah dan kemudian di zaman datuk Salleh.
Maka daripada tiga personaliti kepimpinan itu, rasanya Datuk Musbah adalah antara yang paling dekat diramalkan akan mencabar Datuk Salleh. walaupun ia masih spekulasi, namun ia tidak salah akan menjadi realiti.
2:58 AM
kelapa mawar
