Showing posts with label PERKASA. Show all posts
Showing posts with label PERKASA. Show all posts

Friday, March 12, 2010


Pertikaian kepada pengwujudan sebuah gabungan NGO Melayu oleh orang bukan Melayu dan orang melayu sendiri begitu menyedihkan. PERKASA yang menjadi "teras" kepada pembentukan MPM telah di cop oleh orang Melayu sendiri sebagai "tali barut" politik UMNO. Jika orang Melayu sendiri sanggup berbuat demikian, apakah yang harus kita perbahaskan lagi kalau Orang melayu sendiri turut mencemuh dan memperlekehkan kewujudan PERKASA dan MPM nya. Sedangkan pada hemat ramai nasionalis Melayu, meletakkan PERKASA dan MPM adalah "kuasa ketiga" orang Melayu ,ketika banyak 'kepentingan' dan kedaulatan politik Melayu telah terkubur oleh kerakusan melulu ramai pemimpin Melayu yang berfikiran sosialis.


Justeru, kelantangan sebuah akhbar Cina yang mempertikaikan PERKASA dengan melabelkan bahawa PERKASA seharusnya wujud 'terkebelakang' dari sekarang dengan merentasi tempoh masa lampau..ia dilihat sebagai memperkecilkan peranan NGO Melayu ini. Dengan bersandarkan kepada alasan bahawa, Apa lahi kepentingan Melayu yang harus dijaga, sedangakan negara telah 50 tahun merdeka. Bukankah kata editor akhbar Cina ini, sebelum merdeka lagi Orang Melayu telah memperolehi hak dan keistimewaan mereka. Jadi, kenapa sekarang PERKASA dan NGO Melayu harus menjadi pendesak kepada kerajaan..? Hujah picisan yang sewajarnya tidak dipertimbangkan langsung dari menyapa pemikiran yang sihat.


Kemudiannya Lim Kit Saing turut mempertikaikan kewujudan Perkasa Dan MPM ini. Dilaporkan melalui blognya, Lim Kit Siang bukan sahaja mempertikaikan, dengan penuh prasangka dan disumbat dengan pemikiran yang prejudis, tetapi juga turut mengecop NGO Melayu sebagai kelahiran Syaitan dan kejahatan. Pengakuan biadap Lim Kit Siang ini bukan sahaja boleh mencetuskan perbalahan kaum yang tragik tetapi juga turut menutupi peranan NGO kaum Cina yang turut menjadi pendesak kepada kerajaan dalam memelihara kepentingan kaum Cina di negara ini. Apakah Lim Kit Siang sudah lupa dengan kewujudan Dong Jiao Zhong yang terbit dari dua buah NGO Cina iaitu Dong Zhong dan Jiao Zhong . Bukankah kedua -dua NGO ini yang telah mengagalkan keberkesanan sekolah Wawasan.? dengan bersandarkan alasan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan budaya dan tradisi kecinaan.





Masihkah kita ingat lagi tragedi 1999, ketika Umat Melayu dilanda dogma politik yang teruk dengan pemecatan DSAI sehingga mewujudkan krisis kepimpinan Melayu..lalu dalam waktu segenting itu,kaum Cina melalui NGO nya SUQIU telah membuat beberapa tuntutan melampau sebagai satu tindakan menghimpit kuasa politik Melayu. Akibatnya sebanyak 2095 NGO Cina telah bersatu dengan "tuntutan Pilihanraya"..Di mana Lim Kit Siang pada waktu itu ? Di mana sifat kesyaitanan yang beliau katakan dimiliki oleh NGO Melayu itu ? Apakah hanya apabila Orang Melayu dan Pribumi di negara ini bangun dengan 'desakan' berhemah kepada kerajaan untuk mempertahankan hak dan kedaulatan mereka mengikut lunas perlembangaan, maka ia disifatkan sebagai Cauvenist ?





Seharusnya PERKASA dan MPM tidak dilihat dari kaca mata seorang pemimpin yang racist seperti Lim Kit Siang...PERKASA sewajarnya ditinjau dari aspek kesepakatan bermasyarakat..kerana sebagai warga asal di negara ini, kita telah lama berkompromi dengan tidak mengusik langsung 'kontrak sosial" yang sudah lama terjalin..lalu sekalipun kita sudah semakin terpinggir di tanah air sendiri..tetapi PERKASA dan MPM sebolehnya dijadikan sebagai "penyelamat" kepada ketidaktentuan ini. Sehingga itu umat Melayu dan Pribumi tidak terus mati semangatnya menempuh persaingan membina tamadun politik kerana..selain UMNO,PAS dan PKR, kita sebenarnya sudah ada PERKASA.

Thursday, March 4, 2010


Apabila Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen PASIR MAS mempelopori penyatuan 76 NGO Melayu merealisasikan Majlis Perwakilan Melayu (MPM), maka ramai nadsionalis Melayu menyatakan kebimbangan kepada parti-parti Melayu terutama UMNO, kerana apakah ini menggambarkan 'kegagalan' parti UMNO memperjuangkan hak peribumi di negara ini. Sebagai parti nasionalis yang "memperjuangkan dan mempertahankan" hak orang Melayu, wajarkah UMNO mempunyai NGO Pendesak seperti yang dikatakan oleh Datuk Ibrahim Ali sebagai "pendesak berhemah" bagi Kerajaan.?Apakah sepanjang 50 tahun Umno memerintah negara ini, berlaku 'pencabulan' hak dan ketuanan Melayu dan pribumi? sehingga memaksa MPM ditubuhkan?



Para nasionalis melayu mula dilanda kegusaran mengenai perkembangan terbaru ini. Terlucut dari perkiraan mereka, apakah orang Melayu perlu mula bergantung harap kepada NGO untuk 'mengembalikan' maruah orang Melayu dalam perlembagaan..? Sedangkan UMNO dilihat semakin jauh dari yang sepatutnya di perjuangkan..Mereka melihat orang Melayu semakin 'kecil" dan kehilangan hak yang sewajarnya dalam negara sendiri? lantas membuatkan mereka terfikir..Siapa yang patut di salahkan?



MPM bukan sahaja dilihat sebagai 'penegur' berlapis kepada UMNO tetapi juga turut mempertahankan beberapa hak dan keistimewaan orang Melayu termasuk peri penting dan peranan raja-raja Melayu yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara. Termasuk agama Islam dan juga kedaulatan bahasa kebangsaan.Antara NGO yang menyertai MPM ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).





Di Sabah, secara jujurnya, Peranan PERKASA tidak berapa terserlah lagi, mungkin masih baru atau mungkin juga kerana terpaksa melalui 'prosedur' tertentu sebelum menangani permasalahan rakyat pribumi di negeri ini. Al maklumlah..PERKASA di Sabah adalah ibarat 'anak' yang masih memerlukan perhatian dari seorang 'bapa'. Penulisan ini bukan 'mempertikaikan' kejujuran dan kredibiliti PERKASA Sabah, namun mungkin boleh dijadikan sebagai permulaan awal penterjemahan peribancangan secara lebih teratur. Kerana di Sabah, bukan sahaja sejak dulu, pribumi menghadapi banyak permasalahan, tetapi juga sudah sampai ke tahap 'lambakan' dan 'gagl' diselesaikan. Terfikir saya ketika menulis paparan ini..BOLEHKAH PERKASA SABAH MENJADI PENDESAK BERHEMAH KEPADA KERAJAAN BN SABAH..?




Kita mengharapkan supaya tidak berlaku doktrin pengasingan masalah pribumi di Sabah. segelintir tidak terbela, manakala segelintir mendapat pembelaan. Oleh yang demikian kita serahkan kepada YDP PERKASA SABAH, Sdr Musli Oli dan juga AJK nya termasuk Setiausaha Kehormat Sdr Kibin Samad yang begitu optimis dengan pendedahan penyelewengan hak pribumi di Sabah.

Kita tidak mahu, kehadiran PERKASA di Sabah sebagai 'melukut di tepi gantang' atau diistilahkan oleh kebanyakan orang sebagai 'tidak menambah kepada yang ada, dan tidak berkurang kepada yang tiada". PERKASA SABAH , bukan sahaja 'berhak' menentukan halatuju penglibatannya dalam hal kewajaran pembelaan hak pribumi malah harus dilihat berhemah menegur kerajaan BN Sabah, terutama berkaitan dengan hak Sabah dalam 20 perkara. Tinggal lagi, apakah PERKASA SABAH dapat memenuhi selera pribumi di Sabah? bersama kita harapkan yang demikian.

Thursday, February 25, 2010



Apabila Najib membayangkan bahawa akan berlaku proses Re-branding BN pada Konvensyen yang akan diadakan pada penghujung tahun ini, ramai yang mula membuat perkiraan politik. Melihat impak dan ketelusan hajat Najib ini. Membuka secara terus keahlian BN kepada 3 kumpulan sasar iaitu, orang-perseorangan, NGO dan kumpulan politik menggambarkan satu lagi transformasi drastic ‘bakal’ meninggalkan parti-parti komponen BN yang masih ‘bergelumang” dengan krisis dalaman yang tragis. Bisa membuatkan MCA, MIC, GERAKAN DAN PPP tidak senang duduk lantaran masalah dalaman parti mereka belum pun menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang memberangsangkan. Maka bagaimanakah, ‘Proses Re-branding ini bisa diikuti ..? Logiknya, disaat parti komponen lain masih ‘bergulap gulita” dengan pelbagai krisis kepimpinan, bagaimana Transformasi BN ini menjadi reality?



Di satu sudut pandang lain, cerita meminda beberapa fasal perlembangaan BN ini, dilihat mempunyai ‘dalang’ di sebaliknya. Ramai pemerhati politik yang kontra BN mengandaikan dengan seseungguhnya bahawa Tun Mahathir menjadi ‘mentor’ tersembunyi mengenai hal ini. Kerana mereka beranggapan bahawa ketika era Pak Lah, bukan kepalang ramainya, orang-orangan Tun Mahathir yang dikesampingkan dan gagal mendapat tempat, selain daripada beberapa kerat yang menerima pemecatan dari UMNO yang kemudiannya bergerak dalam Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kecenderungan kepada UMNO.



Ramai yang tahu bahawa disebalik NGO PERKASA , adalah Tun Mahathir, dan Presidennya Ibrahim Ali adalah antara yang begitu menyanjungi mantan PM ini. Kerana iaitu apabila PERKASA ditubuhkan, maka orang-orang Tun Mahathir berpusu-pusu menganggotainya. PERKASA sekarang begitu signifikan sebagai berada di belakang ‘keputusan’ kerajaan BN. Maka desas-desus kedengaran bahawa proses Transformasi BN yang bakal direalisasikan itu, akan ‘menjemput’ Ibrahim Ali dan ahli Perkasanya untuk menyatakan ‘sokongan’ berpadu kepada UBN. Walaupun masih banyak NGO lain yang boleh dibawa bersama seperti ABIM, MBM dan lain-lain, tetapi PERKASA lah yang akan mendahului NGO-NGO ini.



Dari sudut positif, proses Transformasi ini akan lebih memantapkan BN, terutama kepada kemasukan ahli secara terus. Walaupun pembukaaan keahlian ini mendapat reaksi berbeza dari Tun Mahathir, dengan ulasan yang cukup memberi gambaran akan keberkesanannya “ Boleh dipertimbangkan”, Namun ramai yang melihat bahawa BN akan terus dengan agendanya ‘membawa’ masuk ramai penyokong UMNO dan BN yang telah ‘meninggalkan’ parti itu atas beberapa ketidakserasian dengan pucuk pimpinan sebelumnya. Apa yang agak membimbangkan ialah, apakah kayu ukur kepada keterbukaan Najib dalam perkara ini ..? Adakah jaminan bahawa NGO dan orang perseorangan yang ‘memasuki’ sempadan politik BN ini adalah benar-benar Ikhlas..? atau ia akan menjadi seperti ‘anai-anai’ yang memakan keutuhan kayu BN dari dalam ?



Tidak cukup dengan itu, pemerhati yang cenderung kepada pembangkang, juga melihat bahawa ia adalah satu usaha untuk menyingkirkan orang-orangan Pak Lah termasuk KJ dari terus menyusun gerak mereka ‘menguasai’ peradaban politik UMNO. Pada PRU 13, akan datang ramai juga yang berkeyakinan bahawa akan ramai ”calon Helikopter” dan “bidan terjun” BN pada PRU12 yang lepas ‘bakal’ digugurkan.



Tidak dapat kita pastikan sangat, akan keikhlasan itu..tetapi dari gerak dan isyarat Najib..memperlihatkan bahawa ‘kelajuan’ keretapi yang menjadi kenderaan Najib tidak dikurangkan had lajunya, malahan sudah dipasang dengan turbo berganda meninggalkan ramai penumpang yang masih bermegah dengan V6 perdana mereka.Namun harus diingat bahawa ‘kemalangan’ keretapi biasanya melibatkan kesemua gerabak panjangnya. Di mana Najib dan PERKASA pada waktu itu..?