Showing posts with label PKR SABAH. Show all posts
Showing posts with label PKR SABAH. Show all posts

Monday, March 8, 2010



Walaupun beberapa kali PKR Pusat menyembunyikan krisis dan prinsip yang melanda parti itu, dengan pelbagai alasan dan bayangan, namun akhirnya DSAI mengakui sendiri bahawa PKR sememangnya silap memilih calon, kerana ramai pemimpin PKR yang tidak teguh kepada perjuangan parti dan mudah hanyut dengan tawaran pihak lawan. Apa yang tidak diakui oleh DSAI ialah, calon-calon PKR sememangnya calon PAYUNG TERJUN yang diambil secara rambang, langsung tidak punya kredibiliti, kualiti dan kemahiran pengurusan, malahan ada yang menawarkan diri menjadi calon kerana faktor dendam dan kesumat politik yang kronik sehingga terdorong untuk balas dendam. Ada juga yang masih baru menceburkan diri dalam dunia politik. Kerana itu, para pemimpin PKR, mudah disabotaj, menjadi mangsa konspirasi dan akhirnya kerana tidak tahan dan tidak cinta pada parti, mereka meninggalkan DSAI terkontang kanting keseorangan mengurus parti.


Di Sabah pada PRU 12 yang lepas menyaksikan juga calon-calon PKR bukanlah antara yang mempunyai kredibiliti yang menarik. Bah kan hanya beberapa nama besar dalam politik Sabah, itupun pengaruh politiknya merudum bagaikan saham di BSKL. Hanya DR Jeffry, Datuk Ansari dan selebihnya hanyalah calon PAYUNG TERJUN. Maka bagaimanakah PKR boleh menyaingi calon UBN yang lebih ‘ternama’ dalam politik Sabah.


Di Kota Belud, nama seperti Mohd Syukur dan Awang Laiman, bukanlah nama besar dalam politik KB. Malahan pelbagai krisis dikaitkan dedngan calon PKR ini. Misalnya Mohd Syukur dikatakan sebagai ‘pengkhianat’ apabila mantan ketua Pemuda Umno KB itu bertindak meninggalkan parti itu, atas factor peribadi. Manakala Awang Laiman juga, adalah mantan Pentadbir di sebuah sekolah anak yatim di Tambunan juga dikatakan bertindak meletakkan jawatan atas sebab ‘mungkin’ ketidakpuasan hati dengan pihak tertinggi pengurusan. Lalu bagaimanakah PKR mampu menumbangkan pemimpin UBN di Kota Belud, seperti Datuk Musbah, Datuk Rahman Dahlan , Datuk Japlin Akim dan DUN KADAMAIAN, Herbert Lagadan, kerana walaupun para pemimpin ini masing-masing punya kelemahan , namun sudah terbukti kemampuan mereka. Sekurang-kurangnya rakyat Kota belud dapat memberikan 1-2 bintang kepada pemimpin ini, meskipun belum sampai ke tahap 3-5 bintang.


PKR di Sabah harus berhati-hati memilih calon pada PRU 13 akan datang. Mengulangi resepi PRU 12 akan membawa kepada penolakkan total calon-calon PKR. Kalaupun menang, ia tidak akan dapat bertahan, wakil rakyat PKR akan bertindak ‘lompat’ parti apatah lagi bila ditawarkan ganjaran yang lumayan.Bagaimanakah strategi 1 lawan 1 yang diumumkan oleh PR akan berlaku? Kerana walaupun Dr Jeffry , Datuk Ansari, Sdr Tamrin dan kini Datuk Kalakau Untol adalah tokoh lama dalam politik, namun nisbah dengan calon tidak berpengalaman adalah jauh lebih besar.


Jikapun PKR dan PR dapat menawan Sabah pada PRU 13, cuba anda bayangkan, bagaimana barisan cabinet negeri yang bakal dibentuk? Terdiri daripada muka-muka baru yang baru belajar merangkak dan bertatih untuk menghadapi rakyat yang sudah lama ‘berlari’? Katakanlah Dr. Jeffry menjadi ketua menteri sabah, atau untuk mengambil hati orang Islam di negeri ini, mungkin boleh dikompromi dengan Sdr Tamrin atau Datuk Ansari..siapakah gandingan mereka untuk membangunkan negeri ini? Kerana itu rakyat harus berfikiran matang supaya tidak menjadi seperti “tikus Membaiki Labu”.