Showing posts with label PR kemukan permohonan batalkan keputusan PRU13. Show all posts
Showing posts with label PR kemukan permohonan batalkan keputusan PRU13. Show all posts

Monday, July 15, 2013


Keputusan pimpinan PR iaitu PKR,PAS dan DAP mengemukakan permohonan ke mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepikan keputusan PRU13 dan menuntut satu pemilihan semula diadakan adalah satu tindakan yang mengejutkan kerana dalam sejarah politik tanah air, inilah kali pertama tindakan seumpama itu dilakukan oleh pembangkang. Sebelum ini ada juga kes-kes seperti itu tetapi hanya melibatkan kawasan-kawasan tertentu dan bukannya keseluruhan keputusan Pilihanraya.

Bagi kelapamawar, perkembangan terbaru ini memberi satu cerminan politik baru di negara kita. Kredibiliti pembangkang tidak lagi dilihat menduduki kelas kedua,malah ia memberi cabaran paling tragis kepada parti pemerintah. Mungkin ada saja dikalangan kita yang melihat isu ini sebagai "kemaruk untuk berkuasa" atau mungkin juga ada yanbg melihatnya penuh sinis dan sadis kerana, politik negara tidak diberikan ruang dan peluang untuk mengalami 'masa bertenang' bagi memudahkan kerajaan yang dibentuk merangka dasar dan meneruskan agenda pembangunan negara.

Namun begitu, setiap seorang dari kita rakyat di negara ini, harus mengakui bahawa keluhuran perlembangan dan kedaulatan undang-undang tidak pernah menghalang kes-kes seumpama itu dibicarakan di mahkamah. Isu pokoknya bukan lagi tentang ketidakadilan SPR tetapi ia mula sudah menular kepada penterjemahan penolakan keputusan PRU13 itu mengikut lunas-lunas undang-undang. Mungkin kita berfikir dalam kotak, kerana jika keputusan mahkamah nanti membatalkan keputusan PRU13, bermakna satu lagi PRU akan bakal diadakan. Dan bukankah ini membazir duit rakyat dan mencetuskan kegelisahan di kalangan warga. Mari kita pula berfikir diluar kotak! mungkin inilah harga yang harus dibayar untuk setiap warga negara yang mahukan pemilihan kerajaan dilakukan dengan adil dan saksama. kenyataan ini bukan bermakna kita mencurigai ketelusan SPR. Tetapi jika berada dipihak benar, maka biarkanlah Pakatan Rakyat membawanya ke mahkamah dan berehujahlah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Akan ada dua natijahnya kepada rakyat! Pertama rakyat akan tahu di mana hajat dan maksud PR dalam soal ini? Kedua jika keputusan memihak kepada SPR, bermakna ia akan membersihkan dosa dan noda yang sengaja dipalitkan kepada Suruhanjaya Bebas itu.

Natjah politiknya pula, akan memperkuatkan entiti politik negara. Baik parti pemerintah atau parti embangkang keduanya selepas itu akan memastikan hala tuju dan program pembangunan negara dilaksanakan oleh mereka yang benar-benar dipilih oleh rakyat. Justeru adalahg terlalu awal kita mengandaikan bahawa tindakan PR itu 'menghuru harakan' politik demokrasi di negara kita, sebaliknya marilah kita berdoa supaya pembawa obor kebenaran sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang akan berada di puncak keadilan negara.