Showing posts with label Raya di kota Belud: Datuk Shafie Apdal. Show all posts
Showing posts with label Raya di kota Belud: Datuk Shafie Apdal. Show all posts

Sunday, October 3, 2010


Keputusan pihak penganjur menjemput Datuk Shafie Apdal sebagai Tetamu Kehormat dalam majlis sambutan Hari Raya yang dijangka diadakan di Pusat giat Mara kg. Botung Kota Belud dilihat oleh banyak pihak di daerah ini sebagai satu cubaan 'melaga-lagakan' kepentingan dan percaturan politik yang melibatkan Datuk Salleh, selaku Ketua Umno bahagian, dengan Timbalan Umno En. Awadnir Matanggal. Berikutan itu timbul pelbagai spekulasi kononnya penganjuran Majlis itu membelakangkan ketua Umno Kota Belud. Sedangkan persoalan tersirat yang harus dirungkai berkaitan isu ini ialah, apakah signifikannya dengan Pertubuhan Sosial yang pernah dilaungkan suatu ketika dulu, yakni USBO.

Keretakan kepimpinan peringkat USBO bermula tatkala bila para pemimpinnya membawa haluan masing-masing mengikut naluri politik mereka. Misalnya Timbalan Presiden USBO, Tan Sri Datuk seri Panglima Pandikar Amin, telah diberikan jawatan YDP Dewan Rakyat, Datuk Salleh diganjarkan dengan status penasihat sains kepada Ketua Menteri Sabah bertaraf menteri. Manakala Datuk Shafie Apdal yang pada waktu itu berstatus "PENASIHAT" kepada USBO hanya dilihat sebagai Model atau imej pertubuhan itu. walaupun para pemimpin ini menafikan wujud keretakan dalam pimpinan USBO, namun pemilihan cara dan kaedah menonjolkan diri dalam politik Sabah nyata membenarkan spekluasi tentang NGO ini. DSSK dilihat meninggalkan rakan-rakan dalam USBO untuk menyertai team Datuk Musa Aman, TSP dilihat lebih banyak berkecuali tetapi berpendirian, manakala Datuk Shafie Apdal dikatakan secara terang banyak perkara kontra dengan ketua menteri sabah berkaitan pengagihan Peruntukan KKLW di Sabah.

Oleh itu bila Datuk shafie diminta menjadi tetamu kehormat, maka banyak pihak dari persepsi politik di Kota Belud menjadi seperti "cacing kepanasan". Justeru pelbagai isu dan spekulasi ditiupkan. sedangkan pada realitinya, Kehadiran Datuk Shafie adalah satu rahmat dari rumpun bangsa USBO.

Pada asasnya, Datuk Shafie begitu tahu tentang percaturan politik Sabah yang begitu unik dan mengelirukan. Beliau tahu juga bahawa ramai penyokongnya yang begitu berharap agar Jawatan Ketua Menteri Sabah jatuh ke tangan pemimpin dari Pantai timur ini. Namun Datuk Shafie juga tahu, bahawa beliau tidak mempunyai rangkaian akar umbi yang begitu kuat melibatkan pimpinan bahagian dan cawangan di semua kawasan di Sabah. Malahan kemenangannya dalam pemilihan UMNO sehingga menjawat Naib Presiden dikatakan oleh ramai pihak sebagai 'kebesaran pengaruh Musa Aman" dan bukannya hubungan intim Datuk Shafie dengan pemimpin peringkat Bahagian. Oleh itu, Datuk Shafie sedar, beliau perlu merangka strategi khusus untuk mengikat keintiman politik di semua peringkat akar umbi UMNO di Sabah jika impiannya untuk 'mengenepikan" Musa Aman menjadi realiti. Jika tidak, kalaupun Datuk Shafie menjadi CM menggantikan Musa Aman, beliau akan sukar memperolehi sokongan dari UMNO Sabah. Justru langkah menjadi "tetamu kehormat' dalam majlis sambutan Hari raya di Kota Belud adalah satu signal awal kepada pimpinan UMNO Sabah dan Kota Belud, bahawa Datuk Shafie juga mula menyedari strategi baru untuk ke matlamat akhir politik beliau.

Keperluan menjalin hubungan intim politik peringkat akar Umbi ini, adalah satu kemestian terutama bagi pemimpin yang bercita-cita menduduki kerusi panas KETUA MENTERI SABAH. Dan jika diselusuri perjalanan politik Datuk Shafie, nyata beliau tidak mempunyai kekuatan dari sudut itu, beliau bermula di peringkat pusat dengan jawatan setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, kemudian beberapa jawatan penting sehingga menteri Penuh seperti kementerian Pertahanan dan Hal Ehwal Pengguna dan terkini KKLW. Di peringkat daerah Semporna misalnya pada PRU 12 yang lepas kredibiliti Datuk Shafie ditentang oleh En. Ajis Abd Hamid yang juga adik kepada Haji Abdillah Abdul. Hamid yang pernah mengalahkan Tun Sakaran pada PRU 1986. Membuktikan bahawa di peringkat daerah sendiri, Datuk Shafie tidak begitu mempunyai kekuatan akar umbi meskipun pada PRU 12 itu beliau memperolehi undi majoriti.

Apakah kehadiran Datuk Shafie di Kota Belud akan mengubah paradigma politik suku USBO atau akan mendatangkan perpecahan yang teruk? Apakah Ketua UMNO KB iaitu Datuk Salleh akan menghadirkan diri sepertimana telatah politik beliau sebelum ini yang menyaksikan pembiokotkan program Juara Rakyat bersama Datuk Noh Omar? Apa-apapun kita bakal menyaksikan satu lagi episod politik di daerah ini pada 10 hb Okt. yang mendatang ini. Bersama kita tunggu.