Showing posts with label SKIM SBPA. Show all posts
Showing posts with label SKIM SBPA. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011



Begitulah jika SKIM yang dirangka oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dibuat secara tergesa-gesa dan bukannya atas keperluan kakitangan awam yang bersandarkan kepada kajian secara mendalam.Sebaliknya SBPA yang cuba diuperkenalkan oleh kerajaan paling awal Januari 2012 dilihat dibuat seolah-olah sebagai 'gula-gula' kepada Kakitangan Awam menjelang PRU 13.

Sebelumnya ini pelaksanaan SBPA ini bukan sahaja dipertikaikan oleh pihak pembangkang tetapi juga Presiden CUEPACS sendiri yang menganggap SBPA itu sebagai skim syok sendiri. kerana dalam satu kenyataan Datuk Omar Osaman iaitu Presiden CEUPACS mendakwa ,kesatuan sekerja itu tidak langsung dipelawa ketika merangka SKIM berkenaan. Justeru itu ia bukan sahaja mengelirukan kakitangan awam tetapi juga menimbulkan prejudis apabila terdapat 5 aspek yang di dakwa oleh CEUPACS sebagai tidak jelas dan mengelirukan.

Pertemuan dengan PM datuk seri Najib Razak telah membuat keputusan bahawa skim SBPA itu ditangguhkan sementara waktu sehingga kajian dan penerangan oleh JPA selesai dan CEUPACS berpuas hati.







Tangga Gaji Baru SBPA guru-guru





PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.

Thursday, December 15, 2011

Satu kenyataan yang dipetik dari laman blog rasmi Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menjemput semua penjawat Awam untuk menyertai satu perhimpuan membantah Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dijangka dilaksanakan awal Januari 2012.

PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM ANJURAN CUEPACS

TAJUK : BANTAHAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

TARIKH: 18 .12. 2011 (AHAD)
MASA: 3.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN CIDB, JALAN CHAN SOW LIN, CHERAS,
KUALA LUMPUR

SEMUA PENJAWAT AWAM DIJEMPUT HADIR
Pendirian Cuepacs mengenai skim SBPA ialah Bantah!arah Staf kerajaan tidak tandatangan borang opsyen:

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.

Belumpun skim baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dilaksanakan sepenuhnya pada Januari 2012, sudah kedengaran suara menyatakan Skim berkenaan tidak adil dan menganiaya kakitangan awam di negara ini. Walaupun dijanjikan dengan kenaikan gaji yang lumayan melalui skim berkenaan, kakitangan awam diingatkan membaca dan memahami sepenuhnya Skim tersebut.

Harakahdaily yang memetik kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata bahawa memalui SKIM Baru ini,kakitangan awam terdedah kepada manipulasi pihak tertentu terutama pihak atasan kerana pemarkahan adalah atas kapasiti pihak atasan. Ini menyuburkan sikap suka mengampu dalam Perkhidmatan Awam katanya. 

Selain itu, melalui SKIM Baru ini juga, kakitangan yang memperolehi markah prestasi 70% dan ke bawah akan dinasihatkan untuk bersara atau dipersarakan. Kenyataan penuh adalah seperti di bawah:



KUALA LUMPUR, 15 Dis: Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan BN diyakini bukanlah satu sistem yang baik, sebaliknya akan menganiaya kakitangan sektor awam. 


Keyakinan itu disandarkan kepada beberapa faktor, terutama berkaitan sistem pemarkahan prestasi kakitangan awam yang pasti terdedah dengan pelbagai bentuk manipulasi. 
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, menerusi sistem baru itu, pemarkahan prestasi kakitangan awam akan dinilai oleh kakitangan atasan, tetapi penilaian tersebut diyakini tidak akan berlaku dengan adil. 


Menurutnya, meskipun penilaian prestasi itu sesuatu yang baik bagi menggalakkan perkembangan prestasi di kalangan kakitangan awam, tetapi penilaian tersebut diyakini bukan sekadar berdasarkan prestasi, sebaliknya atas faktor-faktor lain.


Katanya, situasi itu akan menjadikan mereka yang benar-benar berprestasi dan berintegriti tidak akan dinilai sebagai berprestasi, sebaliknya mereka yang bijak 'membodek boss' pula yang akan diutamakan.


"Saya yakin itulah yang akan berlaku. Jadi pada saya, sistem SBPA itu tidak wajar diperkenalkan oleh kerajaan kerana ia pasti akan menimbulkan pelbagai kecelaruan dalam sektor awam," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. 


Sistem SBPA yang akan dilaksanakan oleh kerajaan itu adalah bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunakan sekarang seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat baru-baru ini. 


Dalam SBPA itu banyak perubahan yang akan dilakukan dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya penjawat awam, dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan berasaskan prestasi kerja. 


Antara lain yang terkandung dalam sistem tersebut termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan.


Dalam sistem baru itu juga, pembentukan gaji sebaris digunakan dengan diwujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi. 


Bagi penjawat awam yang menerima opsyen SBPA akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus. Kerajaan juga mengumumkan untuk melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.


Bagi golongan dalam kumpulan guru atau gred gaji DG dengan tempoh bagi kenaikan gred antara DG41 ke DG44 dan DG44 ke DG48 telah dikurangkan kepada 8 tahun sahaja, berbanding sebelum ini selama 10 tahun untuk kenaikan gred dalam jawatan perguruan. 


Menurut Mahfuz, setelah diteliti opsyen SBPA dengan menyeluruh, ternyata penilaian atau pemarkahan prestasi kakitangan akan dibuat dengan 3 peringkat, manakala mereka yang dicatatkan markah bawah 70 peratus akan dinasihatkan bersara atau dipersarakan. 


"Sistem pemarkahan sememangnya amat jelas terdedah kepada manipulasi. Mereka yang akan diberikan markah tinggi itu nanti diyakini akan turut didasarkan kepada sokongan mereka terhadap parti Kerajaan BN yang memerintah. 


"Sekiranya mereka didapati menyokong pembangkang, mereka pasti akan diberikan markah prestasi yang rendak, walaupun merekalah sebenarnya yang betul-betul berprestasi dan wajar diutamakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.


Beliau memberikan contoh kepada nasib buruk yang menimpa beberapa orang guru yang sememangnya cukup berwibawa tetapi menyokong pembangkang yang bukan sahaja dinafikan kenaikan pangkat, tetapi telah ditukar ke kawasan pedalaman. 


Katanya, begitu juga dengan nasib yang telah menimpa Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim, sehingga telah diturunkan pangkat sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berkuat kuasa 1 Mei lalu.


"Walaupun Datuk Judin sememangnya cukup bertanggungjawab, berprestasi dan berintegriti, tetapi disebabkan sikapnya yang tidak menyokong tindakan-tindakan yang tidak elok para pemimpin BN, beliau akhir telah diturunkan pangkat.


"Saya yakin kejadian seperti itu pasti akan berlaku dengan berleluasa nanti apabila sistem baru itu digunakan, sehingga menyebabkan banyak kakitangan awam yang teraniaya," tegas beliau.