Kewujudan parti-parti baru dalam iklim politik Sabah menjelang PRU 13 ini, menimbulkan kegelisahan yang tidak kurang besarnya bagi rakyat dan pemimpin politik peringkat pertengahan beraliran pembangkang di Sabah. Kegusaran mereka berpandu arah kepada akan berlaku 'kegagalan' parti-parti ini kelak untuk mementerai MOU atau perjanjian persefahaman politik untuk meletakkan calon satu lawan satu di seluruh DUN dan kawasan PARLIMEN di Sabah. Kerana pada atas kertas jika langkah berani ini dapat dilakukan, ada peneropongan besar memungkinkan BN dan UMNO bisa dapat ditumbangkan di bumi Sabah.
Akhirnya kegelisahan banyak pihak itu dapat dirasai oleh pemimpin parti-parti pembangkang . Pada 2 /03/ 2012 yang lepas satu mesyuarat UBA ( United Borneo Alliance ) satu gabungan parti USNO,STAR dan SAPP telah membuat ketetapan dan keputusan akan mengadakan kerjasama politik dalam menghadapi PRU13 nanti. USNO yang sebelum ini 'gagal' didaftarkan semula selepas dibubarkan ekoran kemasukan UMNO di negeri ini dikatakan turut mendapat tempat dalam gabungan pembangkang berasaskan parti tempatan itu. Dalam satu kenyataan juga melaporkan bahawa UBA akan mengadakan perbincangan dengan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan parti PKR, DAP dan PAS untuk merealisasikan startegi satu lawan satu itu menjadi kenyataan.
Ramai pemerhati politik tempatan yang berpandangan, landskap politik Sabah akan mengalami gelombang perubahan secara besar-besaran menjelang PRU 13, yang hanya tinggal setahun lagi jika mengikut perkiraan mandat Perlimen seharusnya dibubarkan. Namun begitu tarikh PRU 13, dijangka tidak akan menunggu saat akhir tersebut kerana menjadi satu kebiasaan bagi kerajaan sebelum ini akan bertindak membubarkan parlimen bagi memberi laluan PRU diadakan seawal 4 tahun . Dan jangkaan banyak pihak paling tidak PRU 13 akan diadakan pertengahan tahun ini.
Jika staretgi satu lawan satu ini menjadi kenyataan, UBA meramalkan pembangkang akan mampu memperolehi kesemua kawasan Parlimen di Sabah iaitu sebanyak 25 kawasan dan manakala kawasan DUN pula dijangka 52 kerusi akan mampu dimiliki. Apakah ramalan ini akan menjadi kenyataan? Dan apakah strategi satu lawan satu ini menjadi realiti?Kita tunggu episod politik pembangkang selepas ini.
12:59 AM
kelapa mawar
