Sehingga saat ini belum ada sesiapa ,baik pemerhati politik mahupun penganalisis yang dapat meramalkan secara tepat dan mutlak bila PRU 13 akan diadakan. Namun begitu kerancakkan parti-parti politik sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang 'berkempen' secara agresif mula kelihatan. Parti pembangkang misalnya terutama yang berpengkalan di Semenanjung Malaysia sudah lama 'bergerak'di Sabah. PKR,PAS dan DAP yang terangkum dalam PAKATAN RAKYAT begitu menginginkan beberapa kawasan parlimen di Sabah termasuk Parlimen Kota Belud.Dan itu diakui oleh Anwar Ibrahim sendiri dalam beberapa siri ceramahnya di pekan dimana UMNO Sabah itu 'diberanakkan'.
Bagi parti UMNO dan BN, di Kota Belud, mula sudah nampak pelbagai jentera pilihanraya mula bermesyuarat. Tandanya PRU 13 tidak akan sampai ke tahun Depan.Beberapa sekolah yang menjadi pusat pembuangan undi di Daerah Kota Belud, juga khabarnya telah dikunjungi oleh pegawai-pegawai SPR yang dilantik untuk meninjau lokasi dan kemudahan infrastrukturnya.Menguatkan spekulasi bahawa PRU 13 paling tidak bakal diadakan pada suku tahun ini.
DUN N6 TEMPASUK yang diwakili oleh parti UMNO iaitu Datuk Musbah Jamli ,petang tadi dilaporkan mengadakan taklimat Jentera Pilihanraya bagi kawasan DUN berkenaan. Dan sudah menjadi tradisinya, Wakil rakyat di kawasan itu menjadi pengerusi Jentera Pilihanraya di kawasan berkenaan. Taklimat yang diadakan petang tadi menyaksikan Datuk Musbah Jamli dijangka mengetuai Jentera kempen Pilihanraya pada PRU akan datang. Sama ada YB datuk Musbah terpilih sebagai "calon' atau sebaliknya, sudah menjadi kebiasaan UMNO, YB di kawasan tersebut akan mengendalikan kempen setelah pengalamannya dianggap oleh parti sebagai sangat berharga dan menjadi pandu arah untuk mencapai kemenangan.
Dalam taklimat yang dihadiri oleh beberapa orang pemimpin 'harapan' Datuk Musbah itu, difahamkan juga bahawa tahap kesiapsigaan parti UMNO di DUN berkenaan berada pada tahap yang paling tinggi. Ini sekurang-kurangnya memberi 'gambaran' jelas kepada pembangkang bahawa harapan mereka untuk 'menawan' kawasan yang diduduki oleh suku Bajau, Iranun dan Dusun ini bukannya perkara mudah. Malahan jangkaan bahawa UMNO akan memenangi kerusi ini pada PRU 13 semakin nyata.
Sebagai rekod pada PRU 2008, DUN Tempasuk dimenangi oleh Datuk Musbah apabila meraih undi sebanyak 6541 menewaskan Awang Laiman Hj Ikin dari calon PKR ( sekarang menyertai PAS dan menjawat ketua penerangan PAS negeri) yang memperolehi undi sebanyak 4109. Pengundi berdaftar di kawasan DUN TEMPASUK bersandarkan rekod SPR 2008 adalah seramai 14,291 orang.
3:30 AM
kelapa mawar

