Showing posts with label Tangkapan BERSIH di Sabah. Show all posts
Showing posts with label Tangkapan BERSIH di Sabah. Show all posts

Saturday, July 2, 2011


Politik Sabah penuh dengan liku-liku dan pancaroba yang mendebarkan sejak Sabah mengecepi kemerdekaan melalui penyertaan Malaysia. Politik Sabah penuh dengan ketolakansuran yang tinggi melewati batas tolak-ansur politik di Semenanjung. Hal ini boleh dibuktikan melalui beberapa siri perubahan pucuk pimpinan peringkat negeri. Zaman USNO yang beralih kepada zaman BERJAYA berlaku dengan penuh tragik tetap aman dan terkawal. BERJAYA kepada PBS juga berlaku yang sama. Dan PBS kepada UMNO juga menyaksikan adegan lompat si katak lompat berlaku dan suasana aman tetap menjadi keutamaan rakyat Sabah. Ada juga pernah berlaku 'demontrasi' Jalanan zaman USNO dan PBS yang menyaksikan rakyat di sekitar Sembulan dan bandar Kota Kinabalu berarak ke masjid negeri. Sabah waktu itu dalam keadaan anarki politik, beberapa insiden bakar kereta dan bangunan kedai berlaku (hanya berlaku di sekitar Kota Kinabalu) tetapi kemudiannya gerakan jalanan itu tumpas dengan kerelaan para pemimpin politik ketika itu untuk melangsaikan kekusutan dan kemudiannya Sabah kembali aman.

Pengalaman di zaman USNO dan PBS inilah yang kembali mematangkan politik di Sabah. Anak-anak muda menolak gerakan jalanan secara total. Perubahan kerajaan dan kepimpinan dilihat oleh anak-anak muda Sabah sebagai satu proses undang-undang yang sentiasa berjalan. Ada juga tanggapan bahawa kononnya permuda dan beliawanis Sabah tidak seberani gerakan belia di Tanah besar Semenanjung. Kononnya belia Sabah lembab menganjak minda politik mereka. Itu tidak cukup adil kerana apalah ertinya 'keberanian' politik dan kematangan demokrasi jika terpaksa menggadai keamanan dan ketenteraman rakyat dan negara? Apalah ertinya kematangan demokrasi jika hak-hak majoriti tidak dipelihara selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Gerakan BERSIH untuk menghimpunkan sejumlah besar rakyat berarak dijalanan menuntut perubahan kepada sistem pilihanraya negara tidak akan mendapat sambutan di kalangan rakyat Sabah. sebab itulah ramai pemimpin nSabah termasuk ketua menteri Datuk Musa Aman digambarkan sebagai tidak 'berselera' untuk mengulas isu perhimpunan haram ini. Rakyat Sabah yang selalu digambarkan sebagai masyarakat majmuk yang terdiri daripada lebih 40 suku kaum dan etnik tidak akan mengorbankan kesefahaman dan ketolakansuran itu hanya kerana ingin mendukung idelisme songsang sesetengah pihak di semenanjung.

Sepatutnya BERSIH jika ikhlas memperjuangkan hak dan keduloatan para pengundi terutama di Sabah, sepatutnya bermula dari awal kerana senarai pengundi hantu di Sabah dikatakan cukup membimbangkan dengan menyaksikan pertambahan penduduk Sabah 300 peratus mengatasi keraguan demokrasi yang sebenar. Jika BERSIH mahukan sistem pilihanraya yang adil sepatutnya ia bermula di Sabah. Kerana itu bagi rakyat Sabah BERSIH punya agenda yang besar.

Tangkapan awal yang dilakukan oleh pihak polis melibatkan beberap pemimpin PKR beberapa hari lepas dilihat sebagai menjaga kepentingan orang awam danb keharmonian rakyat Sabah. BERSIH tentunya akan gagal merekrut rakyat Sabah untuk berdemontrasi pada 9 Julai ini.

Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Dr Natassia Sarah Mohd Danny (atas, berbaju hitam) bersama enam lain ditahan polis ketika sedang makan di sebuah restoran di Kota Kinabalu.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Natassia berkata, hanya seorang dari mereka memakai t-shirt Bersih manakala tiga lagi hanya berpakaian kuning manakala bakinya termasuk beliau berpakaian hitam.“Antara 60 hingga 70 anggota polis bersama empat van menyerbu restoran semasa kami sedang makan mee goreng sebelum membawa kami ke balai polis Karamunsing.“Apabila kami soal atas sebab penahanan kami, polis cuma memberi alasan ‘kerajaan tidak suruh pakai baju kuning’ sedangkan baju yang saya pakai berwarna hitam,” katanya.Enam rakannya itu masing-masing empat dari KEADILAN dan dua dari PAS termasuk seorang pemuda (baju Bersih, di bawah) yang sebelum ini dihalau oleh seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu kerana memaikai t-shirt Bersih ketika bersolat.


Mengulas tangkapan itu, Natassia menyifatkan tangkapan itu bertujuan menakut-nakutkankan rakyat untuk menyertai himpunan aman Bersih 9 Julai ini.

“Tangkapan ini semakin menaikkan semangat saya untuk menyertai himpunan Bersih pada 9 Julai ini dan saya menyeru rakyat agar turut sama dalam himpunan itu kelak.“Jangan gentar kerana ini hak rakyat untuk berhimpun sebagaimana tuntutan Perlembagaan,” katanya.Ketika ini, empat peguam diketuai Ansari Abdullah bersama Erviana Ansari Ali, Ryian Soo dan Christina Liew berada di balai polis Karamunsing untuk membantu.Bersih, anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan didokong pelbagai aktivis rakyat serta Pakatan Rakyat bakal mengadakan himpunan amanpada 9 Julai ini di tiga lokasi di Semenanjung Malaysia, Selain di Sabah dan Sarawak.

8.02 Malam : Sementara itu, Ketua Cabang KEADILAN Tuaran, Ansari Abdullah (Berkopiah Putih, baju kuning) memberitahu, ke tujuh-tujuh anak muda itu dibebaskan sebentar tadi, dengan jaminan Polis.

"Alhamdullillah. Selepas solat magrib bersama tahanan di Surau IPD Karamunsing semua 7 orang dibebaskan dengan jaminan Polis. "Mereka diperintah untuk hadir diBalai pada 9 Julai ini, confirm tak dapat hadir perhimpunan BERSIH," kata Ansari.