
Seramai 600 orang ahli UMNO SABAH dijangka menghadiri Perhimpunan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selam lima hari bermula 29 November ini. UMNO SABAH menghantar ahli seramai ini mengatasi perwakilan pada tahun lepas.
Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Musa Aman berkata kumpulan perwakilan itu merupakan yang terbesar berbanding tahun-tahun sebelum ini.“Saya juga meminta kepada semua ketua bahagian supaya sentiasa mengemas kini jentera masing-masing bagi menghadapi pilihan raya akan datang.“Walaupun kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan namun parti kita khususnya Umno perlu membuat persediaan awal supaya kita sentiasa berada dalam keadaan siap sedia,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Sabah di Bangunan Umno,
Bayangkanlah jika seorang ahli UMNO itu dengan kapasitinya bersendirian menelan kos perjalanan sekitar RM500 ringgit. Bagaimana dengan kos 600 orang ini. Itu belum masuk kos penginapan dan kos makan minum.
Siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar ini? Wang parti atau wang rakyat yang dianggap sebagai wang parti? Apakah kesan menghantar delegasi yang seramai itu kepada permbangunan modal insan di Sabah?
Setiap kali perhimpunan UMNO PUSAT, UMNO SABAH dilaporkan menghantar perwakilan yang begitu besar. Hal ini mendapat kritikan dari pelbagai pihak kerana ia dilihat sebagai satu "pesta" yang tidak mendatangkan hasil.
11:59 PM
kelapa mawar