Showing posts with label UMNO umum calon awal. Show all posts
Showing posts with label UMNO umum calon awal. Show all posts

Saturday, October 20, 2012



Pucuk pimpinan UMNO disaran supaya mengumumkan lebih awal nama-nama calon parti yang bakal bertanding kerusi Parlimen dan DUN dalam pilihan raya umum ke-13 nanti sebagai pendekatan terbaik membendung rasa kekecewaan dikalangan anggota parti yang boleh menjurus kepada perbuatan mensabotaj parti.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Hamidah Osman yang membuat saranan ini berkata, jika isu calon ini ditimbulkan pada saat akhir ia boleh menimbulkan satu suasana yang tidak harmoni .

Katanya, masalah mensabotaj parti ini sebenarnya merupakan penyakit yang dihadapi parti disebabkan kekecewaan yang timbul apabila ada nama-nama yang menjangkakan diri mereka akan dicalonkan tetapi tidak dicalonkan.

Beliau menyambut baik langkah persetujuan Majlis Tertinggi UMNO untuk menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana anggota parti yang mengkhianati atau mensabotaj calon BN.

``Penubuhan jawatankuasa khas ini memang tepat sekali kerana dalam menghadapi pilihanraya ini yang mana ada pihak yang bekerja bersungguh-sungguh dan ada pula pihak yang tidak puashati, kecewa seterusnya bertindak mensabotaj parti,’’ katanya.