Showing posts with label Umno Kota Marudu. Show all posts
Showing posts with label Umno Kota Marudu. Show all posts

Tuesday, August 25, 2009


krisis BN di semananjung ibarat bangkai gajah yang tidak boleh ditutup lagi, selepas satu demi satu Komponen parti besar dalam BN dilanda krisis kepimpinan yang meruncing, kini krisis itu berlaku diantara parti-parti komponen dalam BN. MCA terus diselubungi oleh kabus kepimpinan yang dilaporkan sebagai satu badan dua kepala. Presiden dan Tim.Presiden dilihat tidur sebantal tetapi bermimpi di siang hari. Mantan Naib Presidennya bernekad meninggalkan parti itu dan menyertai PKR. MIC pula terus berdangdut dengan irama dan budaya diktatornya, bila presidennya dikatakan memegang rekod paling lama memegang jawatan itu. Samy Vellu dicop sebagai penerus tradisi monarki dalam MIC.Mantan Naib Presiden MIC juga keluar meninggalkan parti itu dan menyertai PKR.Ertinya MIC juga dirundung malang. GERAKAN pun begitu kehilangan mandate sehingga begitu teruk dalam PRU-12. PPP, bergelora dengan dua ketua pada satu masa…Sekarang Datuk T. Murugiah memegang rekod dalam “Book record Politic” apabila menjadi menteri yang tidak berparti. Terbaru Datuk Ong Tee Kiat bercelaru dengan Ahli Parlimen BN SARAWAK.sehingga membawa kepada saman berjuta ringgit.


Di Sabah krisis BN juga mula menampakkan tunasnya. SAPP mula membakar api krisis itu dengan bertindak awal meninggalkan BN dengan alasan hilang bkepercayaan dengan pucuk pimpinan Pusat. Sehingga kini wakil rakyatnya menjadi wakil rakyat bebas tunggal di Sabah. Timbalan Presidennya juga menjadi manteri tidak berparti suatu jangka masa sebelum memutuskan menyertai parti komponen BN yang lain. Presiden LDP juga mantan KM Datuk Chong Kah Kiat juga bertelagah dengan pimpinan negeri yang diterajui MUSA AMAN berpunca dari pembinaan patung Ma Tzu di kudat. BN di Sabah mula Nampak berantakkan..

Seminggu dua yang lepas…..UMNO KOTA MARUDU menyalakan api dalam sekam BN di Sabah apabila meluluskan ketetapan usul untuk meminta kerusi di bahagian itu diserahkan kepada UMNO pada PRU-13, nanti. Satu gerakkan yang menuding jari kepada PBS yang selama ini menjadikan KOTA MARUDU sebagai daerah autonominya. Apabila isu ini menjadi panas , Ketua Pemuda PBS kawasan Matunggung Marius Masain pula bertindak mengeluarkan kenyataan bahawa PBS tidak akan menyerahkan walau satu pun kerusi kepada UMNO di bahagian itu dan menyifatkan kenyataan Ketua Bahagian UMNO KM itu sebagai meragui peranan dan kepimpinan PBS di kawasan itu.


Nampaknya biarpun PRU-13 masih jauh, parti-parti komponen BN di Sabah mula mencatur dan merancang strategi politik masing-masing..Rasa Ukhuwah dan persaudaraan dalam BN mula dilupakan asalkan hasrat politik peribadi dapat dilaksanakan. PBS pula mula berangan-angan memancing Naib Presiden PKR, Dr. Jeffry Kitingan untuk menyertai kembali PBS. Namun akhirnya hasrat dan harapan itu punah berkecai apabila DR. Jeffry menyatakan tidak akan menyertai PBS semula. Pada waktu yang sama UMNO Sabah dilihat mempunyai krisis sendiri dengan wujudnya beberapa team dan kelompok..Bagi rakyat Sabah pula sudah mula kedengaran bahawa golongan muda berpendidikan sudah tidak sehaluan dengan UMNO sabah. Ramai yang “memberontak” dengan menyertai pembangkang PAS dan PKR…Kesemua insiden-insiden ini menyaksikan bahawa kemungkinan BN di Sabah juga akan berantakkan sekiranya tidak dibendung dari awal.. Apakah perkembangan mutakhir ini menandakan BN Sabah mula menampakkan krisis persefahaman..? Apakah natijah kepada BN ke atas apa yang berlaku antara PBS dan UMNO KOTA MARUDU ini..? Kepada anda saya serahkan penilaiannya.

Monday, August 17, 2009


“Mendung tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba hujan di tengah hari”, barangkali begitulah yang sepatutnya menjadi gambaran kepada UMNO KOTA MARUDU apabila dalam mesyuarat Bahagiannya meluluskan usul meminta satu kerusi diperuntukkan kepada UMNO Bahagian itu dalam PRU-13 akan datang. Biarpun PRU-13 masih lama lagi,namun bahagian itu sudah seakan mendesak agar Parlimen Kota Marudu diserahkan kepada UMNO.

Sebagai rekod, Parlimen Kota Marudu diwakili oleh Datuk Dr. Maximus J. Ongkili dari parti PBS/BN. Manakala kedua-dua DUN di kawasan itu juga diwakili oleh parti berkenaan (DUN Matunggong Sarapin Magana, DUN Tandek, Anita Baranting@ Lasiah). Apakah agenda di sebalik usul ini..? Jika permintaan itu ditunaikan, apakah yang akan menimpa nasib Dr.Maximus yang sekarang ini adalah menteri Sains, Teknologi dan Inovasi..? Bukankah kemenangan PBS di kawasan itu adalah juga kemenangan BN keseluruhannya..? Kenapa usul sebegini mendapat perhatian daripada UMNO KOTA MARUDU, sedangkan PRU-13 masih jauh lagi..? Apakah UMNO KOTA MARUDU sudah mula ada krisis dengan PBS?..Banyak persoalan yang boleh difikirkan.


Timbalan Ketua Umno Bahagian Baintin Adun @ Abdul Halim yang membentangkan usul itu meminta Perhubungan Negeri dan Pusat mengambil tindakan lanjut tentang perkara ini. Usul itu dipersetujui sebulat suara oleh kesemua perwakilan. Dalam ucapan alu-aluan Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Wetrom Bahanda @ Mohd. Fikri juga ,memohon perkara yang sama dan meminta agar Perhubungan Umno Negeri dan Pusat memberikan kerusi berkenaan kepada UMNO KOTA MARUDU. Sebagai Rekod tambahan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, adalah mantan ketua UMNO KOTA MARUDU, sebelum mengambil keputusan melepaskan Jawatan itu setelah dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat.