Showing posts with label Umno Sabah. Show all posts
Showing posts with label Umno Sabah. Show all posts

Thursday, July 8, 2010


Sekalipun pada luarannya politik Sabah nampak tenang, namun pada dasarnya ia cukup bergelora, lantaran kerana barangkali 'gelora' itu diakibatkan oleh rasa ketidakpuasan hati parti=parti komponen BN di Sabah terutama bila menyentuh tentang pengagihan kawasan Pilihanraya kepada parti-parti tersebut. Setakat ini sebagai rekod Barisan Nasional (BN) Sabah terdiri daripada UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Pasok Momogun Kebangsaan Sabah (PASOK), MCA, MIC, Gerakan, Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Ertinya dengan anggota seramai 8 buah parti ini, tentunya amat memeningkan kepala Pengerusi Perhubungan BN iaitu Datuk Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah.

Walaupun cuba disembunyikan, namun isu perebutan kawasan kerusi pilihanraya ini tetap menjadi perhatian media arus perdana. Malahan ketika melawat Sabah PM, Datuk Seri Najib enggan menjadikan isu ini sebagai isu pokok perpaduan BN di Sabah, sebaliknya meminta supaya semua pihak memberikan keyakinan kepadanya untuk membuat sesuatu yang terbaik buat Sabah.

Parti Umno yangh dikatakan sebagai tunjang bagi BN Sabah sudah sebegitu 'rakus' meminta dan mendesak beberapa kawasan yang diwakili oleh parti rakan dalam BN diberikan kepada mereka. Tentunya kita masih ingat apa yang berlaku di Parlimen Kota Marudu, bilamana Umno 'memohon' kawasan itu untuk diwakili oleh mereka. Sedangkan kawasan terbabit dibawah pengaruh politik PBS yang diwakili oleh Dr Maximus Onggkili. Terbaru pula dikhabarkan Datuk Gapur Salleh yang juga ketua Umno Kalabakan 'meminta' supaya kawasan DUN Merotai yang diwakili oleh LDP diserahkan kepada UMNO.

Di kawasan Pantai Barat juga menyaksikan hal yang sama apabila Datuk yahya Hussin yang juga timbalan ketua menteri meminta supaya kawasan parlimen yang diwakili oleh UPKO melalui wakil rakyatnya Datuk Marcus Makin supaya melepaskan kawasan itu dan diserahkan kembali kepada UMNO.

Pergolakkan yang berlaku ini seoilah-olah memberi gambaran bahawa pemimpin umno di sabah seakan terdesak dengan peranan parti komponen yang lain. Apakah sebenarnya motif kepada tuntutan politik ini? Apakah kerana kecurigaan telah mula melanda BN Sabah? Atau benarkah bahawa akan ada desas-desus yang menyatakan terdapat parti komponen BN di negeri ini yang tidak berpuas hati dengan UMNO SABAH?

Tabiat 'mendahului' keputusan pimpinan parti peringkat tertinggi bukan sahaja menimbulkan kerenggangan yang besar tetapi juga menimbulkan konflik dalaman yang dahsyat. Sebermula lagi prestasi kepimpinan politik KM begitu dicurigai oleh ramai pemimpin politik veteran di sabah apabila detik hitam melanda mereka menyaksikan penguguran beberapa personaliti politik Sabah yang berpengaruh pada PRU12 yang lepas.

Kini Umno Sabah terlontar pada satu dilema politik yang besar, antara tuntutan pemimpinnya sendiri dengan tuntutan pemimpin parti komponen Bn yang lain.Parti pembangkang pula sedang merangka strategi menewaskan mereka.

Friday, December 11, 2009

Datuk Amir Kahar- anak kepada bapa kemerdekaan sabah,mantan presiden USNO -, Datuk salleh Said- anak kepada mantan TYT Sabah, mantan Ketua Menteri: Wajarkah diturunkan pada pru-13 ?


Kelantangan Tun Mahathir mengkritik UMNO dan Kerajaan tidak harus dipandang enteng, sebaliknya, dan sepatutnya UMNO terbangun dari mimpi yang panjang, berhenti bercerita tentang tuntutan perubahan yang entahkah Berjaya, entahkan tidak.Kerana masa sebegitu suntuk buat UMNO dan Sekutunya..PRU-13 hanya lebih kurang 2 tahun lagi dan tak kan ada mana-mana parti organisasi yang boleh merubah paradigma politik ahlinya dengan sekelip mata, sepantas kilat atau selaju jet pejuang tempur..tuntutan demi tuntutan,mengubah minda politik para pemimpin di peringkat Bahagian dan cawangan seluruh Negara nyata satu perjuangan yang memerlukan keikhlasan semua pihak.

Kalau dulu UMNO hanya bergerak di kepulauan tanah besar, kini cabaranya nyata lebih besar sejak mengembangkan sayapnya di Sabah. Kerana situasi di Semenanjung tampak jauh berbeza dengan di Sabah. Ketikamelancarkan UMNO Sabah pada 21 Februari 1991, Dr Mahathir mengingatkan kepimpinan UMNO di Sabah bahawa Perpaduan dan Kuasa adalah dua perkara penting yang menjadi tunjang kepada kemasukan UMNO :

“Apakah makna perjuangan kalau kita tidak menjadi kerajaan.Sebab itu hasrat kita menubuhkan UMNO ialah orang lain juga dapat memainkan peranan untuk menjayakan cita-cita bumiputera di Sabah ini.Penubuhan UMNO kalau terhad hanya kepada ahli USNO sahaja tidak akan mencapai kejayaan….niat kita ialah untuk menyatupadukan UMNO di Sabah supaya mereka dapat membentuk kerajaan yang betul-betul memberi perhatian kepada bumiputera di negeri Sabah ini…”

Itulah antara kemelut awal UMNO di Sabah sekaligus memperjelaskan bahawa penyatuan para pemimpin dan rakyat di Sabah harus dikedepankan. Seawal kemasukan UMNO memperlihatkan konflik antara ahli asal USNO dan ahli UMNO baru..namun setelah hampir 18 tahun UMNO bertapak di Sabah polarisasi dan konflik itu semakin hilang ditelan masa..memang diakui dalam pelayaran UMNO sebagai “kapal Besar” beberapa pemimpin USNO terdahulu terpaksa “Delayed”. Antaranya ialah seperti Datuk Askalani, Pitting Mohd.Ali,Salim Bacho,said Senang dan beberapa nama lagi, sehingga kehadiran mereka dalam UMNO Sabah Nampak samar didiamkan, sama ada sebagai ahli biasa atau ahli USNO yang diumno kan.

Peringatan Tun Mahathir itu, memerlukan masa yang panjang..namun sama ada kita sedarinya atau tidak UMNO Sabah semakin utuh dan berdaya..meskipun ada suara-suara sumbang yang berbaur ketidakpuasan dan ketidakadilan ,namun semuanya itu menjadi rencah kepada dunia politik Sabah…

Hanyasanya apabila Datuk Musa Aman..mempamerkan keberanian dengan membuat langkah drastic yang mengejutkan banyak pihak di Sabah pada PRU-12 yang lalu.yakni perpaduan dalam UMNO Sabah kembali goyah dan ada yang menyatakan mula berantakan apabila beberapa nama besar dalam politik Sabah digugurkan. Ada pemerhati yang menyatakan bahawa keputusan MUSA AMAN itu adalah atas desakan Khairy Jamaluddin, sebagai ahli politik yang ingin terus survive, maka MUSA AMAN “TERPAKSA” berbuat demikian..Natijah kepada tindakan itu bukan sehari dua..tetapi bertambah parah kerana nama-nama yang disenaraihitamkan itu adalah nama besar yang menjadi jantung dan nadi kekuatan UMNO dan BN di Sabah.

Ada juga pandangan bahawa biarpun nama-nama besar ini digugurkan tetapi BN dan UMNO Sabah telah mencatat kejayaan yang besar sehingga digelar sebagai Fixed Deposit bagi BN. Keupayaan pemimpin yang digugurkan itu langsung tidak dikaitkan..Walhal kerana KESETIAAN yang tidak berbelah bahagi para pemimpin ini sehingga sanggup turun padang berkempen untuk memenangkan calon yang menggantikan mereka.

Di daerah Kota belud, TSP sendiri turun padang berkempan atas nama Datuk Musbah dan atas pati perjuangan, DSSK juga memberikan komitmen ke atas DARD sehingga memastikan kedua-dua kawasan PRU ini dimenangi oleh CALON PILIHAN MUSA AMAN.

Jika dan sesungguhnya UMNO di Semenanjung parah hingga ke ususnya,mampukah MUSA AMAN di Sabah membersihkan USUS UMNO Di Sabah..? Sesetengah pendapat memperlihatkan pendirian bahawa, MUSA AMAN seharusnya membuat tindakan dengan menyenaraikan kembali nama-nama pemimpin yang digugurkan pada PRU-12 yang lalu..kerana jika tidak impak terbesar ialah UMNO SABAH akan mula retak yang lama-kelamaan akan menanti belah. Ada juga menyatakan bahawa pandangan sebegini bersifat mischievous and irresponsible ( nakal dan tidak bertanggungjawab).Namun pendapat TSP 16 tahun yang lalu tentang UMNO Sabah wajar diteliti semula:

“….UMNO Sabah perlu menggubal suatu pendekatan politik yang boleh diterima oleh semua kaum.Pendekatan politik yang diselaraskan dengan selera politik hanya satu puak sahaja akan ditolak oleh rakyat Sabah.Ini bukan andaian atau amaran. Ini adalah fakta dan hakikat politik negeri Sabah yang tidak boleh di sangkal atau disembunyikan…” ( TSP :Siapa Selepas pairin ?)

Monday, August 10, 2009



Membaca artikel sabahkini tentang MUSA AMAN DAN DATUK SALLEH telah menarik minat saya,keran idea itu dikatakan diutarakan oleh seorang politikus Sabah di zaman USNO dan BERJAYA. Siapa yang tidak kenal dengan HALIK ZAMAN. Memberikan pandangan politik bersandarkan kepada kaca mata dan pengalaman beliau setelah berpuluh tahun dalam dunia politik Sabah. Artikel yang saya maksudkan ialah mengenai MUSA AMAN yang dikatakan tidak ada ‘political base’, sekaligus beliau menyatakan bahawa kemenangan UMNO/BN di Sabah dalam PRU-12 yang lepas adalah atas titik peluh dan kerja kuat beberapa tokoh politik Sabah yang dikatakan masih kuat pengaruhnya. Antara tokoh yang disebut oleh beliau ialah DATUK SALLEH TUN SAID, TAN SRI PANDIKAR AMIN,DATUK ABDUL GHAFFUR SALLEH,DATUK SHAFIE AFDAL DAN beberapa orang lain lagi..Benarkah atas dakwaan HALIK ZAMAN ini ?..Apakah reality dunia politik di Sabah sekarang masih relevan dengan kenyataan itu ..? Inilah antara pandangan politik tokoh veteran ini:

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

UMNO Sabah bukanlah sebuah parti politik yang kuat sangat di Sabah. Musa Aman juga bukanlah seorang pemimpin politik yang berpengaruh sangat dalam UMNO. Kemenangan UMNO Sabah pada PRU12 bukan dari pengaruh Datuk Musa Aman tapi mesti diambil kira dari faktor-faktor di sekeliling Musa Aman.


Faktor utama di Pantai Timur terutama Tawau, jangan lupa Datuk Seri Abdul Ghaffur Salleh masih kuat pengaruhnya. Di Semporna Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal patut diberikan pujian kerana kerja kuatnya. Di Pantai Barat, Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said, seorang yang berketurunan Sama' Bajau, paling disegani dan berpengaruh. Daerah Papar hingga Sipitang orang Melayu Brunei masih kental kepercayaan mereka kepada Rahim Ismail. Faktor ini yang benefitnya Musa Aman dapat dan menjadi Ketua Menteri Sabah hingga sekarang.

Pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Datuk Seri Abdul Ghaffur Salleh, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Rahim Ismail, kerana tanpa mereka, Datuk Seri Musa Aman bukan siapa-siapa.

Tetapi persoalannya berapa lama mereka ini mahu jadi kuda tunggangan? Pengaruh mereka bukan calang-calang. Mereka itu mewakili suku kaum majoriti di Sabah. Sedangkan Musa Aman hanya menempel di kawasan Sibuga Sandakan. Apatah lagi Musa berasal dan turunnya dari Bingkol, Beaufort, iaitu cucu Akhbar Khan.

Memang benar PRU12 UMNO Sabah menang 99.9% tapi kemenangan itu bukan faktor Musa Aman. Ia dari faktor pengaruh Datuk Seri Mohd.Salleh Tun Said, Datuk Seri Pendekar Amin Mulia, walaupun Salleh dan
Pandikar Amin tidak dipilih oleh Musa menjadi calon DUN atau Parlimen tetapi kerana taatnya mereka kepada UMNO, mereka sanggup berkempen untuk kemenangan UMNO Sabah.

Begitupun Datuk Shafie Apdal, Datuk Abdul Ghaffur Salleh, Datuk Lajim Ukin dan Datuk Rahim Ismail, demi UMNO Sabah, mereka berkerja keras untuk kemenangan, tapi bila UMNO Sabah menang, mereka yang benar-benar berjuangpun tidak langsung diberi perhatian oleh Datuk Musa Aman. Datuk Musa hanya jaga kepentingan anak-anak, anak buah dan kroni-kroninya sahaja.

Hari ini, hari demi hari rakyat Sabah pun sudah sedar siapa Musa Aman? Kalau Kerajaan Pusat masih lagi terlalu yakin dengan kepimpinan Datuk Musa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah dan Ketua Menteri Sabah, jangan terkejut kalau nasib UMNO Sabah sama dengan nasib USNO pimpinan Allahyarham Tun Datuk Mustapha dikalahkan oleh Parti BERJAYA dan sama dengan nasib Parti BERJAYA pimpinan Datuk Harris Mohd. Salleh dikalahkan oleh PBS, terjatuh terkulai layu.

Formula yang paling baik untuk menguatkan UMNO Sabah, tukar sahaja Musa Aman sebelum UMNO para hancur berderai. Lagu-lagu rakyat pun sudah kedengaran, bahawa UMNO Sabah ini sudah menjadi dinasti Musa Aman. Mana tidaknya, anak-anaknya, anak-anak saudaranya, kaum kerabatnya? Ahhhh, susah mahu cakap, tengok sendiri lah, lihat sendiri dan dengar sendirilah kejatuhan UMNO Sabah dalam PRU13 nanti. Kita sama-sama tunggu dan lihat.