"Saya ingat mereka tidak boleh hidupkan semula USNO sebab USNO kita alihkan untuk kita lahirkan UMNO. Ini merupakan langkah penyatuan kerana dahulu (Melayu dan bumiputera) berada dalam Berjaya, PBS (Parti Bersatu Sabah) dan USNO,"katanya kepada pemberita berikutan tindakan USNO dan STAR mengadakan Rapat Umum serta mementerai Deklarasi Semporna di daerah itu menyaksikan hampir 3000 orang menghadiri perhimpunan itu. Deklarasi Semporna mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila pemuafakatan politik antara suku KDM dan Bajausuluk dicapai dan merupakan satu-satunya deklarasi seumpama itu yang ditandatangani sebagai dokumen politik di Sabah menyaksikan persefahaman politik diantara dua suku kaum terbesar di Sabah itu.
Kenyataan Datuk Shafie itu dilihat sebagai 'mendahului' keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan jaminan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan meneliti keperluan parti USNO di tubuhkan dalam satu perjumpaan penaja USNO 5 tahun lepas seperti yang di dakwa oleh Abdullah Sani iaitu timbalan presiden penaja USNO.
Kenyataan Datuk Shafie itu dilihat sebagai 'mendahului' keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan jaminan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan meneliti keperluan parti USNO di tubuhkan dalam satu perjumpaan penaja USNO 5 tahun lepas seperti yang di dakwa oleh Abdullah Sani iaitu timbalan presiden penaja USNO.
Ucapan Datu Badaruddin di Semporna tempoh hari turut meminta semua penyokong USNO menyokong calon STAR jika parti USNO tidak diluluskan pendaftarannya dan mengingatkan kerajaan BN bahawa para pemimpin dan penyokong parti keramat itu akan menunggu hatta 100 tahun lagi untuk pendaftaran semula parti USNO.Terdahulu daripada itu ketua penaja USNO sdr Peramli Ibrahim dalam ucapannya menyatakan seluruh penyokong USNO di Sabah sebulat suara meminta Datu Badaruddin bertanding di Parlimen Semporna pada PRU 13 akan datang. Ini bermakna Datuk Shafie Apdal akan berhadapan dengan Presiden penaja USNO itu.
Sebagai rekod pada PRU 12 yang lepas Datuk Shafie Apdal di tentang oleh Sdr Aziz Hj Abd.Hamid dari parti PKR yang juga adik kepada politikus zaman BERJAYA iaitu Hj.Abdillah Abd. Hamid yang berjaya menewaskan Tun sakaran Dandai yang mewakili parti USNO ketika itu.Namun pada PRU 2008 , sdr Aziz bukan sahaja kalah tetapi turut hilang wang deposit.Beliau memperolehi undi sebanyak 1,957 manakala Datuk shafie 19,419 dengan majoriti 17,462. Parlimen Semporna mempunyai jumlah pengundi sebanyak 35,216 berdaftar yang kebanyakkannya dari suku bajausuluk.
11:11 PM
kelapa mawar
