Saudara Admin,
Saya merasa terpanggil memberi komentar diruangan Kelapamawar ini megenai PERUBAHAN yang sedang melanda DUN USUKAN. Saya berharapa agar ruangan ini akan menjadi 'meja' perbahasan kemudiannya secara sihat, berhemah dan kritis. Saya juga tidak mengharapkan langsung komentar ini menjadi inti kepada pejuang-pejuang yang membawa aspirasi PERUBAHAN ini.
saudara admin,
DUN USUKAN adalah kubu kuat tradisi UMNO/BN. Belum berlaku dalam sejarahnya DUN ini jatuh ke tangan pembangkang. Maknanya secara tulus kita boleh katakan DUN USUKAN akan tetap dimenangi oleh Datuk Salleh dari UMNO pada PRU 13 ini. Namun PERUBAHAN boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang. kalau bukan pada PRU 13 ini, mungkin PERUBAHAN ini akan berlaku 5 tahun lagi. TETAPI dari pengamatan saya, minda pengundi-pengundi USUKAN mula dilanda perubahan.
Dalam sejarah USUKAN dibawah kuasa BN/UMNO, wakil rakyat saling berganti, namun rakyat dan masyarakat USUKAN masih dibelenggu kemiskinan dan kepapaan. sawah-sawah padang yang terbentang luas menganjur dari Kulambai hingga ke pantai Emas, masih belum ditingkatkan infraztruktur pengairannya meskipun DUN USUKAN ini beberapa kali di wakili oleh BN/ UMNO. Dan buat kesekian kalinya, Datuk Salleh jadi menjadi calon semula. Namun apakah yang pernah dilakukan oleh Datuk Salleh di Usukan? Kami pengundi di Usukan masih berada pada takuk lama. Hidup seperti ini juga, baik Datuk Salleh menang atau kalah, kami tetap begini. Air paip tidak ada, bekalan elektrik, jalan raya, balai raya, masjid dan macam-maca lagi sekadar yang terlarat di sebut, masih tidak ada perubahan juga.
DUN USUKAN adalah kubu kuat keluarag Datuk Salleh, kemenangan beliau di Usukan beberapa kali pada saya bukan atas kerana kepimpinannya tetapi kerana sejumlah wang ringgit yang ditabur mencecah 200 ringgit ketika PRU. Masyarakat Usukan meliaht perkara ini sebagai imbuhan sedangkan itu adalah wang rakyat bukan wang UMNO/BN.
Sekarang sudah sampai masanya DUN USUKAN membuat perubahan kepimpinan. Calon PKR sdr Mustapha Sakmud juah lebih berpendidikan kalau dibandingkan dengan calon-calon lain. Penglibatan beliau dalam politik bukan didorong oleh perebutan jawatan, pangkat dan harta kemewahan seperti calon-calon lain. Beliau low profil tetapi bersikap terbuka dan ingin berkhidmat kepada rakyat. Tidak ada wang yang ditawarkan kepada pengundi. Tetapi khidmat yang diberikan. memberikan peluang bererti akan memberikan pengalaman kepada beliau dan rakyat usukan.
Jangan kerana ketaksubaan kita kepada pemimin hingga membiarkan peluang USUKAN menyaksikan PERUBAHAN kepimpinan besar-besaran akan tergendala 5 tahun lagi dari sekarang.
jangnalha takut membuat perubahan kepada keadaan yang lebih baik keran itu adalah hak kita selaku masyarakat Usukan.
Sekian sahaja.
pengundi tegar usukan.

12:05 AM
kelapa mawar