Showing posts with label calon BN pru 13. Show all posts
Showing posts with label calon BN pru 13. Show all posts

Saturday, June 25, 2011


Kenyataan Najib bahawa hanya calon yang berupaya untuk menang akan dipilih pada PRU 13 akan datang dilihat sebagai satu strategi ampuh untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yang hampir terlepas pada PRU 12 yang lepas. Justeru kenyataan itu turut mengundang spekulasi bari di daerah dimana UMNO sabah dilahirkan iaitu di Kota Belud.

Rakyat bukan sahaja mula menceritakan makna tersirat disebalik kenyataan itu tetapi juga turut mempetsoalkan kerasionalanya di peringkat Kota Belud. Kerana kata mereka jika berpandukan kenyataan itu maka semua calon yang lepas termasuk beberapa calon yang digugurkan pada PRU 12 adalah terdiri daripada calon-calon yang 'boleh ' menang. Senario di Kota Belud menggambarkan ,letaklah sesiapa jua pun asalkan berlambang "dacing' sama ada calon itu calon anak kota Belud atau calon import pasti berpotensi untuk menang.

Datuk Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar, Datuk Rahman dahlan, datuk Musbah dan Datuk Japlin adalah antara calon yang boleh menang jika di calonkan pada PRU akan datang. Oleh yang demikian dijangka Najib akan pening kepala untuk melakukan pemilihan berhemah pada masa itu. Malahan diandaikan pada PRU akan datang pelung beberapa pemimpin muda untuk diketengahkan juiga akan bertambah tipis ekoran kenyataan Najib itu, kerana ada dikalangan mereka yang belum terbukti boleh menang sebagaimana yang dikehendaki oleh Najib.


Monday, December 13, 2010


Apabila Najib mengumumkan bahawa calon BN pada pilihanraya ke 13 adalah calon pilihan rakyat,ramai yang mula mentafsirkan kenyataan itu terutama dari sudut kebenarannya, kerana apakah kayu pengukur dan penanda aras kepada ‘pilihan’ rakyat itu? Apakah formula untuk menentukan bahawa calon yang dipilih itu benar-benara menepati citarasa dan kehendak rakyat diperingkat akar umbi? Apakah cadangan dan pandangan akar umbi itu adalah berdasarkan inspirasi politik Ketua Bahagian? Atau apakah Najib akan memikirkan supaya satu bentuk ‘pungutan’ suara dapat diadakan di sesuatu kawasan seperti alah-alah PRU untuk mendapatkan ‘calon pilihan’ itu seperti apa yang diumukan oleh Najib? Atau barangkali Najib akan menggunakan “mimpi” purnamanya untuk menentukan calon nanti? Masih samar dan tentunya kesamaran itu akan bertamabh bila PRU 13 bakal menjelang tiba.




Asasnya adalah pokok pangkal kepada sistem sedia ada. Demokrasi di negara ini yang berpaksikan kepada “sistem Sample Majoriti” menerbitkan bahawa kemenangan calon dalam PRU kadangkala melewati batas sokongan majoriti. Contohnya jika dalam sesuatu kawasan yang mempunyai pengundi seramai 10 ribu orang dalam ada 3 calon yang bakal berebut menjadi wakil rakyat di kawasan itu, keputusan yang diterima ialah Calon A mendapat 4 ribu, Calon B dan C masing-masing mendapat 3 ribu. Jika diukur kepada sokongan majoriti,maka jelas bahawa calon A ditolak oleh 6 ribu pengundi di kawasan itu, tetapi kerana sistem simple majoriti maka calon A dimumukan sebagai wakil rakyat dikawasan berkenaan.




Pemilihan calon PRU juga jika berasaskan kepada “calon pilihan” rakyat, maka akan berlaku pertembungan antara kehendak kumpulan dalam kelompok masyarakat tersebut. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga ketika mengulas mengenai perihal ini, menegaskan bahawa pada PRU 13 , calon BN adalah calon yang benar-benar mempunyai personaliti pilihan ramai. Yakni sama ada calon itu berada dalam kedudukan selesa dalam parti atau tidak, sudah menjadi pilihan kedua.




Ketika berbincang dengan beberapa rakan dalam kelompok belia, isu memilih calon pilihan rakyat ini terus menjadi tanda tanya. Ada kemungkinan besar bahawa kononnya PM sekarang “memasang” mata-mata untuk melihat dan memantu calon-calon tertentu dalam parti. Jika benar, apakah transformasi yanjg dilaungkan oleh PM itu tidak bersifat nyata? Sebaliknya KPI dan NKRA nya sengaja ‘disembunyikan’?




Di Kota Belud, prestasi YB-YB BN rasanya cukup tinggi, walaupun masih kedengaran di sana-sini pelbagai keluhan dan keresahan penduduk tatkala menghadapi kemelut hidup. Namun seharusnya itu tidak dijadikan sandaran kepada mereka untuk meraih populariti sebagai pilihan rakyat.Datuk Shafie Apdal juga mengakui bahawa calon akan datang wajar popular dan diterima oleh rakyat? Apa yang mengusarkan kita, apakah yang berlaku jika BN meletakkan calon pilihan rakyat tetapi bukan pemimpin pilihan parti? Bolehkan mencapai kemenangan yang membanggakan?apakah tidak akan berlaku ‘sabotaj’ seperti yang terjadi pada PRU 12 yang lepas? Cuba kita fikirkan bersama keadaan ini.