Ketika PKR Pusat dihantui oleh bayang-bayang wakil rakyatnya yang bertindak meninggalkan parti itu dan pengaruh DSAI ke atas para penyokongnya yang dikatakan menurun berdasarkan sambutan kehadiran penganut PKR di mahkamah ketika proseding kes liwatnya berjalan…namun laut politik di sabah tampak tenang, tidak ada tsunami besar yang melanda biarpun satu ,dua gempa politik menyaksikan beberapa pemimpin kecil BN bertindak menyertai pembangkang. Selain SAAP telah lebih awal meninggalkan BN. Namun semuanya itu BN masih dilihat berada dalam dewan keselesaan politik yang amat kuat.
Ketika PKR dan sekutu politiknya membuat pengumuman awal meletakkan calon satu lawan satu pada PRU 13 akan datang, ramai pemerhati politik tempatan di Sabah merasakan langkah PR itu sebagai angkuh, sombong dan mempunyai “high confident” yang bisa mematikan matlamat mereka menguasai Sabah. Ini kerana berdasarkan iklim politik Sabah yang masih sukar diramalkan. Sesekali hujan ribut turun dan sesekali kemaru panjang melanda.Tidak sama dengan di semenanjung ,walaupun ada isu nasional yang dijangka mendominasi isu PRU 13, tetapi impak kepada pengundi adalah di tahap minimum berbanding isu tempatan yang lebih berdaya saing terutama isu politik suku majority.
Strategi satu lawan satu oleh PR, tidak semudah ketika melafazkan ikrar politik itu, kerana di Sabah calon BEBAS dijangka menjadi cabaran utama kepada PR pada PRU 13 nanti. Kalau di semenanjung calon BEBAS jarang mendapat tempat kerana calon BEBAS ini hanya dilihat memperjuangkan inspirasi golongan minoritika , berlainan di Sabah, kerana Calon BEBAS boleh ‘mencabar’ sokongan kepada calon parti-parti yang bertanding. Setakat ini ‘penghargaan’ politik terbesar harus diberikan kepada penduduk Kuala Penyu yang telah membuat perubahan besar dalam landskap politik Sabah pada PRU 11 kerana memberi keizinan kepada calon BEBAS ,Datuk OT Ghani mewakili mereka. Sebelum Berjaya di rampas oleh Teo Kwan Chin dari BN pada PRU 12 dengan hanya kelebihan undi lebih kurang 200 lebih sahaja. Kehadiran 2 calon BEBAS juga telah menghancurkan harapan Dr Jeffry pada PRU 12 yang lepasa apabila gagal menguasi DUN BIngkor dengan kekalahan tipis sebanyak 171 undi sahaja.
Jika parti Pembangkang tempatan di Sabah seperti BERSEKUTU, SAPP dan lainya , Berjaya di bawa dalam pemuafakatan pembahagian kerusi pada PRU 13 pun tidak akan dapat menjamin berlakunya apa yang dikatakan itu sebagai 1 lawan 1. Kerana kehadiran calon BEBAS akan membuatkan keadaan politik di Sabah sukar ditembusi oleh PR. Sama ada calon BEBAS itu bertujuan untuk mengetengahkan idelogi politik yang berbeza atau di turunkan oleh pihak tertentu bertujuan untuk memecah undi sehingga menyukarkan pihak lawan memenangi kawasan tersebut, bukan persoalan utama kerana yang menjadi isunya ialah bolehkan PR di Sabah mengekang kemaran calon-calon BEBAS ini ? Bolehkah wujud kesepakatan dengan calon BEBAS ?Atau apakah pada kali ini calon BEBAS akan membuat kejutan di beberapa kawasan ? Nyata situasi politik di Sabah yang berkecenderungan dalam politik kesukuan akan menguasai pasaran BEBAS pada PRU 13 akan datang.

6:05 PM
kelapa mawar