Showing posts with label dard DISANGGAH ISU BORNEOSASI. Show all posts
Showing posts with label dard DISANGGAH ISU BORNEOSASI. Show all posts

Monday, February 13, 2012



Kenyataan MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai isu Borneosasi di Sabah yang termaktub dalam syarat "penyertaan Sabah dalam Malaysia" atau lebih dikenali sebagai 20 Perkara sebagai TELAH SELESAI seperti yang dimuatkan dalam portal sabahkini.Net yang ditulis oleh  Ismail Mohd. Rosli blogger Gempursabah.blogspot.com. mendapat maklumbalas yang negatif dikalangan pembaca portal tersebut. dalam blog kelapamawar. Blospot.com yang turut memuatkan kenyataan Datuk Rahman itu juga mendapat krtikan pedas dan sinis.Blogger SUARA BEBAS TUARAN, sdr Ir. Ajin Gagah misalnya menganggap kenyataan Rahman dahlan itu sebagai melambangkan MP Kota Belud itu masih tidak "faham' dengan istilah BORENOSASI , meskipun bergelar YB dan Ahli Parlimen : Kenyataan sdr Ir. Ajin Gagah itu seperti dibawah ini :

Salam kelapa Mawar

Rasa nya DARD belum faham makna sepenuhnya istillah 'Borneosasi'. Justeru walau pun pada beliau kes ini sudah selesai, namun disana sini ia nya masih lagi menjadi teras perbincangan aktivis politik. 

Secara keseluruhan nya, bukan hanya pehak pembangkang yang sengaja membesarkan isu ini sekadar untuk memancing undi. Tetapi isu borneosasi ini, kini mendapat perhatian serius dan pandangan simpati dari pehak pro kerajaan (parti-parti bukan UMNO, NGO dan warga atas pagar). 

Apa yang DARD sentuhkan disini ada lah sebahagian dari isi kandungan penting yang perlu dinikmati oleh warga 'Malaysian Borneo( Sabah dan Sarawak)' selama ini. 

Banyak lagi perkara yang perlu direalisikan oleh kerajaan BN agar suara-suara sumbang mengenai isu borneosasi ini dapat dihentikan sama sekali. Kalau tidak? pejuangan kearah itu pasti nya akan berlanjutan sepanjang zaman.

Antara Perjuangan dalam konteks Borneosasi yang masih belum ditunai oleh kerajaan perseketuan ada lah;
1. Hal-hak istimewa dan peranan Sabah dan Sarawak dalam kuasa kewarganegaraan, kuasa pendaftaran dan kuasa imigrasi. Pengarah tiada kuasa untuk mengubal dasar ini.
2. Pengagihan hasil yang seimbang dan adil termasuk mengkaji semula peratus hasil daripada minyak mentah dan juga penempatan perwakilan yang lebih dalam parlimen, kabinet perseketuan, perundangan dan perkhidmatan tadbir dan diplomatik
3. Dasar cabotaj, pengangkutan dan perdagangan yang mempunyai impak negatif keatas negeri-negeri Borneo dimansuhkan. Kerana itu, harga di Malaya dan Malaysian Borneo jauh berbeza (Disini harga barangan lebih mahal dari disana).
4. Fokus pembangunan ekonomi dialihkan ke Sabah dan Sarawak ( Saperti pembinaan Lebuhraya Banting- Taiping berharga RM 7.7 Bilion). Di sini cadangan Lebuh raya Trans Borneo; Sipitang-Kucing, sebagai contoh.
5. Mengatasi masalah PTI dan projek IC kerana ia menimbulkan keraguan rakyat dan mengugat integriti persempadanan negeri Sabah dan Sarawak. Disamping itu mengenakan hukuman yang berat keatas mereka yang mengeluar dan yang bersubahat mengeluarkankewarganegaraan kepada PTI. 
RCI hanya lah instrument untuk mengenal pasti permasaalahan bukan nya ada kuasa 'executive' untuk bertindak.
6. Kehadiran agensi dari pada pusat di Sabah dan Sarawak ( saperti Felda, Felkra, Risda dan banyak lagi) yang telah menguasi hasil keluaran serta hak milik rakyat tempatan. Sepatutnya dikendali oleh agensi tempatan dengan bantuan kerajaan perseketuan.

Dengan rangkaian senarai diatas, jelas bahawa masih banyak lagi perkara yang belum selesai dan harus diperjuangkan bersama tanpa mengirakan perbezaan ideologi politik.

Pada pandangan saya, sudah tiba masa nya kerajaan perseketuan meluluskan tuntutan hak diatas. 
Apa lagi bila memikirkan kita sudah bersama Malaysia selama 49 tahun(lama juga tu). 
kalau bukan sekarang, bila lagi?


Sementara itu Blogger Sekali ketuk.blogspot.com yang juga penulis politik nasional Sdr Musli Oli turut menempelak kenyataan Datuk Rahman itu yang disifatkannya sebagai tidak seperti yang diluahkan oleh MP Kota Belud itu sewaktu membicarakan isu Borneosasi dengan beliau dalam majlis sambutan Hari Raya di rumah ADUN USUKAN, Datuk Japlalin Akim. Sdr Musli Oli sempat meluahkan perasaannya itu dalam blog kelapa mawar seperti berikut:

KM,

MP Kota Belud sendiri mengakui bahawa KL tidak telus dalam isu Borneonisasi...beliau kata begitu kepada saya semasa menghadiri majlis hari raya rumah datuk japlin akim.

Katanya, tak masuk akal, kuasa imigresen adalah kuasa negeri, tetapi Pusat pulak yang diberi kuasa memberi kerakyataan kepada penduduk Sabah!?

Apa ini? serius kah atau main-main?
Jika kuasa imigresen kuasa negeri, sepatutnya kuasa mestilah diberi sepenuhnya kpd menteri negeri bukan menteri Persekutuan...

Di laman portal Sabahkini.Net. kenyataan Datuk Rahman itu terus disanggah oleh beberapa orang pembaca. Antara yang menarik ialah seorang pembaca yang bernama Dhalan Dg. Farhana yang membuat kenyatan dalam bentuk surat terbuka kepada Ahli Parlimen Kota belud merangkap setiausaha BN Sabah itu:

Surat Terbuka Kepada 
Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan.

Saya yakin bahawa surat ini akan dibaca oleh YB atau kenalan YB dan seterusnya disampaikan kepada YB. Sebenarnya saya tertanya-tanya apakah sumbangan YB yang boleh dikenang oleh rakyat sabah selepas 20 tahun akan datang. Setelah puas membuat kajian, didapati YB tidak mempunyai sumbangan yang boleh dihargai. Begitu juga dengan pemimpin yang lain, semua akan pergi meninggalkan arena politik tanpa meninggalkan jasa untuk membantu rakyat sabah.

Apakah yang rakyat perlukan? pernahkan YB mengambil tahu perkara ini? 

Rakyat sabah terbeban dengan kos barangan keperluan yang lebih tinggi berbanding semenanjung. mengapakah kami yang perlu memikul harga kos pengangkutan barangan keperluan tersebut?

Dari segi perkhidmatan Awam, Elaun Wilayah yang diterima oleh rakyat sabah lebih kecil ketika berkhidmat di semenanjung berbanding rakyat semenanjung yang bekerja di negeri bawah bayu ini. Pernahkan YB berjuang untuk perkara ini? Tidak pernah kan.

kemudahan infrastruktur juga sangat mengecewakan. Di semenanjung, jalan raya rata yang lurus boleh dibina di bukit yang tinggi & gunung ganang. Tapi rakyat sabah terpaksa menggunakan jalan yang tinggi dan curam seperti di keningau, tenom, ranau dan lain-lain? apakah sumbangan YB? tiadakan. Bentuk muka bumi bukan alasan!

Seorang pembaca yang menamakan dirinya sebagai anti pati turut mengulas kenyataan DARD itu :

Isu "Borneonisasi" bukan sahaja tertakluk kepada beberapa jawatan tinggi yang disandang rakyat Sabah, dengan penuh kemaluan akan kejahilannya tersendiri, 
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan telah gagal memahami intimaksud pengertian istilah "Borneonisasi". Setakat menjawat jawatan tertinggi bukanlah "Borneonisasi", buat apa menjawat jawatan tinggi apabila ianya merupakan boneka aturan mainan Malaya yang tidak berkuasa untuk mengambil tindakan drastik demi kepentingan anak Sabah? Yang lebih dipentingkan dalam "Borneonisasi" ialah mempunyai kuasa serta pengaruh untuk membuat keputusan demi kebaikan Rakyat Sabah bukan sahaja apabila menduduki atau menjawat jawatan tinggi, malah juga semua jawatan rendah sekali. Dalam kata lain, semua jenis jawatan tanpa mengira tinggi atau rendah seharusnya dipulangkan ke kuasa tangan watan Sabah yang tulen dan berbilang kaum (bukannya PTI dan bukannya dimonopoli oleh sesuatu kaum tertentu yang beragama tertentu sahaja) supaya rakyat Sabah mampu membentuk kemajuan negeri Sabah serta rakyatnya secara efektif mengikut selera keperluan berlandaskan hak hak demokrasi, kemanusiaan dan keadilan rakyat Sabah tanpa dibebalkan atau disangkalkan oleh kuasa kuasa jari telunjuk Malaya, yang secara terang benderang telah melumpuhkan proses pembesaran jiwa anak Sabah yang murni dan merdeka.Sesungguhnya, sebagai seorang anak Sabah, Datuk Abdul Rahman perlu sekurang-kurangnya memikirkan kredibiliti beliau sendiri sebelum berkata kata secara temberang kerana apakah beliau sendiri menjawat jawatan tinggi sekarang? Saya yakin, jawatan beliau kini akan tumbang pada bila bila masa jikalau corak pola permainan BN/UMNO hasil telunjuk Malaya terus diperagungkannya sendiri tanpa menyedari hakikat BN/UMNO lah yang kini membolot berhabis-habisan kekayaan Sabah. Apabila sudah habis dibolot, saya juga yakin beliau akan tiada apa apa lagi boloton peribadi yang mendatangkan keuntungan.

Tidak kurang juga yang membandingkan kewibawaan DARD dengan Bung Moktar : (Dragonballer sbh)

Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan jelas pengampu, mementingkan diri dan politik sendiri. Saya hairan jika orang Kota Belud masih memilihnya. 

ORANG UMNO MESTI BERANI BERKATA BENAR,
MACAM BUNG MOKTAR,
BUKANNYA MENIPU MACAM ABDUL RAHMAN DAHLAN.

ORANG UMNO MESTI BERANI BERBUAT BENAR,
MACAM BUNG MOKTAR,
BUKANNYA BACUL MACAM ABDUL RAHMAN DAHLAN.

Cuba senaraikan lagi semua Jabatan Persekutuan. Dan, jangan hanya berhenti pada tahap Pengarah. Tengok juga tahap Timbalan Pengarah. Siarkan senarai lengkap. Ini satu homework buat Abdul Rahman Dahlan. DAN, PANJANGKAN ISU INI KE KABINET. Selepas itu, saya tarik balik cemuhan saya dan saya sembur kamu dengan wangian kata indah. 

JANGAN SIMPLY TALK.....!!!! BUATLAH SESUATU YANG MEMBANGGAKAN.


Jika berdasarkan response ini sudah jelas bahawa kenyataan Rahman Dahlan kononnya isu Borneosasi telah selesai telah menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat Sabah. Adalah lebih selamat jika DARD menerangkan kembali secara jelas apakah maksud kenyataannya itu sama ada secara langsung di forum FCB atau blognya supaya rakyat dalam memberikan pandangan mengenai hal ini.