Showing posts with label debat DARD-MO. Show all posts
Showing posts with label debat DARD-MO. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Debat antara Musli Oli dengan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan dijangka akan diadakan pada 18hb .Nov.2012 bersamaan pada hari Ahad bertempat di Palace Hotel Kota Kinabalu jam 2.00 petang. Daripada sumebr maklumat yang sah, tajuk debat atau wacana ini adalah "Bajet Bn dan Bajet PR kesan kepada rakyat."

Siri wacana ini dijangka akan mendapat perhatian dari seluruh rakyat Sabah dalam segenap lapisan masyarakat kerana ia adalah merupakan julung-julung kali seumpamanya diadakan di Sabah. Satu bentuk penyuburan demokrasi tulen dan matang yang dibungai oleh wacana debat memperlihatkan ketajaman minda dan keupayaan menganalisis masa depan rakyat yangt menerima impak kepada bajet kedua-dua parti iaitu BN yang menunjangi kerajaan dan PR yang menjadi "check and balance" kepada pemerintah.

Dalam dunia maklumat tanpa batasan kini, Sabah mengorak langkah politiknya dengan menyaksikan wacana debat ini akan menjadi sejarah yang terakam sebelum PRU 13.

Kedua-dua tokoh adalah yang terpilih, DARD begitu lantang mengkritik bajet PR, manakala MO pula secara sinis dan berterus terang mempertikaikan beberapa program kebajikan yang dirancang oleh kerajaan BN termasuk pemberian BR1M dan bantuan one off kepada golongan belia dan murid-murid sekolah.

Apakah kali ini, wacana debat itu akan menjadi lonjakan kepada pemikiran dan minda rakyat Sabah terutama golongan muda yang sejak kebelakangan ini mengecam dan berani bersuara di laman sosial FCb dan blog?

kita saksikan lanjutan episod penulisan ini sejurus selepas debat itu diadakan. nantikan!

Monday, October 22, 2012

Untuk apa debat perlu diadakan antara MP Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan dengan penulis politik nasional Sdr Musli Oli yang juga setiausaha penerangan PKP Sabah? Segala-galanya tidak mempunyai sebab kuat untuk Datuk Rahman menyahut cabaran demi cabaran yang dilontarkan oleh Musli Oli.

Walaupun sebelum ini Rahman Dahlan yang lebih mesra dengan singkatan DARD menunjukkan kelantangan dan kepopulisannya melalui beberapa debat yang dianjurkan oleh Wacana Sinar Harian dan program Bicara Rakyat tetapi semua itu kerana berpangkalan di semenanjung. Isu-isu yang dibincangkan juga adalah isu yang melingkari setiap inci parti BN dan UMNO. Selebihnya Datuk Rahman menunjukkan sikap dolak dalik seperti yang berlaku kepada Lim Kit Siang mengenai isu empangan Tambatoun.

DARD bukan sahaja melihat tidak berkeperluan langsung dengan Musli Oli emmperdebatkan isu Sabahan tetapi juga DARD tahu sesei debat itu tidak akan dipancarkan terus kepada seluruh jentera pimpinan UMNO di peringkat Pusat. Ramai pemerhati politik ketingkahan dan ketangkasan laku politik yang ditunjukkan oleh DARD sejak dua menjak ini adalah satu strategi politik peribadinya untuk mendapatkan perhatian dan ruang dalam kepimpinan Najib . Semua orang tahu DARD suatu ketika dulu digelar oleh kebanyakkan penganalisis politik tempatan sebagai 'pelarian' politik kerana DARD tidak punya kawasan untuk ditandingi .Sedangkan desas-desus bertiup jika DARD sekali lagi di turunkan di parlimen KB ada kebarangkalian yang sangat besar akan ditolak oleh pengundi. DARD juga patut tahu daripdada kajian yang dilakukan kerusi PARLIMEN KB adalah antara kerusi panas di SABAH.

JUSTERU itu tidak ada sebab untuk Dard MELAYAN Cabaran MO itu. Faedahnya kurangh menyengat. Hanya akan menaikan popularitinya di kalangan penyokongnya di KB sedangkan bukan itu yang diimpikan oleh DARD, kalau boleh Najib perlu mengetahui DARD adalah antara pemimpin muda yang walau macamanpun harrus diberikan tempat pada PRU 13 nanti. Selain lantang DARD juga mempunyai daya intelek yang tinggi dan pengalaman yang luas dengan pernah mencatat kedudukan sebagai setiausaha BN di peringkat negeri dan Pusat.

Adalah lebih baik jika DARD menumpukan program santai anak muda yang dibuatnya selain memperkukuhkan skuad  P169 yang dibentuknya. Tambahan lagi MO tidak akan bertanding pada PRU 13 nanti, baik DARD simpan kepetahannya apabila bergelar MP nanti di dewan Rakyat sejurus selepas PRU 13, sama ada sebagai pembangkang ataupun sebagai SENATOR dilantik.