
Ketegasan Najib dalam melaksanakan transformasi politik dan pentadbiran begitu dikagumi. Mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen BN, yang menyaksikan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan tidak terkecuali dalam pertemuan itu. seperti yang dimaklumkan oleh DARD dalam FCBnya, antara isu utama yang dibentangkan di depan PM datuk Seri Najib pada pertemuan itu ialah "masalah' bekalan air yang melanda Kota Belud sejak dari dulu lagi. Dengan andaian bahawa luahan dan isu itu diambilkira oleh PM, rakyat di Kota Belud kini 'ternanti-nanti' apakah "follow up" Datuk Najib dalam siu yang dibangkitkan oleh MP Datuk Rahman Dahlan itu?.
Selepas daripada pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN, Najib sekali lagi membuat 'kejutan' di Sarawak apabila menghimpunkan seluruh ADUN di sarawak untuk menemui beliau. Dikhabarkan bahawa dalam pertemuan beberapa hari yang lepas, ada ADUN di sarawak yang tidak 'menceritakan' perkara sebenar yang berlaku di kawasan mereka. Selain berkaitan dengan soal demografi penduduk yang amat signifikan dengan sokongan akar umbi, ada ADUN Sarawak yang dikatakan 'gagal' melayan kehendak dan tujuan PM menemui mereka. Malahan rekod permasalahan serta maklumat yang 'tersimpan' dalam pengetahuan Najib yang diperolehi melalui 'perisikan' politik nyata tidak sama dengan apa yang diperkatakan oleh beberapa ADUN Sarawak kepada Najib. Bagaimanakah Transformasi politik akan berlaku jika keadaan ini terus berlarutan?
Kini isu terbaru seperti yang diwar-warkan oleh media ialah pertemuan Najib dengan 191 orang ketua bahagian Umno seluruh negara pada sabtu ini.(12.02.2011). Ini menyaksikan salah seorang daripada ketua Umno Bahagian yang menemui Najib ialah Datuk Salleh Tun Said yakni Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Walaupun ada khabar angin menyatakan bahawa pertemuan itu nanti adalah antara lain berkaitan dengan "status' calon pada PRU13, namun ia masih samar kebenarannya. Dan adakah dengan pertemuan itu Najib akan dapat mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh UMNO KB dibawah pimpinan DSSK? Jika benar bahawa pertemuan itu adalah antara usaha 'merisik' bakal calon pada PRU 13, maka adakah pasti DSSK akan menyenaraikan nama-nama calon yang menjadi pilihan parti dan bukan masyarakat KB? Bagaimanakah dengan isu calon pilihan rakyat di mata DSSK selaku ketua Bahagian? Bagaimanakah pula isu bahawa calon PRU 13, tidak semestinya berkedudukan dalam parti dan kerajaan? Tentunya kita memikirkan bahawa tidak akan ada isu lain yang timbul selain daripada isu politik dan parti UMNO Bahagian. Bersama kita tunggu, apakah isu Datuk Salleh 'menemui' Najib nanti?
5:55 AM
kelapa mawar