laporan Merdeka Centre tentang penurunan sokongan kepada Musa Aman sehingga 50% yang melibatkan bumiputera Islam di Sabah terus menjadi buah mulut penulis blog dan pemerhati politik di negeri bawah bayu itu. Pelbagai persepsi diutarakan , ada yang melaporkan itu satu usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan keraguan rakyat kepada Musa Aman menjelang PRU 13. Ada juga yang percaya ia sekadar satu kajian semata-mata dan tidak lebih dari itu.
Bagi kelapamawar, menolak hasil kajian yang dilakukan itu sekiranya memenuhi kriteria kajian politik, tidak juga harus berlaku. Bagi pihak-pihak yang tidak bersetuju sewajarnya melakukan satu kajian bagi pihak mereka untuk menolak dapatan Merdeka Centre ini.Dengan dapatan itu kelak jika bertentangan dengan dapatan merdeka Centre bolehlah dijadikan penguat kepada sokongan kepada Musa Aman. Jika tidak akan berlakulah rasa remeh temeh sehingga membelakangkan fakta akhirnya bila nasi sudah menjadi bubur barulah terfikir mahu mengatasinya.
Penulis sendiri telah beberapa kali terlibat dalam kajian-kajian emperikal dan ilmiah. Biasanya jika dapatan kajian itu diinginkan untuk impak yang besar ia akan dipublishkan supaya boleh dicerna, dibahas dan difahami secara mendalam.Hasilnya dapatan kajian akan menjadi sumber rujukan pihak-piahk tertentu.
Di negara-negara maju kajian dan penyelidikan mendapat peruntukan yang sangat besar. Sebelum sesuatu dasar atau polisi dilaksanakan, satu bentuk penyelidikan akan dilakukan terlebih dahulu untuk melihat kesan dan penerimaan masyarakat setempat. Kadang-kadang penyelidikan yang dilakukan memakan masa puluhan tahun dan barulah dilaksanakan.
Tapi di negara kita banyak polisi kepimpinan dan dasar negara yang diumumkan terlebih dahulu dan dilaksanakan kemudiannya, barulah dibuat penyelidikan. Sebab itu bila satu penyelidikan yang dibuat mempunyai dapatan yang berbeza dari kebiasaan kita, maka masyarakat lebih suka menolaknya dan menggangap bukan satu dapatan yang realisitik dan boleh dipercayai.
Fenomena ini berlaku lebih-lebih lagi bila melibatkan kepentingan tertentu dalam politik dan pembangunan sosial.Akhirnya bila sudah berlaku barulah kita bersetuju dengan kajian yang dibuat.

4:48 AM
kelapa mawar