Showing posts with label kenapa Anwar tolak TSP. Show all posts
Showing posts with label kenapa Anwar tolak TSP. Show all posts

Monday, June 24, 2013

walaupun Anwar Ibrahim gagal 'merampas' Putrajaya ada dua pilihanraya umum yang lepas iaitu pada 2008 dan 2013, namun JANGAN kita lupa bahawa selain daripada PM Datuk Seri Najib dan Tun Mahathir Mohamad (bersara), Anwar Ibrahim adalah antara politikus paling bersejarah dan menjadi 'legend" dalam politik Malaysia. Bukan sahaja kerana risiko pemecatannya dari kerusi Timbalan Perdana menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 1998 menyebabkan perpecahan teruk dalam politik orang melayu, TETAPI juga Anwar Ibrahim adalah politikus paling konsisten yang pernah dilahirkan di bumi Malaysia. Anwar sentiasa menyajikan idea-idea politik baru yang penuh dengan kejutan. Bukankah hanya pada era Anwar sahaja suara Pembangkang begitu didengari.

Bukankah menolak calon YDP Dewan Rakyat dari BN iaitu Tan Sri Pandikar Amin itu adalah satu kejutan luarbiasa dalam sejarah demokrasi berparlimen di negara ini. Anwar sesungguhnya tahu dengan hanya 89 wakil parlimen PR, mana mungkin boleh menidakkan sokongan pencalonan TSP sebagai YDP Dewan sesi 2013/18, sedang MP BN menunjukkan 133 undi akan diberikan kepada TSP.Namun mengapa Anwar Ibrahim membuat sesuatu yang diketahuinya akan tidak dapat berubah keputusan itu?

Sebagai politikus yang berpengalaman, Anwar sedar bahawa dengan mengemukakan calon lain iaitu mantan hakim mahkamah Persekutuan, Abdul Kadir Sulaiman ia sebagai petanda kepada kepimpinan PM Datuk Seri Najib bahawa di peringkat pimpinan PR, mereka sebenarnya sudah lama bersatu dan bersedia mengambil tampuk pemerintahan negara, jauh dari yang diwar-warkan oleh media pro BN bahawa PR adalah gabungan /pakataan yang tidak boleh bekerjasama. ini sekaligus menutup mitos kepada RAKYAT perihal ketidamampuan PR menerajui negara.

Keputusan DAP memberikan laluan kepada MB Selangor Tan Sri Khalid dari PKR unutk menjadi MB Selangor sekalipun parti itu mempunyai kerusi terbanyak dalam PR di Selangor, sekali lagi membuktikan bahawa toleransi dan kerjasama antara parti-parti dalam PR sememangnya boleh diusahakan, manaka tidak Anwar terus dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang meskipun PKR bukanlah majoriti dalam ahli parlimen PR.

Anwar memberi signal kepada rakyat, bahawa dengan memiliki PEMBANGKANG yang kuat di dewan rakyat Parti Pemerintah tidak akan sewenang-wenangnya membuat apa juga dasar atau polisi kerajaan mengikut persepsi atau pandangan sebelah pihak sahaja. ini akan memberi satu persepsi baru terutama kepada golongan muda yang berpendidikan, bahawa dengan memiliki kekuatan balan tentera Pembangkang di Dewan Rakyat, Kerajaan yang memerintah tidak akan mengelincirkan sebarang keputusan untuk kepentingan mereka. Anwar juga tahu mempergunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk memberi gambaran bahawa kekuatan PR tidak boleh dimain-mainkan.

Penolakan Anwar terhadap Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga berkait dengan ketegasan TSP terhadap pembangkang semasa berbahas di dewan Rakyat. Walaupun ketegasan itu dilihat dalam peruntukan mesyuarat, namun nyata TSP bukanlah netural dalam semua segi. Ini terbukti pada PRU 13 yang lepas beliau turun berkempen untuk calon-calon BN di Sabah. Bukankah petunjuk itu memberikan gambaran bahawa TSP juga punya kepentingan politik walaupun duduk di kerusi YDP? Bukankah sudah sampai masanya kerusi itu diduduki oleh orang yang bukan ahli politik?

Pada saya Anwar punya asas kuat menolak pencalonan TSP sebagai YDP Dewan Rakyat. Sama ada Anwar berjaya atau tidak, ia sebenarnya telah membuka satu jalan baru bagi demokrasi di negara ini.