Monday, December 26, 2011
3:22 AM
kelapa mawar
Saturday, February 13, 2010
1:43 AM
kelapa mawar
Masalah pengangkutan awam di daerah ini sejak dulu hingga kini masih menggunakan kereta jenis "Pick up" yang mempunyai Permit Persendirian dan ada juga yang menggunakan permit Perdagangan. Perkataan yang sering kita nampak ialah "BARANG-BARANG SENDIRI SAHAJA, DUA ORANG PERKERJA SENDIRI SAHAJA" Ini tidak membawa makna sebenarnya, kerana apa yang berlaku ialah kereta yang mempunyai permit seperti ini digunakan untuk mengangkut penumpang sehingga melebihi 20 orang dalam satu-satu masa. Mungkin ini bagi masyarakat Kota Belud merupakan satu keunikan, kerana rata-rata menggunakan sistem pengangkutan sedemikian dari kampung ke pekan Kota Belud dan sebaliknya.
Dan kini, mula pula kenampakan kehadiran kereta-kereta kancil yang digunakan sebagai 'kereta Sapu' yang kebanyakkannya menggunakan stesen parking awam bersebelahan dengan pasar besar kota belud. Selain juga kehadiran kereta-kereta sapu pelbagai jenis yang digunakan mengangkut penumpang ke kota Kinabalu.
Apa yang membimbangkan kita ialah kereta "Pick- Up" telah diubahsuai dengan menggunakan besi di bahagian belakang traknya supaya dapat memuatkan penumpang. Selain menggunakan bangku kayu buatan sendiri sebagai tempat duduk. Sistem pengangkutan ini, termasuk juga jenis lori bermuatan 2-3 tan. Kemudian daripada itu, kereta ini juga digunakan untuk mengangkut pelajar sekolah setiap hari.
Amat menghairankan kerana seakan tidak ada usaha untuk menyelesaikan masalah ini. Bahkan kesesakan yang berlaku saban hari di pekan Kota Belud, langsung tidak dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam yang tidak teratur ini. Selain daripada ketiadaan parking yang sesuai, suasana di pekan ini juga menyaksikan, ramai pemandu yang sesuka hati meletakkan kereta untuk memberi peluang penumpang menaiki kereta mereka.
Adalah di harapkan agar pemimpin-pemimpin masyarakat di kota belud dapat sangat melihat masalah ini sebagai satu keperluan untuk mengatasi kesesakan dan sebagai jaminan keselamatan. Sebagai permulaan, barangkali ahli Parlimen KB, datuk Rahman Dahlan dapat memberi perhatian atas keadaan ini.
Monday, February 1, 2010
2:45 AM
kelapa mawar
"Mempolitikkan". Perkataan yang selalunya dikeluarkan apabila sesuatu cerita atau isu ditimbang, dilihat dan dikupas dari sudut politik, yakni melibatkan kuasa,pengaruh, dan pemimpin serta rakyat, termasuk juga menyinggah aspek keberuntungan dan impak isu atau cerita itu kepada golongan yang terlibat. Ini sekaligus membawa andaian bahawa, sesuatu isu yang dipolitikkan akan mengundang pelbagai spekulasi dan tanggapan berdasarkan kroniknya isu itu dan hubungannya dengan oreang politik.
Begitu nyata sukarnya isu Jalan Raya Bypass Kota Belud-Kudat yang 'dipolitikkan' atas dasar kerana diusahakan oleh seorang pemimpin politik. Khabarnya mantan CM iaitu Datuk salleh Tun said. Walaupun pada asasnya dan pada prinsip pembangunan, bahawa setiap perubahan itu menuntut pengorbanan, dan setiap pembangunan itu mempunyai kesan baik dan buruknya..namun adalah lebih baik jika kesan buruk itu dapat diminimumkan sebolehnya.
Ketika Pembinaan Jalan Raya ini,matlamatnya antara lain ialah untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku di daerah Kota Belud. Dengan andaian bahawa kesesakan itu disumbangkan oleh kereta dari luar yang melintasi daerah Kota Belud untuk menuju ke daerah Kota Marudu dan Kudat. Biarpun pada awalnya juga, para pemimpin di Kota Belud juga merasakan bahawa kesesakan itu juga disumbangkan oleh kereta orang kota belud sendiri.
Maka seperti yang diwar-warkan pembinaan Jalan raya ini bukan sahaja, memendekkan perjalanan ke Kudat dan sekitarnya dan juga dikatakan bisa melonjakkan ekonomi dan status daerah kota belud sebagai daerah pelancongan, namun itu tidak sangat membenarkan kenyataannya apabila Jalan raya ini terlaksana siapnya pembinaan sekitar 2004 lagi.
Rakyat dan masyarakat di Kota Belud, melihat projek ini sebagai 'gajah putih' yang tersasar tujuan pembinaannya. "gajah Putih" atas prinsip kerana gagal memberikan kesan baik dan lumayan kepada masyarakat yang terlibat.
Malahan jika kita melaluinya jelas bermula dari kg Sembirai, kita akan melihat bagaimana, bendang-bendang sawah padi suatu ketika yang menguning, kelihatan kontang dan terbiar sehingga ke jalan raya menuju kg Labuan, Wakap dan Jawi-Jawi. Maka ada benarnya projek ini 'memusnahkan' mata pencarian masyarakat, walaupun itu mungkin pengorbanan yang harus dilakukan ke atas sesuatu pembangunan.
Namun apa yang agak mendukacitakan kita ialah apabila, dilaporkan bahawa, ramai masyarakat sekitar Kg Sembirai, Labuan dan wakap yang tidak mendapat pampasan sewajarnya ke atas pengambilan tanah untuk pembinaan jalan raya kontrovesi ini. Peranan orang tengah dan kontraktor yang mengaut keuntungan berlebihan dengan memberikan pampasan yang sedikit juga dipertikaikan. malahan ada juga yang mempertikaikan kualiti pembinaannya yang tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya.
Maka atas ketidakpuasan hati ini, projek itu menjadi isu politik yang paling panas, melebihi kepanasan isu politik kesukuan di KB. Ia bukan sahaja dikaitkan dengan kredibiliti Datuk salleh Tun Said yang pada waktu itu mengusahakan projek ini sehingga berjaya dilaksanakan, tetapi juga ia melibatkan kepercayaan masyarakat yang terlibat ke atas mantan Ketua Menteri itu, apabila dikatakan 'enggan' berkompromi menyelesaikan permasalahan ini. Rintihan masyarakat Kg Labuan dan Wakap dilaporkan sebagai tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pemimpin di daerah ini.
Lantas dengan fenomen ini, terfikir pada benak kita, apakah ahli Parlimen kota Belud sekarang Datuk Rahman Dahlan juga tidak mengambil tahu akan perkara ini..? Apakah kerana takut terpalit atau kerana merasa itu bukan masalah yang tercetus pada era beliau menjadi ahli Parlimen di daerah ini,kerana itu perkara ini tidak ada dalam dairi penyelesaiannya..?
Begitu juga dengan ahli dewan Undangan Usukan, datuk Japlin Akim, bukankah itu termasuk dalam DUN IUSUKAN..? bagaimanakah tindakan Datuk Japlin 'mencampuri' dan menyelesaikan permasalahan rakyat yang mengundi beliau ?
Datuk Musbah Hj.Jamli yang dilihat selalu turun padang juga sewajarnya mengusahakan jalan penyelesaian dengan tidak membiarkan isu ini 'menikam ' UMNO dari belakang..?
Adalah agak menghairankan kita, bahawa orang luar sekalipun turut memperkatakan, perihal pemimpin politik Di Kota Belud, yang dilihat tidak bersepakat dan tidak mempedulikan nasib rakyat kg Labuan dan Wakap. Permusuhan politik dan juga pertelingkahan kecil yang berlaku antara pemimpin di Kota Belud, telah menjadikan 'rakyat'; menjadi sasaran penderitaan.
Apakah mereka kesemua ini sudah tidak mampu menyelesaikan isu pampasan ini, sehingga PERKASA SABAH mula menaruh 'minat' untuk mencari tingkah dan langkah penyelesaian..?
Sekali lagi mohon agar adanya 'campurtangan' dari YB supaya isu ini tidak terus dipolitikkan.
Tuesday, January 19, 2010
2:56 AM
kelapa mawar
keluarga terpaksa merendah hujan dan banjir untuk menyelamatkan diri dengan sedikit barang keperluan...maka sehingga itu, bantuan dari pihak berwajib tidak kunjung tiba. Peristiwa yang berlaku di kg. Tawadakan dan sekitar "jiran" kampung itu, membuatkan kita terfikir, apakah Jawatankuasa Bencana Alam Kota Belud yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah lambat untuk mengambil tindakan sewajarnya..?Agak menghairankan kerana sepatutnya Badan Bertindak Bencana Alam di Kota Belud, seharusnya sentiasa berwaspada apatah lagi "signal" awal iaitu hujan turun tidak henti-henti selama lebih 48 Jam, wajar dijadikan panduan untuk menggerakkan 'jentera' mengawasi, mengamati serta memantau keseluruhan perkampungan yang terlibat. Amaran seharusnya diberikan melalui ketua-ketua kampung atau JKKK untuk menghindarkan perkara yang tidak diingini berlaku. Walaupun tidak ada kehilangan nyawa dilaporkan, namun kerosakkan harta benda dan tanam-tanaman serta kematian binatang ternakan mencecah Ratusan Ribu Ringgit.
Apakah Jawatankuasa kuasa bencana Alam Kota belud, tidak mempunyai data serta rekod kampung-kampung yang berisiko di landa banjir..? Sepatutnya, bukan sahaja nama ketua kampung wajar diketahui tetapi juga termasuk nombor Handphone mereka supaya maklumat bencana banjir ini dapat diminimumkan kesannya kepada masyarakat di kampung terbabit.
Birapun begitu, rakyat seharusnya begitu berterima kasih atas Daya usaha Wakil Rakyat Tempasuk, Datuk Musbah Hj. Jamli yang begitu mengambil berat serta sanggup turun padang melawat mangsa-mangsa banjir dan apa yang membanggakan kita ialah beliau telah menunjukkan sikap 'kerakyatan' dengan memberikan bantuan berupa barang keperluan seperti selimut dan bahan makanan. Malahan beliau adalah satu-satunya YB yang paling sibuk memantau perjalanan bencana banjir itu..Seharusnya sekalung tahniah buat YB berjiwa rakyat ini atas keperhatinan beliau dalam keadaan yang sungguh terdesak itu.
Begitu juga dengan ahli parlimen KB, Datuk Rahman Dahlan juga turut turun padang meninjau kedaan banjir serta mengedarkan barang-barang keperluan kepada penduduk yang terlibat. sekalung tahniah untuk beliau juga.
Namun yang mendukacitakan kita ialah di mana Ketua Umno Bahagian Kota Belud, yang juga mantan Ketua Menteri, mantan timbalan ketua menteri, mantan manteri kewangan, serta sekarang adalah penasihat Sains kepada Ketua Menteri..? Di Mana Datuk salleh Tun Said, ketika banjir melanda KB? Ketika rakyat memerlukan pembelaan dan bantuan? Di Mana Datuk Salleh ini?.. Barangkali beliau sibuk meraikan kegembiraannya dilantik ke jawatan bertaraf menteri itu?
Apakah peranan sebagai Presiden "USBO" di war-warkan oleh beliau ini sebagai menjaga kepentingan rumpun bangsanya.. Bukankah masyarakat yang dilanda bencana ini adalah orang-orang Iranun dan Bajau yang tergolong dari rumpun USBO..? Mana agenda USBO membela rumpunnya..?
Wakil Rakyat Usukan juga dikhabarkan juga tidak kelihatan ketika musim banjir ini,,? Apakah keputusan rakyat Usukan memilih Datuk Japlin Akim sebagai wakil mereka adalah merupakan satu kesilapan yang sangat besar?
Apa yang diharapkan agar, selepas tragedi banjir ini, arus deras yang membawa segala bahan buangan yang sarat dengan segala-galanya akan menghanyutkan juga pemikiran rakyat Kota belud, supaya lebih bijak serta berani membuat perubahan dalam memilih pemimpin yang berjiwa rakyat..? Sedarlah wahai masyarakat Ku..!!!!
Saturday, November 21, 2009
3:47 AM
kelapa mawar
Dunia ibarat sepi tanpa perkataan “konspirasi”..dalam Politik, ekonomi,social, kemasyarakatan hingga kepada perundangan..semuanya berkumandang dengan slogan konspirasi ini. Pembunuhan Johan F. Kennedy dikatakan satu konspirasi terancang untuk menjaga kepentingan AS. Kematian Yasser Arafat, pemimpin agung Palestin juga diwar-warkan sebagai konspirasi menggagalkan rundingan antara Palestin dengan Yahudi di tebing Barat. Tragedi 11 Sept, juga dikaitkan dengan “konspirasi” tertinggi AS untuk ‘menghalalkan’ serangan ke atas Iraq dan umat Islam. Kemelesetan Ekonomi Dunia setiap 10 tahun berulang juga menggambarkan betapa “konspirasi” dipergunakan untuk menjahanamkan ekonomi Negara-negara lain. Bah kan segala yang berlaku merata tempat dan pelusuk dunia, semuanya dikatakan berunsur “konspirasi”.
Di Negara kita, perkataan Konspirasi muncul sejurus selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kerajaan dan Umno. Tuduhan rasuah dan salah laku seks yang dihadapi oleh beliau, bagi penyokongnya adalah satu konspirasi politik yang kejam untuk memalukan ahli politik ini serta keluarganya. Pembunuhan ratu dan Model Monggolia, AlTantuya juga dicanangkan sebagai satu Konspirasi untuk menjaga nama baik orang tertentu. “Rampasan” kuasa yang berlaku di Perak, sehingga Pakatan Rakyat Tumbang dan rebah juga dipekikkan sebagai konspirasi pihak lawan untuk menjatuhkan kerajaan pilihan Rakyat. Isu Babi di Kedah, isu kampung Pala di Pulau Pinang dan kini, beberapa isu di Selangor..difikirkan oleh penyokong Pakatan Sebagai satu lagi konspirasi berterusan untuk mengagalkan kerajaan sedia ada.
Di sabah, Keputusan SAPP keluar dari BN, juga digambarkan sebagai satu konspirasi yang timbul apabila presidennya Yong Teck Lee telah beberapa kali melakukan perbincangan dengan DSAI di luar negeri. Sebelum itu isu penggiliran Ketua Menteri juga adalah Konspirasi politik yang dibuat untuk mententeramkan scenario politik di Sabah. Kemunculan dan pengiktirafan keatas Thamrin sebagai ketua PKR Sabah, juga dilihat dari satu sudut sebagai Konspirasi menyingkirkan kepimpinan Dr. Jeffry Kitingan. Begitu sekali “konspirasi” memainkan peranan dalam politik dan ekonomi.
Di Kota Belud, Konspirasi juga tidak terkecuali. Kekalahan Tadzul dalam perebutan Ketua pemuda, ramai yang mengaitkannya dengan konspirasi pemimpin tertentu untuk menidakkan kepimpinan anak muda ini…? Secara lebih terbuka mereka katakana bahawa TSP sendiri tidak bersetuju dengan keputusan Tadzul bertanding kerana ada perancangan sendiri ingin ‘memperkenalkan” anaknya dalam dunia politik di KB..Benarkah kekalahan Tadzul adalah konspirasi..?
Kekalahan calon-calon G7 dalam pemilihan UMNO beberapa bulan yang lepas juga dipalitkan dengan konspirasi. Mereka mendedahkan bahawa kepimpinan suku Iranun dalam UMNO KB mula diketepikan..? malahan persengkongkolan TSP dengan DSSK dalam mencatur barisan kepimpinan UMNO KB juga dikatakan sebagai konspirasi kedua tokoh ini. Hinggakan tidak ada satu pun wakil Iranun yang Berjaya. Razak, Selisih,Hj.Muar,dan beberapa orang lagi semuanya mangsa Konspirasi..ITU KATA MEREKA.
Kemenangan Ustz. Idris juga Suhaimi dalam pergerakan Pemuda, juga adalah Konspirasi politik, kerana mereka menang atas simpati dan ehsan. Benarkah Umno KB penuh dengan Konspirasi..? Kemenangan DSSK merebut jawatan sebagai Ketua bahagian dengan menyingkirkan Datuk Musbah juga adalah Konspirasi menaikkan kembali imej politik DSSK yang digugurkan dalam PRU-12 yang lalu..Benarkah..?
Pengguguran TSP juga DSSK dalam PRU -12 juga kata penyokong mereka adalah Konspirasi terancang untuk menyisihkan kepimpinan mereka di daerah ini..? Malahan kehadiran Datuk Rahman sebagai ahli Parlimen adalah kerana konspirasi peringkat negeri dan Pusat untuk tidak memberikan ruang kepada DSSK dan TSP..?
Penangkapan SPRM keatas YB Japlin juga dikaitkan dengan Konspirasi golongan tertentu untuk melumpuhkan pengaruh dan cengkaman politik Datuk Japlin. Pelbagai lagi kes dan isu yang berkumandang di KB, yang semuanya dikatakan sebagai ‘Konspirasi”. Hinggakan Sdr Musli juga mengedarkan buku terbarunya “konspirasi Politik Melayu”..
Tidak dapat dipastikan sama ada semua yang saya katakan itu benar-benar satu konspirasi..kerana ‘konspirasi’ itu sendiri membawa makna sebagai satu komplot atau pakatan sulit dan rahsia.
Friday, August 28, 2009
7:53 PM
kelapa mawar
Siapa tidak kenal Tan Sri Pandikar Amin..seorang politikus dari suku Iranun yang banyak mengalami ‘jatuh bangun’ dari pesada politik Negara. Sekarang aktif menulis sebagai blogger di samping jawatannya sebagai Speaker Dewan Rakyat. Apa yang uniknya tokoh dari suku minoriti ini ialah dia sentiasa menjadi ‘perhatian’ bangsanya. Banyak cerita dan kritikan yang dilemparkan..sama ada oleh golongan yang berumur yang sama-sama mendukung perjuangannya dulu,kini dan selamanya..atau tidak kurang juga dari golongan muda berpendidikan dari suku Iranun. Antara isu yang dibangkitkan ialah tokoh ini dikatakan gagal menyediakan pemimpin pelapis muda dari kalangan suku Iranun. Di samping dikatakan seorang politikus yang tidak suka memberikan “restu” kepada pelapis dari sukunya sendiri. Sama ada benar atau sebaliknya…pelbagai hujah kita dengar. Namun jika kita menyelami pemikiran tokoh ini melalui penulisannya, maka ternyata banyak perkara yang harus menjadi pertimbangan sekiranya ‘melabelkan’ tokoh ini dengan pelbagai tanggapan. Kerana perlu diakui, pengalaman dan pengetahuan yang mendalam dalam hal-hal kepolitikkan di Sabah ,menjadikan tokoh ini tetap manis diperkatakan. Antara terbaru yang dilontarkan oleh TSP ialah perlunya politik ‘persefahaman dan kesamaan yang didasari oleh tolak ansur yang tinggi “ diaplikasikan di daerah Kota Belud.
Konsep perkongsian kuasa yang diamalkan oleh BN sejak dulu lagi memastikan setiap bangsa di Negara ini diagihkan tempat dan kuasa. Begitu antara lain hujah yang diberikan oleh TSP, dan jika pun diselusuri perjalanan politik di KB, ternyata ada kebenarannya. Kerana jika dulu Kawasan Tempasuk diberikan kepada suku Iranun ,atas semangat kesetiakawanan dan juga persefahaman semulajadi para pemimpin BN di daerah ini, sekarang keadaan itu tidak lagi berlaku. DUN USUKAN diwakili oleh suku Bajau iaitu YB Japlin Akim, DUN TEMPASUK, juga suku Bajau..YB HJ. MUSBAH JAMLI,DUN USUKAN kepada suku kadazandusun, YB TIMBUN LAGADAN..manakala PARLIMEN kepada YB RAHMAN DAHLAN juga dari suku Bajau, Tuaran. Sebelum ini DSSK adalah ahli Parlimen Kota Belud. Maka jika yang demikian, haruskah IRANUN diberikan “tempat dan kuasa” seperti suku-suku lain di Kota Belud..? kalau perlu SIAPA yang layak diketengahkan..?
Biarpun Formula 2:1:1 yang dikemukakan oleh TSP ini dilihat lebih kepada politik kesukuan, dimana setiap suku diberikan hak dan kuasa, namun ada juga yang berpendapat…apalah sangat kepada politik kesukuan itu…alangkah baiknya kalau SESIAPA SAJA TANPA MENGIRA SUKU MANA..? yang penting diterima sebagai pemimpin bersama. Ada juga yang ‘nakal’ mengatakan…Kalaupun 2 atau 3 orang dari suku yang sama, namun gagal membangunkan bangsa dan daerahnya…juga tidak bermakna.. Secara lebih kritisnya, pendapat-pendapat sebegini memang lojik dan memerlukan ‘keterbukaan’ ..apa yang paling penting ialah saling menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Namun jika berpaksikan kepada formula TSP itu, juga ada kelebihannya. “keharmonian” antara bangsa yang mendiami daerah KB akan lebih terserlah. Alangkah moleknya jika berat sama-sama dipikul dan ringan sama-sama dijinjing. Mungkin dengan terlaksananya formula ini, persengketaan lama akan terus dilupakan. Sebagai seorang tokoh lama dalam politik ,TSP tahu apa yang dimaksudkannya. Cumanya kita rakyat biasa ini perlu merubah minda, membahaskan formula itu satu hal, yang paling penting ialah ‘SUDAHKAH KITA BERSEDIA MELAKSANAKANNYA”?.. Kerana idea yang baik pun jika perlaksanaannya tempang, maka akan tiada faedahnya juga.
Idea perkongsian kuasa ini seharusnya diperbincangkan dulu diperingkat pimpinan parti dan daerah. Kalau dari persepsi UMNO, maka idea ini perlu disampaikan kepada DSSK kerana beliau adalah ketua bahagian UMNO juga timbalan ketua perhubungan negeri. Selain itu “keakraban’ kedua-duak pemimpin ini ( Pandikar-Salleh ) sejak kebelakangan ini bukan lagi cerita basi tetapi sudah diketahui oleh ramai rakan dan kenalan. Pergerakan dalam USBO adalah buktinya. DSSK adalah presiden USBO dan Timbalannya ialah TSP sendiri. Justeru adalah “manis’ jika formula itu dibincangkan di peringkat ‘kepimpinan tertinggi” di samping boleh ditimbulkan dalam ‘sembang-sembang senja’ antara dua pemimpin Kota Belud ini.
Setakat ini idea formula itu tidak ke mana,kerana DSSK ternyata masih ‘membisu’ sedangkan masa semakin suntuk mendekati PRU-13. Ada baiknya jika kesediaan itu diumumkan lebih awal supaya jentera pemimpin dapat berganding bahu lebih rapat dan kuat serta melupakan anasir-anasir yang tidak sepatutnya. Kedudukan Iranun dalam UMNO di KB, ibarat “melukut di tepi gantang”..SALAH SIAPA..? Bukan lagi mendasarinya,kerana yang paling penting setelah berlalunya G7, IRANUN perlu merapatkan kembali safnya untuk mengangkat satu lagi sekurang-kurangnya TOKOH MUDA’ IRANUN yang berkrisma dan berwibawa. Tidak ada siapa yang dapat berbuat yang demikian kecuali..ANDA YANG BERDARAH IRANUN..Fikirkanlah!!!..
Saturday, August 22, 2009
7:09 PM
kelapa mawar
Kontraktor kuasa hidro, Esajadi Power Sdn Bhd memulakan operasi projek hidro mini pertamanya di bawah Program Jana Kuasa Kecil Tenaga Boleh Diperbaharui (SREP) yang diperkenalkan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.
Stesen jana kuasa ini yang terletak di Sungai Kadamaian, Sabah, mampu menghasilkan 2MW (mega- wat) kuasa elektrik dengan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui, kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.
Esajadi Power diberi lesen untuk tempoh 21 tahun dan merundingkan perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Sabah Electricity Sdn Bhd untuk menjual elektrik yang akan dibekalkan kepada sistem grid peng- edarannya.
Sementara itu Ketua Pegawai Operasinya, Mahamat Ibrahim be-r kata projek tersebut akan menambah nilai kepada pasaran bekalan elektrik Sabah.
Syarikat itu ketika ini sedang membangunkan dua lagi sungai di Sabah, yang akan memberi sumbangan selanjutnya kepada mas- yarakat tempatan dan membantu merealisasikan wawasan Kerajaan.
Esajani Power berada di barisan hadapan industri penjanaan kuasa daripada tenaga boleh diperbaharui sejak penubuhannya sebagai sebuah syarikat yang pakar dalam pembinaan dan pembangunan loji jana kuasa hidro mini.


