Showing posts with label kota belud.. Show all posts
Showing posts with label kota belud.. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010


Isu kenaikan dan subsidi minyak dan kekurangan gula di pasaran adalah antara masalah berantai yang sentiasa membayangi dalam 2 tahun tempoh tertegaknya kerajaan BN di bawah 'simple majoriti'. Rakyat masih tertunggu-tunggu langkah dan mekanisme berkesan untuk menyelesaikan permasalahan ini. Namun segala usaha dan daya Kerajaan BN ,nampak semacam tidak mendatangkan hasil. Malahan rakyat makin terbeban. Kesungguhan kerajaan BN mencari penyelesaian tidak juga dapat meredakan kebimbangan rakyat. Dari Sabah hingga ke Perlis, rakyat masih menghadapi tekanan dari peniaga yang mengaut keuntungan atas dasar pasaran bebas kononnya.

Di Sabah isu kekurangan bekalan gula bukan lagi cerita basi tetapi sudah lama berlaku di sepanjang tahun 2008 dan sebelumnya. Pasaran gula yang dimonopoli oleh pengusaha tertentu, menyaksikan bekalan gula disorok daripada pasaran. Akibatnya gula sukar didapati dan ini menyebabkan harga gula meningkat dengan mendadak. Langkah kerajaan BN menaikkan harga gula sebanyak 20 sen daripada harga pasaran sebelum ini, tidak banyak menyelesaikan Imbang Penuhpermasalahan rakyat. Pasaraya di bandar-bandar di Sabah seperti di kota Kinabalu, Tawau, dan sandakan dilaporkan sebagai menghadapi masalah kekurangan bekalan gula. Malahan di Kota Belud sendiri, pada awalnya gula dijual dengan terhad. satu keluarga hanya dibenarkan membeli untuk 1 kilo sahaja. Namun lama-kelamaan bekalan gula kehabisan, sehingga sukar untuk memperolehinya.

Kegagalan kerajaan mengadakan satu mekanisme berkesan sejak 2 tahun ini, membuatkan rakyat terutama di luar bandar begitu menghadapi masalah dalam kehidupan mereka seharian. Jika masalah gula pun gagal diberikan perhatian, apakah jaminan untuk mengotakan slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN". dapat direalisasikan dengan baik dan berkesan. Pengurangan subsidi ke atas gula sebanyak 20 sen menyaksikan kenaikan bahan keperluan itu pada kadar yang sama iaitu kenaikan 20 sen.Mengikut kenyataan dari pihak kerajaan, dengan pengurangan subsidi itu kerajaan telah mengurangkan beban tangungan defisit yang dijangka meningkat sehingga RM1.26 bilion. Setelah mengurangkan kadar subsidi itu, kerajaan masih menangung sebanyak RM 1.0 bilion. Selain daripada kerajaan sibuk menyemak angka kepada pengurangan perbelanjaan itu apakah tidak wajar jika di semak 'bebanan ' rakyat berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dan pedalaman terutama di Sabah..?

Isu minyak yang selalu dikaitkan dengan konsep "subsidi" juga sering mengalami kekalutan. Ada pihak di sebelah kerajaan yang menyatakan bahawa rakyat di negara harus akur bahawa sudah sampai masanya kerajaan mengurangkan dan hatta menghapuskan 'subsidi' minyak kepada rakyat yang dikatakan diperolehi oleh golongan kaya dan berpendapatan tinggi. Kononya dengan penghapuskan subsidi itu kerajaan boleh membuat penjimatan berbilion ringgit. Namun apa yang menjadi kemusykilan rakyat ialah subsidi minyak mahu dihapuskan tetapi subsidi lain termasuk subsidi padi, dan barangan lain terus diberikan. Bukankah kenaikan harga minyak ini juga berkait dengan kenaikan harga barangan keperluan dalam pasaran.

Terbaru ialah langkah kerajaan memperkenalkan harga petrol dalam dua keadaan yang berbeza. bagi pengguna kenderaan yang berkapasiti rendah, mereka berpeluang menggunakan minyak pada harga yang rendah berbanding dengan pengguna atau rakyat yang menggunakan kenderaan berenjin lebih 2.0. Langkah ini juga menyaksikan penggunaan mykad sebagai medium utama dalam pembelian minyak . Khabarnya langkah kerajaan ini akan berkuat kuasa pada mei tahun ini.

Jika dua keadaan ini ditinjau dari kaca mata rakyat Kota Belud, maka ia satu fenomena yang sungguh menyedihkan. Masyarakat Kota Belud yang rata-ratanya adalah berpendapatan rendah dan berkerja dalam sektor pertanian dan perikanan, tentunya menghadapi kerumitan mendapatkan dua bahan penting itu. Bayangkanlah jika gula yang menyaksikan harga sekitar RM 2.00 ke atas itupun bergantung kepada kejujuran peniaga bagaimanakah agaknya bahan keperluan itu diperolehi dengan pendapatan antara RM 500-Rm 800 sebulan. Kerana itu biarpun kerajaan mampu berjimat sehingga RM 260 juta, namun adakah penjimatan itu 'dikembalikan' semula kepada rakyat di Luar bandar dan Pedalaman. Sedangkan tahap kemudahan kesihatan yang sepatutnya rendah di kawasan luar bandar, nyata tidak menarik perhatian kerajaan. KLINIK 1 MALAYSIA yang dilancarkan baru-baru ini oleh PM..di kawasan mana ia beroperasi? Kawasan perkampungan di Dudar, Sarang dan sehingga di Ulu Kukut..bagaimana perkhidmatan kesihatannya, dan apakah impak kenaikan harga gula ini turut di rasai di kawasan tersebut?

Walaupun Kota Belud seperti yang dilaporkan mempunyai kelebihan dari segi penemuan gas dan petroleum, namun ia tidak menjamin bahawa daerah ini diberatkan dengan pembangunan yang melimpah. Stesen minyak yang terdapat di daerah ini, dalam 4 buah, termasuk Shell dan Esso, selebihnya adalah milik Petronas. Namun yang menjadi isunya ialah, apakah kadar penstrukturan petrol ini akan menyebabkan kesesakan di daerah ini akan bertambah teruk..? Bayangkanlah jika dua pam yang akan diwujudkan dengan harga yang berlainan. Apakah kenderaan mewah berkuasa lebih 2.00 CC itu membanjiri pekan koboi ini..? Hanya yang rata-ratanya ialah kenderaan Pic up yang dijadikan pengangkutan awam. Bagimanakah dengan penggunaan Mykad yang terdedah kepada kerosakan cip..? Selain adalah tidak adil mengukur kekayaan dan pendapatan seseorang berdasarkan kapasiti enjin kenderaannya. Ada kenderaan yang berenjin tinggi tetapi bukannya dalam kategori 'mahal' dan 'mewah'.

Terdapat runggutan dari rakyat supaya isu kekurangan gula dalam pasaran dan penstrukturan semula subsidi petrol dibuat dengan mengambilkira keadaan masyarakat luar bandar dan pedalaman. Supaya hajat kerajaan menjadi "juara rakyat"akan terlaksana. Saat itulah barangkali idea "Rakyat di dahulukan" akan menjadi kenyataan.

Tuesday, December 29, 2009



Keindahan Pulau Mantanani Kota Belud adalah syurga kepada peminat penyelam dasar laut

Sebelum PRU-12 lagi, ramai yang mewar-warkan bahawa persempadanan kawasan Pilihanraya oleh SPR akan memperuntukkan satu kawasan Pesisir Pantai sebagai satu lagi DUN di kawasan Kota Belud. Malahan ada pemimpin yang sengaja meniupkan berita yang belum tentu sahihnya ini untuk mengaut sokongan rakyat ke atasnya. Konon bila persempadanan itu berlaku, maka ketuanan politik suku yang mendiami kawasan pesisir pantai itu akan lebih terjamin. Ketika Orang kampung mendengar pengumuman tidak rasmi itu, pelbagai rasa dan perasaan yang menyelinap dalam pemikiran mereka. Takut akan lebih memarahkan lagi pergolakan politik suku mereka. Bagaikan mitos besulamkan dusta, Nampak gayanya berita itu hilang begitu sahaja. Formula 2:1:1 yang dicanang juga setakat coretan jari jemari, hanya itu, walhal yang mengutarakannya bukan sembarangan orang bergelar PENDEKAR CAHAYA ..Hingga kini idea itu masih malap berbanding dengan diri pencetus idea keramat itu.


Namun apabila Datuk Musa Aman mengumumkan bahawa Pekan Kota Belud akan diberikan tumpuan pembangunan gas dan Petroleum, ekoran penemuan beberapa lagi sumber minyak di daerah ini,dengan membangkitkan bahawa kawasan pesisir pantai di Kota Belud bakal dibangunkan untuk menjadi pusat pelancongan..maka tergambar di fikirkan kita, jika benar, justeru ramai dari suku yang mendiami kawasan pessisir pantai ini akan menerima kejutan dengan gelaran “orang kaya Baru”. Lantaran kawasan yang dibangunkan bukan sahaja membuka peluang pekerajaan serta pampas an tanah dan kawasan yang dibangunkan, namun ia akan mewujudkan peluang ekonomi kepada penduduk setempat. Kawasan Pesisir pantai yang menganjur dari pantai Emas hingga ke perkampungan Sarang dan lebih lagi hingga ke Kota Marudu, melalui kg Kota peladuk, Tamau, Pintasan,Nanamun, dan Rampayan begitu indah dan strategic untuk dibangunkan. Seakan satu tempat peranginan yang bertaraf mewah dan santai.


Jika dibangunkan nanti kawasan pesisir pantai ini akan menjadi Jeti atau persinggahan sementara para pelancong sebelum meneruskan perjalanan ke pulau Mantanani iaitu satu-satunya pulau cantik dan indah di daerah Kota belud. Ramai yang menyatakannya sebagai syurga dasar laut yang amat memukau.


Keberjayaan program ini, seperti yang dikatakan oleh Datuk Musa Aman bergantung sepenuhnya kepada kerjasama para pemimpin di daerah ini juga termasuk penduduk setempat. Pembangunan ekonomi ini setidaknya akan memperbaiki kemudahan infrastruktur asas di perkampungan Pesisir Pantai. Jika ini yang berlaku, wajarlah Pekan Kota Belud dijadikan destinasi pelancongan selain daripada keindahan puncak gunung kinabalu yang tersergam indah di kawasan Dun Kadamaian.

Friday, November 13, 2009


Bila kita membincangkan topik ini, rasanya ramai yang mungkin kurang bersetuju, selain ada yang berasa lega dan terhibur. Namun jika diperdebatkan secara lebih telus dan terbuka,mungkin boleh mengundang pelbagai spekulasi dan leteran politik yang pelbagai, kerananya daerah KOTA BELUD hanyalah sebuah pekan Koboi yang nyata perlahan dan lambat pembangunan fizikalnya. Ada juga sesetengah ahli fikir yang merasakan apa perlunya meletakkan daerah Koboi ini sebagai "politik Center" kepada dunia politik Sabah. Persoalan ini, tidak jauh bezanya dengan soalan, apa perlunya menyatakan puak KDM di Sabah sebagai Suku 'penentu' halatuju kepimpinan di Sabah..? Maka oleh yang demikian, tidak akan muncul sebarang prasangka kepada penulisan ini..Jika yang sesungguhnya KOTA BELUD sebagai 'center' justeru para pemimpin di daerah ini seharusnya menjaga populariti ini sebagai 'rekod' politik Sabah yang dikongsi bersama generasi akan datang.

Sepintas lalu Daerah Kota Belud, memang sudah lama dikenali sejak sebelum merdeka lagi..tetapi pembabitan bapa Kemerdekaan Sabah Tun Mustapha Datu Harun telah membuka lembaran baru dalam dunia politik KB. Biarpun Tun Mustapha ,dikatakan orang Kudat, namun hampir seluruh riwayat hidup politiknya bersemadi di daerah bertuah ini.. Siapa tidak kenal Tun Mustapha di KB, sebut saja namanya, seluruh masyarakat tanpa mengira suku, mengakui bahawa Tun Mustapha pernah menjadi ikon politik Sabah dengan disinonimkan kepada daerah KB. Malahan menurut sdr Azrone, dalam blognya Seliu-liu, menggambarkan bagaimana kerapatan dan keakraban Tun Mustapha dengan penduduk Kota Belud, sehingga Mah Aning di Kg. Labuan dijadikan sebagai perlambangan kepada 'keakraban' itu. Tun Mustapha beberapa kali meminta supaya masyarakat Bajau di perkampungan itu memberikan sokongan kepada beliau dan calon pilihannya, termasuklah Tan Sri Pandikar Amin.."air mata" perjuangan menjadi bukti kepada keterbukaan dan kredibiliti Tun Mustapha, bahawa politik di KB sebenarnya pernah menjadi 'perhitungan terakhir" kepada perjuangan politiknya. Termasuklah apabila TUn Mustapha menjadi KM, TYT yang akhirnya juga mendapat kesinambungan kepada Tun Said ,ayahanda kepada DSSK, dan membawa kepada DSSK sendiri pernah menjadi 'mantan' KM Sabah.

Biarpun daerah KB, ini menyaksikan 'pertelingkahan' suku kerana fahaman dan perjuangan politik sehingga seperti yang diceritakan kepada saya oleh seorang tokoh politik veteran di Kg. Pantai Emas, bahawa seringkali berlaku pergaduhan apabila pilihanraya berlaku,namun semua itu adalah adat resam dunia politik dan itu seseungguhnya berjaya diatasi di akhir-akhir percaturan politik TSP dan DSSK. Kini mereka berdua yang suatu ketika pernah 'bertarung' dalam satu perlawanan yang maha sengit di Usukan, BERSATU dalam satu perjuangan baru dalam UMNO atas kesedaran dan kepentingan USBO..Dan kalau benar apa yang berdegus sekarang ialah gerakan penyatuan rumpun bangsa juga mula diperkatakan di KB. Maka kita menyaksikan bahawa daerah KB sekali lagi menjadi 'center' kepada penyatuan bangsa USBO yang dipelopori oleh DSSK dan TSP..

Antara yang menjadikan daerah KB sebagai "politik center' ialah kerana di sinilah UMNO SABAH diberanakkan, di Usukan lah darah nifas UMNO dilupuskan selama dalam pantang menghadapi cabaran PBS...dan kerana KB jugalah, rakyat Sabah mendapat tempat berpaut untuk satu Kapal besar perjuangan selepas Tun Mustapha merelakan USNO dibubarkan. Seharusnya setiap yang bergelar KETUA MENTERI SABAH tidak mengira siapa dan keturunannya termasuk MUSA AMAN selagi bernaung di bawah payung UMNO, menadah tangan kesyukuran kepada pemimpin Kota Belud dan masyarakatnya yang sanggup merelakan tanah tumpah darah mereka di pergunakan untuk menempatkan' kelahiran" UMNO Sabah. kalau bukan kerana Kota Belud yang juga dikaitkan dengan pekan Lembu/kerbau..mana mungkin MUSA Aman merasa manisnya kerusi KM itu sekarang. sewajarnya para pemimpin di daerah ini dihargai, diberikan tempat, kedudukan dan perhatian lebih daripada pemimpin lain..sewajarnya begitu ! dan selebihnya juga begitu !..

Tidak cukup dengan itu, daerah KB juga turut membuka ruang kepada beberapa orang 'pendatang' baru dalam politik sabah untuk membina kerjaya dan wibawa mereka Bahkan Tun Mustapha sendiri adalah antara tokoh yang melakar kegemilangannya d daerah ini selain daraipada beberapa lagi termasuk datuk Yahya Lampong, Datuk Mohd. Noor Manshor dan yang terbaru ialah datuk Abd. Rahman Dahlan. Kalau pun ada daerah lain di Sabah yang juga berbuat demikian tetapi KB rasanya mendahului nya kerana sejak dulu hingga sekarang, fenomena itu terus berlaku di KB, dan inilah sumbangan terbesar daerah ini yang seharusnya dipandang kembali oleh MUSA AMAN untuk membuat perhitungan dimana sepatutnya pemimpin KB diletakkan dalam barisan akar kepimpinan negeri.

Kini apabila kita golongan kelas pertengahan mula memberikan perhatian kepada politik KB termasuk seperti yang dikatakan oleh beberapa blogger bahawa KB adalah satu satunya daerah di Sabah yang mempunyai blogger TER RAMAI dan itu adalah rekod! serta aktif memperkatakan fenomena politik daerah mereka, termasuk mempersoalkan beberapa pemimpin daerah ini yang disifatkan oleh mereka sebagai kehilangan taring kerana atas sebab peribadi dan bukannya faktor sokongan masyarakat KB. Maka sewajarnya fenomena blogger melambak di KB dijadikan satu inspirasi kerana gerakkan terawal politik sabah sudah lama bermula di daerah ini...Apakah status sebagai 'politik center' ini akan memberikan kelebihan kepada pemimpin daerah ini..? sukar malahan amat sukar diramalkan ..kerana apa..? kerana kita sudah semakin jauh dari perjuangan asal...mengangkat daerah ini sebagai daerah membangun dan berdaya saing..

Friday, September 4, 2009


Biasanya hikmah terhadap sesuatu malapetaka hanya akan dapat diketahui selepas kejadian itu berlaku. Begitu juga dalam dunia politik, ‘kejatuhan” kuasa politik seseorang politikus setidaknya memberikan ‘kesedaran’ bahawa percaturan sebelumnya membawa kepada kejatuhannya. Kaitan inilah yang berlaku dengan dua orang tokoh paling berpengaruh dalam dunai politik Kota Belud, iaitu DATUK SALLEH SAID KERUAK (DSSK) DAN TAN SRI PANDIKAR AMIN (TSP). Suatu ketika kedua-dua tokoh ini begitu ‘selesa’ dengan kuasa politik mereka, sehingga mereka tidak sedar bahawa selain memerlukan sokongan peringkat akar umbi, mereka juga perlu lebih banyak perhitungan dan percaturan licik di peringkat negeri dan Nasional. DSSK yang pernah menjadi KM dan beberapa jawatan penting dalam parti dan kerajaan selain daripada Ayahandanya SAID KERUAK yang pernah menduduki kerusi TYT NEGERI SABAH, disisihkan daripada barisan kepimpinan negeri dan daerah KB, apabila digugurkan daripada senarai calon DUN dan PARLIMEN dalam PRU-12.Begitu juga dengan TSP, suatu ketika mendapat ‘perhatian’ kepimpinan pusat, apabila beberapa ‘musim’ diangkat menjadi senator di JPM, tetapi turut digugurkan daripada mana-mana kawasan pilihanraya yang lepas.

“Penguguran” ini lah yang menjadi satu malapetaka dalam kerjaya politik mereka. Dan atas bahawa ‘Hikmah’ yang tersembunyi sudah dapat dibaca. Maka satu ‘gerakan’ yang sisifatkan oleh TSP sebagai “KEMBALI KE PANGKAL JALAN’ telah dirangka dan diusahakan bersama. Jika tidak pengguguran kedua-dua tokoh ini, mungkin ‘kesedaran’ itu tidak akan datang bergolek. Sebaliknya kedua-duanya terus-terusan aktif ‘mencatur’ kepentingan politik peribadi mereka. Bayangkan suatu ketika kedua-dua tokoh ini Nampak masih tidak sehaluan, sehingga menimbulkan ‘krisis’ suku di daerah KB, sekarang “hikmah’ terbesar kepada kejadian PRU-12 ialah kedua-dua tokoh ini kembali bersatu dan melupakan sebarang persengketaan yang lampau. KESEDARAN ini berjalan atas satu wadah menghimpunkan kembali suku dan bangsa serumpun yang dilihat berpotensi mendapatkan kembali kuasa politik di Sabah. Wadah yang dimaksudkan ialah USBO. Maka dihimpun segala pemimpin dari suku serumpun untuk melatih pelapis yang akan menggalas kepimpinan yang diimpikan. Namun ini bukan satu tugas yang mudah kerana penerangan perlu diberikan diperingkat belia dan akar umbi supaya gerakan ini berjalan lancer dan Berjaya.Jikatidak ia akan gagal dan USBO akan hanya menjadi wadah gertakkan dan bukan wadah perjuangan.

Dalam dunia politik KB, seorang lagi tokoh yang dianggap sebagai ‘rakan dalam diam’ dan ‘musuh dalam terang’ ialah HJ MUSBAH JAMLI (DHMJ). Kaitan dengan MUSA AMAN menjadikan tokoh yang lahir atas peluang dan ruang yang diberikan oleh TSP ini sebagai “MUSUH DALAM TERANG” kerana, semua sudah mengetahui bahawa yang mencantas TSP dan DSSK ialah MUSA AMAN yang juga menggerakkan orang-orangnya dalam barisan kepimpinan negeri. Walau bagaimana pun DHMJ masih dianggap sebagai “RAKAN DALAM DIAM’ dalam konteks UMNO KB kerana atas prinsip suku Bajau di KB. Biarpun team-team dalam UMNO KB terdiri daripada team DSSK dan DHMJ, namun dalam hal-hal tertentu..hubungan ini boleh dijernihkan atas kepentingan suku di KB.

Buat masa ini DHMJ masih lagi dikatakan sebagai “sesat’ di hujung jalan..sedangkan TSP dan DSSK sudah mula ke pangkal jalan. Bila scenario politik ini akan berlaku di KB…? Bila kepentingan peribadi dan kroni akan berakhir? Kerana dalam politik tidak semua ‘malapetaka’ yang berlaku dapat diketahui hikmahnya.

Friday, August 21, 2009


Menteri Pembangunan Luar Bandar sabah, Datuk Dr. Ewon Ebin menggesa konsultan, jabatan dan agensi kerajaan terlibat dengan projek Agropolitan Kabintaluan Kemabong mempercepatkan proses pelaksanaan projek tersebut. Segala peruntukan sudah pun disediakan dan hanya tinggal untuk dilaksanakan.

Tegas beliau, jabatan dan agensi yang ber- kaitan perlu menyediakan perancangan masing-masing dengan kadar yang segera bagi membolehkan projek Agropolitan ini dapat dilaksanakan awal tahun depan.


Ewon berkata, projek Agropolitan yang membabitkan kawasan 6,000 ekar itu menelan belanja lebih kurang RM 180 juta untuk membiayai penanaman getah, perumahan peserta, pejabat dan rumah kakitangan agensi pelaksana, kemudahan infrastruktur asas, kemudahan komuniti sosial, kemudahan pendidikan, tempat beribadat, kemudahan kesihatan dan kemudahan riadah atau sukan.


Berlainan dengan apa yang berlaku di Kota Belud, Projek Agropolitan yang dirancang belum tahu lagi bila akan dilaksanakan.Kawasan yang dijangka terlibat ialah kawasan DUN TEMPASUK yang diwakili oleh DATUK HJ.MUSBAH HJ JAMLI. Projek ini menjadi kontrovasi ekoran daripada bantahan masyarakat setempat yang mempersoalkan status tanah kawasan yang dibangunkan. HINGGA kini projek itu masih 'tergantung' dan timbul pertanyaan dari orang kampung : BILA PROJEK AGROPOLITAN KAMI BERMULA DATUK ?