Showing posts with label merdeka Centre. Show all posts
Showing posts with label merdeka Centre. Show all posts

Friday, October 5, 2012

saya heran bagaimana ada usaha-usaha yang tertentu dibuat oleh seorang penulis  blog di Kota belud untuk cuba menolak dapatan kajian yang dilakukan oleh Merdeka centre berkenaan penurunan sokongan kepada kempimpinan Musa Aman di Sabah. Penulis ini yang dulu suka menggelar blog yang berselindung dengan nama samaran sebagai blog "orang-orangan' walaupun ramai yang tahu penulis inipun berselindung di sebalik blog orang-orangan ciptaannya itu dengan hujah yang melucukan. Memberi gambaran bahawa setia majlis yang dihadiri oleh pemimpin itu mendapati kehadiran rakyat sebagai petanda sokongan masih utuh adalah sesuatu yang tidak tepat dan tidak ada kekuatan hujah langsung berikutan perubahan trend rakyat sekarang tidak lagi menujukkan protes secara terang tetapi mula sedar betapa sokongan itu adalah sulit dan bersifat peribadi.

Majlis-majlis seperti hari raya, dan berbuka puasa jelas memberikan keselesaan kepada rakyat untuk hadir selain harapan dapat mendapat bantuan dan sebagainya. Pengalaman penuls sendiri, setiap majlis yang dihadiri oleh pemimpin yang melibatkan kehadiran rakyat yang ramai adalah mempunyai dua sebab.

Kalau bukan kerana dalam majlis itu ada bantuan yang diberikan sama ada bantuan hari raya ataupun bulan puasa, pasti dalam majlis itu kehadiran ramai dikaitkan dengan pemberian wang ehsan kononnya sebagai belanja kerana datang.

Jarang yang kita dengar rakyat datang dengan rela hati untuk menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi. kalau ada yang datang dengan cara begitu tentunya ada kepentingan. Dunia sekarang semuanya materialisitk