
Semua orang tahu, bahkan bukan lagi ‘rahsia politik’ tetapi sudah menjadi cerita umum, bahawa salah satu penyakit kronik pemimpin BN ialah saling cantas mencantas, bertelagah dan berebut jawatan dan kesempatan politik. Mungkin ini yang cuba dinasihatkan oleh PM Datuk seri Najib Najib ketika merasmikan perhimpunan Agung ke 57 PPP semalam. Najib begitu pantas mengingatkan semua pemimpin parti komponen BN termasuk UMNO supaya tidak bertelagah sesama sendiri dan sebaliknya merapatkan saf untuk mengekalkan kerusi dan kuasa pada PRU 13 akan datang. Sambil memberikan ironi bahawa sepatutnya pemimpin BN harus bertelagah dengan pembangkang dan bukannya sesama sendiri kerana kata beliau pembangkang sentiasa mencari peluang untuk berkuasa di putrajaya.
Peringatan Najib ini sepatutnya diambil berat oleh ramai pemimpin BN terutama pemimpin UMNO yang saling bermasam muka hanya kerana gara-gara perebutan projek dan jawatan. Malahan ada pemimpin UMNO yang mula mendaki kuasa pula mula melupakan asal dan usul mereka sehingga bertindak mencantas mereka yang ikut sama mendaki. Seboleh-bolehnya tidak ada orang lain yang boleh mengecapi kedudukan seperti mereka. Inilah antara budaya jijik yang berlaku di kalangan pemimpin UMNO. Tun Mahathir sendiri pernah menyatakan bahawa, ramai golongan muda dan profesional yang disekat daripada mendapat kedudukan dan jawatan dalam UMNO.
Di Sabah isu pemimpin saling bertelagah juga berlaku. Bukan sahaja semasa parti-parti komponen BN malahan semasa pemimpin UMNO. Pernah dilaporkan bahawa Datuk Musa Aman tidak begitu senang dengan tindakan Datuk Shafie Afdal menyalurkan peruntukan KKLBW tidak dengan melalui JPNS sehingga dikatakan ‘bersengketa’ secara senyap.
Begitu juga di Kota Belud, pertelingkahan sesama pemimpin masih jelas kelihatan walaupun cuba dinafikan oleh mereka. Malahan Datuk Musbah Jamli dikatakan kurang disenangi dalam UMNO KB, apatah lagi setelah ‘gagal’ mempertahankan jawatan sebagai ketua bahagian. Perbalahan politik antara dua pemimpin ini bukan sahaja menimbulkan konflik di peringkat akar umbi tetapi juga dianggap sebagai tidak menerima nasihat dan peringatan Najib ini. Di pihak lain Datuk rahman Dahlan juga dikatakan tidak sebulu dengan kepimpinan UMNO bahagian KB apabila dikatakan telah merancang pelbagai aktiviti peringkat Parlimen tanpa ‘restu’ UMNO KB.
Apakah ‘nasihat’ PM ini hanya tinggal nasihat semata-mata? Apakah pemimpin di Sabah dan Kota Belud khasnya masih bertelagah? Atau apakah keadaan ini akan memberikan advantage politik kepada pembangkang di KB? Persoalan-persoalan inilah yang masih belum terjawab sehingga saat PRU 13 diumumkan.
11:51 PM
kelapa mawar