Dunia politik di Sabah tidak seperti yang lepas-lepas, rakyat dan penyokong UMNO/BN hanya menerima bulat-bulat calon yang diputuskan oleh pucuk pimpinan negeri dan pusat. Tetapi kali ini dalam PRU 13, situasi 'berlembut' itu tidak sudah dapat dibendung, di mana-mana di Sabah sudah kedengaran 'protes' secara nyata, calon-calon UBN pilihan pucuk pimpinan negeri yang ditempatkan di kawasan mereka.
Rakyat Sabah bukan lagi seperti dulu, dicucuk hidung dengan tali dan ditarik semahu-mahunya, mereka sudah ada kesedaran politik yang tinggi bahawa kehendak dan aspirasi mereka harus diambil kira dalam penetapan calon pilihan mereka.
Setakat ini tunjuk perasaan secara nyata terlah berlaku di dua buah kawasan iaitu di Parlimen Tenom seperti dalam video yang dimuat turun dalam youtube satu pemprotesan ke atas calon Parlimen P 181 Tenom. Dari ucapan beberapa emimpin tempatan dalam majlis itu menyatakan bahawa calon asal Tuan Jawawi Jaafar di sabotaj pihak-pihak tertentu sehingga nama beliau disingkirkan saat akhir.
Tunjuk perasaan sebagai tanda protes ke atas senarai calon juga berlaku di Parlimen Semporna. Ketua Wanita UMNO Semporna, Hajah Manismuka Mohd. Dara dengan penyokong seramai 200 orang turut mengadakan demontrasi secara aman di hadapan Pejabat UMNO Bahagian Semporna , meminta calon di DUN BUGAYA, Datuk Ramlie Marhaban di gugurkan kerana ditolak masyarakat setempat.
Desas-desus juga dikatakan perkara sama akan berlaku di Lahad Datu. Manakala di kota belud, sebelum ini maklumat yang diterima protes juga berlaku di DUN USUKAN apabila penyokong Datuk Japlin melahirkan kekecewaan apabila pemimpin mereka digugurkan dan diganti dengan Datuk Salleh Tun Said.
Rakyat Sabah bukan lagi seperti dulu, dicucuk hidung dengan tali dan ditarik semahu-mahunya, mereka sudah ada kesedaran politik yang tinggi bahawa kehendak dan aspirasi mereka harus diambil kira dalam penetapan calon pilihan mereka.
Setakat ini tunjuk perasaan secara nyata terlah berlaku di dua buah kawasan iaitu di Parlimen Tenom seperti dalam video yang dimuat turun dalam youtube satu pemprotesan ke atas calon Parlimen P 181 Tenom. Dari ucapan beberapa emimpin tempatan dalam majlis itu menyatakan bahawa calon asal Tuan Jawawi Jaafar di sabotaj pihak-pihak tertentu sehingga nama beliau disingkirkan saat akhir.
Tunjuk perasaan di hadapan rumah Manismuka
Desas-desus juga dikatakan perkara sama akan berlaku di Lahad Datu. Manakala di kota belud, sebelum ini maklumat yang diterima protes juga berlaku di DUN USUKAN apabila penyokong Datuk Japlin melahirkan kekecewaan apabila pemimpin mereka digugurkan dan diganti dengan Datuk Salleh Tun Said.
8:37 PM
kelapa mawar

