Showing posts with label politik Nasional. Show all posts
Showing posts with label politik Nasional. Show all posts

Monday, February 22, 2010


Dalam pilihanraya 2004, Umno mencatatkan prestasi terbaiknya dengan memenangi 101 ahli parlimen. Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum 2008, jumlahnya merosot 23 orang, kepada 78.


Walaupun PRU 12 sudah 2 tahun meninggalkan kita ,namun bagi parti-parti politik ia sememangnya ada 'kemanisan' dan tidak kurang juga yang merasa 'kepahitan'. Itulah lumrahnya politik. Bagi PKR dan seangkatannya dalam PR, PRU12 adalah antara pencapaian tertinggi gabungan itu 'menjahanamkan' pengaruh Umno dan BN. Kerana kata mereka pengurangan majoriti di Parlimen telah membuatkan BN nampak begitu 'lemah' pada balang kaca rakyat. Sekaligus kata mereka ia juga membawa khabar gembira , kononnya PR bersama kebangkitan hampir sejuta Rakyat.




Namun bagi UMNO dan BN ia seakan menjadi satu pengajaran berharga. Kerana beberapa kesilapan telah menjerumuskan UBN ke lembah kekalahan yang mengaibkan. Sehingga kini dan kapan bila, sejarah 'tsunami politik 2008' akan menjadi catatan sejarah yang sukar dilupakan. Ini membuatkan UBN semakin mencari penyelesaian kepada pengembalian sokongan bersepadu rakyat kepada parti perikatan tertua itu. Ramai di kalangan kita yang terus-terusan menuding jari kepada kekhilafan UMNO sebagai parti teras dalam BN. Kata Mereka'kerana budak tingkat 4" itu menyebabkan ramai pemimpin lama UMNO tunjuk 'protes senyap'.



Seperti yang dikatakan oleh Datuk Sahrir Samad, bahawa kesilapan UMNO pada PRU 12 yang lepas adalah kerana pemilihan calon ang menyaksikan calon-calon PRU adalah 'diluar' kawasan pengundi.Menurut beliau, calon yang diletakkan itu adalah orang luar dari kawasan pengundi. Oleh itu para pengundi tidak boleh menerima calon yang bukan dari kawasan mereka.



Hujah ini, mungkin ada kebenarannya, kerana selain di semenanjung, di sabah juga menyaksikan situasi ini berlaku..pun begitu keadaan dan keputusan berlainan, kerana UBN di Sabah masi mencatat kemenangan bergaya. Misalnya di Kota Belud, walaupun DARD diletakkan namun ia masih juga menggapai kemenangan di Parlimen KB. Walhal beliau adalah orang Tuaran yang dikhabarkan gagal memperolehi tempat di daerah itu.



Maka sebagai saranan kepada itu, Datuk Sahrir Samad, memberikan cetusan penyelesaian supaya permasalahan dan kesilapan memilih calon ini tidak berulang supaya pada PRU 13 akan datang, UBN akan mencapai kemenangan yang lebih besar.



Kekalahan BN pada PRU 12 yang lepas juga membuktikan bahawa UMNO adalah tunjang kepada keutuhan politik BN. Dengan andaian bahawa UMNO melakukan kesilapan..adalah 'hodoh' sama sekali kerana parti MCA, MIC, GERAKAN, dan lainnya juga menerima tempias penolakkan rakyat.

Saturday, February 20, 2010


Ramai pemerhati politik Negara berpandangan bahawa UBN terlalu ‘lewat’ dan drastic untuk mengalami perubahan. Sehingga kata mereka 5 tahun mendatang tidak cukup buat UBN merealisasikan tuntutan perubahan itu. UBN bukan sahaja ‘tenat’ ketika NAJIB mengemudi bahtera perubahan itu, tetapi sudah terlalu ‘nazak’ dan menunggu untuk ditalkinkan. Zaman Pak Lah, telah menyebabkan saham umno dan BN begitu jatuh merudum dan menyebabkan kemenangan BN di parlimen begitu goyah. Apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa, ramai yang mula menaruh harap yang mnenggunung untuk melonjak dan menganjak kembali imej UBN di mata dan hati rakyat.



Walaupun begitu, merawat luka berdarah yang ditinggalkan sebelum ini bukan satu perkara mudah. Kerana di sepanjangan tempoh lebih 2 tahun ini, pelbagai isu besar terus merangkumi kredibiliti kerajaan di bawah pimpinan Najib. Kes pembunuhan Al-tantuya, seorang model monggolia , Skandal PKFZ,isu pembunuhan Ten Beng Hock, Isu kehilangan enjin pesawat ketika Najib menjadi menteri pertahanan, isu komisyen pembelian Kapal Selam Negara, isu penyelenggaran MRR2 yang melebihi kos pembinaan (kes zaman pak Lah ),isu ‘peralihan’ kuasa dari PR kepada BN di Perak, isu kelulusan bajet 2010 di dewan rakyat yang hampir-hampir digagalkan oleh ketidakhadiran ramai ahli parlimen BN,isu tuntutan Royalti minyak oleh kerajaan Kelantan ( wang ehsan diberikan tahun ini hanya RM 20 juta ) selain isu kemelut MCA yang hingga sekarang ‘gagal’ diselesaikan walaupun Najib sudah ‘melayan’ pelan pendamaian. Isu GERAKAN dan ketuanan politiknya di Pulau Pinang, Isu MIC dan ‘layanan’ mesra dengan Makal Sakhti, Isu PPP yang masih bergolak sehingga T Murugiah adalah satu-satunya menteri tidak berparti dalam cabinet Najib yang tidak dilantik sebagai senator.



Namun kesemua isu ini begitu signifikan kepada najib Pelbagai program dan tuntuan perubahan dicanangkan, Bermula dengan pengenalan slogan “Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan”, Kemudian dengan pengenalan KPI dan NKRA bagi setiap kementerian sebagai pemantauan berterusan kualiti dan pencapaian menangani kehendak dan keperluan rakyat. Kemudian dari itu, Najib juga membuat perubahan besar dalam UMNO apabila mengambil keputusan meminda beberapa fasal perlembagaan parti untuk membenteras politik wang yang berleluasa dalam UMNO. Walaupun saranan turut diberikan kepada parti-parti komponen untuk turut ‘berubah’ namun sehingga kini, tidak ada satu parti dari komponen BN yang telah bersedia’berubah’ sepenuhnya seperti yang dibuat oleh UMNO. Di mana silapnya..?



Najib terus memberikan perhatian kepada perubahan UMNO yang merupakan teras dalam BN. Program ‘juara rakyat” klinik 1Malaysia dan lawatan mengejut di sekitar ibu Negara termasuk kampung Baru dilihat sebagai ‘signal’ bahawa Najib ingin sangat mendengar suara akar umbi. Hanya sanya, kita menunggu bila pula gerangannya Najib akan melawat di kawasan pedalaman termasuk di kota Marudu dan Pitas yang merupakan antara kawasan termiskin di Malaysia.


Ramai yang mula melihat Najib terlalu ‘cepat’ dan ‘tangkas’ mengatur tuntutan perubahan itu sehingga ramai yang ketinggalan menaiki ‘gerabak’ keretapi. Ramai yang masih ‘lembab’ menerima perubahan menjadi juara rakyat.Malahan ada yang masih ‘gagal’ mendapat tiket perjalanan ‘malam’ bagi keretapi itu. Sungguh meresahkan. Ramai pemimpin politik dalam UMNO masih ‘teraba-raba’ mencari ‘tempat duduk’ baru apabila keretapi mula bergerak. Seperti yang pernah dikatakan oleh PAS, pemimpin yang sebegini dalam UMNO adalah dari kalangan pemimpin dahulu yang mendapat tempat duduk, tetapi kemudian terlupa untuk ‘membayar’ tol pada setiap perjalanan, sedangkan pemandu dan pengemudi adalah orang baru yang ingin merasa ‘selera’ baru.


Apakah benar, bahawa Najib sebegitu tangkas menuntut perubahan..? Adakah benar bahawa ramai yang tidak berkesempatan untuk menaiki gerabak keretapi Najib..? Atau apakah kerana ramai pemimpin UMNO yang enggan beranjak dari ‘zon selesa’ yang selama ini sudah dinikmati..? Sedangkan PRU semakin dekat. Rakyat saban waktu terbuka minda mereka.. Fikirkan bersama.

Wednesday, February 10, 2010

politik adalah kuasa rakyat dan rakyat pula ada penentu kepada kuasa politik


Sudah seakan menjadi trend PKR, setiapkali menceritakan halatuju perjuangan politik mereka, maka ‘Rakyat’ dikaitkan. Atas semangat ‘kebangkitan’ yakni rakyat inginkan perubahan, inginkan ketelusan, inginkan keamanahan dalam berkerajaan. Seolah-olahnya gambaran buruk terus dipalitkan kepada kerajaan BN. Seolah-olahnya, PKR dan sekutunya dalam PR, bersih dan suci dari lambakan dosa dan penyelewengan dalam profil berkerajaan. Rakyat dijadikan sebagai ‘aset’ politik, meskipun ia amat berpatutan, tetapi kerana berselindung dari apa yang dikatakan ‘kebangkitan’ rakyat ,maka sebarang isu yang melanda PKR dan PR, semuanya bisa ‘diampunkan’ kerana mereka berada dikalangan rakyat, kononnya. Benarkah atau ia adalah startegi politik berulang lewat 1998, ketika DSAI ‘diturunkan’ dari kerajaan dan parti.



Apabila DSAI dihadapkan di mahkamah atas tuduhan liwat siri II yang dihadapinya, maka ‘rakyat’ juga dipergunakan. Entahkah benar atau tidak ‘rakyat’ berada di belakang mereka. Kerana yang Nampak hanyalah beberapa kerat penyokong setia DSAI. Slogan bahawa rakyat sudah muak dengan kezaliman,penindasan dan pakatan politik jahat, Nampak begitu selekeh untuk diangkat,kerana kalau berdasarkan kepada itu,bukankah Saiful juga adalah “rakyat” yang wajar diberikan hak dan peluang untuk menuntut keadilan dan kebenaran. Dimanakah pendirian PKR dalam soal ini ..?



Ketika mahkamah persekutuan mengumumkan keputusan mengekalkan Dr. Zamry sebagai MB Perak yang sah…reaksi DSAI juga terus mengaitkan dengan isu ‘kebangkitan rakyat’ . Lihat ulasan DSAI seperti dalam blognya :


Kepada mereka yang mahu terus hidup mengabdi kepada kekuasaan, silakan, nikmatilah segala laba yang dihamburkan selagi masih berpeluang. Tunggulah saatnya nanti apabila laungan Rakyat Hakim Negara bergema menggegar bongkah-bongkah keangkuhan yang dibina dari darah dan air mata rakyat!



Bukan setakat itu sahaja,malahan Pendapat KU LI juga dijadikan sebagai penguat kepada hujah politik PKR bahawa rakyat memang inginkan perubahan dan perubahan itu ada bersama dengan PKR.


Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.


Apa yang menjadi tanda tanya kita ialah apakah benar berlakunya ‘kebangkitan’ rakyat seperti yang didakwa oleh PKR itu..? Apakah keberjayaan PR menawan 4 negeri pada PRU 12 yang lepas adalah bukti kepada ‘kebangkitan’ yang dikatakan.? Atau krisis yang mula dihadapi PR yang berselang tubi itu juga adalah signal kepada ‘kebangkitan’ rakyat yang mula sedar kerana terpedaya dan terpesona dengan permainan politik DSAI..? Fikirkanlah.

Saturday, January 23, 2010


PAS Kata, "kami dah lama perjuangkan 1 Malaysia, UMNO kelewatan "

Ketika Datuk seri Najib mengumandangkan slogan 1 Malaysia, Para penyokong PAS ,tersenyum lebar..kata mereka UMNO sudah jauh ketinggalan jika di banding dengan gagasan PAS. Umno bukan sahaja ketinggalan di belakang, tetapi turut terlepas dari mengikuti penerbangan politik di zaman internet ini. Para pengikut PAS begitu beriya-iya membenarkan tanggapan mereka ini. Apa tidaknya, kan PAS sudah duluan memperjuangkan 1 Malaysia, sejak PAS ‘dikeluarkan ‘ dari BN lagi, hatta mungkin sejak PAS menjadi parti serpihan UMNO..


Terngaga penyokong UMNO dan BN..masakan sampai begitu kelewatan UMNO merangka gagasan untuk rakyat Malaysia. Kan UMNO sudah ‘mentadbir’ Negara ini sejak merdeka. Apa dasar, maka PAS berkata yang demikian..? Luahan penyokong UMNO..


Penyokong PAS yang sudah ‘kemaruk’ kuasa politik untuk mentadbir Putrajaya bersama Pakatan Rakyat..memberikan alasan yang cukup Mudah tetapi logik pada ‘mantik’ dan politiknya. Kata mereka bukankah PAS itu sendiri membawa maksud “PARTI ISLAM SEMALAYSIA” ertinya membawa dasar bahawa parti itu adalah menyeluruh atas konsep agama Islam yang ingin ditegakkan. Bukankah gagasan 1 Malaysia itu lebih indah diterapkan atas keunggulan Islam sebagai agama rasmi di Negara ini. ?


Maka atas dasar agama juga, khabarnya penyokong UMNO ‘menentang’ penggunaan Kalimah “Allah” dalam penerbitan majalah sebuah gereja di Negara ini. Isu ini dimanipulasikan atas kepentingan politik adu domba yang cukup mencemaskan. Lalu berlaku beberapa insiden ‘bakar’ gereja sehingga kerajaan ‘cemas’ seketika. Menteri Dalam Negeri pula tetap dengan ‘tabiat’ lamanya ..” Saya tidak akan teragak-agak…..” Namun ‘agak-agak’ itu tidak kesampaian.


Berlaku lagi insiden membakar Surau di Johor beberapa hari yang lepas..benar-benar ingin menyemerakkan api sentiment agama yang mula berasap itu. Penyelesaiannya masih ditunggu..sehingga ada pandangan pula menyatakan kesemua insiden ini telah dirancang untuk mengagalkan slogan 1 Malaysia ciptaan UMNO.Sedangkan “1 Malaysia” yang diperjuangkan oleh PAS sejak dulu, malahan tidak dipertimbangkan..


Setiap kali muncul isu besar melibatkan hak rakyat maka akan ada isu lain yang menutupinya…isu kehilangan enjin pesawat telah ‘diredakan’ ekoran insiden ‘pembakaran’ geraja dan surau ini.Begitu juga isu kewajaran Kelantan memperolehi Royalti 5% dari Patronas yang digantikan dengan pemberian wang ehsan oleh UMno dan BN. Rakyat semakin gelisah, kerana selain daripada boleh mencetuskan ketegangan ia juga boleh menggugat keamanan negera berbilang kaum ini. Seharusnya isu ini dihentikan, supaya tidak akan berlarutan. Tragedi 13 Mei, mungkin akan berulang biarpun berlainan sebab dan akibatnya.