Wednesday, August 5, 2009


Biarpun Suku kaum bajau di KB, merupakan suku kedua terbanyak selepas suku kaum Dusun/Kadazan, yang mendiami daerah Pantai barat ini, namun suku Kaum bajau di Kota Belud sudah lama melakar sejarah politiknya. TUN SAID KERUAK, adalah antara tokoh dari suku ini yang Berjaya menyandang jawatan Tuan Yang terutama negeri Sabah. Anaknya Datuk Salleh Tun Said juga pernah menjawat jawatan tertinggi , Ketua Menteri Sabah, selain daripada beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Perbincangan kali ini lebih tertumpu kepada prosesisasi dan urbanisasi suku kaum bajau dalam dunia politik di daerah KB serta natijahnya kepad parti berkenaan.

Biarpun suku kaum Dusun/ Kadazan majority di KB, namun daerah ini lebih diikenali sebagai daerah Bajau kerana suku kaum ini ternyata lebih menonjol dari aspek kepimpinan dan kebudayaan. Biarpun begitu, kuasa politik ‘bajau’ dilihat masih diimbangi oleh politik suku kaum Iranun yang hamper-hampir mempunyai budaya yang sama. Kesamaan dari segi agama dan nilai hidup, itu yang mungkin membolehkan dua suku ini bergerak dalam satu aliran mazhab fahaman politik yang sama. Sebab itu sebut saja..UMNO di KB..sinonimnya adalah ‘Bajau”..

Kuasa politik suku kaum Bajau di KB, menyaksikan beberapa orang pemimpin dari suku ini mendominasi UMNO bahagian KB. Datuk Salleh Tun Said, Hj. Musbah Jamli, Japlin Akim, kemudian tokoh baru orang Tuaran, Sdr.Rahman Dahlan..juga adalah dari suku kaum bajau.dan banyak lagi yang masih mencari tapak untuk mendirikan teratak politik peribadi mereka. Antara tokoh yang baru sahaja memenangi pemilihan wakil 7, ialah SDR Serin Dan SDR Idris Nanti yang dikatakan orang kuat DSSK. Akhirnya kita lihat UMNO KB seakan-akan di ‘Bajau’kan, sehingga amat sukar dipecahkan tradisi kepimpinan UMNO KB itu daripada jatuh ke tangan suku kaum lain.

Sekalipun Dua tokoh pemimpin Bajau iaitu DSSK dan Dt. Hj. Musbah sebagai tidak sependapat dan sealiran sehingga bahagain UMNO dikatakan terbahagi kepada beberapa team-team tertentu mengikut kecenderungan kepada pemimpin terbabit, namun ia masih lagi memberikan kekuatan moral kepada suku kaum bajau di Kb ini. DSSK bukan sahaja Berjaya merampas ketua bahagian UMNO KB dengan penuh tragis tetapi juga dikatakan banyak menimbulkan idea-idea perpecahan di kalangan kaum Bajau di KB. Hj. Musbah dicop sebagai orang MUSA AMAN yang turut menyusun strategi menjahanamkan DSSK dan konco-konconya daripada UMNO KB. Sama ada benar atau tidak…sukar untuk kita membahaskannya, kerana permainan politik bukannya seperti permainan Bowrling atau kriket.Apa yang nyata, DSSK sekali lagi diterima perwakilan sehingga mampu menjadi ketua bahagian UMNO KB sekali lagi.

Natijah daripada itu ialah orang-orang kuat DSSK kembali aktif dalam parti UMNO KB. SDR SERIN dan IDRIS NANTI adalah antara tokoh yang dikaitkan secara rapat dengan DSSK. Kemenangan orang-prang ini dalam pemilihan wakil G7 baru-baru ini sekali lagi menjadi buat mulutmasyarakat Kota Belud. Namun yang demikian, ada lagi yang paling mengejutkan iaitu apabila Orang Cina yang diistilahkan oleh Dayang Wulan sebagai “bukan teras’ dalam UMNO juga turut mendapat tempat. Selain daripada kerana kekuatan sampul berkepala raja…kerapatan dengan DSSK juga antara faktornya. Akibat secara langsung dari kemenangan seorang"cina" ini ialah UMNO KB seakan turut di "Cina "kan selain selama ini di " Bajau "kan.


Kalau kesan penjajahan Portugis di Melaka,melahirkan golongan BABA NONYA..mungkin UMNO di Kota Belud pula…mewujudkan golongan BANA ( BA = BAjau, NA = ciNA). Dan kalau dalam bahasa Bajau KB, BANA membawa maksud BENAR/BETUL.

Tuesday, August 4, 2009


Sesiapa pun tahu bahawa suku Iranun adalah golongan minority di Sabah. Penempatan besar suku ini hanya di Kota Belud dan Tungku, Lahad Datu. Biarpun suku minority tetapi ternyata Iranun Berjaya mengukir sejarah politiknya dengan gaya dan pendekatan sendiri. Dalam era kepimpinan pejuang Mat Salleh menentang pejajahan British, Iranun telah memainkan peranan penting. Kumuta dikatakan suku Iranun yang merupakan orang kanan Mat Salleh. Kepimpinan Iranun ternyata begitu dikehendaki dalam scenario politik di Kota Belud dan juga diperingkat nasional. Sebab itulah ramai orang Iranun begitu bangga sekali dengan pencapaian Tan Sri Pandikar Amin, sehingga menjadi idola kebanyakkan orang Iranun. Tokoh ini dianggap berwibawa, berdedikasi dan menaikkan imej kepimpinan Iranun di peringkat Nasional. Hinggakan kerana terlalu assabiyah, ramai orang Iranun yang tidak bersedia mendengar kelemahan dan kesilapan pemimpin ini…Bukan sahaja tidak bersedia dari pendengaran telinga..,termasuk juga minda dan perasaan. Penulisan saya pada kali ini lebih bersifat pendedahan secara berani dan tidak berselindung.Melihat dan mengupas Dilema Iranun Baru yang dikatakan menyebabkan suku minority ini terus berpecah aliran fahaman politik mereka.

Kesungguhan TSP dalam memertabatkan suku Iranun di persada politik Negara, adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan. Namun, mengapakah masih wujud golongan-golongan tertentu dalam masyarakat Iranun yang “tidak ikut “di belakang tokoh ini? Sebaliknya menyonsang arus perjuangan dengan menyertai beberapa parti pembangkang PAS dan PKR. Dan rata-rata pemimpin baru bertunas pucuknya ini, ramai dari kampung Tamau. Itu adalah realitinya. Kenapa?...Saya akan cuba mententeramkan ketegangan pembacaan saudara-saudara ini dengan alasan biasa..”kerana ingin menjadi pemimpin Iranun..”Betulkah ?...Atau atas rasa dendam kesumat dan tidak puashati dengan TSP, maka mereka memilih jalan lain….Ataupun kerana mereka merasakan susah untuk bersaing dengan TSP….Alasan apa lagi…Mungkin juga kerana mereka merasakan dengan menyertai pembangkang, dan menjadi calon dalam pilihanraya mereka akan menjadi “hero Tamil “ seperti Kamal Hassan dalam filem TAKKARA..

Kita memulakan perbincangan ini dengan parti PAS. Antara tokoh anak-anak Iranun yang lantang dan tegas serta tidak berselindung dalam perjuangan fahaman politik PAS di Kota Belud ialah SDR AKRIAH HJ. BARABAG..seorang usahawan farmasitual yang Berjaya…mempunyai hampir 8 cawangan farmasi di Tuaran dan sekitar Kota Kinabalu. Bila memasuki kedai Farmasi beliau ini..kita tidak segan melihat majalah HARAKAH – lidah rasmi PAS.. Di jual. Dan penglibatan beliau dalam PAS peringkat negeri memang sedia diketahui….suatu ketika adalah orang kuat di belakang Datu Bandira Datu Alang ( Arwah ) yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya PAS negeri Sabah. Di peringkat kampung, kita juga menemukan tokoh-tokoh seperti SDR NORBIN ALOH, ASIK MASTARI, MADLI HJ.MANSHOR, MILUS ALOH DAN beberapa orang lagi….Secara analitikalnya, kebanyakkan tokoh PAS adalah golongan muda yang mendapat pendidikan agama sama ada dari Semenanjung ataupun dari luar Negara. Mungkin kehadiran mereka ini Nampak kecil dan bertaburan, tetapi…dalam konteks perpaduan Iranun, ia juga menjadi musibah besar..kerana golongan minority yang berpecah menwujudkan saf-saf tertentu akhirnya tidak akan punya kuasa politik.

Parti PKR juga tidak sunyi dari menjadi tempat Iranun untuk berkecimpung dalam kepolitikkan di daerah Kota Belud. Antara tokoh yang disebut-sebut ialah USTAZ LAIMAN yang juga menjadi calon pilihanraya yang lepas. Bukan berseorangan, tetapi dengan suku sakatnya, termasuklah beberapa golongan muda yang terpengaruh dengan slogan reforamsi dalam parti PKR. Ini juga merupakan musibah berganda bagi masyarakt Iranun. Banyak tokoh anak Iranun yang senyap dan menjadi pemerhati dan tidak berani menyatakan pegangan politik mereka. Antaranya ialah seperti Matlan Dt.Unjung,DT. Jamigul Dt. Salin,Dt. Roslin Dt.Siabok, Haji Zainal @ Hj. Sain., Ustaz Abdullah @ Sawi, Ustaz Sateri Putung, dan beberapa orang lagi yang tidak sempat saya nyatakan di sini. Manakala golongan muda yang berpendidikan juga mula menunjukkan minat dalam politik, tetapi masih merahsiakan anutan politik mereka.

Di Peringkat UMNO bahagian Kota Belud, juga menyaksikan beberapa orang dari suku Iranun yang menceburkan diri. SDR ROSLIN KASAN, SDR IDRIS KISAB, SDR SUHAIMI, SDR ROSLAN HAJI MANSHOR, SDR RAZAK RAKUNMAN, SDR SELISIH UKOH,SDR TAJUL serta beberapa orang yang lain. Namun dalam barisan ini, SDR ROSLAN HAJI MANSHOR dilihat lebih rapat dengan pimpinan ketua bahagian DSSK. Tetapi kerana tokoh ini dianggap sebagai sentiasa “Panas” oleh cerita-cerita peribadi dan kurang mendapat sokongan keluarganya, termasuklah adiknya IMAM MADLI yang disebut-sebut antara orang yang berlainan fahaman ideology politiknya,maka suku Iranun juga menjadikannya sebagai ‘ pertimbangan’ terakhir.Bah kan, dalam mesyuarat UMNO memilih wakil 7 baru-baru ini, penglibatan Isteri SDR ROSLAN.. sebagai orang kuat DATIN BADRU..turut mematikan langkah perwakilan memberikan sokongan kepada SDR ROSLAN. Begitu juga dengan SDR RAZAK yang dikatakan pernah ‘melawan’ TSP dengan menyertai PBS kerana factor peribadi yang tidak diketahui, menjadikan tokoh terpelajar Iranun ini masih terumbang-ambing mencari landasan perjuangan yang boleh menaikkan imej dan kepimpinannya.

Apakah yang akan berlaku jika fenomena politik Iranun ini akan berlarutan..? Bagaimanakah kita dapat melihat pelapis kepimpinan TSP jika keadaan ini terus berlaku?...Apakah cara dan kaedah yang boleh merintis kesatuan fikrah dikalangan tokoh-tokoh Iranun..? Bagaimanakah langkah seterusnya yang boleh dilaksanakan untuk mencegah ketirisan dan kebocoran pimpinan Iranun sedia ada..?


Inilah antara persoalan yang perlu dijawab untuk melihat Iranun berada dalam keadaan selesa politiknya..Jika tidak Iranun akan terus-terusan dalam dilemanya sendiri.

Monday, August 3, 2009


Sepanjang saya mengikuti perhimpunan UMNO KB untuk memilih wakil-wakil 7 ke persidangan Agung UMNO Pusat di Kuala Lumpur..tidak ada satu orang perwakilan pun yang membahaskan isu untuk membangkitkan daya juang di kalangan ahli UMNO KB. Isu-isu perbahasan yang di lontarkan lebih kepada isu nasional yang tidak mudah difahami oleh kebanyakkan perwakilan dari golongan berumur. Isu-isu tempatan seperti kegagalan Projek Jelapang Padi Kota Belud, Projek Agropolitan dan isu tuntutan padang ragut Kuala Pintasan, serta pembinaan Jalan raya pintas Kota Belud-Kudat, langsung tidak dijadikan fokus untuk menerangkan kepada perwakilan yang merupakan basic kepada akar umbi UMNO di peringkat cawangan. Malahan isu-isu nasional kerapa dibangkitkan.


Mungkin ramai yang bersetuju dengan saya bahawa UMNO KB perlu mengadakan beberapa siri kursus dalaman atau seminar kepimpinan yang menyeluruh dalam semua peringkat kepimpinan. Dari Puteri,pemuda dan wanita, hinggalah kepada AJK bahagian. Saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa semua ahli UMNO tanpa mengenal pangkat kepimpinan perlu ke sekolah kembali dilihat ada kebenarannya. UMNO KB bukan sahaja perlu melatih dan menyekolahkan ahli dan pemimpin serta perwakilannya dalam soal-soal kepimpinan dan kemahiran berbahas, tetapi juga mereka perlu diajar 'membaca' kemahuan dan aspirasi akar umbi secara lebih dekat dengan hati rakyat. Jika perlu ke Tadika pun, rasanya tidak ada masalah. Dan lebih wajar lagi bila ahli UMNO KB bersekolah di sekolah rakyat.


Kemahiran membangkitkan motivasi perjuangan supaya sentiasa segar dan berkilauan bak permata nilam perlu segera dirancang dan dilaksanakan. Ini kerana para perwakilan adalah 'hero-hero' kecil seperti yang dikatakan oleh Ahli Parlimen KB, dalam blog beliau, bahawa UMNO KB memerlukan hero-hero ini yang berperanan seperti" Cicakman "diperingkat akar umbi. Justeru hal-hal sebegini perlu mendapat [perhatian langsung dari ketua bahagian DSSK, kerana dalam ucapan beliau dalam persidangan itu, juga membangkitkan bagaimana memperkasakan UMNO KB. kalau nak pergi ke Tadika...di KB pun banyak termasuk Tadika Cina.



IRANUN SYOK SENDIRI ?..

Bila kita berbicara tentang harga diri dan maruah bangsa, adalah tidak adil sekiranya kejatuhannya dikaitkan dan dipalitkan kepada orang dan bangsa lain. Menidakkan bahawa kelemahan diri dan bangsa adalah terlalu minimum sebaliknya kesilapan orang lain sebagai yang maksimum adalah merupakan ‘helah bela diri’ yang bisa mempercepatkan kehancuran kuasa politik sesuatu bangsa itu. Membaca catatan Kak dayang Wulan tentang kenapa Iranun gagal mendapat tempat dalam perwakilan G7…menggambarkan situasi menyalahkan orang lain dan menidakkan kelemahan bangsa sendiri. Saya akan cuba mengupas beberapa persoalan yang Kak Dayang Wulan utarakan, dengan hati yang bersih, minda yang lebih terbuka dan demi Iranun dan politiknya. Oleh kerana artikel itu ditujukan kepada Kelapa Mawar,maka secara lebih Ilmiah persoalan ini akan dirungkai dengan lebih bertanggungjawab.


Kenyataan bahawa calon G7 Iranun tidak ditolak oleh perwakilan sesukunya dan tidak mendapat sokongan perwakilan kadazan/Dusun yang dilabelkan sebagai kelompok ‘beri wang dapat sokongan” adalah satu persepsi politik yang kurang mengena. Ini kerana alasan demikian adalah alasan untuk menyelamatkan diri semata-mata. Kenapa saya katakan yang demikian…? Bersandarkan kepada perkembangan politik semasa di daerah KB…dan kerana pada waktu pemilihan itu saya turut serta maka beberapa perkara yang saya dengar ialah ada wakil-wakil Iranun yang sememangnya tidak mendapat undi dari perwakilan Iranun sendiri. Atas beberapa factor peribadi…yang kalau saya ulas ibarat membuka pekung di dada. Misalnya….SDR..Selisih Ukoh…ramai perwakilan belia Iranun yang celik politik tidak memberikan undi kepada beliau…Atas sebab apa?...antara yang mengambil tempat ialah kegagalannya menerajui PISBA…relevankah alasan ini..? jawabnya ya. Kerana pada waktu pemilihan G7 ini..isu ini bertiup kepada beberapa perwakilan….secara senyap. Belum lagi SDR Razakrakunman, dan SDR HJ.Mayur.


Kalau kita katakan bahawa wakil Iranun terperap dan tidak mendapat sokongan perwakilan Kadazan /Dusun juga tidak tepat. Kerana sebelum ini Calon ketua pemuda SDR TAJUL MENDAPAT SOKONGAN DARI GOLONGAN INI. Kekalahan tipis kepada calon lain dengan hanya beberapa belas perbezaan undi, jelas menggambarkan kepada kita bahawa sokongan boleh diperolehi asalkan percaturan dan strategi dirancang dengan lebih tersusun dan sistematik.Juga tidak adanya campur tangan dari suara-suara ghaib diatas sana. Seperti yang saya katakan sebelum ini pemimpin yang punya idealisme yang jelas dan mendukung kesaksamaan dalam perjuangan akan lebih mendapat tempat.


Persoalan yang seterusnya ialah tentang TSP yang saya katakan silap dalam percaturan politik peribadinya dan mengutamakan persefahaman semulajadi politik di daerah KB. Kak dayang Wulan menggambarkan wujudnya apa yang dikatakan sebagai ”mutual understanding” dengan Datuk Musbah. Dan ini saya akui dari awal-awal lagi. Keputusan TSP menerima tawaran TUN Mahathir , ketika itu untuk memberi ruang kepada wakil UMNO HJ. Musbah dan sebagai balasan, TSP dilantik ek Jawatan Menteri Penuh di Jabatan Perdana Menteri adalah satu tindakan yang tidak dibuat atas dasar kepentingan politik Iranun. Semasa TSP diumumkan tidak dapat bertanding pada waktu itu atas tiket AKAR, Saya adalah antara ribuan penyokong yang datang ke rumah TSP di Marampayan untuk mendengar sendiri realiti itu. Pada waktu itu, saya tidak nampak TSP punya penasihat Politik yang bertindak menerangkan kepada para penyokong TSP yang kebanyakkannya ialah orang Iranun. TSP membuat keputusan atas dasar peribadi. Hanya bersandarkan kepada Mutual Understanding yang Kak Wulan katakan itu. Apakah TSP tidak tahu bahawa Mutual Understanding itu bukannya faktor terpenting mengorbankan Tempasuk kepada HJ Musbah.? Apakah TSP tidak mengetahui bahawa tindakannya itu membuatkan suku Iranun tidak punya wakil di Tempasuk ? Dan apakah Jaminan TSP akan dapat semula kerusi Tempask itu? Dan kalau dapatpun....apakah tidak wujud pakatan politik peringkat negeri untuk mejatuhkannya?..Akhirnya percaturan politik itu menampakkan hasil apabila TSP adapat bertanding kembali di Tempasuk...dan begitu juga, kehadiran MUSA Aman...menyebabkan TSP tidak dicalonkan semula....TSP perlu lebih dewasa menghadapi sepak terajang politik sebab sebagai orang lama...beliau sepatutnya lebih bersedia. Dan kerana tidak memikirkan sama ada Iranun sudah ada pengganti pemimpin seperti beliau...maka sampai sekarang kesan itu dirasai oleh Iranun. Ketika menghadiri perkahwinan anak TSP baru-baru ini, saya terus mendengar bahawa anaknya akan diketengahkan.....


Maka sebagai pengkritik atas pagar yang tidak menyebelahi mana-mana suku dan golongan pemimpin, saya berpandangan bahawa kesilapan terbesar TSP yang tidak mempedulikan kebangkitan pemimpin pelapis...menyebabkan Iranun terus terpinggir dalam UMNO di KB. Tokoh-tokoh Iranun G7, sebenarnya adalah takut kepada suara-suara ghaib diatas yang memberikan arahan untuk tidak mengundi mereka. Percayalah Iranun akan lebih bertenaga, sekiranya...TSP bersedia mendengar permasalahan dan menerima kelemahan dan kesilapan diri pada waktu yang sama, bersama merancang perjuangan politik. Kalau sudah minoriti itu, buatlah seperti minoriti...bersatulah!.

Sunday, August 2, 2009


G7 SELESAI !!!

Bila saya memulakan menulis artikel panas ini saya memikirkannya berulangkali,kerana saya menjangkakan ia menjadi polemic politik di Kb biarpun pertandingan G7 baru sahaja berakhir. Kerana pandangan ini mungkin membuatkan sesetengah pemimpin UMNO di KB melenting dan tidak berpuas hati selain menuduh saya sebagai pemerhati politik tempatan yang “bias “dan penuh dengan prasangka serta kesukuan yang amat sangat. Dan jika itu realitinya, saya mengambil jalan tengah kerana saya sememangnya pemerhati “atas pagar “yang berdiri secara tegak pada apa yang saya rasa patut disuarakankan. Terpulang kepada para pemimpin di KB untuk mentafsirkannya..tetapi percayalah pandangan ini tidak ada agenda tersembunyi,kerana saya turut tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam apa jua pun sama ada dikait dengan politik atau orang-perseorangan. Ia hanya pandangan yang ikhlas melihat UMNO di KB kembali mendukung prinsip perkongsian jawatan, membawa aspirasi semua kaum, membawa mandat akar umbi yang lebih terurus dan telus,menanam rasa kekitaan dalam perjuangan melangkaui rasa kesukuan dan kekeluargaan yang sempit.


Jika kita telusuri tarsila poltik UMNO dan BN di KB, secara sedar rasanya kita turut mengakui bahawa UMNO di KB sebelum ini mendukung prinsip perkongsian jawatan dan kawasan pilihanraya antara 3 buah suku yang menjadi penduduk tetap di KB. Suku Dusun/Kadazan, misalnya diiktraf polisi kepimpinan mereka di kawasan DUN Kadamaian dengan menjadikan parti PBS/BN menjadi wakil rakyat di kawasan itu. Tanpa ada percongakkan politik yang keterlaluan dan bersifat ektremisme. Biarpun ‘kelulusan’ ini tidak bertinta merah atau biru..tetapi atas prinsip persefahaman semulajadi politik di KB, fenomena ini direstui oleh pimpinan UMNO dan BN di peringkat KB. Sebelum inipun kawasan Usukan “dihadiahkan” kepada suku kaum Bajau yang mendominasi kepimpinan di daerah ini. Dan inipun secara semulajadinya direstui oleh kebanyakkan pemimpinan UMNO dan BN . Percaturan politik di KB juga tidak membelakangkan suku Minoriti Iranun.Kerana peranan suku ini dalam kancah kepoltikan di daerah bukit ini sangat-sangat dihargai. Kawasan Tempasuk diberikan kepada Tan Sri Pandikar Amin, dari suku Iranun. Persahabatan para pemimpin UMNO/BN di daerah ini berjalan sekian lama…sehinggalah akhirnya…persefahaman ini berubah, apabila Tan Sri Pandikar Amin (TSPA) di katakan ‘menyerahkan’ kerusi Tempasuk kepada HJ. Musbah dari suku kaum Bajau, atas satu ‘percaturan’ politik peribadi yang langsung tidak memikirkan kedudukan dan nasib politik suku Iranun dalam persada kepolitikkan di daerah KB. Sehingga kini, generasi berpendidikkan dari suku ini menganggap bahawa, inilah kesilapan terbesar TSPA dalam percaturan politik peribadinya sehingga membawa suku Iranun kembali ‘merempat’ ,”mengemis’ dan ‘meminta’ simpati pemimpin lain yang dari bukan suku Iranun.


Dan kesan kepada tindakan ‘tergesa-gesa’ itu, dengan hanya diumpankan jawatan Menteri Penuh di KL, begitu terasa sehingga kini. Pemimpin-pemimpin muda dan berpendidikan dari suku ini yang cuba untuk melonjak ke depan…terus-terusan gagal dan tidak mendapat perhatian. Berpunca dari apa ? atau kesilapan siapa? Rasanya sudah tidak penting..kerana yang lebih mendapat perhatian ialah..Iranun semakin tidak mendapat tempat dalam barisan kepimpinan UMNO di KB. Kegagalan pemimpin muda, SDR TAJUL yang bertanding dalam kepimpinan pemuda seakan menjadi sumpahan kepada yang lain….kerana selepas itu tidak ada seorangpun dari suku Iranun yang dapat melepasi merit kepimpinan yang menjadi idaman setiap orang perwakilan UMNO di KB. Biarpun kemenangan SDR IDRIS KISAB dan SDR. SUHAIMI sebagai wakil pemuda ke KL, namun kemenangan itu disifatkan sebagai satu sandiwara poltik pemimpin atasan UMNO KB, untuk meringankan penderitaan Iranun dalam kesengsaraan mencari pimpinan baru setelah TSPA sendiri dilihat enggan memberikan “green light “kepada generasi muda Iranun yang berkelayakan. Persengkokolan golongan atasan UMNO KB untuk tidak memilih walaupun seorang pemimpin Iranun di hantar minda dan pengawasannya dalam perhimpunan UMNO di KL..terbukti apabila kesemua wakil 7 yang terpilih, tidak ada seorangpun yang berdarah Iranun. SDR. Razak Rakunaman, SDR DR. Selisih Ukoh, Juga Hj. Mayur tewas tanpa perhitungan politik yang dikongsi selama ini. Percaturan demi percaturan dibuat, sehingga perwakilan sendiri pun merasa bahawa tokoh-tokoh pemimpin Iranun yang diketengahkan langsung tidak dapat membawa aspirasi suku ini diperingkat nasional. Iranun PERLU melihat kembali..akar umbi politik mereka, sama ada sudah tidak releven idealismenya atau Iranun sendiri sudah ketandusan pemimpin yang patut bangun membela bangsanya. Rasanya politik kesukuan ini tidak menjadi masalah besar dalam UMNO, kerana UMNO sendiri berjuang untuk bangsnya., CUMA, politk kesukuan itu tidak patut disempitkan, sehingga menidakkan peranan dan kepentingan suku-suku lain yang bernaung di bawah payung parti UMNO di KB.


Kegagalan Iranun tersenarai dalam perwakilan G7, jelas membuktikan bahawa, suku itu semakin terdesak dan ‘terpinggir’ dalam soal-soal pimpinan di daerah ini. Biarpun beberapa tokoh muda Iranun masih berada dalam kelompok tertinggi Bahagian UMNO, yang hanya sekadar mengetuai BIRO seperti SDR ROSLAN namun, tokoh inipun masih menjadi ‘pertimbangan’ para perwakilan Iranun untuk diangkat sebagai pemimpin baru. Di Samping pelbagai masalah peribadi dan keluarga , ramai pemimpin Iranun juga yang tidak jelas idelaisme perjuangan mereka untuk bangsa dan masyarakatnya. Ramai yang sekadar menjadi pengikut dan tidak langsung berperanan mencatur gerakkan politik Iranun. Para Perwakilan iranun Dalam G7. Ternyata semakin tipis modalnya…dan tersisih fikiran mereka..selain daripada mendapat tekanan dari pihak atasan…mereka juga tidak berpeluang untuk menyelami aspirasi politik suku mereka. Kesilapan ini menjadikan para perwakilan Iranun di tolak secara kolektif oleh perwakilan Iranun sendiri.


Kemenangan SDR SERIN, SDR IDRIS NANTI dan DATIN SAIDA, memang sudah diduga…mereka seperti yang didakwa oleh rakan calon G7 sendiri mengedarkan sampul-sampul berkepala raja..mereka juga Berjaya memikat hati perwakilan dengan percaturan yang sungguh rapi. Biarpun rekod Datin Saida terutamanya, kurang disenangi, namun bayang-bayang berbisa DSSK ternyata menyelamatkannya. Bukan soal legasi keruak. Bukan soal pengkhianat bangsa. Bukan soal pengaruh dan restu MUSA AMAN. Juga bukan soal sampul berkepala raja.Tetapi ia lebih kepada perancangan yang tersusun dan teratur untuk mempengaruhi perwakilan. Pada waktu yang sama Iranun tertutp matanya untuk memilih walau seorang untuk menduduki kouta G7.


Iranun perlu mula bermuhasabah. Iranun perlu memikirkan semula kesatuan fikrah. Iranun perlu segera melupakan sengketa. Iranun perlu kembali lurus telunjuknya. Kerana jika tidak..Iranun tidak akan kemana-mana dalam UMNO di KOTA BELUD.