Wednesday, December 28, 2011



Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi. 

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. 

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.
Setelah gelora politik Sabah mula menampakkan akan reda,ramalan kajicuaca politik pula berbeda. Kerana diramal satu gelombang besar akan menhempas pantai perjuangan UMNO dan BN di Sabah. Gelombang besar ini bukannya angkara tsunami dasar laut tetapi tiupan kencang angin timur laut yangh datang disebelah dalam pakatan parti-parti politik BN di Sabah.Jika sebelum ini, dua gajah politik diadu- domba hingga melahirkan semut gula yang mengerumuni setiap Projak KKLW,lantas keretakkan UMNO Sabah semakin parah, kini tidak ada lagi cerita 'perang' antara Musa Aman dan Shafie Apdal. Pembisuan kedua pemimpin ini menjadi ubat paling mujarab sehingga pengadu domba menemui jalan buntu lantas mengingatkan mereka mencari Jalan Pulang sendirian.

Angin taufan yang bertuip mengancam keharmonian pantai dan benteng politik UMNO dan BN di Sabah, kononnya datang dari seorang pemimpin politik yang pernah 'menjahanamkan' kekuasaan PBS sehingga UMNO dan BN dapat merampas kekuasaan itu. Siapa lagi kalau bukan Datuk Lajim yang disinonimkan oleh kebanyakkan pemerhati politik sebagai "raja" segala Katak di Sabah. Datuk Lajim yang kini menjawat sebagai pembantu menteri Perumahan dan kerajaan tempatan sabah juga merangkap ahli parlimen P177 Beaufort dikatakan mengetuai parti baru di Sabah yang dikenali sebagai SABAH PEOPLE  FRONT (SPF).

Jika sebelum ini Datuk Lajim dikatakan sebagai orang harapan Datuk Shafie, namun kita landskap itu telah berubah. Lajim dikatakan menubuhkan SPF untuk menghadapi PRU 13 akan datang. Berpaksikan kepada beberapa alasan seperti hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan negeri, hkabar angin juga memuktamadkan bahawa pada PRU akan datang, Lajim 'terlucut' dari menjadi calon di Beaufort yang dikatakan digantikan oleh anak Ketua Menteri Sabah, Hafiz Musa. Khabar ini juga turut menyatakan beberapa ahli politik veteran telahpun menyatakan persetujuan awal untuk menyertai SPF.

Apakah taufan yang bertiup ini akan bertambah kencang sehingga menenggelamkan banyak kapal-kapal yang mahu turut berlabuh di pelabuhan Sabah? 

Tuesday, December 27, 2011


Tarikh PRU ke 13, terus menjadi teka-teki pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Ramalan bahawa najib membubarkan parlimen pada 11.11.11 yang lepas tidak menjadi kenyataan,sebaliknya tarikh "triple" itu berlalu begitu sahaja. Kini penganlisis politik dan pemerhati terus berteka-teki dengan tarikh Najib membubarkan parlimen. Seorang penulis yang disiarkan oleh Sabahkini.net mempunyai ramalan dan hujahnya tersendiri:

Oleh : AZMAN ARIFFIN

PEMERHATIAN penulis ke atas beberapa akhbar berbahasa cina kebelakangan ini menyaksikan wujudnya persaingan hebat dalam meramal tarikh sebenar pembubaran parlimen dan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan.

Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press sebagai contoh meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012.

Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum.

Lebih menarik, akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).

Namun berdasarkan trend semasa tarikh yang lebih logik ialah pada 17 Februari 2012 iaitu pada hari Jumaat kerana Jumaat dianggap hari yang lebih afdal selain menjadi trend semua Perdana Menteri Malaysia yang menganggap Jumaat adalah hari bertuah untuk mengumumkan sebarang acara besar.

No 11 adalah nombor yang dikatakan menjadi kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sering dikaitkan dengan elemen tuah. Justeru tarikh pengundian pada Sabtu dilihat akan memberi kelebihan kepada BN berbanding jika diadakan pada 12 Mac (Ahad) kerana penganut Kristian akan mudah dipengaruhi untuk menentang kerajaan ketika mereka bersembahyang di gereja pada hujung minggu.

Menurut akhbar tersebut, selain sumber dalaman daripada pihak polis, semua maklumat ini juga dikatakan diperolehi daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri. Atas sebab-sebab tertentu, akhbar-akhbar tersebut tidak pula menyatakan badan pemikir mana yang menyalurkan maklumat tersebut kepada mereka.

Dalam perkembangan yang sama, sumber lain pula memaklumkan kepada penulisbahawa Barisan Nasional (BN) akan memberi penumpuan kepada 190 buah kerusi parlimen dan dari jumlah tersebut, BN yakin akan menawan sejumlah 170 buah kerusi. Indikasinya, BN kini kembali bernafsu untuk mendapat semula majoriti 2/3 yang hilang dalam PRU12 pada 2008.

Tapi dalam masa yang sama, temubual eksklusif Sin Chew dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula membayangkan sebaliknya.

Nazri membayangkan BN akan mengalami kesukaran untuk kembali menguasai majoriti 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang. Alasannya ialah, Malaysia sedang melangkah menjadi negara maju dan dengan itu rakyat juga menjadi lebih ’sofistikated’ dalam menentukan pilihan masing-masing di peti undi.

Pada pendapat penulis keghairahan akhbar-akhbar cina ini adalah semata-mata untuk melariskan jualan akhbar masing-masing kerana umum mengetahui majoriti masyarakat cina memang taksub dengan ‘ramalan’ yang telah menjadi hampir sebahagian daripada kehidupan mereka, walaupun di zaman moden hari ini.

Bagaimanapun, suatu yang pasti ialah, akhbar berbahasa cina jarang menampilkan maklumat dari sumber yang tidak kuat. Justeru untuk menolak bulat-bulat maklumat ini juga boleh menjurus Pakatan Rakyat kepada kesilapan dalam membuat perhitungan dari segi kos dan merangka strategi pilihanraya yang berkesan.

Oleh itu penulis beranggapan, tidak salah untuk pimpinan Pakatan Rakyat mengkaji semua kemungkinan termasuk ramalan-ramalan sedemikian dalam menyediakan parti berhadapan dengan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Paling penting mengenal pasti 190 kawasan-kawasan parlimen yang disebut akan menjadi fokus BN dan merencana strategi yang betul, daripada calon dan parti yang akan bertanding, sehinggalah kepada persiapan logistik yang bersesuaian.

Monday, December 26, 2011


Inilah wajah terkini SK Tamau,yang 'gagal' disiapkan setelah 2 tahun berlalu. Di Mana Datuk Musbah dalam hal ini?


Isu kelewatan pembinaan SK Tamau belum menemui penghujungnya. sekalipun telah berlalu lebih 2 tahun daripada jangkaan awal ia disiapkan  iaitu pada 2009,namun hingga kini dipenghujung tahun 2011 dan merangkak awal ke tahun 2012 di mana tinggal hanya kira-kira seminggu lagi sesi persekolahan akan bermula, bangunan baru Sk Tamau yang merangkumi 4 tingkat dengan 2 blok kelas pembelajaran,1 buah dewan serbaguna dan 1 blok kelas Pendidikan awal Kanak-kanak (prasekolah) serta sebuah kantin masih 'GAGAL' disiapkan  oleh kontraktor yang dipertanggungjawabkan.

Beberapa kali isu ini dipublishkan dalam blog dan FCB serta suratkhabar,Berita Harian dan Borneo Post, namun hingga kini bangunan itu nampak hanya kiri-kira 80% yang berjaya disiapkan. Apa yang menjadi persaoalannya ialah SK Tamau ini adalah termasuk dalam Kawasan DUN TEMPASUK, dimana Datuk Musbah Hj Jamli adalah ADUN di kawasan ini, namun wakil rakyat itu bukan sahaja membiarkan isu kelewatan ini berlalu tetapi juga tidak ada tindakan susulan yang dilakukan termasuk menemui masyarakat setempat mengenai perihal isu berkenaan.

Datuk Musbah yang disinonimkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat kerana kerajinannya turun padang menemui masyarakat dalam majlis perkahwinan dan kematian, nampak gayanya,tidak menyantuni golongan anak-anak kecil yang memerlukan pendidikan sempurna dengan kelengkapan asas yang mencukupi termasuk kesempurnaan bangunan seperti yang berlaku kepada masyarakat setempat yang terlibat dan terpaksa menerima musibah atas kelewatan SK Tamau ini.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan bahkan mengejutkan, bilamana bangunan SK Tamau ini mengalami kelewatan mencecah lebih 2 tahun. Datuk Musbah selaku wakil rakyat di kawasan ini seharusnya mengambil tindakan drastik dan tidak hanya tenggelam dalam projek Jepalang padi dan Aggropolitan yang diwar-warkan oleh beliau sebagai projek berimpak tinggi dengan mengatasi isu kemiskinan tegar di Kota belud. Apakah Datuk Musbah juga lupa bahawa Pendidikan juga adalah pembasmi kepada kemiskinan jangka panjang? Atau apakah Datuk Musbah sengaja membiarkan isu ini kerana beliau mengalami kekalahan pada PRU 12 yang lepas dalam peti undi Tamau.?

Jika benar tanggapan bahawa pada PRU 13 , Datuk Musbah bakal dicalonkan di kawasan Parlimen Kota Belud, rasanya akan ramai yang mempertikaikannya atas kemampuan dan kewibawaan Datuk Musbah mengatasi pelbagai masalah berderet puluhan ribu masyarakat Kota Belud. sedangkan Isu Kelewatan Sk Tamau ini pun, Datuk Musbah gagal mengatasinya, apakah pula akan berlaku kepada masalah di peringkat Parlimen nanti.
Anwar bermula dalam gerakan mahasiswa semasa di Universiti...Satu-satunya warga Malaysia yang tersenarai antara 100  orang paling berpengaruh di dunia oleh majalah Times pada 2008.Pernah di tahan di bawah ISA selama 3 tahun iaitu dari tahun 1974-1976 kerana terlibat secara langsung dalam demontrasi jalanan  di Universiti Malaya  berhubung isu kemiskinan di Baling Kedah yang dibiarkan oleh kerajaan ekoran daripada kawasan tersebut dicap sebagai kawasan persembunyian Komunis. Pernah membantu beberapa orang tokoh  PAS dalam kempen pilihanraya.Memilih ABIM menjadi paltform perjuangan sebelum menyertai parti Politik UMNO.

Pembabitan Anwar dalam dunia politik cukup 'menggegarkan' pohon keyakinan orang Melayu,kerana daripada mulanya diramal akan menyertai PAS tetapi memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya.Bertanding di kerusi Permatang Pauh atas tiket UMNO pada tahun 1982 dan menang dengan majoriti besar.Orang melayu bukan sahaja memberikan sokongan tetapi menganggap Anwar adalah pejuang tulen pada zamannya. Kemudian beliau dilantik menjadi timbalan menteri di Pejabat Perdana menteri.Beberapa portfolio penting kementerian pernah menerima sentuhan kepimpinan Anwar, seperti Menteri Belia,Kebudayaan dan sukan(1982),Menteri Pertanian(1984),Menteri pendidikan (1987) setelah memenangi Jawatan Naib Presiden UMNO. Kemudian dilantik Menteri Kewangan (1991) dan Timbalan Perdana Menteri (1993) setelah Tun Ghafar Baba gagal mendapatkan kouta pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dan digantikan oleh Anwar yang memperolehi pencalonan terbanyak pada waktu itu.

Politik Anwar mengalami 'gerhana' pada tahun 1997 bilamana Dunia juga mengalami kegerhanaan dalam sektor kewangan. Malaysia tidak terkecuali.Anwar sebagai menteri Kewangan pada waktu itu dilihat gagal membawa negara merentasi krisis kewangan sehingga Tun Mahathir membawa kembali rakan rapat politik beliau Tun Daim Zainuddin dalam kabinet.Krisis politik Anwar mula menampakkan keretakan kerana ia memberi gambaran bahawa Tun Mahathir mula tidak mempercayainya.

Tahun 1998, Anwar dipecat dari Jawatan Timbalan Perdana menteri,kemudian membawa kepada pemecatan dari jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan sekaligus keahliannya dalam parti berkenaan. Politik Melayu merkah,retak, dan bertaburan apabila Anwar ditangkap ala mafia kemudiannya muncul dengan mata lebam dan di dakwa atas beberapa tuduhan rasuah dan liwat.Anwar sekali lagi dicap sebagai pejuang reformasi oleh golongan muda di negara ini,apabila segala dakwaan itu dikaitkan dengan KONSPIRASI untuk menjatuhkan Anwar. Tuduhan Liwat bukan sahaja mengalami beberapa pertuduhan yang mencurigakan dengan beberapa pindaan tuduhan dilakukan, namun akhirnya Mahkamah Persekutuan membeaskan Anwar dari tuduhan Liwat.

Anwar dipenjarakan selama 6 tahun atas 4 kesalahan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.Tahun 2004,Anwar dibebaskan oleh Perdana menteri pada waktu itu, Tun Abdulah Ahmad Badawi


Akhirnya apabila Anwar dilihat sebagai ancaman besar kepada UMNO, beberapa insiden konspirasi juga telah diatur. Anwar sekali lagi dituduh atas kesalahan meliwat oleh pembantunya Saiful Bukhari beberapa hari sebelum Pilihanraya kecil Permatang Pauh dijalankan.Pada Julai 2008, Anwar ditahan atas tuduhan tersebut. 6 Ogos 2008,Anwar memenangi pilihanraya Permatang Pauh seterusnya dilantik sebagai Ketua pembangkang di Parlimen. sebagai ketua pembangkang dan mantan Perdana menteri beliau menyatakan betapa perlunya liberalisasi, termasuk soal kehakiman dan media,penentangan kepada rasuah dan salah guna kuasa.


Dan pada 9Januari ini Anwar akan menghadapi keputusan kes liwat 2 yang dihadapinya. sepertimana yang dikatakan oleh Anwar jikapun beliau dipenjarakan, semangat reformasai dan perjuangannya akan terus subur dalam sanubari ratusan ribu golongan muda di negara ini. Dengan slogan "lawan tetap Lawan", Anwar ,sama ada di penjarakan atau di bebaskan ,sama sahaja, kerana jika rakyat mahukan perubahan,maka ia akan bermula dari peringkat akar umbi.9 Januari ini penentu Anwar sebagai politikus atau pejuang!

Sunday, December 25, 2011



Perjuangan reformasi Anwar,tulang belakangnya ialah ratusan anak-anak muda yang masih belajar di Universiti.Malahan yang merusuh,yang berdemontrasi itu kebanyakannya ialah pelajar Universiti.Mengapa Anwar suka sangat memilih golongan ini menjadi pengikut idealisme reformasinya?

AMANAT ANWAR kepada MAHASISWA

Mahasiswa perlu tegas, bebas dan lantang memperjuangkan hak rakyat, menegur pemimpin yang rasuah serta salahguna kuasa, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Bercakap di depan kira-kira 100 hadirin pada sesi ‘Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim’ di kediamannya malam tadi, Anwar memulakan bicaranya dengan membacakan sajak terkenal Taufik Ismail, bertajuk ‘Takut 66, Takut 98′.

“Saya mula aktif dalam gerakan mahasiswa, dan biasa dengan demonstrasi. Justeru, gunakan sebaiknya era mahasiswa itu untuk menyatakan yang benar.

“Kamu boleh tidak bersetuju dengan (perdana menteri) Najib. Kamu juga boleh tidak bersetuju dengan Anwar. Tidak salah berhujah dan melawan dengan fakta,” kata Anwar, pemimpin mahasiswa yang ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong mogok petani miskin di Baling, Kedah pada 1974.

Menurut Anwar, berbanding Datuk Seri Najib Razak, bapanya lebih bersikap terbuka dengan tuntutan mahasiswa ketika menjadi Perdana Menteri.

Tun Abdul Razak kerap mengadakan pertemuan bersama mahasiswa, menjamu mereka dan berbincang di kediaman rasmi Perdana Menteri, sedangkan pada siangnya mahasiswa berdemonstrasi di tengah ibu kota.

“Manakala mahasiswa berani dan bersedia untuk bertanya (kepada pimpinan negara),” kata Anwar mengimbau zaman sebagai pemimpin pelajar.

Merujuk tuntutan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan kes pelajar Adam Adli- Anwar berkata kerajaan hari ini gagal mendengar pandangan mahasiswa, apabila ugutan pihak tertentu terhadap gerakan itu dan isu yang dibangkitkan mereka dipandang sepi.

“Mereka memperbodohkan kritikan (mahasiswa). Sedangkan mahasiswa ialah pemangkin untuk memecahkan permasalahan. Ketika saya menjadi Menteri Pendidikan, tanpa gagal setiap tahun saya pusing setiap kampus di seluruh negara,” katanya.




Beliau memberikan contoh, ‘Great Economic Debate’ yang dianjurkan mahasiswa di Universiti Malaya selama tiga malam sebagai acara debat tahunan pada zamannya, kini tidak lagi diteruskan.




“Ribuan hadir. Ada wakil (mahasiswa penyokong) kerajaan, ada wakil pembangkang dan ada wakil akademik. Kenapa sekarang tidak boleh? Itu (budaya) yang mesti kita kembalikan,” katanya

Saturday, December 24, 2011



Keputusan Mahkamah yang mendapat mantan Menteri besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo sebagai bersalah atas tuduhan rasuah kepadanya ketika menjadi MB selangor dalam kes pemilikan sebuah banglo bernilai lebih 6 juta akan meninggalkan satu persepsi besar kepada rakyat selangor. Iaitu pemimpin UMNO dan BN memang benar ramai yang terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.Ini juga akan membenarkan apa yang di dakwa oleh Khir Toyo sebelum ini bahawa terdapat 3 orang menteri dalam kabinet Najib yang mahukan beliau didapati bersalah..

Laporan Bernama:

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini.

Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.

Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak sementara menunggu rayuan.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007. -Bernama

Politik ibarat Kek,kalau tak dipotong,orang lain akan potong..Tapi siapa yang potong kek siapa?


Semakin dekat PRU 13 ini,semakin lucu ahli-ahli politik menjalani kehidupan mereka. Ada yang berdebar-debar takut tidak kembali dicalonkan, ada yang mula berturunan di pelusuk seluruh kawasan yang diwakilinya, menunjukkan muka prihatin,merasmikan acara itu,acara ini, menghulurkan derma dan menyampaikan bantaun kerajaan dari bantuan RM100 ringgit kepada murid-murid sekolah sehinggalah kepada menyerahkan borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Melucukan sehingga ada yang menyambut hari ulang tahun dan hari jadinya perlu memanggil kawan-kawan ahli politik, bukan untuk menyerikan majlis berkenaan tetapi sebagai signal kepada pemimpin tertentu bahawa kepimpinannya masih relevan dan pengaruhnya masih diperlukan.

Namun ada kah yang kita dengar menyambut hari ulang tahun atau hari jadinya bersama rakyat yang diwakilinya tanda penghargaan atas sokongan selama ini. Duit gaji yang diperolehi adalah duit rakyat dan wajar rakyat dihargai.

Tidak cukup dengan helah politik dan tindakan yang mengampu dengan kata-kata yang puitis kepada pemimpin tertentu ada juga yang masih ke hulu hilir mengesahkan namanya tersenarai dalam PRU 13 akan datang.Pemimpin begini,rakyat sudah kenal pasti.Tapi tidak mampu menolaknya kerana apa? kerana sudah lama terhutang budi kata mereka.Alahai!!!
Beliau yang bertugas sebagai Penasihat Maju Holdings Sdn Bhd meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction di sini.

Bernama melaporkan, pegawai peribadinya Nor Azhar Yusof berkata sebelum serangan itu, beliau kelihatan sihat dan berwatakan seperti biasa namun tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.

"Kakitangan pejabat memanggil saya apabila melihat Allahyarham mengalami sesak nafas dan kami semua cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun lima minit kemudian Tan Sri telah tiada.

"Allahyarham mempunyai sejarah penyakit lain iaitu sakit jantung dan diabetis," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata jenazah Abdul Hamid dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tenaga, Batu 9, Jalan Puchong dan akan dikebumikan di Puchong selepas solat Zohar esok.

Penasihat Agung Pusat Kebajikan Wanita dan Keluarga (Kewaja) itu meninggalkan seorang isteri, Puan Seri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin dan serta lima orang cucu.

Allahyarham dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah pernah mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam.

Abdul Hamid memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1995 sehingga 1999. Sebelum itu pada tahun 1990 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 2001, Abdul Hamid dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009.-23/12/2011

Thursday, December 22, 2011

Siapa tidak kenal penyanyi pop bersuara lunak , Jamal Abdillah yang popular dengan filem AZURA bersama Ogy Datuk Ahmad Daud suatu ketika dulu yang mengadakan penggambaran di sabah. lagu-lagu Hit seperti Gazal untuk Rabiah, mati Hidup semula, dan kekasih awal dan akhir adalah antara lagu yang meniaikkan nama Jamal Abdillah di persada seni negara. Namun yang mendukacitakan ialah penanyi ini terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Beberapa kali memasuki pusat pemulihan dan terakhir ialah pusat pemulihan PENGASIH selama 5 tahun. Menghadapi masalah dengan pusat pemulihan itu, akhirnya Jamal Abdillah bertekad meninggalkan PENGASIH.

Sudah lebih 20 tahun (sejak 1979) Jamal Abdillah memperhambakan diri dalam bidang seni. Biarpun jejak beliau ada meninggalkan kontroversi, namun nama beliau tetap utuh sebagai penyanyi lelaki terbaik dan terunggul yang pernah lahir di persada seni negara. Kelunakan “vokal emas” beliau yang mampu mengalunkan pelbagai genre lagu baik balada, pop mahupun tradisional meletakkan nama beliau abadi dalam sejarah seni dan budaya tanahair buat selama-selamanya.


Nama : Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali
Nama Komersil : Jamal Abdillah
Nama Panggilan : Amal
Tarikh Lahir : 7hb Mei 1959
Asal : Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan
Pendidikan : SPM (Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan)
Keluarga : Anak sulung dari 7 orang adik-beradik

Jamal Abdillah atau nama sebenar beliau Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali dilahirkan pada 7hb Mei 1959. Beliau merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik yang terdiri dari 5 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan. Antara adik-adik beliau adalah Jamilul Hayat, Helmi Husseini, Elby Husni @ Kamal Abdillah dan Ahmad Tihami @ Hamka selain 2 orang lagi adik perempuan.

Beliau mendapat pendidikan awal sekolah rendah di negara Brunei Darussalam dan menyambung persekolahan menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan, Perak. Kemudian beliau meneruskan persekolahan beliau dari tingkatan empat ke tingkatan lima di negara Brunei Darussalam sekali lagi kerana mengikut ayah beliau yang bertugas di sana. Perlu ditegaskan di sini bahawa bakat yang terdapat dalam diri beliau adalah bakat semulajadi dan beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik. Sebelum menyertai pertandingan Bintang RTM 1979, beliau pernah menyertai Pertandingan Bintang Kecil seluruh negara Brunei Darussalam pada tahun 1973 dan juga telah menyertai 9 pertandingan nyanyian yang kesemuanya beliau menjadi johan!

Jamal Abdillah adalah satu-satunya penyanyi solo yang paling popular di Malaysia dan setiap golongan masyarakat meminati beliau. Populariti beliau meningkat lagi apabila beliau mula mencuba bakat dalam bidang lakonan. Beliau telah diberi peluang berpasangan dengan bintang pujaan tanahair, Fauziah Ahmad Daud dalam filem ‘Azura’ keluaran Sabah Filem pada tahun 1984. Kemunculan beliau dalam filem ‘Azura’ telah berjaya memikat hati peminat-peminat dan pengkritik-pengkritik filem dengan memberi semangat yang Jamal Abdillah mempunyai potensi untuk muncul sebagai bintang filem yang ternama. Filem ‘Azura’ juga merupakan filem Melayu pertama yang berjaya memperoleh kutipan tiket mencecah RM1 juta dalam sejarah perfileman tanahair!

Lalu, dengan berbekalkan semangat, dorongan serta permintaan ramai yang inginkan beliau berlakon lagi, maka pada tahun 1989 Jamal mendapat tawaran berlakon dalam filem ‘Tuah’ keluaran RJ Film Production milik Hajjah Rosnani Jamil. Sekali lagi Jamal menunjukkan lakonan yang memuaskan serta mendapat sambutan hangat. Filem-filem lain lakonan beliau adalah ‘Sejati’ (1991), ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ (1993), ‘Suratan Kasih’ (1996) dan ‘Ghazal Untuk Rabiah’ (1997). Semua filem lakonan beliau mencatat kutipan box-office terutamanya filem ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ bersama Sofia Jane yang memungut RM1 juta dalam tempoh 7 hari tayangan dan RM2.1 juta selepas hampir sebulan menemui peminat filem Melayu di pawagam-pawagam seluruh tanahair, Brunei serta Singapura.



PETALING JAYA: Penyanyi popular, Jamal Abdillah akhirnya bersuara dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) hingga mendorong dia meninggalkan pusat kebajikan bekas penagih dadah itu bulan lalu, selepas menjadi ‘penghuni istimewa’ selama lima tahun.

Jamal berkata, dia sedih dan kecewa dengan pelbagai dakwaan dikeluarkan Presiden Pengasih, Datuk Yunus Pathi terhadapnya termasuk dia tidak banyak memberi sumbangan wang tunai biarpun dia satu-satunya penghuni yang tinggal di situ sehingga lima tahun berbanding penghuni lain yang tinggal cuma setahun.

“Sepatutnya Pengasih institusi yang memimpin semangat serta membimbing penghuni memerlukan bantuan dan bukannya menabur pelbagai dakwaan yang boleh menjatuhkan reputasi seseorang.

“Jika senario ini berterusan, saya yakin orang awam juga akan berfikir berkali-kali sebelum menghantar ahli keluarga atau teman yang memerlukan bantuan ke situ,” katanya ditemui pada sidang media Karnival Seharian Bersama Jamal Abdillah pada Januari depan, di sini, semalam.

Harian Metro pada 8 Disember lalu melaporkan Jamal meninggalkan Pengasih selepas lima tahun di situ dan tindakannya dipercayai ada kaitan dengan rasa tidak puas dengan pengurusan rumah kebajikan itu terutama Yunus.
Tidak banyak isu di Sabah yang diperjuangkan oleh PERKASA.Tidak banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh PERKASA SABAH berkenaan dengan pelbagai isu melibatkan reformasi sistem pilihanraya di negara ini dan terutama di Sabah. Isu penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih dan juga isu pengundi hantu ,langsung tidak disentuh ketika YDP PERKASA SABAH mengumumkan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR beberapa minggu lepas di KOTA BELUD.

Sebaliknya di Semenanjung PERKASA dilihat begitu signifikan dengan pelbagai isu terutama melibatkan ketuanan Melayu.Sehingga Pembangkang menganggap PERKASA adalah pekakas kepada UMNO dan BN.Lihat petikan ini :


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas kenyataan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mendakwa penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Bagi DPP Malaysia, kenyataan seperti ini seolah-olah tidak mahu negara ini berganjak ke arah sistem pilihanraya di Malaysia yang lebih adil, telus dan penuh dengan amalan demokrasi yang tinggi.


DPP Malaysia merasa hairan bagaimana Perkasa boleh mempertahankan agar dakwat kekal tidak digunakan dalam keadaan semua pihak bersetuju supaya ianya digunakan.

Alasan bahawa Malaysia adalah negara maju dan canggih sehingga tidak memerlukan dakwat kekal adalah alasan yang yang amat dangkal. Ini kerana selama ini dalam keadaan negara tidak meggunakan dakwat kekal, selama itulah berlakunya pelbagai penipuan dan penyelewengan hasil dari daftar pemilih.

Persoalannya, apa yang Perkasa khuatirkan dengan penggunaan dakwat kekal? Mengapakah Perkasa gusar sangat terhadap kebenaran yang akan disingkapkan hasil dari penggunaan dakwat kekal dan apakah kerana ada kuasa yang bakal tergugat dalam PRU ke 13 nanti sehingga boleh menjejaskan masa depan Perkasa?

Selain itu, DPP Malaysia merasa pelik kerana Perkasa mendakwa ramai pengundi Melayu tidak keluar mengundi jika dakwat kekal digunakan. Atas dasar apakah dakwaan Perkasa ini?


Mengapa pula orang Melayu tidak mahu turun mengundi hanya kerana ada dakwat kekal digunakan. Jika alasan syarak digunakan, Majlis Fatwa Kebangsaan telah meluluskan dan tiada apa-apa masalah dalam menggunakan dakwat kekal.

Orang Melayu hanya tidak turun mengundi jika ada ancaman atau ugutan terhadap mereka daripada turun mengundi. Dalam keadaan negara aman seperti Malaysia, orang Melayu tidak perlu risau untuk turun mengundi kerana tiada siapa berhak mengugut orang Melayu daripada menunaikan hak dan kewajipan mereka.


Mengundi dalam pilihanraya adalah suatu kewajipan kerana ia berkaitan memilih pemimpin yang akan memimpin negara dan masa depan rakyat.

Oleh itu, Perkasa tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas seperti ini. Perkasa sepatutnya mengalu-alukan usaha SPR yang mahu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia yang telah lama diperkatakan orang.


Lebih dari itu, Perkasa perlu memujuk orang Melayu turun mengundi bagi membuat perubahan di dalam negara ini.
Beberapa bulan yang lepas Kelapamawar mengutarakan persepsi segelintir masyarakat Iranun yang 'meragui' kejujuran PAGISA satu Pertubuhan yang diasaskan oleh graduan-graduan suku itu untuk membantu masyarakat Iranun,biarpun tidak secara menyeluruh tetapi bantuan itu berlanjutan. "keraguan' itu berdasar kepada bagaimana Pertubuhan itu dihakmilikan oleh beberapa orang mereka ini sehingga urusan PAGISA tidak boleh dicamuprtangan oleh yang bukan ahlinya. Apa yang peliknya ialah bila ada cadangan supaya PAGISA mengadakan roadshow untuk menambah keahlian,ia ditolak mentah-mentah dengan alasan ,ramai ahli jika tidak aktif tidak juga berfaedah. Menghairankan kerana seolah-olah jika PAGISA mempunyai ahli yang ramai ia akan menyusahkan pertubuhan itu,sedang ia belum pun berlaku,ia hanya andaian semata-mata,termasuk juga idea bahawa pertambahan keahlian PAGISA tidak mendesak!..

Perjuangan PAGISA memertabatkan aspek pendidikan bagi suku Iranun tidak banyak berlaku sebenarnya. PAGISA tersepit antara tuntutan politik sebenarnya. Kenyataan PAGISA mendesak Chua Soi Lek memohon maaf kerana mempertikaikan hukum Hudud dianggap sebagai polemik baru PAGISA. Menyokong ABIM tidak menjadi masalah tetapi kenyataan itu seolah-olah mengheret PAGISA ke kancah politik negara.

Mengapa PAGISA tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang kelewatan pembinaan SK Tamau yang telah mencecah 2 tahun? Mengapa PAGISA tidak harus menjadi wadah perjuangan keutuhan Pendidikan Suku Iranun dengan hanya membiarkan isu kelewatan Sk Tamau yang dihuni oleh ratusan masyarakat Iranun meliputi perkampungan Tamau, Kuala Pintasan, Merbau, Kota Bungan, Tawadakan dan Lilud itu sehingga anak-anak Iranun yang menjadi mangsanya!

Setahu kita Presiden PAGISA adalah seorang pengetua di sebuah sekolah menengah di Kota Belud, Setiausaha nya juga adalah seorang Guru juga asalnya dari Kg Tamu,bahkan AJK PAGISA juga adalah rata-ratanya adalah dari profesion keguruan. Namun PAGISA mati nalurinya dalam memperjuangkan isu ini kerana tuntutan politik masih dilayan dan terus dilayan.  PAGISA perlu bangun dan membangunkan jiwa anak-anak Iranun yang telah lama 'mati'.

Wednesday, December 21, 2011



Begitulah jika SKIM yang dirangka oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dibuat secara tergesa-gesa dan bukannya atas keperluan kakitangan awam yang bersandarkan kepada kajian secara mendalam.Sebaliknya SBPA yang cuba diuperkenalkan oleh kerajaan paling awal Januari 2012 dilihat dibuat seolah-olah sebagai 'gula-gula' kepada Kakitangan Awam menjelang PRU 13.

Sebelumnya ini pelaksanaan SBPA ini bukan sahaja dipertikaikan oleh pihak pembangkang tetapi juga Presiden CUEPACS sendiri yang menganggap SBPA itu sebagai skim syok sendiri. kerana dalam satu kenyataan Datuk Omar Osaman iaitu Presiden CEUPACS mendakwa ,kesatuan sekerja itu tidak langsung dipelawa ketika merangka SKIM berkenaan. Justeru itu ia bukan sahaja mengelirukan kakitangan awam tetapi juga menimbulkan prejudis apabila terdapat 5 aspek yang di dakwa oleh CEUPACS sebagai tidak jelas dan mengelirukan.

Pertemuan dengan PM datuk seri Najib Razak telah membuat keputusan bahawa skim SBPA itu ditangguhkan sementara waktu sehingga kajian dan penerangan oleh JPA selesai dan CEUPACS berpuas hati.







Tangga Gaji Baru SBPA guru-guru





PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.



"Sebelum PRU 2004, saya org pertama mencadang supaya Dato Rahman Dahlan dipilih calon MP atau DUN di Kota Belud. Dia tdk terpilih. Sebelum PrU 2008, saya memperhebat sokongan dalam FB dan blog supaya BN dan UMNO pilih Dato Rahman di Kota Belud. Antara yg menyokong saya mantan MP Kota Belud, Dato Yahaya Lampong..Sebelum PRU 13 bulan Februari ini, saya berharap BN dan UMNO kekalkan Rahman utk penggal yg kedua."

Begitu antara ungkapan sdr Musli Oli dalam membicarakan tentang jangka hayat politik,Datuk Rahman Dahlan di Kota belud. Walaupun sebelum ini Musli Oli begitu hebat sakan berdebat dengan DARD di FCB,namun tidak ramai yang mengetahui bahawa Musli Oli rupanya adalah antara orang penting yang memperkenalkan Datuk Rahman dalam politik Kota Belud.

Dan dengan akuan terbuka ini apakah muslihat Musli Oli mahu Rahman Dahlan dikekalkan di Kota Belud pada PRU 13 akan datang?Sedangkan umum mengetahui bahawa artikel sebelum ini tentang pengguguran Datuk japlin dan Datuk Rahman adalah maklumat rahsia yang Musli Oli ketahui sebelum beralih kapal katanya.

Apakah msulihat dan helah politik ini hanya untuk mengurangkan jurang antara mereka? Bagi pemerhati politik Kota belud menyatakan bahawa ini adalah taktik Musli Oli, kerana jika benar Musli Oli bercita-cita menjadi calon di Parlimen KB, ada kemungkinan jika beliau berhadapan dengan DARD,Musli Oli boleh menang kerana terlalu banyak isu yang boleh dimainkan oleh Musli Oli termasuk kegagalan DARD menangani beberapa isu tanah di daerah itu juga isu pemain import. Atau barangkali satu pertemuan sulit sebenarnya telah berlangsung antara kedua orang ini? Helah Musli Oli ini hanya akan terbon gkar menjelangnya PRU 13 dalam waktu tidak sampai 4 bulan dari sekarang. 


Selain itu, Musli Oli juga menjadikan kenyataannya itu sebagai 'umpan' kepada Datuk Salleh. Musli Oli tahu dan amat tahu bahawa jika DSSK yang dicalonkan di Parlimen KB, maka harapannya akan berkecai kerana DSSK punya kekuatan sendiri termasuk punya wang ringgit yang bertimbun. Lagipun berdasarkan statistik DSSK sejak menjadi MP KB beliau memperolehi pertambahan undi setiap kali PRU .Musli OLI lebih suka secara moralnya 'kalah' di Usukan kerana itu bukan matlamat sebenarnya, kawasan Parlimen KB adalah sasaran utama PKR pada PRU akan datang.


"Kira2 3 bulan lalu saya menulis surat (sulit) kpd Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib yg secara umum sentuh isu2 politik di Sabah dan secara khusus tentang salah laku KM Sabah. Saya kemukakan urutan kronologi dan fakta2 berkaitan..Entah mcmana surat itu tersebar luas dikalangan org2 KM sedangkan surat sulit itu kpd org2 PM..ada hantukah dalam JPM yg gajinya di bayar Musa Aman?"


Ini pula adalah isu lain yang saya petik dalam laman FCB Musli Oli..Mengutus surat kepada Perdana Menteri. Mungkin para pengundi di Sabah dan di Kota Belud memang tahu siapa sebenarnya Musli OLi...


1. The accusation that I wrote to the World Bank asking for loans is baseless. But Malaysia had been borrowing project loans from the World Bank since 1958.
2. The last negotiations for the loans were made in 1997. These were for projects in:


a) Education sector USD 244 million
b) Social sector USD 60million
c) Technical sector USD100million



3. The currency crisis also began in 1997. Naturally the loans were not approved until 1999 when the crisis was over. The usual sequence is for application for a loan to be made, followed by negotiations. Approval would be given by the bank later.

4. The World Bank wanted Malaysia to request for loans to tide over the crisis like the other countries affected by currency trading. The loans would be conditional upon Malaysia following IMF advice on economic management. It is well-known that Malaysia refused to seek IMF or World Bank help because the so-called help would worsen the financial situation. Instead, in 1998 Malaysia imposed currency control which helped it to recover.


5. In June 1998 (before currency control and while Anwar was still Minister of Finance) a loan for USD 300 million was signed with the World Bank for;


a) Fund for Food Programme
b) Higher Education Loan Fund
c) Microcredit Programme


6. By 31st March 1999 a loan of USD 100 million was signed for Technical Assistance and for overcoming Y2K problems. However, this loan was stopped after drawing down USD 11.94 million.
7. Of the USD 244 million Education Project which was approved in March 1999, payment was ordered to be stopped after USD 216.7 million was drawn down.


8. Of the Social Sector loan of USD 60 million, approved in March 1999, only USD 600,000 was drawn down before it was stopped.


9. As the whole world knows Anwar was reported in the press and foreign magazines for implementing the IMF policy without the IMF loans. He raised interest rates, reduced the period for declaring loans non-performing from 6 months to 3 months, reduced budget allocation to ministries so as to achieve a budget surplus etc.


10. Although he did not oppose currency controls, his appointees as Governor and Deputy Governor of Bank Negara refused to implement the policy and resigned. Tan Sri Zeti was then appointed as Governor of Bank Negara Malaysia.


11. As stated above, Malaysia stopped the draw down on loans negotiated with the World Bank in 1997 and June 1998. This did not stop Malaysia from recovering from the crisis.


12. At no time did I write a letter or verbally request for loans from the World Bank. If Anwar can show evidence that I did, he should. Failing that he should swear on the Quran in a mosque that he knows what he says is true. I am prepared to swear that I never asked for loans from the World Bank.

Inilah antara yang diungkapkan oleh Tun Mahathir mengenai pinjaman kerajaan kepada Ban Dunia pada tahun 1999. Walaupun kes ini dikaitkan dengan DSAI,namun daripada penerangan Tun M ini nampak gayanya,Tun M juga terlibat sama dan cuba pula berdolak dalik.


Monday, December 19, 2011

Pertelingkahan Tun Mahathir dengan Datuk seri Anwar Ibrahim mengenai siapa yang bertanggungjawab dalam perjanjian pinjaman yang dibuat oleh kerajaan kepada Bank Dunia telah membawa kepada cabaran Tun Mahathir kepada DSAI supaya melafazkan sumpah jika benar DSAI tidak bertanggungjawab sepenuhnya dalam  3 siri pinjaman kewangan dengan pihak Bank Dunia.

Hari ini PKR membuat kejutan apabila mengemukakan beberapa salinan perjanjian pinjaman itu kepada umum walaupun sebenarnya dokumen rasmi itu adalah sulit.Pendedahan dokumen itu adalah sebagai menangkis dakwaan Tun Mahathir dan UMNO mengenai penglibatan DSAI dalam pinjaman kewangan itu:




KEADILAN mengemukakan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia.

Ketiga-tiga dokumen berhubung pinjaman US$60 juta itu secara jelas membuktikan rundingan pinjaman berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara dan dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Ia susulan kenyataan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar Ketua Pembangkang itu menunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli merujuk Kertas Maklumat Projek bertarikh 23 Oktober 1998, iaitu laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara.

“Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.

“Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan.

“Ia mustahil melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kedua, katanya, Mahathir mengarahkan kerajaan memohon pinjaman Bank Dunia berdasarkan Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman bertarikh 3 Mac 1999, yang secara jelas menunjukkan agensi bertanggungjawab berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

“Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad,” kata Rafizi.

Ketiga, katanya, perjanjian ditandatangani pada 31 Mac 1999 di bawah persetujuan Mahathir, berdasarkan Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.

“Perjanjian ini ditandatangani di bawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

“Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia,” kata Rafizi.

Malah, katanya, pentadbiran Mahathir di bawah arahan dan seliaan beliau, bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.

Rekod kewangan di bawah Anwar baik

Menurut Rafizi, KEADILAN menegaskan bahawa fitnah Mahathir terhadap Anwar dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik semasa Anwar menjadi menteri kewangan.

Malaysia katanya berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.

“Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui danaamanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan.

“Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya,” ujar Rafizi

Sunday, December 18, 2011

Saturday, December 17, 2011


Posting kelapamawar mengenai spekulasi pengguguran dua orang pemimpin politik Kota Belud pada PRU 13 akan datang iaitu Datuk Rahman Dahlan MP Kota Belud dan Datuk Japlin Akim, ADUN USUKAN mendapat response dari pelbagai pihak. Antara yang turut memberikan response ialah sdr Razak Rakunman. Beliau memberikan 8 dalil mengapa Datuk Rahman harus ditolak :


Kelapa Mawar: DATUK RAHMAN DAN DATUK JAPLIN GUGUR????

Datuk Abdul Rahman Dahlan memang akan disisikan dari calon UMNO BN di Kota Belud. Dari perbulan dan analiasa kedai kopi saya dapati sekurang-kurangnya ada 8 dalil kenapa DARD perlu ditolak.

1. Bila DARD diumumkan pemenang PRU P169 KB, beliau telah membuat kenyataan bahwa kemenangan beliau adalah kerana suku kaum Dusun....Dari kenyataan ini hati kaum Bajau dan Iranun dan lain-lain terguris dan sampai kini menjadi isu


2. Isu Tanah di Kg Rampayan di Tempasuk dan dan kawasan Tambatuan di Kadamaian. Kedua isu ini menyebabkan orang Dusun yang DARD kata menyokong beliau dulu kini semakin pudar sokongan dan orang Iranun bertambah keraguan kepada beliau



3. Tempat Pertemuan dengan DARD. Pejabat Parlimen P169 memang ada namun DARD sentiasa tidak kelihatan di situ kata mereka, hanya para pegawainya yang kurang prihatin. Rumahpun tak tahu dimana mau cari di KB atau KK. Kalau Datuk Musbah dan Datuk Japlin atau Datuk Salleh kata mereka boleh di cari di rumah mereka di KK kalau tak dapat jumpa di KB.



4. Pembahagian Peruntukan. Ramai mengatakan ianya tidak diagih secara seimbang. Kroni menjadi keutamaan malahan orang Tuaran lebih berkuasa dari orang Kota Belud.



5. Jenama UMNO DARD tidak bawa bersama secara total bilamana masuk ke kampung-kampung. Malahan beliau dikatakan selalu gunakan sumbangan peribadi atau menggunakan kumpulan pemuda P169 sedangkan Pemuda dan Puteri UMNO tidak beliau libatkan secara aktif.



6. Bahagian UMNO mereka kata kurang mesra denagn DARD. Ada setengah ketua cawangan merasa tidak dihargai oleh DARD atau beliau tidak kenali. Hendak bersalampun dengan beliau amat sukar kata seorang ketua cawangan kepada saya.



7. Semasa PRU 12 DARD terlalu banyak menabur janji. Malang sampai kini sudah lebih 3 tahun beliau menjadi MP, janji masih banyak belum terlaksana. Isu bekalan air bersih masih terlalu jauh dari kesempurnaan


8. Isu orang luar atau calon Import masih satu isu yang besar dan semakin membesar kini. Orang KB mahu orang mereka sendiri


Dari 8 dalil di atas, ada kemungkinan DARD akan tersingkir pada PRU13 nanti. Namun Allah jua yang berkuasa di atas segala.