Sunday, July 19, 2009


Membaca teks tulisan seorang blogger lelaki yang membicarakan tentang spesisnya yang diamanahkan oleh tuhan sebagai pemimpin, membuatkan saya tersenyum, tertawa, sedih bercampur hiba..Kerana tulisan itu begitu sinis menyindir kaum wanita yang ingin menjadi pendamping lelaki sebagai pemimpin di muka bumi ini..Kenapalah blogger ini memainkan isu pemimpin lelaki ini dengan memetik beberapa ayat al-Quran sebagai dalil kepada hujah-hujahnya itu. Barangkali supaya blogger wanita seperti saya dan kak Wulan terpinga-pinga mencari dalil untuk menangkis 'peluru' tembakan sang blogger lelaki ini.



Blogger ini barangkali pun belum lagi berumahtangga..dan belum ada pengalaman dalam memimpin wanita dan anak-anak..tak taulah saya hanya bersandarkan kepada persepsi saya..kalaulah dia belum berumahtangga, maknanya blogger ini hanya 'serkap jarang' bercerita kepada perkara yang belum pernah dialaminya...seperti monyet mendapat bunga lagaknya. dangkal sungguh tindakan sedemikian!..apakah blogger ini lupa bahawa dalam mencari kebenaran, maka di samping berdasarkan kepada dalil Naqli kita juga dituntut memberikan dalil aqli...

Sebagai seorang wanita, saya dan kak Wulan sesungguhnya menerima dali Naqli yang bersandarkan kepada Quran dan Hadis itu dengan tangan yang terbuka, tanpa mempertikaikannya..itu jelas!.. namun apa yang tidak dibincangkan oleh blogger ini dan semacam dia berselindung disebalik cahaya yang terang ialah..apakah status pemimpin lelaki dalam keluarga yang tidak menghormati kaum hawa? Lelaki yang dikatakan pemimpin itu, bersikap mempersendakan kewibawaan dan maruah wanita, lelaki yang bergelar pemimpin itu tidak melayan wanita dengan sesungguhnya. Lelaki yang diamanahkan mentabdir kaum wanita ini tidak bertindak adil seperti yang sepatutnya. lelaki yang sesungguhnya lelaki ini juah dari landasan dan tuntutan syarak. Dan lelaki yang dibanggakan itu kononnya pemimpin kepada keluarga, tidak mengurus keluarganya, membiarkan anak-anaknya, tidak mempedulikan buah fikiran isterinya, tidak bersikap adil dan amanah....



Dimanakah tempat pemimpin lelaki ini wahai blogger yang menulis catatan itu ? Di mana...? Dan apakah kalian juga begitu? .Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan untuk panduan umat manusia tanpa mengira lelaki atau wanita. Bahaskanlah dengan seadilnya..wahai lelakiku!

11 ulasan :

dayangwulan said...

salam... teruskan... terlalu banyak nas, hadith dan firman yang mengagungkan kaum hawa. Dalil-dalil yang di tulis oleh Batu gadung itu.. hanya boleh di terima untuk kaum lelaki yang memenuhi syarat seperti yang tertulis dalam al-quran nurkalrim. Kita hnaya dapat menyakisikan... bahwa kotak berfikir mereka masih dalam taraf belajar.. suatu hari.. nur ilahi akan mereka terima jua

kelapa mawar said...

salam kembali kak wulan..

tq atas sokongan kak wulan..semoga kita dapat mengembalikan pemikiran waras para blogger lelaki di kb ni..

Pahlawan iranun said...

salam sdri kelapa mawar dan dygwulandari

saya tersenyum membaca apa yang di suarakan oleh sdri kelapa mawar kerna sblm ini saya terbaca artikel batugadung yang bertajuk "wanita perlu akui kepimpinan lelaki" lelaki dan wanita di lahirkan berbeza,masing2 mempunyai kelebihan sendiri..kita tggu reaksi sdr batugadung..saya harap dia memberi ulasan yang memberangsangkan kepada sdri berdua.

DEPU-DEPU said...

Salam Sdri Kelapa Mawar..

Betul jugak kata Pendekar Iranun tu...kita tunggulah apa kata batu gadung..Saya pun ada baca Artikel tu...

Unknown said...

salam kelapa mawar,

hanya di zaman Jahiliah sahaja darjat dan taraf wanita dan lelaki di bezakan...

Unknown said...

Memang benar, lelaki seharusnya memikul tugas yang diamanahkan Allah sebagai pemimpin, namun lelaki gagal laksana tanggungjawab itu. Dari segi pendidikan, otak lelaki yang besar itu lebih banyak menjadi Mat Rempit, Mat Ragut dan Mat Gian. IPTA dan IPTS majoriti adalah kaum hawa yang otaknya kecil kerana mereka terpaksa memikul tanggungjawab itu.

Baru-baru ini saya di Kota Bharu, Kelantan, majoriti peniaga di pasar adalah wanita. Pengusaha batik juga di kuasai wanita. Saya ke pasar borong malam (buka dari 6pm - 2 am) hampir semua peniaga adalah wanita. Mereka ini golongan lemah kudrat dan otak kecil tetapi mengambil tanggungjawab lelaki yg banyak menghabis masa berborak di kedai kopi. Lebih banyak duit habis membeli rokok, empat ekor, handfon model baru dan menukar tayar kereta daripada membayar tuition anak.

Saya bukan niat untuk membela kaum wanita tetapi menyatakan apa yang saya lihat dengan mata saya sendiri. Fenomena sama di KB. Lelaki ke hulu ke hilir mencari calon wakil 7 untuk minum kopi dan cerita politik. Ada nasib dapat bawa balik ikan basung 2 kilo.

Tetapi wanita berniaga, berkerja. Jarang wanita lepak dan menjadi bebanan kpd kaum lelaki sebaliknya lelaki menjadi bebanan wanita lebih ramai. Ini fakta. ini hakikatnya.

terima kasih

SI RENGIT said...

salam,

Sebenarnya dalam bab ini saya lebih tunggu dan lihat keatas komen saudara solymone... namaun saya minta izin memberikan sedikit pandangan...k

Persoalanya sekarang, perkataan pemimpin itu kalau kita buka skopnya memang kita akan dapati ia terlalu luas.. semuanya pemimpin tidak kira ia khunsa..pondan, lelaki mahupun wanita. Benar dan memang tepat kajian dan pemerhatian rakan bloger secara tidak formal mengenai tanggjawab yang di pikul oleh wanita sekarang. Pada hemah saya, majoriti pelajar, pekerja, "pemimpin" dan kelompok di setiap bidang memang dikuasai oleh wanita. Saya kurang bersetuju dengan pendapat adiku musli dan rakan bloger wanita...saya ulas yang tersurat dulu k... Saya tinggal terlalu lama di semenanjung, ramainya mat rempit lagi ramai minah rempit...ramainya lelaki penagih dadah lagi ramai penagih wanita...ramainya lelaki penipu lagi ramai wanita penipu...ramainya lelaki gigolo ramai lagi perempuan pelacur...(Maaf,mungkin ia perkataan yang kasar).

Alasan yang bakal diberikan...semua itu berpunca daripada lelaki...betul kan...tetapi dimana tanggungjawab kita pada diri kita???tidak kira lelaki mahupun wanita..saya tidak menidakkan kewibawaan wanita tapi jangan sampai dalil naqli kita tolak tetapi hanya menganuti dalil akli, kita kena seimbangkan..jangan sampai berlaku di salah sebuah negara yang perempuan menjadi imam pada kaum lelaki ketika solat Jumaat...

sebenarnya semua punyai hak menjadi pemimpin dan di pimpin. Utamakan sikap hormat menghormati kerana orang kampung cakap" Tiada emak, kita tidak akan ada didunia. tetapi kita pun harus ingat tanpa bapa kita pun pasti tidak akan ada didunia..benda yang sama...

Bercerita pasal tanggungjawab kita kena akui peranan masing-masing tetapi kepimpinan mesti diterajui oleh kaum lelaki...Nabi dan rasul pun semuanya dikalangan lelaki...cuba gunakan dalil akli saudari dan saudara kenapa lelaki diberikan tanggungjawab sebagai pemimpin...??? pada saya perbezaan harus diberikan pada perkataan pemimpin dan tanggunjawab itu...

Sekalipun teruk macamana perangai atau sikap lelaki sebagai ketua keluarga, kita kaum isteri diwajibkan taat...KECUALI...andai ia bertentangan dengan syarak. Kita boleh tidak mentaatinya tetapi jangan sampai derhaka...maksud derhaka yang saya katakan adalah menghina, membuka aib si suami pada masyarakat....Ala senang, kalau lelaki tidak menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin terutama kepada keluarganya, ramai lagi perempuan atau wanita yang tidak menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga... WIN-WIN lah...

Apapun, yang tersirat saya minta saudaraku solymone memberikanya...aku kurang palambangan ba...

Hati Seorang Wanita said...

A'kum...

sebab itu isteri selalu minta fasakh gara2 suami gagal tunai tanggungjawab...bukankah begitu abg Musli...mendudahlah akhirnya c suami

kelapa mawar said...

SALAM Sdr Renggit..

Kalau begitulah jadinya, kenapa batu gadung mempertahankan kepimpinan lelaki dan pada waktu yg sama meminta wanita menerima saja keputusan itu...kalau lelaki zalim wajarkah wanita turut serta...? Kita tunggu ulasan btu gadung, abang solomon dan sdr Musli...mana sdh sdr Musram ah..kenapa tak jenguk-jenguk kita ni...mentang2lah kita wanita ndak ada yg sudi dengar...lelaki!lelaki!

kelapa mawar said...

salam hati sorg wanita..

saya setuju ngn pandangan sdri...mana sdr Musli..panggil dia..

Hati Seorang Wanita said...

A'kum...

cuba pula komen calon cadangan saya...di blog hati seorang wanita