Tuesday, September 1, 2009


Sesungguhnya bagi masyarakat Iranun, tidak ada yang lebih berharga daripada keluhan dan rintihan mereka di dengar oleh yang bernama TSP. Mereka mahu segala perit getir menjalani kehidupan ini ditahu dan dikongsi bersama oleh tokoh yang paling Berjaya dalam sejarah politik Iranun ini. Berjaya kerana dapat mengangkat bangsa suku Minoriti yang asalnya tidak diketahui langsung oleh masyarakat nasional dan antarabangsa kepada satu pengiktirafan Negara sehingga TSP satu-satunya tokoh Iranun yang menjawat Tuan Speaker Dewan Rakyat. “Tidak ada yang dapat menandinginya. Siapa saja di kalangan suku Iranun, sama ada muda, tua, berpengaruh atau pun ‘tinggi’sekolahnya”…. Itu kata seorang pemimpin masyarakat Iranun di pantai Emas..kelmarin ketika saya berbuka di rumahnya...


Justeru sebagai seorang pemimpin Iranun yang Berjaya, maka ramai yang mengharapkan agar tokoh ini dapat membawa masyarakatnya menghadapi pancaroba kehidupan yang kian mencabar. Apakah tugas itu sudah terlaksana atau belum ? ketika ramai blogger Iranun yang memberikan idea dan pandangan tentang tokoh ini..maka banyak polemic yang timbul ada yang kontra tidak kurang juga yang bersifat pro.


Bagi yang berfikiran kontra, tetap berpendirian bahawa “Iranun” cukup terpinggir dan tidak terbela jika dibandingkan dengan pencapaian TSP dalam bidang politik. Ketika saya menyelami pemikiran ini..dari Nanamun sehingga ke Pantai Emas…mereka ‘menyesali’ keadaan perkampungan suku Iranun ini yang daif dan kurang keperluan asasnya. Tidak kurang yang berkata bahawa, jika orang luar melawat perkampungan TSP pun tidak akan percaya dengan keadaan yang sedia ada itu. Sebagai orang politik yang berpengalaman..mereka “hairan’bagaimana TSP tidak ada “Connection” dengan pelbagai kementerian untuk ‘membangunkan’perkampungan Iranun semasa dalam parti dan kerajaan. Sehingga kini kata mereka, tidak ada satupun perkampungan Iranun yang lengkap dengan keperluan asasnya, termasuk air bersih, jalanraya yang sempurna, talian telekomunikasi dan elektrik. Hampir 30 tahun TSP “berdiri gagah’di pesada politik tanahair..selama itulah juga perkampungan Iranun, terus terbiar..”hairan bin ajaib” kata mereka.


Hingga kini, orang Iranun masih mundur ekonomi dan pendidikannya. Itulah kata mereka. Malahan seorang pemimpin lama di Pantai Emas, yang ‘setia’ dengan TSP ini, melalui bersama semasa dalam USNO, AKAR dan UMNO, juga turut menyatakan permasalahan dalam masyarakat Iranun. “TSP hanya mencipta nama secara peribadi dan bukan atas bangsa Iranun”.. begitu yang dikatakannya. “Kebanggaan kepada kami bukan kepada nama,tetapi kepada apa yang diberikan kepada masyarakat Iranun..apalah ertinya Iranun dikenali tetapi bukan kerana kemakmuran dan kerukunan..sebaliknya hanya seorang..dan itupun Iranun tetap miskin politiknya…”


Namun bagi yang bersikap memihak kepada TSP..tetap juga menyatakan bahawa ‘kejayaan” TSP dalam persada politik Negara adalah “kejayaan bersama’ suku Iranun. Mereka berpandangan bahawa “nama’bangsa di kenali kerana TSP yang begitu menyayangi bangsanya.Cuma kata mereka Iranun memang sukar untuk ditabdir dan diurus kerana masih ramai yang tidak menyokong TSP dalam perjuangan politiknya..


Apa yang menjadi perkiraan orang muda Iranun yang mula melihat dunia nyata ialah pencapaian TSP dalam dunia politik Negara perlu diseimbangkan dengan rasa bertanggunjawab ‘merubah’ perkampungan Suku ini.. Bukan lagi soal nama bangsa dimertabatkan tetapi turut mengangkat taraf kehidupan mereka. Dari bangsa yang hidup dengan gelombang laut waktu Subuh di Marampayan, hingga ke pada salut rumpur di bendang sawah di kuala Pintasan, Masyarakat Iranun mesti diubah paradigma kehidupannya. Selama berpuluh tahun, keadaan itu silih berganti..dengan generasi yang mewarisinya. Iranun masih ditakuk lama. Iranun masih terpinggir dari arus pemodenan Negara. Iranun seperti juga suku majority yang lain..inginkan kehidupan yang lebih sempurna. Dan itulah ‘kegagalan’ yang disifatkan oleh golongan ini biarpun TSP menjadi idola oleh kebanyakkan manusia lainnya.


Begitulah persoalan yang melingkari pemimpin hebat ini. Seketika beliau pasrah dengan keadaan yang bangsanya susah dibawa berubah…sesekali tokoh ini ‘merajuk’kerana jasanya tidak dihargai…..ada kalanya…TSP mencari “SINAR’ yang pada perkiraannya”hilang dan semakin” pudar..Begitu bergolaknya naluri dan kehendak pemikiran TSP..hanya jarang yang mampu mengikutinya.


Maka rasanya jika TSP sudah bersara, lantas siapa-siapa antaranya yang menjadi tunas baru yang akan memikul tugas berat ini ?..Banyak kali persoalan ini dilontarkan..tetapi masing-masing ‘gagal’ mencari jawapan. Kerana yang benar dan benarnya ialah Iranun tidak ada pemimpin sehebat TSP..Iranun tidak ada penyambung kepimpinan TSP..Iranun tidak ada pelapis yang boleh diketengahkan..Dan Iranun tidak punya apa-apa yang boleh dibanggakan.Justeru apalah tidak kiranya, supaya ada satu kelompok jiwa yang lahir dari rasa ‘cinta’ bangsa ini ‘turun’ memperhambakan jiwa…membawa mereka-mereka yang dikata ‘keras kepala” menghadap pemimpin Iranun ini…berseloka, berbayuk..berboila dan berkulintangan ,berdesa’-desa’ bersama memikirkan hala tuju bangsa….Kenapa tidak ada golongan muda berlimu di dada ini..datang ‘menyembah hormat’ “menjunjung duli” membuka niat dan ratap mengikhtiarkan TSP dan pemimpin lain bersemuka, menghulur tangan tanda berjabat dan berkerjasama..Sekali lagi amat menghairankan kita!!!..kerana ternyata “Iranun”memang dilahirkan dengan rasa jauh mencintai bangsanya..Amat malang dan sedih difikirkan bahawa selepas TSP , siapa yang akan menjadi nakhoda..?

25 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Sdri Kelapa Mawar,
Selamat berbuka puasa, seada nya.

Telah beberapa siri artikel yang berhubung kait dengan TSP telah KM postkan. Namun saya lebih banyak memerhati dari mencampuri perbahasan yang keluar diantara para penulis KB yang bijaksana.

Saperti biasa( saperti kenyataan KM) ada yang pro ada juga yang contra. Dalam penelitian saya, komen yang diutarakan memperlihatkan satu perkembangan baru.
Dimana TSP atau PA Amin, telah timbul menyertai blogger kalian. Satu petanda yang positif atau pun negatif untuk di hayati bersama oleh para-para intellectual cyber yang kebanyakan nya terdiri dari suku kaum beliau.

Satu minat baru (barangkali) TSP atau satu kesedaran beliau untuk berinteraksi dengan kumpulan sasaran beliau. Dimana selama ini dikatakan beliau abaikan?

Namun, saya nampak situasi sebegini, maseh belum lagi menampakkan ‘conclusion’ yang kalian impikan. Setakat ini apa yang saya lihat, terlalu banyak pantun, puisi dan seloka sebagai hiasan.

Namun ‘The Gateway To Resolution’ atau pintu kearah kedamaian maseh lagi berbentuk ‘rhetoric’. Maksud saya belum ada lagi tanda-tanda hikayat dalam dunia cyber akan bertransformi ke dunia realiti.. bertemu dan berbincang atau pun berkonfrantasi ?
Walau macam mana pun terpulang lah pada kalian untuk memikir nya.

Satu perkara yang ingin tahu, ia lah jenis aspek apa kah yang sepatut nya TSP lakukan selama ini atau masa depan (kalau maseh ada) demi untuk melepaskan beliau dari prasangka yang berlanjutan.
Maksud saya, jenis bakti yang macam mana setakat ini, beliau belum lagi taburkan kepada suku kaum beliau; untuk kejayaan kalian bersama?

Untuk itu, ingin saya kongsi sedikit pengalaman tragis saya ketika melawat beberapa buah kampong orang-orang Bajau di pesisiran pantai Teluk Sulaman dan juga beberapa buah kampung orang suku kaum Dusun di Koridor Topokon, Kawasan menggundi Parlimen P.160 Tuaran.

Saperti di Kota Belud, kawasan ini juga pernah mempunyai Timbalan Ketua Menteri , Menteri kerja Saya dan jawatan portfolio Menteri yang lain.

Namun apa yang saya lihat, kalau di banding dengan keadaan saudara/saudari dari Warisan Iranun (Pantai Mas- ke Sarang Dudar), keadaan disana lagi teruk... amat teruk.

Banyak kekurangan asas yang sangat menyayat hati. Antara lain, tiada tandas awam (atau perseorangan), Jalan berabuk sepanjang zaman, bekalan air tidak menentu, kemiskinan tegar, pengangguran dan bencana banjir yang tidak terkawal dan terurus.

Namun, hingga kini, saya kurang mendengar suara-suara sumbang yang mengutuk pemimpin mereka ( dari suku kaum mereka sendiri) lebih dari sepatut nya.

Apa lagi menyentuh kelemahan peribadi pemimpin mereka secara semborono. Itu salah dari sisi agama, kata mereka.

Setakat ini, apa yang saya lihat, mereka dengan diam-diam mengubahkan pemimpin tersebut (setelah sudah hilang kepercayaan ) melalui pilihan raya.

Sebenar nya mereka tahu seseorang pemimpin itu, hanya diberkati dengan kuasa yang sangat terhad. Tidak lebih dari itu. Fikir fikirkan lah.

Saperti biasa mohon maaf kalau ada kata-kata yang salah dan menyakitkan hati kalian
Salam semuga sukses

palingberani said...

ASSALAMMUWALAIKUM KELAPA MAWAR..

JUGA SALAM KEPADA SDR SOLYMONE..

Seperti juga sdr..saya mengikuti perkembangan isu Politik Iranun ini dari jauh..kerana 'mereka' sebenarnya yang lebih berhak mengatakannya..sebagai orang luar dari suku Iranun..saya hanya sekali-sekala mencelah atas beberapa sebab yang saya rasakan ada juga yang menyertai 'pertikaian' ini tanpa memberikan manfaat yang berguna..

Namun bagi pandangan saya..suku Iranun ini ke depan jika di bandingkan dgn suku lain..terutama suku saya bajau...Dalam soal-soal melibatkan kepimpinan..suku Iranun lebih terbuka..Itu pandangan saya..kerana tidak dapat saya bayangkan seorang Pemimpin bertaraf Nasional sprti PA"MIN sanggup 'turun' menjelaskan kepada sukunya..bahawa apa yang perlu dilakukan, dan apa yang harus dijauhi dalam mengekalkan ketuanan Iranun..apa yang lebih indahnya ialah..PA"MIN langsung tidak mengenali KM dan lainnya secara dekat...tetapi kesanggupannya sangat2 saya kagumi..betullah dia adalah pemimpin berwibawa..

Jika pada anggapan sdr Solymone bahawa, 'perbincangan' mereka masih belum menampakkan hala tuju atau gate line..tapi bagi saya..sebenarnya KM sudah berjaya....Berjaya menarik perhatian PA"MIN dan suku bangsanya..menyelami selama ini apa yg dikatakan oleh mereka sebagai "kegagalan' TSP..Dan isu itu diterangkan secara lebih bermaruah danberterus terang..Syabas KM dan TSP..

kemudiannya..bahawa apa yg sdr katakan sebagai kesimpulan..pada apa yg dibincangkan..pun saya lihat ada sudah..Post KM 'KEPADA IRANUN' turut membawa saranan bahawa TSP perlu memulakan memanggil ahli fikir Iranun..namun, agak mengecewakan kerana idea ini ditolak oleh TSP dengan "melabelkan' bahawa Mahaguru tidak akan mencari anak muridnya bahkan anak murid yg perlu mencari guru...perlambangan yg mendalam tetapi di fahami oleh KM..

Lantas KM sekali lagi postkan "KERANA KAU TULANG RUSUKKU" Satu penceritaan yg bagi saya amat menyentuh hati...mengajar bahawa Jika kita membenci seseorang yg dekat dgn kita ( Pemimpin ) sendiri, maka yg diperolehi adalah "penyesalan" yg berpanjangan.

Akhirnya, KM postkan lagi 'SIAPA SELEPAS TSP? dan memohon agar satu gerakkan menyatukan Iranun perlu dibuat dgn apa yg dikatakannya sebagai 'MENJUNJUG DULI" iaitu berjumpa dgn TSP membincangkan isu perpaduan Iranun..

Bagi saya, SDRI KM, bukan sembarangan penulis..tetapi mempunyai idea yg sangat menarik dgn kemampuannya menggunakan perkataan yg amat memukau..Tahniah!

Hanya bagi saya..membiarkan pemimpin hanyut sendiri tanpa ditegur dgn cara yg baik (dlm cyber) dan kemudian menukar pada PRU tidak akan menamatkan pencarian seorg pemimpin yg berwibawa...sebaliknya membetulkan pemimpin jika tersilap itu yg lebih baik dan berkekalan..

Salam hormat buat KM dan Sdr. Solymone.Mohon Maaf kepada suku Iranun terutama TSP...pesan saya..kp TSP..berbanggalah dgn anak-anak Iranun..yg sayangkan TSP dgn cara tersendiri...sedangkan yg suku lain membiarkan pemimpin mereka..tanpa ditegur dan diberitahu kesilapan mereka..sekian.

SABAHKITA said...
This comment has been removed by the author.
SABAHKITA said...

"It is easier to recognize the error than the truth; If the devil finds a man idle, he will set him to work; To be great is to be misunderstood; Boasters seldom accomplish much as fat hens lay few eggs"

Maksudnya lebih kurang: Mudah untuk mengenalipasti kesilapan (kekurangan) dari kebenaran (kelebihan); sekiranya "penyesat" menemui seseorang itu tanpa melakukan sesuatu atau apa-apa maka dia akan bangkitkannya untuk berkerja (memainkan peranan); untuk menjadi unggul memang selalu disalah ertikan; ayam jantan (dilihat) jarang mecapai sesuatu kerana ayam betina gemuklah yang bertelur.

Sekadar berkongsi pepatah. Salam Ramadan dan selamat menunaikan Ibadah puasa dengan sabar.

SABAHKITA said...

Sesungguhnya saya bangga kerana blog ini semakin hari semakin matang.

PA'MIN said...

Sdr/i Kelapa Mawar,
Sdr. Solymone,
sdr. Paling Berani,

Salam,

Terima kasih kepada kamu bertiga yang ambil berat tentang ehwal politik TSP dan masyarakatnya. Saya menghargai pendapat kalian bertiga.

Komen ringkas saya ialah:

'Cakap senang, buat susah.
Kalau mahu rasanya, cuba sendirilah.
Selera dan pandangan berbeza,
Yang ini sokong, yang itu tidak.
Ada yang tahu bershukor, ada yang tamak.
Ada yang tegur dengan penuh berhemah,
Ada pula yang melenteng tak tentu hujah.
Itu lah, politik sebanarnya.

TSP tetap memantau alam siber dan lapangan, untuk merencana perjuangan politik rumpun bangsa masa depan. Dalam perjuangan sememangnya ada halangan dan rintangan. Yang penting, semuanya dapat ditangani, walaupun semua tidak puas hati.

Tugas pemimpin, memimpin. Yang tidak mahu dipimpin cuba-cubalah jadi pemimpin.

Sekadar senaman minda.

Pa'Min.

Unknown said...

saya barangkali memberi komen yg panjang jika tajuknya berbunyi "siapa pemimpin irranun bakal mengikuti jejak pandikar amin?" ayat siapa pengganti pandikar boleh disalah tafsir seolah-olah beliau hendak disingkirkan atau tidak lagi memainkan peranan.

Unknown said...

siapa selepas TS Pandikar Amin itu samalah maksudnya dengan siapa pengganti beliau.

kelapa mawar said...

Salam kembali sdr Solymone..

Seperti biasa pandangan sdr saya amat menghargainya..dan ma kasih atas ketulusan sdr sehingga dapat memberikan idea yg boleh di kongsi bersama..

Mungkin selama ini, "perpecahan' yg berlaku dlm masyarakat Iranun..sekadar cerita kedai kopi dan berlegar di kwsn kampung..tetapi skrg tidak lagi kerana maklumat sampai begitu cepat..dan ia menjadi isu utama suku iranun utk menyelesaikannya..

Ma kasih dgn cerita sdr tentang masyarakat yg juga hidup terbiar biarpun ada pemimpn mereka...mungkin situasi mrk tidak sama dgn situasi Iranun..dan itu adalah hakikatnya..tetapi kami, suku Iranun sangat sensitef dgn pemimpin kami dan itu berlaku sejak dulu..namun yg jelasnya iranun juga satu kaum yg susah utk diurus..mungkin kerana banyak faktor..selain dr sifat kepahlawanan yg menebal dlm setiap org suku ini..(pandangan pribadi saya )

Apa pun..saya amat mengharapkan..agar satu tindakan dikalangan suku iranun dn pemimpinnya dpt berkerajasama...utk terus mengangkat suku ini sebaris dgn pemimpin suku lain..Spt yg sdr ketahui..Iranun tidak punya pelapis yg berkebolehan sprti TSP...itulah antara yg merisaukan ramai belia Iranun..

Kesudian TSP memberikan penjelasan amat2 saya hargai dan sanjungi...sedikit-demi sedikit..Jalan semakin bercahaya..lorong tidak lagi segelap dulu..dan itu yg kita harapkan..Ramai juga tokoh pemimpin iranun dulu yg menjadiblogger sekarang..dan harap dapt membuka minda mereka dlm hal ini..

sekian.Semoga sdr sukses dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.Jasa dan pandangan sdr saya kenang sampai bila-bila.wassalam.

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Satu post yang amat baik untuk dibincangkan. Tapi sebelum kita mengadakan pertemuan untuk membicarakan isu ini. Saya mengariskan empat perkara yang perlu difikirkan oleh semua cerdik pandai anak Iranun, iaitu;

1. Flatform politik anak muda atau masyarakat Iranun harus difikirkan terlebih dahulu, sebelum diadakan pertemuan ini. Penelitian saya sebenarnya mereka yang pro dengan TSP selalunya mereka yang menjadikan UMNO landasan dalam perjuangan politik mereka. Sementara bagi yang mereka yang sentiasa kontra dengan TSP adalah mereka yang menjadikan PR sebagai landasan dalam politik mereka. Justeru itu masing-masing hendaklah mengenepikan fahaman politik masing-masing dan meletakkan matlamat bangsa Iranun sebagai agenda utama. Jika ini dapat direalisasikan saya percaya pertemuan ini nanti akan berjaya menyatukan anak muda Iranun.

2.Keikhlasan- Cendikawan Iranun harus mempunyai keikhlasan dalam mencari penyelesaikan permasalahan yang timbul sekarang ini. Kepentingan perbadi, perasaan dendam, irihati, dsb hendaklah diketepikan sebaliknya meletakkan kepentingan bangsa Iranun menjadi keutamaan.

3. Kesungguhan- kesungguhan untuk menjadikan bangsa Iranun bersatu dalam semua tindakan tanpa dipengaruhi oleh apa bentuk fahaman atau idoalogi yang boleh membawa perpecahan di kalangan bangsa.

4. Tolak ansur- sama ada yang menyokong perjuangan TSP atau mereka yang berbeza pendapat dengan beliau hendaklah bertolak ansur dalam semua perkara. Pandangan dan pegangan hendaklah kepada matlamat bangsa.

Apa pun kita tunggu dan lihat bloger yang lain.

kelapa mawar said...

Walaikum salam SDR PALING BERANI..

Ma kasih kerana memberikan pandangan sdr..cumanya jangan terlampau memuji..saya hanya manusia biasa..banyak melakukan kesalahan..penulis itulah tugasnya..memaparkan isu yg kadang-kadang pahit dan ada kala manis..

Saya tidak sehebat DAYANGWULAN yang memberikan fakta yang bernas dlm penulisannya. Saya merasakan dalam ramai2 blogger KB, DAYANGWULAN seorang saja yang benar2 seorang penulis yang baik, berhemah, dan profesional serta penulisannya sarat dengan fakta yang tidak boleh dipersoalkan lagi...mungkin DAYANGWULAN.. seorang yang genius dan dekat dgn masayarakatnya..

Mohon maaf kepada semua yang bergelar Iranun..jika apa yang saya paparkan menguris hati mereka..tetapi percaya atau tidakitulah suara hati masyarakat Iranun...

semoga suku kita kembali bercahaya.wassalam

kelapa mawar said...

Salam kembali Ayahanda Sabahkita..

Ma kasih Ayahanda kerana memberikan idea dan pandangan..semoga ayahanda sentiasa sihat dan diberkati Allah SWT. Amin..

Janganlah Ayahanda terlalu bercakap orang putih..bah..Anakanda nie..tidak berapa fasih berbahasa yang demikian.. KALAU DGN DAYANGWULAN..rasanya fasih..

Peribahasa Ayahanda ini besar dan dalam maksudnya...cuma yang dapat saya tangkap ialah Ayam Jantannya saja..ayam betina susah saya cerita..sebab kerjanya bertelur sahaja..
Tapi kan..Ayahanda, bukankah Ayam Jantan itulah yang berkokok membangunkan orang solat subuh..Dan yang paling indahnya ialah Ayam Jantan..kalau berkokok tengah malam..itu menandakan berlaku perubahan arus sungai..sama ada "pasang ke Surut" atau dari "surut ke pasang"

Ma kasih ayahanda..wassalam.

kelapa mawar said...

WALAIKUMSALAM AYAHANDA PA'MIN..

Ma kasih yg tidak terhingga kerana memberikan pandangan atas apa yg saya paparkan ini..Mohon ampun dan maaf kalau ianya membuatkan Ayahanda tidak dapat tidur dengan lena..memikirkan nasib bangsa kita...Maaf juga kalau saya menyatakan perkara ini melalui cyebr...bukan niat membuka pekung didada tetapi itulah yang berlaku dgn bangsa kita..dan saya yakin Ayahanda tahu sudah sekian lama..

Namun, sejak itu bangsa kita tiadak usaha utk bersatu dan berkerja bersama...Saya pun tidak tahu kenapa..?

Buat pengetahuan Ayahanda PA'MIN sebelum inipun saya menulis surat terbuka kepada PRESIDEN PISBA mohon supaya memberikan info kp kami golongan muda tentang Pertubuhan Kita...

Ayahanda boleh rujuk surat itu dlm blog saya ini..sebelum G7 bermula lagi...

Sewaktu G7 baru-baru ini..surat itu ada diedarkan kepada beberapa perwakilan...utk diserahkan kepada Tuan PResiden.. ( saya tidak tahu siapa yang mengedarkannya )..Daripada maklumat yg saya perolehi..surat berkenaan tidak sempat diserahkan kepad Tuan Presiden PISBA..kerana sukar utk dijumpa..( Sibuk jagi calon G7)..

Apa yg mendukacitakan kami..ialah kamidapat tahu PISBA sudah dibatalkan pendaftarannya..Sedih dan hiba...PAGISA pun mati tidak berpusara...
Lalu bagaimana kami menyampaikan kegusaran hati..kalau bukan melalui cyberini..Alhamdulillah Ayahanda..rasponse..dan kami dengar ,kami baca, kami fikir apa yang ayahanda ceritakan..Ma kasih banyak2.

Doa kami semoga ayahanda..dipanjangkan umur dan diberikan kekuatan untuk terus menyatukan bangsa kita. wassalam. Mohon maaf dari watah ah babai ah pyaka tayahka..KELAPA MAWAR.

kelapa mawar said...

sALAMKEMBALI SDR mUSLI..

Ma kasih dengan kunjungan sdr..saya pun tidak dapat memberikan apa-apa idea atas komen sdr..kerana tajuk yang sdr mahukan tidak dapat saya sediakan..mohon maaf.

Semoga sdr Musli sukses selalu.salam dari kelapa mawar.

kelapa mawar said...

Salam kembali sdr datu..Padtailan..

Pertama sekali saya memberitahu Datu..bahawa isu Aslie yg mengamuk yg datu katakan dlam blog sayanie telah mendapat perhatian dari DARD dan beliau memohon maaf ( Rujuk Blog DARD)..

Berbalik kpd apa yg sdr cadangkan saya amat2 bersetuju dengannya..ketepikan fahaman politik, letakkan kepentingan perpaduan bangsa di hadapan, tolak-ansur yang tinggi dan berfikiran terbuka...memang perlu dalamperbincangan ini..

kita tunggu respone daripada blogger lain..dan satu usaha perlu dilakukan. wassalam.semoga sdr sukses.

risk-taker said...

assalamualaikum...

pada pendapat saya,sesiapa pun yang bakal menjadi 'selepas' TSP,hendaklah seorang yang mempunyai latar belakang yang baik dan berpolitik untuk bangsanya,dan juga untuk masyarakat KB,bukan sekadar menjadi 'jagoan kampung' semata2...sesiapa pun berhak menjadi pemimpin dan berpolitik seperti kata TSP.lagipun itu da menjadi sunnah Rasulluh S.A.W...

kepada DARD,dan isu sdr Asli....

pada pendapat saya,adalah tidak cukup dengan permohonan maaf dari DARD sahaja..bukan DARD yang melakukan kesilapan,seharusnya biarlah sdr Asli yang datang memohon atas perilakunya tempoh hari.Itu pun memohon kepada wanita tersebut dan juga sdr2 sebangsanya...

saya juga mendoa kan DARD sukses selalu...
tQ

risk-taker said...

asslamualaikum...

oya sdri KM,mana pergi sdri dyg wulan yang saudari puji2 kan 2??
bertapa ker??
ala jgn le lama2,ni PA'MIN suda join kita...
kan DW pemimpin yg di war2 kan selapas TSP.
mgkin SDRI DW yang di maksudkan TSP jgn merajuk lagi 2??

in tanuh meramai2 tanuh bha DW...

Unknown said...

Salam Datu Pidtailan,

Tahniah saudara telah membawa isu yang panas mengenai Aslie, Sehinggakan DARD memohon maaf atas kebiadapan pegawainya itu.

Syabas DARD, Datuk pemimpin yang berani memohon maaf bagi pihak orang Datuk. Walaupun itu bukan masalah yang ditimbulkan oleh Datuk.

Aslie jangan lah terlalu ego saudara cuma orang suruhan DARD, tidak lebih dari itu. Hari ini saudara Peg.Phubungan DARD esok belum tahu lagi. Apa juga yang ada dengan saudara itu, jaga diri baik-baik jangan nanti kerana susu rosak santan sebelanga. Saudara Adlin sentiasa menanti jawatan itu. Nanti saudara jadi penganggur nanti, saudara itu bukan juga baik sangat depan Rahman bukan baik puji sana sini, tapi depan DSSK bukan main lagi kutuk DARD.

Nyawa Bin Badan menasihatkan hidup ini umpama Roda, hari ini DARD kau tu ok lagi, esok belum tahu lagi. Hari ini Nyawa masih bersama Badan esok belum tahu lagi. Tapi yang pastinya suatu hari nanti Nyawa akan bercerai dengan Badan. Wasalam

SI RENGIT said...

salam...

Oi na makin panas dan matang pemikiran para bloger kita....Dah lama tak berblog ni...tertinggal keretapi lah pula saya...makin hebat dan panas blog saudara ini tau....

Sms yang saya terima pun punya banyak...minta membuat ulasan dan komen....Hebat dan Panas wata ah babay ah piakatadya aya tau....Rugi dan nyesal tak dapat joint beberapa hari ini...Maklumlah Isu ini Si rengit juga yang mulakan..(PCYM kata..bukan saya)Na pekhaunnut unutan...

Pertama sekali saya bersyukur dan berterima kasih kepada KM kerana sentiasa membuat post yang lebih lembut tapi keras didalam....sopan dan teratur tutur katanya...pendek kata posting yang berhemah mengenai bangsanya...na dih sagit agu suraken...na madagel ah taruh..dah fakta...pahgumbal-umbal sa sarita...na pahmitnah sa pamimpin...pendek kata tin kosong lah.... Antuna ban eh na pandapat ah mangala atau tau ah mangararangit...Si rengit tetap bercakap sekalipun mampaitantu...

Sekarang saya ingin membawa rakan dan kawan berfikir mengenai isu ini....Kalau dahulu kita hanya berani bercakap secara berbisik...tetapi berkat usaha golongan kita yakni para bloger...Pemimpin yang kita sanjung selama ini sanggup berkongsi pendapat dan yang paling menariknya apabila mencipta gerak tari silat didalam menangkis dan membalas serangan kembali..

Saya bersyukur sekalipun ramai yang berpendapat bahawa kelompok atau golongan kita ini terutama KM dan mungkin juga Si Rengit hanya memalukan Bangsa dan pemimpin agungnya....terserahlah didalam penilaian setiap jiwa kita...Sakit dan perit...tetapi kadang-kadang itulah penawarnya...fikirkan...

Soal cadangan rakan dan kawan...na saken aya aki pahgunutban demi kasatuan dan kajayan ah bangsa tanu...Na bayan den langun ah tau pedtaruh saken aya na dah ah kaya yan...penderhaka kepada Pemimpin dan bangsa...tetapi saya yakin bahawa generasi akan datang akan lebih memahaminya nanti..Manalah tau boleh jadi Si Jebat Iranun..Na sekami aya ah pahganggap pen u pedtaruh sa pakasakit sa atai...membuka pekung didada...bukan mahu di puja atau di angkat sebagai pemimpin bnagsa tetapi keikhlasan kami hanya tuhan yang tahu demi mengembalikan zaman kegemilangan bangsa tercinta...BERBALIKLAH PADA ISLAM...renung kembali cara dan kaedah kita menegur pemimpin....Ingat tiga perkara....Pilih lah mana yang anda suka...tq

Maaf andai yang tersalah dan tersilap...MAPAITTANTU...Selamat Berpuasa...moga suksess selalu..tq

BATU GADUNG said...

Salam,

sdri ku Kelapa mawar...tahniah...penulisan sdri semakin hari semakin panazzz tetapi bernas...untuk pengetahuan sdri isu ini pernah saya timbulkan dahulu, pada seawal saya berblog...cuma sedikit perbezaan, dalam artikel tersebut saya menyentuh soal PEMIMPIN PELAPIS IRANUN, dan bukannya pengganti...ini kerana saya berfikiran TSP tetap diperlukan sebagai kapten dan masih releven dalam politik tanahair cuma peringkat yang berbeza kerana TSP bukan lagi untuk peringkat daerah tetapi peringkat yang lebih tinggi...

Unknown said...

salam...

Pelik tapi teramat benar tau...Baru pula "Tahi kun"(pinjam perkataan Pakcik Si Rengit)merasa malu dan terhina...Apa yang dibuat dengan bangsa kita ndak kamaluan kah...

Salam perkenalan...ma kasih daun keladi...kalau sudi le jemput lagi...

risk-taker said...

salam batu gadung...

ya saya masih igt blog sdr pernah menyentuh hal pemimpin pelapis irranun..
sdr telah memberi cadangan pemmpin pelapis dengan ikhlas..
tapi ada sebilangan yang menentang...
tapi 'sebilangan' ini tidak memberi nama2 lain di cadangkan...??
ada pun..ntah lah...
susa mo di sebut mungkin...siap bagi 'klu' lagi...
klu takat yang 'derhaka' ngan TSP,tak payah la..
bagus jumpa TSP,TSP pun sudah pujuk 2...
kembali ke jalan yang lurus...
jgn kelam kabut..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam...Sdra2 pilihlah pemimpin pelapis yang beretika...jgn sampai terpilih macam Hj Bakhkil pakar jelapang padi, konon2...

SMA said...

Kelapa Mawar,

Saya bukan orang politik. Malahan saya muak dengan tebiat sesetengah orang politik dan yang berangan-angan mahu jadi orang politik. Saya juga serik apabila membaca komen-komen terhadap pemimpin-pemimpin mereka.

Secara kebetulan seorang teman sembang-sembang saya tercerita hal bloggers di KB. Menurut teman ini, postings KB bloggers ini berkisar kepada politik KB dan pemimpin-pemimpin mereka.

Sebab itulah saya ikut-serta ngeblog. Untuk mahu tahu dengan mendalam ehwal politik KB dan karenah pemimpin-pemimpinnya, saya melayari siber menjuju ke lapangan pembelog-pembelog dan selain dengan posting-posting Pa'Min, saya tertarik dengan posting Kelapa Mawar.

Komen-komen yang dibuat, mengikut pengamatan saya berkisar kepada beberapa perkara:

1. TSP gagal sebagai pemimpin sukunya, Iranun.
2. Siapakah yang akan menggantinya.
3. Bloggers Iranun berpihak-pihak. Ada pro Pa'Min dan ada yang 'anti'.

Tetapi, apabila saya baca semua posting Pa'Min melalui perjuangan persilatan Pendekar Cahaya dan komennya di dalam posting Kelapa Mawar, saya dapati bahawa, 'gagasan dan pemikiran Pa'Min' belum dapat diselami atau dihayati oleh pemimpin-pemimpin Iranun diperingkat kampung dan daerah KB.

Yang mereka lupa ialah, TSP bukan lagi pemimpin Iranun semata. Dia sudah menjadi pemimpin peringkat nasional dan sekali gus menjadi pemimpin semua bangsa. Itulah pengertian saya apabila saya baca postingnya berjudul, 'Naik Darjah'. Dalam posting ini, dia mengajak pemimpin-pemimpin daerah KB untuk 'mengakat darjah' pemikiran mereka kesatu tahap bahawa isu-isu remeh yang dibangkitkan oleh bloggers KB diketepikan atau tidak diberikan keutamaan.

Pendapat saya antara isu remeh, pada pandangan TSP ialah isu 'siapa bakal penggantinya' atau pengganti DSSK. Pada TSP, dapat bercalon tidak penting. Apa pentingnya jadi YB semata, kalau YB yang tiada punya kuasa.

Perkara ini TSP 'perjelaskan' di dalam postingnya yang berjudul, 'politik tiada faedah kalau tiada kuasa'. Kuasa yang dimaksudkan olehnya, pada pendapat saya ialah kuasa sebagai Ketua Menteri.Ini tidak mustahil dicapai oleh pemimpin KB, sebab dulupun KB telah mengeluarkan pemimpin-pemimpin sehingga ke tahap KM.

Kesimpulannya pada saya, pemimpin-pemimpin KB, sama ada Iranun atau Bajau dan Dusunkadazan perlu menyingkap mesej yang cuba untuk disampaikan oleh TSP melalui Pendekar Cahaya.

Saya faham kedudukannya sebagai speaker, dia tidak boleh berterus terang pada sesuatu isu sebab dia adalah bertaraf pemimpin nasional.

Amat malang bagi daerah KB kalau tidak dapat memahami pemikiran TSP, yang bagi kami bukan berbangsa Iranun, perlukan pemimpin seperti ini. Dia memertabatkan bukan sahaja Iranun tetapi negerinya Sabah.

Peranannya kepada negara sebabgi speaker, menaikan darjahnya sebagai 'pemimpin berbilang bangsa' dan bukan pemimpin Iranun semata.

Maaf, kalau pendapat orang luar ini melanggar adat susila Iranun.

Banyak lagi hal yang saya ingin ikut kongsi bersama kalau Kelapa Mawar izinkan saya di masa-masa akan datang.

Lain hari yang saya ingin ceritakan ialah kadang-kandang pemimpin tiada silap dan salah, yang 'membangkitkan' kesalahan pemimpin ialah pengikut-pengikut yang setia padanya yang buat karenah, atau yang telah berpaling tadah sebab merajuk yang mungkin tidak dapat layanan istimewa lagi. atau tebiat 'orang yang dekat dengan pemimpin' seperti yang kini berlaku kepada DARD dengan political aidnya.

Terima Kasih.

SMA