
Saturday, January 22, 2011
7:06 PM
kelapa mawar

Sunday, January 31, 2010
4:44 AM
kelapa mawar
."...Penulisan ini sekadar response spontan kepada ucapan Tun Mahathir ketika melancarkan Perkasa Selangor, berkaitan dengan perlunya golongan minority tidak dipinggirkan.
Kalau kita sebut suku minority di kota belud, justeru yang terpampang di mata dan lubuk hati kita ialah gambaran masyarakat Iranun. Pembabitan suku ini dalam dunia politik di daerah kota belud bukan satu cerita dongengan malahan telah dapat mencapai prestasi yang cukup membanggakan, lantaran beberapa pemimpinnya yang turut mendapat tempat dalam kedudukan politik dan kerajaan. Namun penulisan ini bukanlah bertujuan membangkitkan rasa suku yang terlampau, jauh sekali mengguris hati suku lain. Tetapi penulisan ini sekadar response spontan kepada ucapan Tun Mahathir ketika melancarkan Perkasa Selangor, berkaitan dengan perlunya golongan minority tidak dipinggirkan, bahkan harus dibawa bersama kerana peranan mereka juga amat penting dalam menjamin kemenangan calon dalam pilihanraya.
Sudah sampai masanya, kita memikirkan bahawa jatuh dan bangunnya politik suku Iranun adalah berkaitan dengan sikap dan kepatuhan mereka yang melulu, tanpa memikirkan ‘pulangan’ politik yang akan diperolahi. Selain daripada ‘tekanan’ dari suku majority yang juga mempunyai pelbagai menu kepimpinan yang mencabar dan berprestij, suku Iranun juga terdedah kepada ‘penyelewengan’ maklumat politik sehingga memaksa mereka memberikan sokongan kepada yang bukan sepatutnya.
Pemberian perhatian politik yang tidak seimbang kepada suku minority ini, tambah memeritkan perjuangan sesetengah golongan muda yang ingin menceburkan diri dalam persada kepolitikan.
Misalnya PRU-12 yang lepas, menyaksikan penurunan sokongan undi yang begitu mendadak kepada calon Umno dan BN di kesemua peti undi kawasan Iranun. Terkecuali peti undi Kota Peladok, itupun kemenangan calon UMNO, Datuk Haji Musbah Jamli di kawasan ini begitu tipis sekali. Apakah ini sebagai tanda ‘pengabaian’ politik kepada suku minority ini..? Atau apakah isu sebenar yang menjadi tumpuan kepada suku Iranun, sehingga tidak sangat berkeperluan memberikan sokongan kepada calon Umno..?
Kemungkinannya fenomena ini, juga merupakan satu ‘pemberontakan politik awal’ atau protes yang disenyapkan oleh tindakan memberi undi kepada pembangkang. Jika diperkirakan kepada apa yang didedahkan oleh Tun Mahathir, maka tidak salah jika kita tetap menyatakan bahawa suku Iranun juga merupakan ‘penentu’ undi kepada umno.
Sebagai kehendak kepada keserasian dan kesaksamaan politik secara lebih tuntas dan berhemah, kita berpendapat bahawa perjawatan dalam UMNO Bahagian Kota Belud juga semestinya memperuntukkan kerusi kepada suku Iranun. Setakat ini suku Iranun hanya ‘berkelayakan’ menduduki kerusi “AJK” bahagian tanpa dapat menembusi barisan kepimpinan hadapan. Sekurang-kurangya jika ada tidaklah sangat dimonopoli oleh suku majority. Pun begitu perlaksanaanya amat getir kerana memerlukan ‘keikhlasan’ yang amat mendalam. Selain daripada “kepercayaan’ politik yang matang. Pengabaian kepada kehendak suku minority akan membawa kepada penurunan sokongan yang lebih parah pada PRU 13 akan datang.
Walaupun pembangkang seperti PKR dan PAS tidak begitu membimbangkan di Kota Belud, dengan mengambil kira prestasi dan keterlibatan mereka dalam menyelesaikan karenah masyarakat yang menuntut pembelaan yang berpanjangan, namun itu tidak membuktikan bahawa sokongan padu suku Iranun kepada pemimpin UMNO akan terus diberikan. Maka secara lebih terbuka, kita menyarankan agar isu penurunan sokongan kepada calon UMNO di Dun Tempasuk, dapat diperbincangkan dalam wadah politik yang lebih telus dan terurus.
Mungkin sudah lama diperbincangkan, malahan dalam Blog Tan Sri Pandikar Amin suatu ketika dulu turut menyarankan, betapa perlunya formula 2:1:1 dapat direalisasikan. Mungkin belum terlambat untuk kita memikirkan. Demi keutuhan politik kita di daerah Kota Belud ini.
Tuesday, September 1, 2009
3:34 PM
kelapa mawar
Sesungguhnya bagi masyarakat Iranun, tidak ada yang lebih berharga daripada keluhan dan rintihan mereka di dengar oleh yang bernama TSP. Mereka mahu segala perit getir menjalani kehidupan ini ditahu dan dikongsi bersama oleh tokoh yang paling Berjaya dalam sejarah politik Iranun ini. Berjaya kerana dapat mengangkat bangsa suku Minoriti yang asalnya tidak diketahui langsung oleh masyarakat nasional dan antarabangsa kepada satu pengiktirafan Negara sehingga TSP satu-satunya tokoh Iranun yang menjawat Tuan Speaker Dewan Rakyat. “Tidak ada yang dapat menandinginya. Siapa saja di kalangan suku Iranun, sama ada muda, tua, berpengaruh atau pun ‘tinggi’sekolahnya”…. Itu kata seorang pemimpin masyarakat Iranun di pantai Emas..kelmarin ketika saya berbuka di rumahnya...
Justeru sebagai seorang pemimpin Iranun yang Berjaya, maka ramai yang mengharapkan agar tokoh ini dapat membawa masyarakatnya menghadapi pancaroba kehidupan yang kian mencabar. Apakah tugas itu sudah terlaksana atau belum ? ketika ramai blogger Iranun yang memberikan idea dan pandangan tentang tokoh ini..maka banyak polemic yang timbul ada yang kontra tidak kurang juga yang bersifat pro.
Bagi yang berfikiran kontra, tetap berpendirian bahawa “Iranun” cukup terpinggir dan tidak terbela jika dibandingkan dengan pencapaian TSP dalam bidang politik. Ketika saya menyelami pemikiran ini..dari Nanamun sehingga ke Pantai Emas…mereka ‘menyesali’ keadaan perkampungan suku Iranun ini yang daif dan kurang keperluan asasnya. Tidak kurang yang berkata bahawa, jika orang luar melawat perkampungan TSP pun tidak akan percaya dengan keadaan yang sedia ada itu. Sebagai orang politik yang berpengalaman..mereka “hairan’bagaimana TSP tidak ada “Connection” dengan pelbagai kementerian untuk ‘membangunkan’perkampungan Iranun semasa dalam parti dan kerajaan. Sehingga kini kata mereka, tidak ada satupun perkampungan Iranun yang lengkap dengan keperluan asasnya, termasuk air bersih, jalanraya yang sempurna, talian telekomunikasi dan elektrik. Hampir 30 tahun TSP “berdiri gagah’di pesada politik tanahair..selama itulah juga perkampungan Iranun, terus terbiar..”hairan bin ajaib” kata mereka.
Hingga kini, orang Iranun masih mundur ekonomi dan pendidikannya. Itulah kata mereka. Malahan seorang pemimpin lama di Pantai Emas, yang ‘setia’ dengan TSP ini, melalui bersama semasa dalam USNO, AKAR dan UMNO, juga turut menyatakan permasalahan dalam masyarakat Iranun. “TSP hanya mencipta nama secara peribadi dan bukan atas bangsa Iranun”.. begitu yang dikatakannya. “Kebanggaan kepada kami bukan kepada nama,tetapi kepada apa yang diberikan kepada masyarakat Iranun..apalah ertinya Iranun dikenali tetapi bukan kerana kemakmuran dan kerukunan..sebaliknya hanya seorang..dan itupun Iranun tetap miskin politiknya…”
Namun bagi yang bersikap memihak kepada TSP..tetap juga menyatakan bahawa ‘kejayaan” TSP dalam persada politik Negara adalah “kejayaan bersama’ suku Iranun. Mereka berpandangan bahawa “nama’bangsa di kenali kerana TSP yang begitu menyayangi bangsanya.Cuma kata mereka Iranun memang sukar untuk ditabdir dan diurus kerana masih ramai yang tidak menyokong TSP dalam perjuangan politiknya..
Apa yang menjadi perkiraan orang muda Iranun yang mula melihat dunia nyata ialah pencapaian TSP dalam dunia politik Negara perlu diseimbangkan dengan rasa bertanggunjawab ‘merubah’ perkampungan Suku ini.. Bukan lagi soal nama bangsa dimertabatkan tetapi turut mengangkat taraf kehidupan mereka. Dari bangsa yang hidup dengan gelombang laut waktu Subuh di Marampayan, hingga ke pada salut rumpur di bendang sawah di kuala Pintasan, Masyarakat Iranun mesti diubah paradigma kehidupannya. Selama berpuluh tahun, keadaan itu silih berganti..dengan generasi yang mewarisinya. Iranun masih ditakuk lama. Iranun masih terpinggir dari arus pemodenan Negara. Iranun seperti juga suku majority yang lain..inginkan kehidupan yang lebih sempurna. Dan itulah ‘kegagalan’ yang disifatkan oleh golongan ini biarpun TSP menjadi idola oleh kebanyakkan manusia lainnya.
Begitulah persoalan yang melingkari pemimpin hebat ini. Seketika beliau pasrah dengan keadaan yang bangsanya susah dibawa berubah…sesekali tokoh ini ‘merajuk’kerana jasanya tidak dihargai…..ada kalanya…TSP mencari “SINAR’ yang pada perkiraannya”hilang dan semakin” pudar..Begitu bergolaknya naluri dan kehendak pemikiran TSP..hanya jarang yang mampu mengikutinya.
Maka rasanya jika TSP sudah bersara, lantas siapa-siapa antaranya yang menjadi tunas baru yang akan memikul tugas berat ini ?..Banyak kali persoalan ini dilontarkan..tetapi masing-masing ‘gagal’ mencari jawapan. Kerana yang benar dan benarnya ialah Iranun tidak ada pemimpin sehebat TSP..Iranun tidak ada penyambung kepimpinan TSP..Iranun tidak ada pelapis yang boleh diketengahkan..Dan Iranun tidak punya apa-apa yang boleh dibanggakan.Justeru apalah tidak kiranya, supaya ada satu kelompok jiwa yang lahir dari rasa ‘cinta’ bangsa ini ‘turun’ memperhambakan jiwa…membawa mereka-mereka yang dikata ‘keras kepala” menghadap pemimpin Iranun ini…berseloka, berbayuk..berboila dan berkulintangan ,berdesa’-desa’ bersama memikirkan hala tuju bangsa….Kenapa tidak ada golongan muda berlimu di dada ini..datang ‘menyembah hormat’ “menjunjung duli” membuka niat dan ratap mengikhtiarkan TSP dan pemimpin lain bersemuka, menghulur tangan tanda berjabat dan berkerjasama..Sekali lagi amat menghairankan kita!!!..kerana ternyata “Iranun”memang dilahirkan dengan rasa jauh mencintai bangsanya..Amat malang dan sedih difikirkan bahawa selepas TSP , siapa yang akan menjadi nakhoda..?
Monday, August 31, 2009
7:44 PM
kelapa mawar
Penulisan saya sebelum ini PANDIKAR-HJ MUSBAH : TEMAN SEPERMAINAN, mengupas dilema politik suku Iranun yang dikatakan BERPECAH BELAH dalam beberapa aliran fahaman politik. Dan sebab besar kepada perpecahan itu dikaitkan dengan ketokohan pemimpin TSP. Itulah anggapan di peringkat akar umbi masyarakat Iranun..Mereka menyalahkan TSP sehingga tidak ada lagi ruang untuk ‘memohon’ penjelasan. Ketika bersembang dengan beberapa masyarakat Iranun, juga mereka menyatakan perkara yang sama..”PERPECAHAN IRANUN BERTAMBAH PARAH APABILA AKAR DIBUBARKAN”..Itulah kata mereka. Justeru itu..Fahaman dan tanggapan ini perlu diperhalusi semula atas dasar kerana “penyatuan bangsa Iranun”.. Maka itulah saya rasa perlu diadakan “SATU MAJLIS ATAU PERJUMPAAN SUKU IRANUN” secara terbuka untuk menghimpunkan para cerdikpandai suku Iranun atas nama dan semangat ‘penyatuan bangsa Iranun”.”PERJUMPAAN DAN MAJLIS PENYATUAN BANGSA INI PERLU Semoga segala yang kabur akan diterangkan, segala yang kusut akan diuraikan, segala yang kering akan dibasahkan.. Dan tugas itu amat sesuai kalau dimulakan oleh TSP sendiri sebagai pemimpin Iranun yang berpengalaman. Melupakan sebarang persengketaan, juga merungkai segala apa yang tersemat di dada. Balik kepada kerukunan bangsa. Kerana dari apa yang dikatakan oleh TSP dalam komen terdahulu, saya merasakan masih banyak perkara yang perlu diperjelaskan kepada pemimpin Iranun muda yang dikatakan oleh TSP sendiri sebagai golongan yang cerdik pandai. Tanggapan negative selama ini, adalah lahir atas kerana kurangnya penjelasan dan tertutupnya mata dan minda masyarakat Iranun sehingga gagal ‘membaca’ buku politik suku bangsa mereka.
Perjumpaan dibuat atas dasar kerana memikirkan hala tuju bangsa Iranun. Mengenepikan segala perasaan dendam kesumat, perasaan marah, perasaan ‘sentiasa merasa benar” ,perasaan sakit hati, perasaan dengki dan seribu lagi perasaan mazmumah yang selama ini bersarang dijiwa pemimpin muda Iranun. Bangsa Iranun perlu diangkat semula, perlu disanjung semula, dan perlu bersatu semula. (barangkali si renggit pun boleh dijemput bersama,...) Segala teguran dan pandangan perlu diusulkan SECARA BERHEMAH supaya wujud ‘persefahaman suku secara semulajadi”.Maka itu sebagai "BABAI" berdarah Iranun sebelah bapa, saya mengusulkan cadangan ini, sekurang-kurangnya atas nama PISBA (tidak tahu..apa perkembangannya..?) ataupun atas nama PAGIDSA ( juga ..tidak tahu apa ceritanya..?).. SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS PENJELASAN TSP SEBAGAI USAHA MENJERNIHKAN SEMULA TANGGAPAN SELAMA INI.Sebagai tatapan bersama inilah penerangan daripada TSP sendiri untuk menjelaskan apa yang berlaku..Dan semoga ianya memberikan kefahaman yang jitu kepada bangsa Iranun…SEADANYA..
Kelapa Mawar,
Tulisan baik. Tapi fakta tidak betul, Dalam tulisan seolah-olah TSP yang bersalah semua.
Ringkasnya begini. Dulu TSP dalam AKAR. Dan AKAR dalam BN. Gagasannya ialah untuk menyatuhpadukan Iranun dalam satu perjuangan supaya 'sentiasa' ada kuota dalam daerah KB - Tempasuk.
Tapi, pemimpin muda dalam Iranun semua pandai-pandai dan tentang TSP. Datu Bandira masuk Pas dan lawan TSP. Razak Rakunman masuk PBS. Apabila tidak di Calonkan oleh PBS bertanding atas tiket bebas. Dan macam-macam lagi karenah pemimpin muda.
Atas sebab itu - Iranun tidak nampak gagasannya-TSP bubar AKAR sebab dia tak tahan tampung 22 Bahagian AKAR yang aktif dan cuma Tempasuk saja yg boleh dimenangkan.
TSP masuklah pula UMNO walaupun tunggu 2 tahun baru diterima.
Tapi, bukan semua Iranun pula masuk UMNO untuk kuatkan pasukan - masih berpecah lagi. Ada dalam PBS, ada dalam SAPP. Ada dalam PKR. Ada dalam PAS dan macam-macam lagi.
Bagi TSP senang saja. Ditempat orang pun dia diterima. Kota Merudu pun dia kena terima. Yang bermasalah pemimpin Iranun muda-muda yang belum tajam taji sudah tunjuk kekuatan. Itu lah semua kalah. Bercalon G7 pun semua kalah. Sebab semua pandai tulis dan cakap saja, tapi tidak pandai berpolitik.
Hakikatnya Iranun cuma pandai satu hal. Bercakap dan berpecah.
Kelapa Mawar,
Dalam soal bercakap dan berpecah ini pula, bukan Iranun saja. Semua suku dalam rumpun USBO suka berpecah. Atas sebab itu, biarpun rumpun ini majoriti di Sabah, rumpun lain yang berkuasa. Saya nak tanya, apa guna berpolitik dalam negeri sendiri, dimana rumpun itu majoriti tapi orang lain yang perintah. kalau gitu bilang orang Bajau, 'beranti kiti 'pakau'.
Maka atas sebab kesilapan besar ini, DSSK dan TSP dan pemimpin lain dalam rumpun ini, berkumpul lah pula dalam satu wadah USBO. Gagasan ini diselaraskan dgn maksud pepatah' Sesat dihujung jalan, balik kepangkal jalan'.
Apabila pula ini dibuat, timbullah pula satu lagi perpecahan - Persatuan SAMA - yang di ketuai oleh pemimpin KB timbul. Dan jelas orang lain yang 'perkudakan' SAMA untuk mempertahankan kuasanya dalam negeri ini.
Oh!, begitu rupanya, kalau orang lain yang mahu pertahankan kuasa dengan menggunakan bangsa kita dibolehkan oleh Iranun dan Bajau. Tapi kalau DSSK dan TSP buat gagasan baru untuk menyelamatkan maruah rumpun, kononnya ini untuk 'menyelamatkan' politik mereka yang telah berkubur.
Kelapa Mawar,
Hakikat yang sebenar, pepecahan di Kota Belud ialah, semuanya ingin BERCALON dan jadi YB semata.
Bagi DSSK dan TSP, masa untuk bercalon dan jadi YB semata sudah bukan soal lagi. Tanpa gelaran YB pun mereka berdua ini sudah ada nama di dalam negara Malaysia.
Na, dlam pilihan raya ke 12, DSSK dan TSP tidak diturun untuk bertanding sebab politik mereka dicantas oleh orang lain yang menganggap mereka ini sebagai persaingan. Bukan persaingan nak rebut jawatan G7 atau Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO KB dan sebagainya, Tapi persaingan jawatan KM dan jawatan lain yang lebih berkuasa. Kalau nak berebut jawatan di Bahagian saja, Perdan dan Barul pun boleh.
Apabila DSSK tidak dipilih, orang luar pula yang di calonkan dalam kawasan Parlimen KB. Apakah maknanya ini, Kelapa Mawar? Maknanya, belum ada pemimpin di Kota Belud yang layak atau pemimpin KB tidak boleh dipercayai (sebab persaingan), atau yang di berikan tempat pemimpin yang 'tumpang tuah' saja.
Kalau nak jadi pemimpin 'tumpang tuah' pula, DSSK pun boleh kasih tumpang bah, kalau dia jadi pemandu 'bas yang besar'.
Tapi begitu lah halnya, Iranun dan Bajau KB tidak mahu ikut bas yang dipandu oleh driver sendiri.
Kelapa Mawar,
Ekoran dari digugurkan sewaktu PRU12, DSSK dan TSP sememangnya sudah pun memikirkan untuk bersarah dalam politi. Tapi setelah difikirkan baik-baik, itu bukan satu tindakan yang bijaksana sebab mereka ini belum 'mengenal pasti' lagi pemimpin pelapis yang boleh diketengah keperingkat, bukan saja dalam negeri, tapi sampai peringkat negara dan antarabnagsa.
Bukan senang buat kerja ini. Kalau tanya pula kepada pemimpin-pemimpin KB secara beramai, saya pasti semua ikut angkat tangan mahu dijadikan pengganti, walaupun pada hakikatnya mereka itu cuma layak jadu Ketua bahagian saja.
Maka untuk kearah tujuan, 'Balik ke Pangkal Jalan', DSSK dan TSP telah bergabung tenaga dan fikiran untuk ambil balik Bahagian KB, agar dengan kedudukan sebagai Ketua Bahagian, DSSK boleh bersuara kembali.
Gagasan ini berbaloi dan DSSK kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah.
Manakala TSP pula, selepas pilihanraya dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat...Hakikatnya ialah TSP memang tiada harga satu sen pun dimata masyarakat Iranun dan pemimpin-pemimpin Iranun di KB, Tapi di ada guna dan harga di mata orang lain.
Lantikan TSP sebagai speaker pun di bilang salah sebab dia meninggalkan sukunya di KB. Tapi dulu sewaktu dia pimpin AKAR semuanya pemimpin muda dalam suku ini bilang gagasannya salah. Gagasan yang betul masuk PAS atau PBS atau PKR atau UMNO dan sebagainya.
Na, semua dah ikut kehendak hati sendiri dan masuk parti-parti besar, tapi sewaktu bertanding merebut jawatan semua kalah, itu pula salah TSP. Tapi dulu sewaktu AKAR ada krisis kepimpinan dan dia hendak dibuang dari AKAR oleh suku majoriti dia dapat bertahan sehingga dia bubar AKAR.
Dari semua bukti ini sebenarnya TSP ini manapun boleh hidup dan diterima. Pemimpin muda dari suku Iranun perlu rapat dan belajar dengan caranya. Tapi, manalah mereka ini mahu sebab dimata mereka TSP itu 'Tahi Kun, Bodoh, Dunguh, dan sebagainya.
Tapi apabila TSP tidak berada dalam politik, semua pula cari TSP......Apa ini semua?
Kelapa Mawar, banyak lagi cerita TSP ini yang perlu mungkin didedahkan satu persatu,....untuk menyedar Rumpun USBO....
Buat sementara waktu....TSP memantau dari cyber dan dilapagan...
Tapi, yang pasti TSP dan DSSK akan mengenalpasti bakal-bakal pengganti, kalau perlu caranya mungkin dibuat seperti cara Akademi Fantasia.
Salam hormat,