Saturday, November 7, 2009


Lazimnya apabila kita memiliki sesuatu secara mutlak, kita bisa berkuasa terhadapnya, memanipulasi,mengubah,mengganti hatta sampai kepada membuang dan tidak menghargainya. Kerana sikap fitrah manusia, berkehendakkan yang mutlak, beringinkan yang penuh, dan jarang bersyukur bila mendapat tidak sepenuhnya. Kehendak, keinginan dan keperluan sentiasa membatasi pemikiran manusia. Mungkin ini antara ironi yang dapat kita gambarkan apabila menghayati ucapan PM, Datuk seri Najib ketika merasmikan perhimpunan ke 24 Parti Bersatu Sabah (PBS) semalam.

Datuk seri Najib, mengingatikan para pemimpin komponen BN di Sabah bahawa kerajaan hari ini adalah hak dan milik mutlak rakyat. Tidak ada siapa yang berkuasa menentukan hala tuju kepimpinan mana-mana parti dan individu tertentu kecuali rakyat. Pendekatan dan matlamat akhir kepada pewujudan kerajaan itu adalah kerana Rakyat, Untuk rakyat dan kembali kepada rakyat.

Intipati ucapan ini perlu segera difikirkan oleh pemimpin politik di Sabah. keutamaan asas kepada apa juga pembangunan dan pembaharuan ialah 'rakyat'. Kepentingan diri, kroni juga suku dan sakat harus segera diketepikan. jika tidak, "kuasa" rakyat akan menentukan siapa, bila dan bagaimana penerusan kerjaya politik seseorang pemimpin.

Justeru itu penyingkiran para pemimpin rakyat dalam pru-12 yang lepas dilihat tidak menjiwai kehendak rakyat sebaliknya didasarkan dengan percaturan politik peribadi yang melampau. Bukan sekadar 'menghukum' pemimpin tetapi turut 'menzalimi' kehendak rakyat yang masih mendambakan para pemimpin mereka. Keadaan ini harus disendiri oleh Musa Aman selaku Ketua Menteri dan Pengerusi perhubungan UMNO Sabah. Akan sampai pada satu tahap dan ketika, "milik' rakyat seperti yang dikatakan oleh Najib itu akan dimanipulasi dan dipergunakan kembali oleh rakyat selaku yang punya hak dan pemilik asal. Jika kiranya ini yang berlaku, mampukah Musa Aman menyediakan penghadang kepada 'Perubahan' ini..? Bolehkah badai kehendak yang mula melanda di peringkat akar umbi kini ditahan oleh hujah-hujah politik yang sukar dipastikan kebenarannya..?

Musa Aman seseungguhnya perlu mengakui bahawa gelombang biru yang melanda Sabah kini boleh pada bila-bila masa berubah warna kepada Hijau atau biru muda bermata satu. Kerana itu satu bentuk 'penebusan' kesalahan harus dilakukan. Mengembalikan dan menghormati kehendak rakyat di sesetengah kawasan akan memberikan advantage berganda-ganda kepada UMNO Sabah.

Dengan kemasukkan PBS semula dalam BN, akan melakar sejarah politik baru. Pembahagian dan perkongsian kuasa mengikut suku boleh dipraktikkan kerana kerajaan BN di Sabah seperti yang dikatakan oleh Najib adalah milik mutlak rakyat negeri ini. seharusnya dikembalikan kepada mereka. Sejauhmana konsep "kerajaan milik rakyat" ini dapat mengetuk pintu hati MUSA AMAN..?

20 ulasan :

Unknown said...

Musa Aman Pakistan terkutuk ni adalah bapa segala rasuah dan kroni. Pakistan lahanat ni buat Sabah ni mcm dia dan kelurga dia dan kroni dia yang punya. Harap-Harap DSN sedar dan tukar Ketua menteri pada PRU 13 nanti. Kalau Musa Aman Pakistan lahanat dan Terkutuk ni lagi jadi KM tak tau lah. Makin bermaharajalela la keluarga dan kroni pakitan terkutuk ini menghabiskan duit rakyat Sabah

Watababai said...

ziarah sekali lagi Kak KM

saya juga merasakan perkara yang sama..penyingkiran Tan Sri Pandikar tidak patut..kerana beliau seorang yang cekal, dan berjuang untuk bangsanya..

adalah tidak adil kalau Musa Aman tidak mendengar permintaan dari suku Iranun supaya Tan Sri Pandikar dicalonkan semula.

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Soalan calon DUN/Parlimen kembali kan kpd rakyat untuk menentukannya,soalan tuduhan rasuah oleh siapa saja, sila buat aduan dgn SPRM, dgn bukti kukuh..main ckp buang masa saja.

Pendekar Tua said...

ziarah KM..

kerajaan rakyat dan rakyat itu kerajaan adalah antara semangat yg harus diterapkan dalamkepimpinan UMNO seluruh negara.Jangan asyik bercakap tentang kepentingan rakyat tetapi wang dan projek di sunglap dengan rakus..

palingberani said...

kenapa harus menyalahkan pemimpin sedangkan rakyat juga tidakpernah berterima kasih.

hanya beberapa kerat sahaja yang bersikap demikian.da juga pemimpin yg berkorban utk rakyat..

apa yg penting ialah perubahan kepimpinan itu didukung oleh semua pihak..sama ada dari pihak kerajaan ataupun rakyat.

watasikadi said...

salam kak KM,
ulasan kali ini amat tepat dengan situasi semasa, saya bersetuju dengan ulasan saudara kita joe77 ini. Walaupun ada perbezaan pendirian politik dengan saudara tetapi dalam perkara ini saya bersetuju dengan beliau. Untuk merakyatkan UMNO sabah pada saya amat sukar tetapi umum tahu pertelagahan dalaman pasti tidak berakhir. pada saya salah satu jalan untuk menyahkan mereka yang tidak menurut aspirasi rakyat dalam pemilihan calon ialah UMNO kota belud harus bersatu menentangnya. selagi ada antara pemimpin kota belud yang menurut kata-kata pakistan berbanding menurut kata bangsanya sendiri selagi itulah pakistan dipersada kerana pemimpin KB antara faktor penentu kerana UMNO sabah lahir disini. mengenepikan ego dan tidak mendengar hasutan opportunist antara faktor utama penyatuan pemimpin KB pada saya. walaupun saya di pihak pembangkang, saya sentiasa bersedia untuk memberi pandangan demi rakyat kota belud. terima kasih kepada Kakakku saudari KM, kerana memberi penghargaan diposting lepas. cara penghargaan seperti ini yang tidak mengira fahaman politik kepada orang muda seperti saya amat dihargai pemuda pemudi. Kita juga tahu pemimpin yang popular dikalangan rakyat tidak mendapat tempat PRU 12 kerana DMA sudah mendapat watikah kosong dari UMNO pusat melalui KJ. Maka sesuka hatinyalah DMA memilih orang-orangnya. Seharusnya UMNO pusat ketika itu melihat pencalonan dari bahagian. Sedangkan setiausaha kerja BN sabah ketika itu datuk Basalie sendiri yang membuat senarai dari sabah tidak dicalonkan apatah lagi TSP. Demi rakyat kota belud dan sabah pada saya perkara tersebut tidak harus berlaku walaupun akhirnya apapun terjadi saya tatap PAS. Takbir!! Mintak Kak KM beri pandangan tentang posting terbaru saya mengenai isu terbaru kini, USIA.

CT Farhana Wee said...

Hebat juga tulisan Musram Rakunman ini ya... tapi sayang berselindung di sebalik nama Kelapa Mawar.
Kepada Watabai... Iranun tak sokong BN pun PRU Ke-12 lalu...
Namun baik sangat Musa Aman yang sanggup mencalonkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Speaker Dewan Rakyat... bersyukurlah

Pendekar Tua said...

siti Farhana..

Jawatan TSP sbg SDR hanya ihsan politik utk menutup mulut sahaja. MA takut kalau tak diberikan kedudukan besar kemungkinan TSP akan bertindak keluar menentang dalam calon pru-13..bolehkah DMJ bertahan kalau TSP lawan dgnnya di Tempasuk??? terduduk bah DMJ kau tengoklah nanti..

Soal sukur Iranun mesti bersyukur kerana TSP masih ada nama di persada politik negara..jangan di perkecil=kecilkan..

CT Farhana Wee said...

Pendekar Tua... Kalau orang Bajau yang diperlekeh Kelapa Mawar @ Musram Rakunman murka gulung tikar juga TSP di Tempasuk... Undi Iranun belum cukup untuk kasih menang dia.
Saya percaya Pandikar juga sayangkan orang Bajau dan mahukan undi kaum moyang Siti.
Pilihan raya 1990 tanpa sokongan orang Bajau Pandikar tewas sebagai calon Akar dan undi Musbah jauh lebih baik sebagai calon Usno.
Pilihan raya lalu orang Iranun majoritinya tolak BN dan undi PKR...
Macam mana kalau orang Bajau balas dendam dalam pilihan raya umum ke-13 andai TSP dicalonkan?.
Sayang ulang TSP akui sayangkan orang Bajau... buktinya dia timbalan Presiden Usbo bah

Mohammad Nor Akmal said...

layari godspot99.blogspot.com
tolong sebarkan. Baik untuk semua..

SUARA RAKYAT said...

untuk bloger bana telus: saya ada 3 blog apa yang tersirat, awal dan akhir dan one-kotabelud.teruskan membaca jika sudi. syang blog anda tidak boleh masuk komen, terpaksa melalui sdri kelapa mawar.

CT Farhana Wee said...

Musram. bukan kah kelapa mawar tu kamu.. menyamar lagi

kelapa mawar said...

ma kasih atas pandangan sdr joe77..biarpun agak panas dan mengikut kata hati namun, wajar difikirkan bersama di sebalik pandangan sdr itu..

kelapa mawar said...

Salam watababai..

ma kasih kerana memberikan idea tentang posting ini...Saya sesungguhnya merasakan bahawa MUSA Aman juga terdesak apabila tidak mencalonkan TSP dan DSSK dlm PRU-12 yg lalu..mungkin ada rahan ghaib dari seberang laut yg memainkan remote Control..
semoga sdri sukses selalu.

kelapa mawar said...

Rojokobog..

satu cadangan yang baik dan wajar difikirkan..

ma kasih kerana memberikan pandangan.

kelapa mawar said...

Sdr Palingberani..

ma kasih kerana berkunjung lagi. Sokongan sdr saya hargai..
bukan semua pemimpin yg mengambil kesempatan terhadap rakyat..ada juga yang sanggup berkorban untuk memajukan masyarakat dan daerahnya seperti TSP dan DSSK

kelapa mawar said...

SDR Pendekar Tua dan Sdri Siti Farhana..

ma kasih atas kunjungan sdr berdua..nampaknya isu ini jadi perdebatan antara sdr berdua..teruskan mencerna idea bernas.semoga sdr berdua sukses. Wassalam

kelapa mawar said...

Sdr Watasikadi...

kehadiran sdr dalam blog KM ni amat saya hargai dan teruja membaca idea segar sdr yg nampaknya mewakili golongan muda di KB.,Ma kasih atas pandangan sdr itu..

kelapa mawar said...

Sdr Musram..

ma kasih atas kunjungan sdr.Semoga sukses.

Kuda Berhias said...

Salam Ziarah.
Demokrasi ialah kerajaan rakyat untuk rakyat. Jika rakyat menghargai kemerdekaanya dan tidak terbeli dengan harta dan kemewahan, demokrasi akan berfungsi dengan baik dan adil.

Mempergunakan demokrasi sekadar nama tetapi tindak tanduk ala authoritarian maka akan terpaksa berhadapan dengan sentiment rakyat. Rakyat pula jika terbeli hak demokrasinya maka perjuangan demokrasi sia-sia. Justru apa yg dikatakan "milik rakyat" sudah tiada nilai.