
Tuesday, August 10, 2010
7:20 PM
kelapa mawar

Saturday, March 20, 2010
6:12 PM
kelapa mawar
Apabila Parlimen dikejutkan dengan pendedahan mantan YB PKR, Datuk Zahrain Hasyim berkaitan dengan perancangan DSAI merampas Putrajaya pada 16 sept. 2008, termasuk pendedahan bahawa 8 ahli parlimen BN pada waktu itu bersedia untuk lompat parti. Media massa memperuntukkan masa yang panjang membuat liputan mengenai ‘skandal” politik paling panas abad ini. DSAI ‘dimalukan’ sehingga memaksa ketua pembangkang yang ‘terumbang-ambing’ itu keluar dewan. Selepas itu, wakil Pembangkang pula ‘membalas’ dengan mendedahkan bahawa Datuk zahrain juga kaki ampu dan gila gelaran apabila mendedahkan kandungan surat yang dihantar oleh Zahrain kepada Ketua menteri Pulau Pinang untuk mendapat sokongan penganugerahan pingat negeri yang membawa gelaran “Datuk seri”. Rakyat ‘atas pagar’ turut meluat melihat drama terbaru ini. “dimalukan” dan “memalukan”.
Bagi Penyokong UBN, isu ini jelas membuktikan bahawa PKR dan sekutunya begitu terdesak untuk merampas kuasa. Malahan kata mereka institusi raja dan angkatan tentera juga dilibatkan, kononnya turut memberi lampu hijau kepada DSAI untuk menjadi PM yang ke-6. Dakwaan Datuk Zahrain ini membawa kepada, kenyataan PM dan Tim. PM supaya ia nya perlu disiasat untuk memastikan kesahihan dakwaan “jembalang ‘ PKR itu.
Bagi penyokong pembangkang, mereka melabelkan Datuk Zahrain sebagai ‘anjing’ upahan UMNO. Pendedahan yang dibuat oleh beliau, dikatakan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi ketua pembangkang itu dan juga PR keseluruhannya.
Apa yang menarik dengan pendedahan ini, ialah antara 8 ahli parlimen itu, 5 daripadanya adalah dari Sabah, tidak termasuk Timbalan Yang dipertua dewan datuk Ronald yang juga dikatakan memberi laluan kepada usul undi tidak percaya kepada PM di dewan rakyat.Antara yang didedahkan ialah seperti YB Kalabakan, YB Kimanis, YB Kinabatangan, YB Tawau, YB Sepanggar, YB Batu Pahat termasuk YB Jerantut dan YB Gua Musang. Setakat ini, YB Kinabatangan datuk Bung Muktar telah membuat penafian dan Ku Li, MP Gua Musang yang menyifatkan kenyataan Datuk zahrain itu sebagai satu pembohongan. Manakala yang lain, masih mendiamkan diri.
Persoalan yang boleh dibangkitkan ialah bukannya kebenaran atas dakwaan itu, tetapi imej MP yang dilibatkan sudah tercalar. Bagi BN Sabah, Datuk Musa Aman bukan sahaja memperlihatkan ketidaksepakatan dan ketidapuasan hati para pemimpin BN di Sabah, malahan sudah wujud kesangsian antara para pemimpinnya. Bayangkanlah bagaimana agakanya ;hubungan’ politik antara MP kalabakan , Datuk Ghaffur Salleh dengan Musa Aman apabila namanya dikaitkan dalam senarai MP BN yang ‘bakal’ melompat parti pada 16 Sept. Itu..? Apakah Datuk Musa Aman akan menggunakan ‘taktik’ nya pada PRU 12 yang lepas, ‘mengenepikan’ pemimpin yang boleh menggugat kewibawaan politiknya?..Bagaimana juga dengan Datuk Bung Moktar yang sudah lama menjadi MP? Apakah ‘alasan’ itu boleh digunakan..? Nyata imej BN Sabah telah mula tercalar dengan insiden ini.
Saturday, March 13, 2010
5:33 AM
kelapa mawar

Memang diakui secara teknikalnya, PRU 13 masih jauh,lebih kurang sekitar 2 tahun lagi. Satu tempoh masa yang agak panjang kerana banyak perkara yang berubah..selain daripada pelbagai kemungkinan yang terjadi. Namun begitu, sekitar 2 tahun yang lampau telah berlaku pelbagai kemungkinan politik yang meresahkan di Sabah.Biarpun kerajaan UBN di Sabah masih teguh,namun sudah mula Nampak penyusunan strategi menghadapi PRU 13. Dan bagi ahli politik yang hidup, bangun, makan dan minum dengan cerita politik, situasi sekarang di Sabah begitu mendebarkan. PKR dan pembangkang di Sabah mula mengorak langkah menimbulkan kesangsian masyarakat kepada kerajaan. Selain menyaksikan penubuhan parti baru, Sabah juga dikejutkan dengan sokongan kepada PKR ketika DSAI melawat Sabah baru-baru ini.
Walapun secara teknikalnya juga sambutan kepada DSAI tidak harus dijadikan kayu pengukur dan penanda aras sokongan rakyat Sabah kepada pembangkang, kerana selain daripada yang datang itu benar-benar memberikan sokongan politik, ada juga golongan atas pagar yang sengaja menambah khazanah ilmu politik mereka, di samping penyokong UBN yang datang sebagai mata-mata politik .Namun itu semuanya tidak penting kerana disepanjang jalan politik di sabah terdapat beberapa isu berkaitan yang dijangka mendominasi isu PRU 13 akan datang. Berdasarkan pengamatan dan analisis politik semasa, isu politik suku menjadi isu terbesar yang akan mewarnai politik Sabah pada dekad-dekad yang mendatang.
Beberapa kenyataan tentang sokongan puak KDM terus menjadi pertaruhan UBN di Sabah. Selain daripada kenyataan Lim Kit Siang yang menyatakan bahawa KDM rugi besar berada di bawah BN, suku majority KDM juga dilanda dilemma besar apabila memikirkan, sama ada kebergantungan mereka selama ini dalam BN akan ‘menawarkan’ diskaun politik yang besar untuk menjadikan sekali lagi pemimpin mereka menduduki kerusi Ketua Menteri. Apakah pemimpin mereka yang berada dalam Umno berpotensi menduduki jawatan berpresteji itu ? Sewajarnya diakui bahawa selama ini penentu kepada politik di Sabah adalah dari suku KDM. Kerana ini apabila suku ini berpaling tadah ia menyaksikan BERJAYA diaibkan oleh parti PBS yang baru 3 bulan ditubuhkan. Begitu juga ketika UMNO bertapak di Sabah, PBS dan suku KDM ini terus mengenepikan keunggulan politik UMNO peringkat Pusat..apabila rakyat masih memberi mandate kepada PBS. Alang tidak kepalang, apabila pemimpin PBS terutama Datuk Lajim Ukin meninggalkan PBS maka, parti itu dijatuhkan dengan cara yang tidak demokratik. Akhirnya UBN memerintah Sabah.
Sepanjang UBN menjadi teras pentadbiran esekutif di Sabah, isu yang turut mendominasi ialah Isu pembangunan yang tidak seimbang dalam konteks pembangunan kawasan Bandar dan luar Bandar. Walaupun sepanjang 9 tahun ini, Sabah mengalami limpahan pembangunan , namun ia banyak tertumpu di kawasan Bandar utama, manakala di kawasan luar Bandar dan pedalaman , proses pembangunan begitu perlahan..dan yang menyedihkan banyak projek pembangunan termasuk penyediaan keperluan asas, dan perhubungan tidak menepati sasaran.Ada lojiknya ‘delivery system” diperkemaskan di peringkat perlaksanaan.
Selain daripada kredibiliti pemimpin juga menjadi isu yang akan berbangkit ketika PRU 13 akan datang. Selain daripada kes-kes rasuah yang berprofil tinggi yang ‘didiamkan’ rakyat juga melihat beberapa kes pemilikian harta yang begitu pantas oleh para pemimpin di Sabah. Maka perhatian kepada isu kerdibiliti , ketelusan, kebocoran, kemudahlenturan politik peribadi akan menggamit citarasa orang muda di Sabah.
Selebihnya termasuk peluang pekerjaan, pengangguran,peningkatan kos sara hidup yang tidak sekata dengan sumber pendapatan, kos harga barang keperluan yang melambung naik, selain daripada beberapa isu nasional termasuk kes liwat siri 2 DSAI dan 20 perkara yang sekian lama tertangguh.
Sunday, March 7, 2010
12:59 AM
kelapa mawar


Sebagai Pengerusi perhubungan UMNO Negeri, merangkap pengerusi BN, Datuk Musa Aman dilihat sebagai pemimpin politik yang punya daya sensitiviti politik yang tinggi. Mengenepikan masalah peribadi remeh dan temeh asalkan BN dan UMNO 'kekal' sebagai penyumbang kepada kemenangan BN di peringkat pusat.
Perkembangan politik terkini di Sabah, membuatkan ramai pihak menjangkakan akan berlaku pertarungan sengit menjelang PRU 13 akan datang. Ini melewati batas kesiapsiagaan parti parti komponen BN di Sabah. Kehadiran DSAI beberapa hari yang lepas cukup menyakinkan ramai pemerhati bahawa selepas ini dunia politik Sabah akan besar geloranya. Sambutan yang begitu meriah yang ditunjukkan oleh rakyat sabah membuatkan Datuk Musa Aman Dan parti komponen lain mula gusar dan gelisah. Apatah lagi apabila strategi PR lebiha awal diumumkan iaitu 'satu lawan satu' ,menyaksikan begitu besar dan mampan niat PR untuk membuatkan Datuk Musa Aman 'kempunan' menjadi Ketua Menteri buat sekian kalinya.
Walaupun pembangkang di Sabah, menyaksikan dua pola politik yang berbeza iaitu PR ( PKR, PAS dan DAP ), terdapat juga pembangkang tempatan seperti SAPP, BERSEKUTU dan PARTI PERPADUAN RAKYAT SABAH. Namun sudah nampak ada kesepakatan apabila Bersekutu, sedia memberikan kesemua kerusi Parlimen di Sabah kepada PR, dan kerusi DUN untuk pembangkang Tempatan. Apakah senario ini boleh menjadi kenyataan. Masih diperingkat perbincangan.
Di sinilah letakknya sensitiviti Datuk Musa Aman, apabila mengambilkeputusan muktamad merombak barisan kepimpinan BN negeri, menyaksikan 10 muka baru diumumkan termasuk perlantikan Ahli Parlimen KB, Datuk Rahman Dahlan sebagai setiausaha baru menggantikan Datuk Karim Bujang. Manakala seramai 15 orang dikekalkan sebagai usaha memantapkan kembali barisan kepimpinan BN supaya tidak ada kerusi yang boleh dikuasai oleh pembangkang. Sebagai menarik sokongan semula kepada beliau, datuk Musa Aman telah awal-awal melantik Datuk Salleh Tun Said sebagai 'penasihat' kepada beliau dan bertaraf menteri. Kelicikan politik Datuk Musa Aman ini, dibuat dengan begitu terancang supaya 'musuh' lama dapat 'dimaafkan' secepat mungkin supaya tidak terus merumitkan politik di sabah.
Pengukuhan kepada pemantapan hubungan antara Datuk salleh dengan Datuk Musa Aman jelas kelihatan apabila sekali lagi Datuk salleh dilantik sebagai pengerusi penyelaras BN bagi daerah Kota belud. Membuktikan bahawa Datuk Musa Aman sedang berusaha gigih 'mendamaikan' sebilangan pemimpin yang 'digugurkan' pada PRU 12 yang lepas. Berikutan itu, bertambah kuat pada penelitian ramai bahawa Tan Sri Pandikar 'bakal' di nobatkan sebagai TYT Sabah. Manakala datuk Amir Kahar juga bakal diberikan peluang semula pada PRU akan datang.
Apakah sensitiviti Datuk Musa Aman ini akan berkekalan hingga menjelang PRU 13 akan datang..? Atau apakah sensitiviti politik ini akan dapat mengekang pengaruh Pembangkang di Sabah yang mula menunjukkan frekuensi yang agak tinggi sejak PRU 12 yang lepas..? Atau apakah segala langkah dan penstrukturan barisan kepimpinan BN ini hanya untuk sementara waktu dan selepas ini, ia akan kembali seperti sebelumnya..? Susah untuk kita mencari rahsia politik Datuk Musa Aman.
Wednesday, February 24, 2010
9:20 PM
kelapa mawar

Walaupun Sabah dikatakan sudah menurun paras kemiskinan berdasarkan kajian separuh Penggal RMK ke 9 tahun 2007 iaitu penurunan kepada 16% daripada 23% pada tahun 2004. Namun tidak dapat dinafikan bahawa faktor kemiskinan adalah faktor utama kearah penghijrahan yang berlaku ini. Keadaan dan cara hidup yang miskin terutama di luar bandar dan kawasan pedalaman seperti di kota Marudu dan Pitas selain dari beberapa kawasan lain di Pantai Timur telah menyebabkan ramai belia berumur antara 16-30 tahun yang terkandas dalam alam persekolahan mengambil keputusan berhijirah di Semenanjung untuk mencari pekerjaan . Dan biasanya pekerjaan yang menjadi tumpuan para belia dan beliawanis ini ialah kerja-kerja kilang Pembuatan dan Pemprosesan. Ibu Kota seperti Kuala Lumpur ,Pulau Pinang dan Johor Bahru adalah antara tempat yang menjadi tumpuan rakyat sabah ini.
Bagi pembangkang di Sabah, selain faktor kemiskinan mereka juga menyalahkan Kerajaan BN yang 'gagal' mewujudkan peluang pekerjaan di negeri ini, walaupun pembangunan fisikal begitu rancak di beberapa kawasan terpilih di negeri ini kata mereka. Pembangkang juga turut mempertikaikan projek Koridor Sabah yang dikatakan menyediakan peluang pekerjaan kepada mencecah 100 ribu belia Sabah. sehingga kini ia menjadi isu retorik politik yang diulang-ulang dan gagal direalisasikan. Dimanakah janji BN ini..?
Kebanjiran Pendatang Tanpa Izin ( PATI ) di negara ini juga dikatakan adalah antara faktor kepada penghijrahan belia Sabah ke Semenanjung. Ekoran kerana banyak peluang pekerjaan telah dikuasai dan dimonopoli oleh PATI sehingga sektor pertanian dan pembinaan gagal 'ditembusi' oleh golongan belia Sabah sendiri. Termasuk juga faktor harga atau upah buruh PATI ini yang rendah dan senang di perolehi.Menyebabkan belia di negeri ini seakan dianaktirikan.
Secara jangka panjangnya, fenomena aliran keluar Belia Sabah yang begitu tinggi akan memberikan kesan kepada prestasi ekonomi negeri. Bukan sahaja kita kehilangan buruh separuh mahir dan mahir tetapi juga akan menyebabkan kawasan perkampungan dan pedalaman yang ditinggalkan akan terus mundur. Bayangkanlah jika purata 12-24 orang belia yang menganggur di satu-satu kampung mengambil keputusan untuk berhijrah ke semenanjung saban tahun, apakah yang akan tinggal buat negeri Sabah guna sebagai pekerja dan buruh untuk membangunkan negeri ini.?
Fenomena inilah juga yang menjadi 'beban' dan halangan kepada kerajaan PAS di Kelantan ,apabila dilaporkan ribuan penduduk negeri itu 'keluar' berhijrah ke negeri lain, ekoran ketiadaan peluang pekerjaan di negeri itu. Cuma yang bezanya ialah Kelantan di Bawah pembangkang dan kegagalan menyediakan peluang pekerjaan itu menjadi tanggungjawab PAS di negeri Sitti Wan Kembang itu. Bagaimana pula di Sabah yang ditadbirurus oleh kerajaan BN..? Apakah juga akan menghadapi dilema yang sama? Jangan hanya kita bersandarkan kepada kajian dan data, sedangkan realiti masyarakat di Sabah masih berada pada paras kemiskinan.
Seharusnya limpahan pembangunan yang dibawa oleh BN, sekurang-kurangnya dapat meningkatkan taraf hidup dan frasarana di luar bandar. Setiap tahun kedengaran peruntukan ratusan juta ringgit disalurkan di Sabah tetapi impak kepada rakyat masih terlalu perlahan..? Di mana silapnya..?
Terbaru apabila Sabah akan mendapat RM100 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk Program Bantuan Rumah (PBR) tahun ini di bawah Program Rangsangan Ekonomi yang akan dilaksanakan di seluruh negeri ini. Menurut Ketua Menteri Datuk Musa Aman, dibawah program itu, kerajaan merancang untuk membina 2,500 unit rumah PBR di Sabah dan tahun tahun lalu sebanyak 1,165 unit rumah berkenaan telah pun dibina. Mungkin kata-kata Timbalan ketua menteri datuk Joseph Kitingan ini boleh difikirkan..
“Harapan rakyat semakin meningkat dan kejayaan kita hari ini tidak lagi diukur hanya berdasarkan kepada jumlah peruntukan atau kuantiti projek dan perkhidmatan yang diberikan, sebaliknya ia dinilai berdasarkan kualiti, impak dan faedah jangka panjang,”
Tuesday, January 5, 2010
7:43 PM
kelapa mawar
Dalam dunia perniagaan menjenamakan semula produk dan perkhidmatan adalah antara strategi pemasaran sesuatu syarikat untuk meningkatkan permerolehan keuntungan. Walaupun penjenamaan itu memerlukan kos pengendalian yang melambung tinggi dan tempoh masa yang agak panjang, namun langkah sedemikian dilihat mampu mengembalikan keyakinan dan kepercayaan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan itu. Mungkin atau tidak idea ini dicedok keberhasilannya dalam dunia korporat,maka ia di implimentasikan dalam dunia politik. PENJENAMAAN SEMULA .!.
Sesungguhnya idea penjenamaan semula BN adalah satu idea murni yang tidak wajar dikesampingkan keberhasilannya. Justeru itu apabila DSSK mencetuskan idea penjenamaan semula logo BN, ia satu idea kehadapan yang wajar diperdebatkan kerana selain kos dan tempoh masa penjenamaan yang panjang dan semakin mendekati PRU-13, ia juga menuntut kesediaan ahli untuk beranjak dari satu jenama lama kepada satu jenama baru yang nyata lebih berdaya saing dan mempunyai tahap “kesiapsiagaan” politik yang utuh dan ampuh. Maka wajar lah jika idea itu dipertikaikan, dicemuh, diperlekeh, dicerna, dikupas, dipuji, dihayati selain ada yang langsung beranggapan bahawa idea itu tidak releven dengan situasi politik sekarang yang menyaksikan komponen parti-parti TERAS dalam BN bergolak dengan krisis nilai dan kepimpinan yang teruk dan parah.
Jika apa yang dicadangkan itu menjadi kenyataan , maka BN akan mempunyai wajah baru, idea kepimpinan yang baru, gagasan penyatuan yang baru, selain daripada logo dan warna tarikan yang juga mungkin baru.Namun adalah tidak salah jika penjenamaan BN itu dilihat dari dua persepsi berbeza. Selain aspek kebaikannya, penjenamaan itu juga wajar dibaca dari segai kesan negative kepada parti perikatan tertua di negera ini. Rasional dan cabarannya wajar diketengahkan bersama idea penjenamaan itu, kerana kerasionalan ini akan memungkinkan daya dan usaha seterusnya dirangka untuk memperkasakan penjenamaan itu tidak hanya sekadar logo tetapi mungkin juga kepada rentak dan tari menghadapi karenah pembangkang di dewan rakyat.
Walaupun seperti yang dikatakan dari awal tadi, bahawa idea penjenamaan BN adalah satu idea murni, namun apakah wajar idea itu dilaksanakan ketika komponen parti TERAS seperti MIC, MCA, GERAKAN,PPP dan malahan UMNO sendiri sedang nazak dengan krisis yang meruncing. Bagaimanakah parti-parti kanan dalam BN ini menunjukkan komitmen atas penjenamaan itu, kerana mereka sendiri dalam ruang kepartian itu, gagal “dijenamakan” dari awal sehingga membawa kepada beberapa pemimpin utama meninggalkan parti dan menyertai PKR.? Kalaupun penjenamaan ini berlaku atas rela dan paksa..tentunyanya natjiah tidak akan seperti yang dikehendaki.. Misalnya MCA hingga kini masih dirundung malapetaka kepimpinan yang amat meruncing dalam sejarahnya. MIC juga dibayangi oleh kerakusan pemimpin tertentu yang hendakkan kuasa yang lama. GERAKAN pula dikatakan semakin lembik setelah gagal mempertahankan Pulau Pinang dalam PRU 12 yang lalu, walaupun Presidennya dilantik dalam kerajaan atas ihsan PM. PPP pula masih berhadapan dengan pertarungan dua orang berpengaruh dalam parti itu. Dan UMNO masih teraba-raba mencari mantera keramat guna menarik minat orang muda Melayu kepada parti itu. Jika yang demikian, tentu tidak wajar idea penjenamaan itu berkuatkuasa dalam waktu yang terdekat ini. Selagi krisis kepimpinan parti-parti komponen ini tidak diselesaikan.
Di Sabah, walaupun dikatakan suasana politik Nampak begitu tenang,namun sebenarnya bergolak. Kalau isu penjenamaan ini dilaksanakan di Sabah. Maka parti-parti komponen seperti PBS, PBRS dan parti Cina seperti LDP, akan merasai tempiasnya. Seperti yang berlaku di semenanjung, apakah Parti-parti komponen di Sabah juga bersedia menghadapi perubahaan yang wujud hasil dari penjenamaan itu. Bagaimanakah perjuangan PBS yang selama ini dilihat sebagai mempertahankan hak dan kedaulatan Sabah dapat diserasikan dengan kehendak kepada penjenamaan itu? Bagaimanakah keadaan PBRS yang begitu lemah dan ‘daif’ politiknya, boleh dibangunkan dengan idea ini..? Atau bagaimanakah meredakan kemarahan Chong Kah Kiat terhadap Umno Sabah ? Atau bagaimanakah lagaknya UMNO Sabah sendiri menerima perubahan ini?
Nyata idea penjenamaan BN di Sabah hanya retorik politik yang disandarkan kepada pengamatan peribadi pemimpin tertentu dan bukannya atas kepastian yang hakiki akan keberhasilannya.
Saturday, November 7, 2009
5:42 PM
kelapa mawar

Datuk seri Najib, mengingatikan para pemimpin komponen BN di Sabah bahawa kerajaan hari ini adalah hak dan milik mutlak rakyat. Tidak ada siapa yang berkuasa menentukan hala tuju kepimpinan mana-mana parti dan individu tertentu kecuali rakyat. Pendekatan dan matlamat akhir kepada pewujudan kerajaan itu adalah kerana Rakyat, Untuk rakyat dan kembali kepada rakyat.
Intipati ucapan ini perlu segera difikirkan oleh pemimpin politik di Sabah. keutamaan asas kepada apa juga pembangunan dan pembaharuan ialah 'rakyat'. Kepentingan diri, kroni juga suku dan sakat harus segera diketepikan. jika tidak, "kuasa" rakyat akan menentukan siapa, bila dan bagaimana penerusan kerjaya politik seseorang pemimpin.
Justeru itu penyingkiran para pemimpin rakyat dalam pru-12 yang lepas dilihat tidak menjiwai kehendak rakyat sebaliknya didasarkan dengan percaturan politik peribadi yang melampau. Bukan sekadar 'menghukum' pemimpin tetapi turut 'menzalimi' kehendak rakyat yang masih mendambakan para pemimpin mereka. Keadaan ini harus disendiri oleh Musa Aman selaku Ketua Menteri dan Pengerusi perhubungan UMNO Sabah. Akan sampai pada satu tahap dan ketika, "milik' rakyat seperti yang dikatakan oleh Najib itu akan dimanipulasi dan dipergunakan kembali oleh rakyat selaku yang punya hak dan pemilik asal. Jika kiranya ini yang berlaku, mampukah Musa Aman menyediakan penghadang kepada 'Perubahan' ini..? Bolehkah badai kehendak yang mula melanda di peringkat akar umbi kini ditahan oleh hujah-hujah politik yang sukar dipastikan kebenarannya..?
Musa Aman seseungguhnya perlu mengakui bahawa gelombang biru yang melanda Sabah kini boleh pada bila-bila masa berubah warna kepada Hijau atau biru muda bermata satu. Kerana itu satu bentuk 'penebusan' kesalahan harus dilakukan. Mengembalikan dan menghormati kehendak rakyat di sesetengah kawasan akan memberikan advantage berganda-ganda kepada UMNO Sabah.
Dengan kemasukkan PBS semula dalam BN, akan melakar sejarah politik baru. Pembahagian dan perkongsian kuasa mengikut suku boleh dipraktikkan kerana kerajaan BN di Sabah seperti yang dikatakan oleh Najib adalah milik mutlak rakyat negeri ini. seharusnya dikembalikan kepada mereka. Sejauhmana konsep "kerajaan milik rakyat" ini dapat mengetuk pintu hati MUSA AMAN..?