Tuesday, January 5, 2010



Dalam dunia perniagaan menjenamakan semula produk dan perkhidmatan adalah antara strategi pemasaran sesuatu syarikat untuk meningkatkan permerolehan keuntungan. Walaupun penjenamaan itu memerlukan kos pengendalian yang melambung tinggi dan tempoh masa yang agak panjang, namun langkah sedemikian dilihat mampu mengembalikan keyakinan dan kepercayaan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan itu. Mungkin atau tidak idea ini dicedok keberhasilannya dalam dunia korporat,maka ia di implimentasikan dalam dunia politik. PENJENAMAAN SEMULA .!.

Sesungguhnya idea penjenamaan semula BN adalah satu idea murni yang tidak wajar dikesampingkan keberhasilannya. Justeru itu apabila DSSK mencetuskan idea penjenamaan semula logo BN, ia satu idea kehadapan yang wajar diperdebatkan kerana selain kos dan tempoh masa penjenamaan yang panjang dan semakin mendekati PRU-13, ia juga menuntut kesediaan ahli untuk beranjak dari satu jenama lama kepada satu jenama baru yang nyata lebih berdaya saing dan mempunyai tahap “kesiapsiagaan” politik yang utuh dan ampuh. Maka wajar lah jika idea itu dipertikaikan, dicemuh, diperlekeh, dicerna, dikupas, dipuji, dihayati selain ada yang langsung beranggapan bahawa idea itu tidak releven dengan situasi politik sekarang yang menyaksikan komponen parti-parti TERAS dalam BN bergolak dengan krisis nilai dan kepimpinan yang teruk dan parah.

Jika apa yang dicadangkan itu menjadi kenyataan , maka BN akan mempunyai wajah baru, idea kepimpinan yang baru, gagasan penyatuan yang baru, selain daripada logo dan warna tarikan yang juga mungkin baru.Namun adalah tidak salah jika penjenamaan BN itu dilihat dari dua persepsi berbeza. Selain aspek kebaikannya, penjenamaan itu juga wajar dibaca dari segai kesan negative kepada parti perikatan tertua di negera ini. Rasional dan cabarannya wajar diketengahkan bersama idea penjenamaan itu, kerana kerasionalan ini akan memungkinkan daya dan usaha seterusnya dirangka untuk memperkasakan penjenamaan itu tidak hanya sekadar logo tetapi mungkin juga kepada rentak dan tari menghadapi karenah pembangkang di dewan rakyat.

Walaupun seperti yang dikatakan dari awal tadi, bahawa idea penjenamaan BN adalah satu idea murni, namun apakah wajar idea itu dilaksanakan ketika komponen parti TERAS seperti MIC, MCA, GERAKAN,PPP dan malahan UMNO sendiri sedang nazak dengan krisis yang meruncing. Bagaimanakah parti-parti kanan dalam BN ini menunjukkan komitmen atas penjenamaan itu, kerana mereka sendiri dalam ruang kepartian itu, gagal “dijenamakan” dari awal sehingga membawa kepada beberapa pemimpin utama meninggalkan parti dan menyertai PKR.? Kalaupun penjenamaan ini berlaku atas rela dan paksa..tentunyanya natjiah tidak akan seperti yang dikehendaki.. Misalnya MCA hingga kini masih dirundung malapetaka kepimpinan yang amat meruncing dalam sejarahnya. MIC juga dibayangi oleh kerakusan pemimpin tertentu yang hendakkan kuasa yang lama. GERAKAN pula dikatakan semakin lembik setelah gagal mempertahankan Pulau Pinang dalam PRU 12 yang lalu, walaupun Presidennya dilantik dalam kerajaan atas ihsan PM. PPP pula masih berhadapan dengan pertarungan dua orang berpengaruh dalam parti itu. Dan UMNO masih teraba-raba mencari mantera keramat guna menarik minat orang muda Melayu kepada parti itu. Jika yang demikian, tentu tidak wajar idea penjenamaan itu berkuatkuasa dalam waktu yang terdekat ini. Selagi krisis kepimpinan parti-parti komponen ini tidak diselesaikan.

Di Sabah, walaupun dikatakan suasana politik Nampak begitu tenang,namun sebenarnya bergolak. Kalau isu penjenamaan ini dilaksanakan di Sabah. Maka parti-parti komponen seperti PBS, PBRS dan parti Cina seperti LDP, akan merasai tempiasnya. Seperti yang berlaku di semenanjung, apakah Parti-parti komponen di Sabah juga bersedia menghadapi perubahaan yang wujud hasil dari penjenamaan itu. Bagaimanakah perjuangan PBS yang selama ini dilihat sebagai mempertahankan hak dan kedaulatan Sabah dapat diserasikan dengan kehendak kepada penjenamaan itu? Bagaimanakah keadaan PBRS yang begitu lemah dan ‘daif’ politiknya, boleh dibangunkan dengan idea ini..? Atau bagaimanakah meredakan kemarahan Chong Kah Kiat terhadap Umno Sabah ? Atau bagaimanakah lagaknya UMNO Sabah sendiri menerima perubahan ini?

Nyata idea penjenamaan BN di Sabah hanya retorik politik yang disandarkan kepada pengamatan peribadi pemimpin tertentu dan bukannya atas kepastian yang hakiki akan keberhasilannya.

23 ulasan :

Seliu Liu said...

Utamakan ahli Umno Bahagian Kota Belud yang gagal didampingi.

Logo masih bagus dan tidak perlu rebranding...

Biduk Diki said...

Anak dipangkuan mati kebuluran, kera di hutan diberi susu...

Terharu betul hati saya dalam waktu yang sama sangat kagum dgn perjuangan Denakan Seliu-liu bersama rakan bloggers terutama Kelapa Mawar, Siti Farhana, Depu-Depu dan bloggers lain yang tidak putus-putus membela memperjuang nasib orang kampung. Benarlah kata orang, jika bukan golongan muda seperti kalian yang ada idealisme perjuangan yang berani pergi ke depan, siapa lagi? Jika tidak sekarang, bila lagi? Bilang Cikgu Jame Alip.
Kalian mungkin akan didatangi, ditawar, dirunding mungkin juga akan diserang, difitnah, blog diganggu dan macam-macam. Tapi jangan pedulikan, jangan mengalah dengan tipu daya pujuk rayu, terus lawan dan lawan atas nama kebenaran.
Bantu masyarakat yang ditindas tidak dipeduli. Perjuangkan hak mereka layak sebagai manusia rakyat berdaulat supaya ikut membangun dan maju, mendapat keadilan.
Suntik semangat jiwa pemuda, jiwa merdeka kawan-kawan kalian. Ini zaman giliran kalian membuat perubahan. Ajak mereka bersama-sama mencipta masa depan melakar sejarah. Gunalah ketajaman mata pena, stamina biar cukup, nafas harus panjang, semangat perlu kental. Atur langkah baik-baik, ketahui taktik musuh, serangan biar padu tepat sampai sasaran paki’. Jangan lupa niat khlas supaya perjuangan tidak sia-sia di sisi-Nya. Semoga kalian berjaya, nama akan harum wangi semasa hidup dan sesudah mati.

Mohd Amini said...

Salam KM, Idea penjenamaan semula lambang BN memang usaha murni dan satu trateji politik yang baik.Namun barangkali belum sesuai dalam situasi parti-parti utama kemponen BN sedang bergolak.Lambang neraca nasional itu pernah disifatkan "lambang kermat'rakyat Malaysia terutama di negeri Sabah.Pengundi genarasi tua sebut sahaja lambang BN-Timbangan semasa pilihan raya mereka secara automatik memangkah lambang BN tak kira siapa calonnya.

Idahan said...

salam sdri..

DSSK mencetuskan idea penjenamaan logo BN itu utk kepentingan diri dan politiknya. Kerana dia mengandaikan bahawa popularitinya harus segera dibangkitkan utk melayakkannya dicalonkan semula pada PRU-13. Konon dia pemimpin yg ada vision dan mission..walhal UMNO KB pun gagal ditadbirnya..rosak dan bersepah..

pada pengamatan DSSK apabila dia dilantik sebagai Tim. Pengerusi UMNO Negeri,maka dia berpeluang semula utk menkadi KM atau dibawa masuk dalam kabinet MUsa Aman..sedangkan itu dibuat utk meredakan kemarahannya sahaja...sebab digugurkan...kalau benar dia diperlukan oleh umno negeri..kenapa sampai sekarang tidak ada satu pun jawatan politik dan kerajaan yg diberikan kepada dia..?

malahan saya dengar sekarang ada memorendum rakyat yg dibuat utk diserahkan kepada Ketua Menteri dan PM tentang kes rakyat yg tidakpuas hati..

Pak Cik Amin said...

idea penjenamaan logo BN seperti yg dilaporkan oleh berita..satu idea yang baik..tetapi alang-alang kerana hanya melibatkan logo dan tidak keseluruhan jentera parti dan kemudahannya..

Logo berkesan utk menarik minat orang ramai supaya mengundi BN..tetapi itu dulu..kerana sekarang golongan muda tidak sangat melihat itu..yg dilihat ialah ketelusan, kemakmuran kepimpinan, tanggungjawab dan pendekatan terhadap rakyat..?

ertinya ia melibatkan sikap dan [perwatakan politik..sepatutnya idea penjenamaan ini merangkumi sikap dan pertsonaliti politik..

kalau di Sabah maka penyatuan bumiputera Islam seharusnya dijadikan aganeda utama..kalau di KB juga benda yang sama selain memperbaiki pendekatan kepada peringkat akar umbi.

Roslan M. said...

Cabaran utama BN di sabah bukan LOGO, tetapi penyatuan pemimpin bumiputera islam. Maka seharusnya dirangka satu program utk merintis kepada penyatuan itu...bila sikap dan keinginan bersatu itu sudah semakin kuat dan ada kesedaran betapa perlunya keserasian idealisme dan kekuatan politik yang boleh dimiliki..maka LOGO Baru sendirinya akan terlaksana.

Pendekar Tua said...

sdri KM..

Kalau nak cerita tentang BN di Sabah..rasanya UMNO selaku tunjang terlebih dahulu berubah dan mendukung penjenamaan ini. Para pemimpin yang terdahulu tidak harus disisihkan sebegitu sahaja... Mereka ada kekuatan dan karisma tersendiri dalam menarik minat sokongan rakyat.

misalnya sokongan rakyat menurun kepada calon umno di KB keranasebagai tanda protes kepada Musa Aman sebab tidak mencalonkan TSP dan DSSK di KB..

kalau ini berlanjutan ..bagaimana idea penjenamaan semula BN dan UMNO di Sabah akan berjaya..

BELUM PENDEKAR said...

Salam Km,

1. Dalam isu penjenamaan semula BN ini, saya mendapati bahawa apa yang kebanyakan daripada kita fahami ialah cadangan penjenamaan semula yang diutarakan hanya tertumpu kepada perubahan LOGO semata-mata. Saya juga mendapati bahawa ada yang berpendapat ianya adalah merupakan retorik politik yang bertujuan untuk kepentingan individu tertentu semata-mata.

3. Berkaitan pengamatan saya yang pertama di atas, saya ingin menjelaskan bahawa berbeza dengan konsep penjenamaan semula dalam bidang perniagaan, penjenamaan semula sesebuah organisasi yang berteraskan kepada perkhidmatan (spt Parti Politik) biasanya akan memberi tumpuan khusus kepada aspek "pendekatannya" atau dalam bahasa yang lebih mudah, kaedah baru bagaimana organisasi tersebut beroperasi dengan lebih baik untuk menarik lebih banyak sokongan. Ianya bukanlah perubahan LOGO semata-mata. Kalau mengubah LOGO itulah yang kita anggap sebagai penjenamaan semula, maka saya fikir ada sesuatu yang diperbetulkan.

3. Dalam pengamatan yang kedua, saya berpendapat ini menggambarkan bahawa kita telah mempunyai "mind set" yang negatif terhadap individu tertentu maka oleh sebab itulah apapun pandangan atau lontaran yang diberi oleh individu berkenaan walau sebaik mana sekalipun, kita tetap akan anggap sebaliknya.

4. Komen sdra Idahan adalah contoh yang amat jelas sekali. Lontaran pemikiran beliau begitu jelas menunjukkan betapa "mind set" yang negatif telah menguasai beliau. Maka, seperti nasihat beliau kepada saya supaya berfikir secara waras, saya juga ingin menasihatkan sdra Idahan supaya berfikir secara waras.. janganlah asal ada isu saja, semuanya akan digunakan untuk memburuk-burukkan individu tertentu. Jangan begitu sdra Idahan... Kita harus selalu ingat bahawa kita juga tidak sempurna. Persepsi dan andaian sdra tidak semestinya benar. Saya tidak rapat dengan DSSK, malah beliau juga tidak kenal dengan saya.. tetapi saya tidak fikir analisa sdra mengenai beliau, khususnya berhubung karier politik negeri dan nasional beliau tersebut adalah benar. Andaian bahawa DSSK tidak diberikan jawatan politik dan kerajaan sebagai "penolakan" UMNO negeri kepada beliau adalah terlalu mentah untuk diterima akal. Harus juga diingat bahawa bukan DSSK yang melantik dirinya sendiri sebagai Timbalan Pengerusi Perhubangan UMNO negeri.
Bahkan, Pucuk pimpinan tertinggi yakni Presiden UMNO lah yang telah melantik beliau ke jawatan tersebut. Saya tidak fikir PM akan berfikiran seperti sdra. Melantik seseorang ke jawatan tertentu untuk ambik hati. Bukan dengan niat ikhlas. Kalau benar sdra berjuang untuk kebaikan rakyat KB, pemikiran yang tidak waras seumpama ini sepatutnya dijauhkan. Berilah komen dan cadangan secara profesional jika benar-benar ikhlas dan tidak beragenda.

5. Masalahnya, sesetengah daripada kita telah terlalu "obsess" dengan berpolitik sehingga leka dan terlupa bahawa ada lagi aspek kehidupan lain yang lebih penting untuk dilakukan. Berusaha mencari rezeki misalnya. Dan, Sebab itulah maka sehingga kini, ramai yang akan marah jika projek yang ingin dilaksanakan di kampung masing-masing oleh wakil rakyat diberi kepada orang lain dan bukan diri mereka.

6. Lalu, akan adalah orang seperti Idris Hj Nanti yang akan menjadi mangsa tohmahan. Masyaallah...

Ajin b. Gagah said...

Salam untuk kalian,
Disini saya mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada blogger lamakdidki yang sudi melawat dan memberi ulas-pandang di blog saya baru-baru ini.. Selamat datang ke dunia blog.

Dari kontek politik, rasa nya penjenamaan semula BN melalui pembaharuan dalam logo ada lah tindakan yang strategic, bijak dan ‘smart ideology- BN baru’.

Seandai nya, logo BN baru ini diluluskan, pasti nya Promosi besar-besaran akan di laku kan di mana-mana. Di seluruh Negara, Negeri, Daerah, kampong dan cawangan-cawangan BN khas nya.

Dengan jentera dan kedudukan kewaangan yang kukuh semua Pemimpin-Pemimpin BN akan ada alasan yang selesa ‘turun padang’ untuk menerangkan ‘contents and objectives’ penjenamaan semula BN dengan logo baru tersebut.

Disamping itu, peluang berkempen hal-hal yang berkaitan dengan kebaikan parti mereka; bak kata orang, “sambil menyelam sambil minum air”.

Kalau di kirakan, kita hanya ada lebih kurang 2 tahun sahaja sebelum PRU13. Justru itu, pemimpin-pemimpin BN pasti nya akan menggunakan peluang dan masa yang ada dengan sepenuh nya.

Mungkin ‘timetable’ tersebut ada lah saperti berikut;
i) 1 tahun pertama untuk mempromosikan logo dan BN baru untuk ahli BN di tiap-tiap bahagian dan cawangan
ii) 1tahun selajut nya untuk mempromosi kan bahawa BN masih releven (dengan logo baru dan konsep 1 Malaysia) untuk semua rakyat Malaysia.

Dengan itu, saya rasa usaha untuk menjenamakan ( sekadar tukar baju baru) perlu juga di beri pandangan positif oleh Ahli BN dan mereka-mereka yang sewaktu dengan nya…Fikir-fikirkan lah

Semuga kalian Sukses

Biduk Diki said...

Undi BN jatuh bukanm pasal pengguguran SSK dan TSP tapi kerana pengaruh pembangkang semakin kuat di Kota Belud...

buktinya undi Japlin meningkat

undi rahman dan musbah meningkat di kawasan kdm hanya kawasan iranun goyah kerana seperti kita sedia maklum ada sentimen perkauman...

Biduk Diki said...

Sdri KM,
Malang sekali Presiden UMNO kita, ada lagi rupanya Ketua Bahagian begini yang tidak sedar diri, terputus dari denyut nadi rakyat. Bukan rebranding itu yang rakyat mahu, bukan retorika, bukan sikap kuat berpura-pura, bukan kuat menipu, kuat mencantas, atau hanya muncul menjelang pemilihan parti, UMNO Bahagian tidak dipeduli, apalagi rakyat miskin dan tertindas.

Kenapa, masih buta dan pekakkah dengan rintihan rakyat? Kan boleh kata hampir setiap minggu ada saja keluhan rakyat keluar dalam blog Kelapa Mawar, Seliu-liu, Siti Farhana, Musram, Idahan, Suara Bebas Tuaran dll dan dalam media cetak. Asyik-asyik mengaburi mata rakyat, asyik-asyik memperdaya pemimpin atasan. Apa yang kamu sudah buat dengan rebranding USBO itu? Mana hasilnya? Kalau persatuan sendiri yang kamu jadi Ketua tidak ada hasil baino', jangan cuba tunjuk ajar PM pula. Sudahlah.

Sudahlah. Kita jangan tertipu lagi. Sekali kena cukuplah. Ngam juga PM tidak layan tidak termakan umpan dgn cadangan mengarut.

Sudahlah. Kita sekarang sudah banyak pilihan lain. Ada belasan orang dlm Bahagian dan luar Bahagian yang berpotensi, bukan Ketua Bahagian seorang.

kelapa mawar said...

salam sdrKekandaku Azrone...

terima kasih atas kunjungan sdr ini. Ia menjadi pembakar semangat kepada Kelapa Mawar utk terus menyatakan pendirian dan pandangan berhubung dengan apa yg berlaku..

semoga kekandaku terus diberikan kekuatan.

kelapa mawar said...

salam sdr lamakdiki..

pertama sekali , terima kasih atas keterharuan sdr itu..saya memahaminya. Kelapa Mawar hanya mengutarakan isu yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Jika ada yang rasa tersentuh itu adalah kerana kesilapan yang dilakukan dan bukannya untuk tujuan provokasi..

ma kasih atas pandangan itu

kelapa mawar said...

Salam Sdr Amini..

ma kasih atas pandangan sdr itu..rasanya penjenamaan semula BN di Sabah harus difikirkansemula natijah dan impak kepada situasi politik semasa supaya tidakberlaku yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran

kelapa mawar said...

sdr idahan..

terima kasih kerana turut sama dalam perbincangan ini..pandangan sdri saya ambik kira untuk memikirkan kembali akan perkara yang berlaku. thanks.

kelapa mawar said...

pakcikAmin..

Isu penyatuan bumiputera Islam di Sabah merupakanisu yg sangat penting kerana kekuatan UMNO di Sabah bergantung kepada kesepaduan para opemimpin ini. Maka itu harus iberikan runag kepada para pemimpin supaya dapat duduk semeja membincangkan agenda perjuangan mereka.

kelapa mawar said...

sdr Roslan M..

memang benar apa yg sdr katakan itu. ma kasih kerana terus memberikan pandangan

kelapa mawar said...

Pendekartua..

Pengguguran beberapa org pemimpin di Sabah pada pru-12 bukanlah atas sebab kerana proses penjenamaan tidak bermula teta[pi atas sebaba dan faktor lain.

terima kasih kerana memberikan pandangan.

kelapa mawar said...

sdr Belum Pendekar..

terima kasih sekali lagi kerana menyertai kami dalam perbincangan ini..idea sdr yang neutral membuatkan saya berfikir tentangnya..saya berharap agar sdr terus memberikan idea sebegini ..semoga sdr terus sukses.

kelapa mawar said...

sdrku Solymone..

satu idea yang nampak lebih telus dan terbuka..biarpun nampak semacam menyokong idea penjenamaan itunamun harus difikirkan juga akan natijah kepada idea itu..sebab itulah rasional dan cabaran harus dikedepankan sebelum menerima idea itu bulat-bulat.

walau bagaimanpun ini hanya lah pandanagn kecil dari saya. Saya amat menghormati pandangan sdr.

semoga terus sukses.

BATU MENUNGGUL said...

salam km,

timbangan berat sebelah ini memang wujud sejak kedatangan BN disabah tambahan UMNO sudah masuk disabah dimana sejak TSP dan DSSK pegang ini KB, sekarang saya rasa DHMJ dan DJA mula sudah ikut jejak berat sebelah ini, sebab itulah mereka-mereka ini sentiasa mendapat tentangan bila pilihanraya berlaku, kalau diaorang ini adil dan amanah sudah tentu tiada orang yang berani menandingi meraka, kita tingok seorang pemimpin UMNO yang adil dan amanah macam datuk ghaffur salleh dan awdnir, selalu tanpa tanding bolehkah TSP, DSSK, DHMJ, DJA, DARD lakukan sebegini........

watasikadi said...

salam KM,
sorry coz this very late comment.. selalu busy sekarang cari kerja baru dan interview sana sini...
rebranding satu langkah bijak BN untuk memprogramkan turun padang mereka. setuju dengan uncle IR kita, BN mungkin akan mendapat semula sokongan orang muda walaupun tidak banyak tapi sikit adalah..seperti saya sukar sudah mau dikempen...namun mengapa ahli UMNO dan BN sendiri ramai tidak bersetuju semata2 kerana ianya idea DSSK. semua DSSK punya cubaan untuk mengukuhkan BN ditolak lepas tu cakap DSSK tidak buat kerja. hehehe..beginilah UMNO KB..sudah pilih ketua tapi tidak mahu disokong. kalau pemimpin pilihan kita tidak menang mengapa perlu maruah parti digadaikan.walaupun saya orang luar UMNO, namun saya tetap akan menegur sedaya mampu kerana nasib masyarakat KB masih lagi dibawah pemerintahan BN. jadi di KB 3 dari 4 kerusi adalah milik UMNO namun bukan ketua bahagiannya. peranan sebagai ketua dalam sesebuah parti cuba dimainkan DSSK namun cuba dicantas supaya dia nampak lebah..inilah dikatakan presiden kalin sebagai yang membawa rebah.kenapa BN kehilangan banyak negeri ketika PRU-13? kerana sabotaj dari orang dalam UMNO dan BN sendiri.kerana terlalu ramai orang baru dicalonkan. di sabah masih selamat. dan PRU-13 mungkin masih BN menang dan PRU-14 bye2 gaman sudahla h BN jika sabotaj sesama sendiri masih menjadi wadah perjuangan UMNO KB..UMNO bergaduh nasib rakyat tergadai..manis buah bukan kerana gula, jadi makanlah buah ganti gula..hehehe..satu malaysia, gula tiada, robert kuok juga yang kaya.

Panglima Wakap Embo Wakap said...

salam persahabatan dan salam perkenbalan di alam siber... teruskan perjuangan