Tuesday, January 26, 2010



Membandingkan dua NGO ini, mengingatkan kita kepada mana-mana perjuangan yang diasaskan dengan prinsip 'ketuanan bangsa' akan menghadapi pelbagai masalah penyatuan serta kesepaduan meletakkan dan memertabatkan bangsa dan ketuanannya seperti yang diperjuangkan.

Jika USBO di Sabah diberikan nafas segar dengan pimpinan ahli politik yang 'digugurkan', maka apa juga kurangnya PERKASA di semenanjung, dipelopori oleh ahli politik yang 'digugurkan' dari UMNO dan berwakil walikan tiket BEBAS sebagai sandaran memeluk pangkat sebagai wakil Rakyat. Maka persamaan ini, meletakkan kedua-dua NGO ini dalam persada politik di Sabah.

Walaupun PERKASA begitu rancak melahirkan 'anak-anak' di setiap negeri di seluruh Malaysia dengan menjadikan 'mempertahankan ketuanan Melayu dan peribumi berlandaskan undang-undang sedia ada', namun PERKASA di Sabah, tidak nampak sangat akan kerelevannya kerana sudah begitu banyak pertubuhan mengikut suku dan bangsa di Sabah. Di Semenanjung, agak berbeza, kerana Selain UMNO yang menjadi parti Melayu tertua dan PAS sebagai serpihan kepada UMNO, biarpun banyak NGO berasaskan "melayu" ,namun kelantangan mereka dikongkong oleh dasar dan 'kemahuan' kerajaan.

PERKASA walaupun bukan sebuah parti politik, namun jika dipimpin oleh 'orang politik' ,maka 'bau-bau bacang' politiknya akan terasa juga. Inilah yang melanda USBO, sebuah NGO yang dikatakan bukan bermotifkan politik tetapi di pimpin oleh orang politik. Walaupun analisis ini adalah pandangan golongan tertentu, namun amat berguna untuk pimpinan PERKASA, supaya nasibnya tidak menjadi seperti 'Kera mendapat Bunga'.

Biarpun sudah kedengaran akan 'kehebatan' PERKASA, kononya ada mengaitkan dengan akan ada orang-orang 'PERKASA' akan bertanding atas tiket BEBAS dalam PRU akan datang, namun ia tidak banyak membantu NGO itu di Sabah. Lama-kelamaan PERKASA ini akan dilupakan dan dikebelakangkan atas alasan 'kesibukan' berpolitik. Bukankah PERKASA di sabah juga didukung oleh 'orang politik'?

Apa yang membezakan USBO dan PERKASA ialah tempat kelahiran. PERKASA di sabah menerima suntikan dari tanah seberang, manakala USBO hanya terhad di Sabah sahaja, walaupun suatu ketika nampak ikatan dengan NGO dari luar.

USBO kini seakan kehilangan "bapa tiri", apabila sudah tidak kedengaran 'agenda' mereka, kerana lantaran 'kesibukan' orang politik mengejar kedudukan dan peluang politik di depan mata.

Dari sudut politiknya, jika USBO 'gagal' melayakkan dirinya sebagai pembela masyarakat rumpunnya, maka apakah kelebihan PERKASA untuk menjadi pembela kepada rumpun USBO di Sabah? Kerana itu , nasib PERKASA SABAH ,memungkinkan akan menjadi seperti nasibnya USBO..

23 ulasan :

Unknown said...

Salam sdri Kelapa Mawar,

Saya petik artikel sdri "Dari sudut politiknya, jika USBO 'gagal' melayakkan dirinya sebagai pembela masyarakat rumpunnya, maka apakah kelebihan PERKASA untuk menjadi pembela kepada rumpun USBO di Sabah? Kerana itu , nasib PERKASA SABAH ,memungkinkan akan menjadi seperti nasibnya USBO.."

Pada pemikiran saya yang tidak seberapa NGO ditubuhkan semata-semata bertujuan demi kepentingan individu tertentu contohnya USBO ditubuhkan untuk mengertak Musa Aman semata-mata, that's all.

Selamat Berkarya...

PIPIT PEKEPA' said...

Mempersenda USBO adalah mempersenda bangsa Bajau. Mempersenda Perkasa adalah mempersenda Pribumi di Tanahair ini termasuk di Seluruh Malaysia. Saya menuntut KELAPA MAWAR MEMOHON MAAF KEPADA USBO DAN PERKASA kerana keceluparan Kelapa Mawar ini. Saya tunggu.

Kelapa Mawar. Berhentilah menghina Bangsa saya, Bajau dan Keturunan saya, sebagai pribumi. Saya tidak ingat saya berhutang dengan Kelapa Mawar!! Kalau menulis gunakan otak yang waras di kepala bukan otak di lutut. Atau kalu tak mampu langsung berfikir waras jangan menulis langsung.

PIPIT PEKEPA' said...

http://sembiraiku.blogspot.com/2010/01/pemgendali-blog-kelapa-mawar-mula.html

Katakamu said...

salam sdri KM..

saya menyarankan agar sdri jangan terpedaya dengan provokasi sdr Pipit pengendali dua blog termasuk sembiraiku..

saya mengenali pengendali blog ini..mempunyai lebih daripada 5 blog..penulisannya berunsur provokasi yang disangkanya sebagai perjuangan..

dari gaya penulisan dan juga perkataan yg selalu digunakannya jelas dia hanya seorang penulis picisan yang bersendirian..

teruskan sdri KM...jangan minta maaf dengan blogger entah dari mana ini..

Watababai said...

Salam buat adik KM..

saya jarang memberikan komen mengenai penulisan sdri, namun kali ini saya cuba untuk memberitahu bahawa USBO dan PERKASA adalah dua NGO yang berbeza..

saya harap sdri dapat mencari perbezaan itu.TQ.

PIPIT PEKEPA' said...

Salam Watababai, Saya faham KM tidak tahu apa itu USBO dan Perkasa tapi dia terus saja menghina Pribumi dan bangsa Bajau. Ini bukanlah gambaran individu yg berfikiran terbuka dan menghormati polarisasi kaum. Mengapa Mesti bangsa saya dihina dan diperkecil?

PIPIT PEKEPA' said...

Katakamu,
Bebahagialah dengan ilmu pengetahuan kamu. Mudah-mudahan blog kamu yg kosong itu akan berisi sekurang-kurangnya untuk faedah pembaca BUKAn hanya digunaka sebagai tresspassing rumah orang!. Apakah kamu juga menghalalkan penghinaan terhadap bangsa dan suku kaum?

Kami promoter perpaduan yang menghalang penghinaan sesama suku kaum hatta apa bangsa dan agama sekalipun. Kami anak anak Pribumi Perkasa Malaysia. Pantang melihat penghinaan terhadapa bangsa kami dan kami biarkan bermaharaja lela sewenang-wenangnya.

Unknown said...

PERKASA muncul diketika UMNO dan parti-parti politik yang membela nasib bangsa Melayu dan pribumi di Malaysia tidak berani secara terbuka membela nasib bangsanya.

Ketika bangsa pribumi berpecah maka kelihatan pribumi lemah dan satu-satunya yang tinggal kepada kaum pribumi adalah kuasa politik. kuasa ekonomi dll telah lama dimiliki kaum bukan pribumi.

Keputusan PRU12, menjadikan kedudukan politik pribumi spt telur dihujung tanduk. Parti politik tidak berani secara terbuka menyokong perjuangan bangsa pribumi kerana menjaga sensitiviti kaum bukan pribumi.

PERKASA adalah jelmaan UMNO ketika parti itu menentang Malayan Union dulu. MB Pahang, Datuk Seri Adnan Yakub, pada 24 Januari lalu ketika melancarkan Perkasa negeri Pahang dengan terang-terang mengatakan orang Melayu hari ini telah menjadi lemah dan penakut. Mereka telah biasa dalam zon selesa. Perkasa telah menyedarkan bangsa Melayu/pribumi bahawa hak mereka semakin terhakis.

Di Sabah Perkasa hanya berstatus cawangan. Saya adalah YDP yang dilantik pada 12.Disember 2009. Mulai Mac Perkasa akan mengadakan road show dan melancarkan Perkasa di peringkat daerah-daerah.

Terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian kerana Perkasa baru dilancarkan. pada 30hb Januari Tun Mahathir akan lancar Perkasa negeri Selangor.

Setelah semua negeri di lancarkan, barulah Perkasa akan memulakan aktivitinya seluruh negara dengan aktiviti penting di Kucing Sarawak pada Mei iaitu KONVENSYEN PRIBUMI SARAWAK. 1TEKAD 1MATLAMAT.

Perkasa dan USBO berbeza kerana Perkasa adalah NGO politik manakala USBO seperti KDCA, persatuan bugis, USDA, persatuan Bisaya. NGO membela nasib kaum-kaum tertentu dalam konteks bukan politik.

Perkasa secara jelas sebuah NGO politik tetapi bukan parti politik. matlamat Perkasa menyatukan bangsa pribumi utk mempertahan kuasa politik di negara ini.

Membandingkan dua NGO yang berbeza matlamat barangkali sukar untuk diberi penilaian.

Unknown said...

Sebagai YDP Perkasa, saya rasa terlalu awal KM membawa persoalan relevan atau tidak perjuangan Perkasa di Sabah.

Saya juga AMT USBO tetapi saya ambil keputusan fokus kepada Perkasa kerana skop perjuangan lebih luas berbanding dengan USBO.

Pada mesyuarat lalu saya mohon kepada presiden USBO untuk berundur sebagai AMT USBO kerana memberi tumpuan kepada PERKASA. presiden dengan hati terbuka memberi kebenaran.

SALAM MO

Unknown said...

Mohon izin Kelapa Mawar jawap posting seliu-liu iaitu Azrone yang kata saya seperti cacing kepanasan.

Saya terpaksa jawap disini kerana seliu-liu tidak siar penjelasan saya.

dua hari lepas ada komen yang siar dalam facebook antara saya dengan sdra azronne mengenai Kudat by pass.

komen itu dia post dalam blognya. dia juga komen dengan menggunakan berbagai nama termasuk mengatakan keturunan saya barua dan pengkhianat. mungkin itu bukan azrone, tetapi dia yang siarkan dan komen saya dia tidak siarkan.

Saya heran juga kerana azrone yang berstatus siswazah tetapi berfikiran begitu dan terlalu emosi kerana saya tidak pernah caci keluarga dan keturunannya!

dia secara terang-teran serang peribadi saya hanya kerana saya cadang kita saman kerajaan kerana Kudat by pass tidak membayar pampasan dan saya sanggup membayar peguam.

Mohon Azrone jadi dewasa.

Salam MO

palingberani said...

salam KM..

saya begitu gembira dengan penjelasan YDP PERKASA sdr Musli yg begitu terperinci dan berhemah..

tidak melenting sebaliknya menggambarkan keadaan yang sebenar..

Syabas Bro...

Mohd Amini said...

Salam KM, Saya menyokong perjuangan PERKASA Sabah kerana yakin pertubuhan ini adalah alternatif kepada perjuangan Peribumi Sabah untuk mempertahankan hak-hak kerakyatan di negeri ini.

kunyit said...

Salam Kelapa Mawar,
Perkasa..perkasa..perkasa..perkasa, usbo..usbo..usbo..usbo, dia orang sepupu sepapat bapa sama-sama lelaki...

Unknown said...

Salam Kelapa mawar: berikut kenyataan Dato Ibrahim Ali Presiden Perkasa Malaysia terhadap paparan ini:

Salam: Keistimewaan orang Melayu/bumiputra (yang dijamin dalam perlembagaan)mesti dan wajib diutamakan, kerana matlamat 30% belum TERCAPAI.

Model Ekonomi Baru wajin menentukan matlamat ini selaras dengan "Rakyat didahulukan (sebab kaum bumiputra yang majoriti) Pencapaian di utamakan" baru slogan berjaya slogan 1Malaysia.

Ianya juga berPAKSI KEPADA ASAS perlembagaan Malaysia fasal 153 dan taatsetia kepada DYMM SPB YDP Agong sebagai payung negara dan pemusatan simbol perpaduan negara.

Inilah asas sosial kontrak yang dipersetujui sewaktu MALAYA merdeka dengan menerima kaum pendatang dan imigran sebagai WARGANEGARA.

MELAYU-BUMIPUTRA BERSATU TEGUH MEMPERTAHANKAN INI DIBAWAH PERJUANGAN PERKASA.

Salam daripada Sdr Ibrahim Ali, Presiden PERKASA

kelapa mawar said...

salam radiamoda..

saya menghargai yg amat sangat akan kehadiran sdr dalam blog KM ini..teruskan mengikuti penulisan KM semoga sdr terus sukses.

kelapa mawar said...

sdr Pipit..

Ma kasih kerana memberikan pandangan mengenai hal ini. walaujpun barangkali tanggapan sdr agak meleset..

saya harap sdr dpt membaca kembali artikel ini..supaya sdr dapat memahaminya dengan mendalam..


semoga sdr terus diberikan kekuatan utk terus berkarya.

kelapa mawar said...

salam sdr katakamu..

ma kasih atas nasihat itu..saya tidak terasa dengan apa yang dikatakan oleh sdr Pipit itu..mungkin dia tidak memahami apa yang saya maksudkan..

walau bagaimanapun saya menghargai kehadiran kalian berdua..

kelapa mawar said...

Sdri Watababai..

Insyallah! saya mengetahuinya..terlebih lagi apabila YDP PERKASA SABAH telah menerangkan mengenai perkara ini..

ma kasih kerana memberikan pandangan

kelapa mawar said...

Sdr YDP PERKASA SABAH, SDR MUSLI..

ma kasih yang tidak terhingga atas penerangan dan maklumat sdr yang begitu jelas dan membina..

penulisan ini hanya pendapat peribadi saya mengenai kekhuatiran PERKASA menjadi seperti USBO yang dipergunakan utk kepentingan politik.

saya berterimakasih atas pengakuan jujur sdr mengenai PERKASA berupa NGO Politik yang aktif memperjuangkan nasib dan hak peribumi mengikut landasan perlembangaan..

mengenai ulasan sdr kepada sdr Seliu-liu saya terima dengan seadanya

ma kasih sekali lagi..semoga sdr terus sukses dan memperjuangkan hak bumiputera di Sabah.

saya mebgikuti perkembangan sdr...

kelapa mawar said...

salam sdr palingberani..

ma kasih atas sokongan ini..

kelapa mawar said...

salam sdr Kunyit..

ma kasih atas kunjungan ini..

kehadiran sdr saya amat menghargainya..

kelapa mawar said...

Salam sdr Musli..juga salam untuk YB IbrahimAli Presiden PERKASA MALAYSIA..

Terima kasih atas penerangan YB mengenai perkara ini..

saya amat menghargainya..

semoga PERKASA Akan terus memperjuangkan hak dan nasib peribumi..

kelapa mawar said...

sdr Amin..


saya begitu menghargai idea sdr setiap kali mengunjungi dan memberi pandangan dalam blog KM ini..

semoga sokongan sdr kepada PERKASA akan memberikan kekuatan kepada NGO ini..teruskan..semoga sdr terus sukses.