Showing posts with label NGO DI SABAH. Show all posts
Showing posts with label NGO DI SABAH. Show all posts

Tuesday, January 26, 2010



Membandingkan dua NGO ini, mengingatkan kita kepada mana-mana perjuangan yang diasaskan dengan prinsip 'ketuanan bangsa' akan menghadapi pelbagai masalah penyatuan serta kesepaduan meletakkan dan memertabatkan bangsa dan ketuanannya seperti yang diperjuangkan.

Jika USBO di Sabah diberikan nafas segar dengan pimpinan ahli politik yang 'digugurkan', maka apa juga kurangnya PERKASA di semenanjung, dipelopori oleh ahli politik yang 'digugurkan' dari UMNO dan berwakil walikan tiket BEBAS sebagai sandaran memeluk pangkat sebagai wakil Rakyat. Maka persamaan ini, meletakkan kedua-dua NGO ini dalam persada politik di Sabah.

Walaupun PERKASA begitu rancak melahirkan 'anak-anak' di setiap negeri di seluruh Malaysia dengan menjadikan 'mempertahankan ketuanan Melayu dan peribumi berlandaskan undang-undang sedia ada', namun PERKASA di Sabah, tidak nampak sangat akan kerelevannya kerana sudah begitu banyak pertubuhan mengikut suku dan bangsa di Sabah. Di Semenanjung, agak berbeza, kerana Selain UMNO yang menjadi parti Melayu tertua dan PAS sebagai serpihan kepada UMNO, biarpun banyak NGO berasaskan "melayu" ,namun kelantangan mereka dikongkong oleh dasar dan 'kemahuan' kerajaan.

PERKASA walaupun bukan sebuah parti politik, namun jika dipimpin oleh 'orang politik' ,maka 'bau-bau bacang' politiknya akan terasa juga. Inilah yang melanda USBO, sebuah NGO yang dikatakan bukan bermotifkan politik tetapi di pimpin oleh orang politik. Walaupun analisis ini adalah pandangan golongan tertentu, namun amat berguna untuk pimpinan PERKASA, supaya nasibnya tidak menjadi seperti 'Kera mendapat Bunga'.

Biarpun sudah kedengaran akan 'kehebatan' PERKASA, kononya ada mengaitkan dengan akan ada orang-orang 'PERKASA' akan bertanding atas tiket BEBAS dalam PRU akan datang, namun ia tidak banyak membantu NGO itu di Sabah. Lama-kelamaan PERKASA ini akan dilupakan dan dikebelakangkan atas alasan 'kesibukan' berpolitik. Bukankah PERKASA di sabah juga didukung oleh 'orang politik'?

Apa yang membezakan USBO dan PERKASA ialah tempat kelahiran. PERKASA di sabah menerima suntikan dari tanah seberang, manakala USBO hanya terhad di Sabah sahaja, walaupun suatu ketika nampak ikatan dengan NGO dari luar.

USBO kini seakan kehilangan "bapa tiri", apabila sudah tidak kedengaran 'agenda' mereka, kerana lantaran 'kesibukan' orang politik mengejar kedudukan dan peluang politik di depan mata.

Dari sudut politiknya, jika USBO 'gagal' melayakkan dirinya sebagai pembela masyarakat rumpunnya, maka apakah kelebihan PERKASA untuk menjadi pembela kepada rumpun USBO di Sabah? Kerana itu , nasib PERKASA SABAH ,memungkinkan akan menjadi seperti nasibnya USBO..

Sunday, December 20, 2009




Apabila Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengambil keputusan untuk mewujudkan AJK Penyelaras Perkasa untuk Negeri Sabah, maka perlancarannya telah disempurnakan oleh Mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden USBO, Datuk Salleh Tun Said pada 12 Disember yang lalu. Menyaksikan bahawa satu lagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan bergerak memperjuangkan nasib dan hak pribumi di Negeri di Bawah Bayu ini. Meskipun sebelum ini PERKASA begitu sinonim dengan kelantangan dan kepetahan berpidato Presiden nya Dato Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan (BEBAS),namun nyata Pertubuhan ini begitu tegas membela maruah Orang Melayu dan Pribumi di Negara ini.


Bagi sesetengah ahli Politik, PERKASA dikatakan diwujudkan untuk tujuan provokasi kepada kerajaan supaya lebih berhati-hati menangani kes yang melibatkan kepentingan Pribumi yang sedia termaktub dalam perlembagaan Negara. Kerana itu apabila PERKASA melebarkan sayapnya di Sabah, ia bagaikan satu rahmat buat bumiputera dan Pribumi di negeri ini. Bagaimanakah PERKASA SABAH menangani permasalahan rakyat yang banyak pertentangan dengan ahli politik di negeri ini.? Bagaimanakah perjuangan ini boleh menjadi ‘penebus’ kepada kehampaan pribumi Sabah yang selama ini ditekan dan dipermainkan atas nama kepentingan politik golongan tertentu..? MUNGKIN MASA AWAL KERANA PERKASA DI SABAH BARU LAHIR BEBERAPA HARI


Selama ini, Pribumi yang bergelumang dengan pelbagai karenah birokrasi politik yang rakus terpaksa mengharapkan hujan rahmat dari ahli politik juga untuk menyelesaikan permasalahan mereka. Biarpun adanya badan bebas seperti SPRM,SUHAKAM,CASH dan bermacam-macam lagi media alternative namun, badan Suruhanjaya ini tampak gagal menangani permasalahan itu.Misalnya kes pengambilan tanah yang diusahakan oleh penduduk (pribumi) bagi penanaman Kelapa sawit yang dikaitkan dengan Proksi Ketua Menteri Musa Aman, di sepanjang Pantai Timur sabah, dari Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan semporna telah gagal diselesaikan bairpun telah melibatkan badan bebas ini, termasuklah campurtangan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Afdal. Isu ini berlaku 5 tahun yang lepas dan hingga kini pribumi yang terlibat langsung tidak diberikan pampasan mahupun kebenaran mengambil hasil tanaman mereka.


Inilah antara contoh kes pribumi yang agak meruncing,di samping beberapa kes tuntutan tanah adat dan hak ke atas tanah yang digazetkan oleh kerajaan. Selebihnya adalah kes-kes besar yang melibatkan kebanjiran Pendatang Tanpa izin di sabah, tuntutan 20 perkara yang terkandung dalam perjanjian ketika Sabah merdeka melalui penyertaan ke dalam gagasan Malaysia. Isu ini memerlukan perhatian dari PERKASA agar hak dan kedaulatan Pribumi di Sabah tidak terus diperkotakkatikan selain daripada beberapa sentiment kesukuan yang melampau dalam arus politik negeri sehingga lahir istilah-istilah “racist” dan cauvenis yang melampau.


Bagi kes terpencil seperti yang berlaku di Kota Belud, umpamanya pengambilalihan tanah untuk projek Jalan raya Bypass Kudat-Kota Belud yang dikatakan belum diselesaikan dengan sesempurnanya, harus juga dipertimbangkan. Sesungguhnya bukan mudah bagi PERKASA melabuhkan layarnya di negeri yang mempunyai lebih 40 suku dan etnik yang tentunya mempunyai adat resam dan pandangan minda yang berbeza.


KOTA KINABALU 12 Dis. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang sengaja melakukan provokasi berhubung perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam perlembagaan negara.


Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan provokasi dengan membangkitkan isu sensitif yang tidak harus dibincang atau dipersoal di peringkat umum boleh membahayakan negara.
Beliau berkata, tindakan mempertikai hak-hak kesultanan, bahasa Melayu, agama Islam dan pribumi adalah menyalahi undang-undang.


“Perkasa hari ini mendesak kerajaan supaya bertindak tegas sebab amaran demi amaran yang dibuat kerajaan nampaknya tidak diendahkan oleh mereka.
“Perbuatan ini perlu dihalang bagi menjamin kelangsungan demokrasi dan kehidupan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 perlu dijadikan iktibar dan mereka harus ingat bahawa rakyat negara ini mahu hidup aman damai,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmi Seminar ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan Sekadar Retorik’? di Hotel Le Meridien, di sini hari ini.
Seminar berkenaan dianjurkan Perkasa bersama dengan Pertubuhan Bajau Bersatu (USBO), Persatuan Sama Sabah (PSS) dan Persatuan Murut Sabah (PMS).


Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan supaya meminda perlembagaan bagi menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua.
Ibrahim berkata, umum mengetahui perkara asas itu telah termaktub dalam perlembagaan negara, namun masih ada pihak yang cuba ‘bermain api’ dengan melakukan provokasi.
Katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, sejak akhir-akhir ini, banyak perkara dibangkitkan termasuk isu pembinaan masjid yang begitu mengguris hati orang Islam.
Beliau juga mengesa masyarakat pribumi agar bersatu untuk menjaga dan mempertahan hak mereka daripada diganggu-gugat oleh pihak tidak bertanggungjawab.