Friday, January 29, 2010


ilustrasi logo blogger KB,menunggu untuk direalisasikan. Bila agaknya?

Tidak ada siapa yang dapat memastikan dengan tepat bila dunia blog di daerah kota belud dimulakan? Termasuk penulis yang pertama mendedikasikan buah fikirannya melalui gerakan jemari di keyboard komputer untuk tatapan seantero dunia. Biarpun ada juga beberapa blogger yang cuba-cuba mencungkil perihal 'kepertamaan' dalam dunia blog di Kota Belud, namun tidak ada yang berani tampil secara terbuka, dengan bukti yang nyata bahawa dia adalah yang pertama memaparkan perlontaran idea mengajak masyarakat berfikir atas sesuatu fenomena di sekelilingnya.

Namun yang demikian, adalah diakui terdapat beberapa blogger yang sudah duluan 'berjuang' dan menyampaikan 'amanah' yang terpikul atas pundak mereka. Pada zaman penceritaan cyber di Kota Belud, kita lama mengenali nama-nama seperti Ayahanda Sabahkita ( Sdr. Kibin ), "Apa Yang Tersirat" ( Sdr Musram Rakunman ), Sdr Seliu-liu ( Sdr Azrone Sarabatin ) termasuk yang awal rasanya SDRI SENJALIZA ( yang diandaikan sebagai Sdr. Kibin ), dan juga beberapa lagi blog yang samar-samar identitinya. Tidak lupa seorang bekas jurutera JKR Kota Belud, IR. Ajingagah dengan blognya SUARA BEBAS TUARAN.

Nama-nama yang saya rasakan 'terawal' ini, bukanlah calang-calang orangnya. Bah kan pada sezaman mereka, para blogger ini adalah antara cendekiawan dan pemikir yang disegani. Misalnya melalui tulisan Sdr Naddin..kita dapat mengetahui bahawa Sdr Musram Rakunman adalah antara pelajar di SK Tamau, yang mula-mula berjaya memasuki Universiti. Manakala dari maklumat yang terdapat dalam blog Sabahkita, serta melalui informasi dari rakan kenalan, menyatakan bahawa Sdr Kibin juga seorang ilmuan ekonomi yang disegani. Manakala sdr Azrone juga seorang wartawan dan memiliki ijazah sarjana Muda dari universiti tempatan. selain itu sdr AjinGagah adalah juga "jurutera" yang berkelulusan dari luar negara. Jika diamati personaliti para blogger ini..lantas membuatkan kita berfikir bahawa penulisan mereka harus disanjung atas nama 'budaya keilmuan".

Apa yang menjadi bahan penceritaan tentang para blogger ini ialah, gaya penulisan yang naratif dan menyeluruh. Pelbagai topik dilontarkan bersempena dengan pelbagai isu yang mengundang perbicaraan ilmiah. Namun bila menyentuh isu sensitif , dunia politik dan 'krisis' kepimpinan terutama di daerah asal mereka...jarang yang kita baca, benar-benar menceritakan kedudukan yang sebenar. KECUALI SDR AZRONE yang begitu 'berani' dan istiqamah memperjuangkan nasib penduduk kg. Labuan dan wakap yang dikatakan oleh beliau sebagai tertindas atas satu projek mega yang telah pun dilaksanakan. Keberanian inilah yang membuatkan saya begitu teruja mengikuti perkembangan blogger ini. bukan kerana keberanian membuta tuli tetapi keberanian yang disandarkan dengan fakta dan naluri kemanusiaan yang mendalam.

Apabila dunia blog di Kota Belud mula mendapat tempat sejajar dengan pembukaan langit maklumat, maka ramai blogger juga yang wujud seperti cendawan tumbuh tatkala selepas hujan.Termasuklah beberapa golongan muda yang juga berpendidikan turut sama menyerikan dunia penceritaan cyber ini. barangkali atas 'musim blog' ini sudah menguasai medan maklumat politik di KB, maka para pemimpin dan wakil rakyat ikut sama memaparkan maklumat kepimpinan mereka.

Antara blogger muda yang dengan jelas memaparkan identiti mereka ialah antaranya Sdr batugadung, sdr Paikankb, sdr Abd. gawis, sdr depu-depu dan beberapa orang lain lagi yang tidak sempat disenaraikan- mohon maaf. Manakala blog yang lain turut mengambil tempat seperti Nujum pak belalang, Tudung Duang, Kuda berhias, Idahan, palingberani, watababai, watasikadi,diambang sore,ahli umno KB, KELAPA MAWAR , dan juga beberapa lagi yang tidak sempat disebut- juga mohon maaf atas itu.

Penceritaan cyber di pekan koboi ini begitu rancak dan tragis..maka mulalah muncul suara mengatakan bahawa blogger muda di KB mempunyai mutu penulisan yang rendah, tidak beretika dan moraliti penulisan yang tidak seimbang. selain kata mereka sering melakukan 'kecurangan' penulisan yang keterlaluan.

KELAPA MAWAR tidak terkecuali dari tanggapan ini. Isu-isu yang diketengahkan oleh ramai blogger muda bukanlah isu murahan dan tidak ada hujung pangkalnya. malahan luahan perasaan dan pandangan serta pendirian mereka adalah atas pengamatan yang mendalam. Ketidakpuasan hati, pertikaian pendekatan juga banyak isu kepimpinan ahli politik yang disajikan termasuk hipotesis dan spekulasi yang disandarkan atas andaian semata-mata. keterbukaan gaya penulisan inilah yang merisaukan sesetengah pihak, kononya blogger-blogger ini selalu "meremahkan orang lain" maka sikap itu adalah sifat mazmumah yang wajar dihentikan.

Benarkah bahawa penulisan yang lahir dari isi hati, dan berterus terang dalam menceritakan sesuatu pandangan itu wajar ditapis, wajar difikirkan sebelum boleh dipaparkan. Apakah perilaku pemimpin politik terdahulu di KB ini yang 'gagal' menyumbangkan pembangunan fizikal dan modal insan kepada daerah ini..tidak wajar diceritakan dengan telus dan tanpa berselindung..? adalah lebih gusar jika, banyak perkara yang terus 'disembunyikan' atas nama "moraliti penulisan". sedangkan idea yang dipaparkan cukup selamat dan tidak mengupas persoalan yang sebenar.

Apakah ertinya moral bagi penulisan sebegini? memang antara blogger terdapat perbedaan dan gaya tanggapan kerana pengamatan manusia adalah tidak sama dan pendirian juga banyak yang berbeza. Kepelbagaian inilah yang menjadikan dunia blog di KB begitu hebat untuk diperkatakan. Bukan lah kehebatan blog terletak pada wajahnya yang mendahului dari blog orang lain..ibarat kuih penjaram...kesedapannya bukan terletak kepada ketelitian membentuk gerigi atau bibir kuih itu..tetapi pada adunan dan cara memasaknya.

Inti kepada penulisan bukan hanya kepada isu yang dipaparkan tetapi kepada keterbukaan idea untuk diperhalusi. Mandat generasi akan datang ialah apabila isu yang dipaparkan dilakukan dengan telus dan tanpa berselindung. Semoga blogger di KB terus berkarya dengan penuh minat dan bertertib. yakinlah bahawa kejujuran hanya berlaku, apabila kita menulis tanpa terikat kepada orang lain. Siapa kita ketika melontarkan idea..adalah cerminan pada idea yang dicetuskan.

Ralat:

Seorang lagi blogger KB yg turut sama menyumbang idea kreatif dalam penulisan cyber ini, juga dedikasi buat Sdr Musli Oli, yang juga seorang penulis nasional, dan YDP PERKASA SABAH. Seorang lulusan ekonomi dari Universiti Tempatan.

14 ulasan :

kunyit said...

Salam Perkenalan KM,
Pada hemat saya, selama saya mengikuti dan membaca blog-blog org KB, ada juga yang menulis secara berhemah dan beretika, terdapat juga segelintir yg ikut telunjuk perasaan dan emosi, kadang-kadang mereka gunakan blog org lain untuk melepaskan geram pada si polan, ada satu ketika blog Kelapa Mawar jadi gelanggang tinju penulisan, lain isu yg diutarakan lain yang mereka kupas, ini bererti sudah lari dari etika cara kita berblog...yang paling trajis lagi serang peribadi seseorg...tq

Mohd Amini said...

Salam KM,Menarik sekali tajuk yang digarab dan diketengahkan sebagai wadah tetapan merangsang minda menilai sejauh mana kematangan berfikir seorang blogger.Hujahan dan kupasan bersulamkan susunan bahasa yang indah menghidupkan deria minda untuk terus menghayati apa yang tersirat disebalik pemilihan kata-kata. Para blogger adalah pencetus idea yang bersifat positif atau negatif.

Kuda Berhias said...

Salam anaknda KM,
Saya jarang sekali memberi komen dalam blog-blog rakan rakan di KB. Tetapi tidak ada satupun yang tertinggal untuk saya baca. Semua saya baca dan kadang meninggalkan sedikit perangsang dan cabaran. Bagi saya setiap blogger "entittled" pada opinionnya. Tiada sesiapa yg berhak menghalang. Pun begitu apajua risikonya "kebertanggugjawaban" adalah juga terpikul di bahu masing-masing. Dunia cyber tanpa sempadan.

Berbalik saya pada tujuan "Rakan Blogger KB". Sebenarnya nama inipun cuma cadangan. Boleh diubahsuai mengikut kesepakatan ahli-ahli yg sudi menjadi peserta.

Ada sebuah portal yg besar di tawarkan kepada saya. Tujuannya untuk diambil alih dan dikongsi dengan rakan-rakan blogger (yang bersedia dan sudi). Oleh kerana KB giat blogging maka saya memilih Kota Belud. lagipun saya memang orang KB. Idea itu masih ON dan blogger yg sedia dan sudi sudah menyenarai dan meletakkan logo rakan blogger KB menandakan kesediaan mereka. Lebih cepat lebih baik. Bagi saya sambutan amat baik kerana kita dapat create satu kumpulan pemikir yang baik dan dapat mewujudkan kumpulan karyawan yang dihargai dan dihormati.

Saya masih menunggu portal itu. Inilah yg menjadi sedikit hambatan kerana portal itupun bernilai ribuan ringgit. Bukan Percuma. Dan ingat kebebasan kita bukan untuk dijual beli.

Peserta dan ahli Rakan Blogger pula tidak semestinya meninggalkan blog mereka (samaran atau beridentiti)milik mereka.

Masih terbuka di laman kudaberhias. Ianya tidak diabandone. Cuma saya bukan species yg suka hurah hurah dan gembar gembur. Sampai masanya saya akan buat walaupun dengan AJK yg sedia ada. Mereka cukup matang dan berpengalaman. Saya meyakini kemampuan mereka. Apalagi jika ramai yang menjadi ahli.Insyaallah kita doakan ia berjaya.

Mengenai keadaan blogger KB, saya tidak banyak persoalan. Saya masak dengan dunia blogging. Mencerca dan sebagainya adalah asam garam dunia cyber. Cuma bagi anak-anak buah saya yg menjadi penghuni dunia cyber saya doakan supaya tidak terheret (get carried away) dengan caca merba dunia cyber yang negatif. Kita berkarya untuk kebaikkan. Bukan mencari pertelingkahan atau menonjolkan diri sebagai "smarter than thou". Saya juga tahu ada yg tersilap langkah. Tapi janganlah sampai tersesat dan tersasar jauh. Cuma saya sedih bila ada blogger yang komen tapi tak ada blog.Bukan susah sangat buat blog. 5 minit siap. Cuma tanya saja nawaitu masing-masing.

Nah siapa yg berminat "pasanglah logo Rakan Blogger utk semantara diblog masing masing. Insyallah saya faham maksudnya.

Wassalam.
SABAHKITA
for Kudaberhias.

PIPIT PEKEPA' said...

selamat berkarya.
Nasib baik KM tak sebut blog Musli Oli. Nasib kau..

Unknown said...

salam KM,

pipit o pipit..siapalah MO untuk disebut sebagai blogger KB.

Hakikatnya saya baru aktif menulis dalam blog. menulis artikel dan buku memang lama. Akhbar Watan awal 80an saya guna nama Khalid Alwalid.

Sebagai blogger belumpun sampai usia seorang bayi untuk lahir. terima kasih kepada blogger pipit menjadikan saya mustahak walaupun sebenarnya saya amat kerdil dalam daerah KB ini.

Salam MO.

Katakamu said...

Salam..

saya tahu siapa pipit ini..?

lain kali kalau dia dtg komen..sdri KM jgn kasi siar..

kalau KM tidak tahu..dia buruk2kan KM dlm blognya sembiraiku..

blogger ini pasang banyakblog nak burukkan Datuk Salleh Tun Said dan org yg nampak mcm sokong pemimpin ini..sdr Musli pun dia hentam..

branti jo..kau Azrone Sarabatin..semua org tahu blog kau termasuk Sitti Farhana tu...

saya sarankan KM padam saja senarai blog sdri yg akan nama blogger ini...tiada kelas..bah..

maaf KM sebab tiada kaitan dgn posting sdri..

PIPIT PEKEPA' said...

Katakamu, January 29, 2010 7:35 AM
Salam..
saya tahu siapa pipit ini..? lain kali kalau dia dtg komen..sdri KM jgn kasi siar.. kalau KM tidak tahu..dia buruk2kan KM dlm blognya sembiraiku..blogger ini pasang banyak blog nak burukkan Datuk Salleh Tun Said dan org yg nampak mcm sokong pemimpin ini..sdr Musli pun dia hentam.. branti jo..kau Azrone Sarabatin..semua org tahu blog kau termasuk Sitti Farhana tu...saya sarankan KM padam saja senarai blog sdri yg akan nama blogger ini...tiada kelas..bah..

maaf KM sebab tiada kaitan dgn posting sdri..

KOMEN DI ATAS ADALAH DARI BLOG YG SAYA PERNAH KATAKAN MENGHINA BANGSA ORANG LAIN dan PRIBUMI. Selepas saya menyuarakan perasan terluka dan tersinggung setelah bangsa saya diperkecil. Beberapa hari selepas itu maka mulalah dia memuji "USBO" DAN "PERKASA" sebagai langkah menutupi kesalahan tapi tidak pernah memohon maaf. Oklah kalau sudah insaf. Tapelah..sudah jelas KM ada "split personality". Tiada pendirian.

Pengomen ini, KATAKAMU (pemilik blog yang tin kosong, tak ada posting) Blog untuk buat dosa saja. Tuduh sembarangan. ADAKAH DALAM MANA-MANA KARYA SEMBIRAIKU MENGHINA SESIAPA termasuk pemimpin tertentu. SAYA DAN TEAM SEMBIRAIKU TIDAK AKAN MENGHINA SESIAPA. TAPI PANTANG MELIHAT ORG LAIN MENGHINA BANGSA SAYA. ITU SAJA.

kata kamu...Sama jee..TUKANG KIPAS KM atau ORANG YG SAMA. Teruknya dia menyebut NAMA orang lain dan menuduh tanpa usul periksa. Tak takut DOSA BARANGKALI. Naujubillah!

Katakamu said...

Ha..ha..Sdri KM..

saya baru saja melayari blog si Azrone itu...dia kedapatan sudah menggunakan banyak blog untuk menghentam Datuk salleh dan sdr Musli..

sekarang ini dia delete sudah blog Sitti Farhana,konok-konok di gabung jadi satu..wal hal dia malu dgn [perangai dia yg konok wartawan terbilang, namun sebenarnya jelas menunjukkan dia low class punya penulisan..

si Musli pun cakap, dalam facebook dia guna banyak nama samaran..

saya sudah tahu dari dulu lagi siapa si sitti farhana tu..tapi malas nak layan lah..

alahai sdri KM..

hanya sdri yg papar komen saya nie...harap dia sedarlah..tau hentam orang saja..saya buat pendedahan ini sebab saya kesian dgn Datuk salleh dan Musli..asyik dimain-main oleh si Azrone ni..

dia cakap saya ni bertopeng monyet, sedangkan dia manusia tapi perangai kalah lagi monyet di hutan.

Saya cabar si Azrone ini buktikan secara Sains dan laporan alam sekitar serta JKR yg menyatakan bahawa banjir di Kb disebabkan oleh jalan raya Bypass tu...jangan ikut cakap saja.

kelapa mawar said...

Salam perkenalan juga buat Kunyit..

ma kasih kerana mengikuti blog KM dan juga blog-blog lain di daerah ini..

perbedaan gaya penulisan tidak sangat membimbangkan kerana itu adalah kepelbagaian,namun jangan sampai memperkecilkan idea orang lain.termasuklah jangan menyerang peribadi..

kelapa mawar said...

Salam Sdr Amin..

TQ dengan ulasan sdr ini.Saya begitu menghargainya. Semoga kita blogger di KB ini akan terus berkarya tanpa ada kepentingan dan niat disebaliknya. Paparkan yang benar mengikut pengamatan sdr.

kelapa mawar said...

Salam kembali Ayahanda Kuda berhias..

saya faham apa yg ayahanda maksudkan itu..saya menyokong atas perkara yang baik..

saya masih menunggu supaya logo blogger KB itu dapat direalisasikan dengan secepat mungkin..

Insyallah jika KM diberitahu awal dan tidak ada halangan, Anakanda KM akan datang ..

semoga apa yg dirancang akan menjadi kenyataan.

kelapa mawar said...

Sdr Musli..

saya mohon maaf atas keterlupaan tidak dapat memasukkan nama sdr sebagai antara blogger KB yang memainkan peranan penting dalam dunia blogging di daerah kita..

oleh yg demikian, saya ada membuat Ralat diakhir posting ini.

kelapa mawar said...

sdr Pipit..

ma kasih atas kunjungan sdr..saya turut berbesar hati.semoga sdr terus sukses.

kelapa mawar said...

sdr Katakamu..

saya tidak melayan ulasan yg bersifat provokasi dan keterlaluan serta menyimpang dari isuyang saya paparkan.

Jika sdr ada masalah dengan sdr PIPIT sila jangan jadikan blog KM ini sebagai landasan utk mencerca dan melemparkan tuduhan kepada orang lain..

buat masa ini, saya masih membuka ruang utk sdr membuat ulasan..namun jika keterlaluan, saya akan mengambil keputusan utk tidak menyiarkan komen sdr nanti.

salam hormat..