Saturday, January 2, 2010


Barisan Kepimpinan Pemuda Umno KB yang dikatakan 'lembik' dan megikut telunjuk pemimpin tertentu dalam UMNO KB.


Selepas 2 tahun memegang teraju sebagai ketua Umno Bahagian Kota Belud, Datuk salleh Said Keruak (DSSK), tidak banyak yang boleh dibanggakan. Selain daripada gandingan ketua pemuda dan wanita yang tidak sama mencetuskan idea-idea perubahan kepada UMNO KB, DSSK juga dikatakan lebih banyak menonjolkan diri dipersada politik peringkat negeri dan Nasional. DSSK Imbang Penuhbukan sahaja "menggalakkan" kewujudan pemimpin murahan di kalangan UMNO KB dengan prinsip mengampu, dan mengambil kesempatan tetapi juga barisan pemuda yang menjadi tulang belakang atas kekuatan UMNO KB dilihat sebagai ak turut yang tidak punya apa-apa kelebihan selain daripada dicatur idea kepimpinan mereka oleh dua tokoh iaitu DSSK sendiri dan rakan politiknya TSP.

Inilah antara kerisauan yang dilontarkan oleh ramai pemimpin muda dalam UMNO KB. Kerana mereka menutup mulut di depan DSSK selaku ketua bahgian UMNO, sedangkan diluar mereka mengkritik apa yang dikatakan sebagai kegagalan pemuda dan wanita mengotakan tuntutan perubahan UMNO KB. Malahan DSSK mengikut seorang AJK bahagian UMNO KB hanya menyebabkan keporakprandaan kesinambungan kepimpinan UMNO KB. Percaturan awal yang menyaksikan penyingkiran Sdr Tadzul Radim ,calon pemuda profesional atas kehendak dan percaturan DSSK dan TSP sendiri, telah menanduskan kepimpinan pemuda yang boleh dipercayai. Kemenangan Sdr Baror adalah manifestasi daripada kehendak politik pemimpin di KB yang sudah terpinggir oleh sikap dan pembawaan mereka. Kerana pada asasnya DSSK dan TSP sendiri tidak pernah terfikir bahawa Rakyat akan menyingkirkan pengaruh politik mereka. malahan tindak-tanduk mereka selama itu membuktikan bahawa keyakinan mereka bahawa pasti menang bila dicalonkan di kawasan tradisi mereka. Mereka lupa bahawa ada pucuk pimpinan negeri dan nasional yang meneropong sekian lama KPI dan prestasi mereka selaku wakil rakyat di Kota Belud. Perstasi inilah yang menjahanamkan politik mereka sehingga memaksa UMNO KB menjadi pelempiasan keraguan mereka akan tidak diturunkan kembali pada PRU-13.

Apabila Baror mengetuai pemuda Umno KB, bukan sedikit yang meragui kemampuannya, kerana meraka percaya hala tuju kepimpinan pemuda nanti akan dibayangi oleh DSSK dan TSP sendiri atas satu percaturan jangka panjang. Kalau difokuskan kepada laman web pemuda Kota Belud adalah sesuatu yang mendukacitakan kerana selain tidak di Up date, lama itu jugalangsung tidak mendukung perubahan mendekati rakyat akar umbi. Susunan program yang dirancang tidak sangat menunju ke matlamat itu. Dan yang lebih parah lagi ailah laman web wanita Kota Belud sudah lama 'mati' dan dilupakan.

Apakah era kebangkitan DSSK dan TSP sebenarnya akan lebih menyisihkan kedua pemimpin itu di Kota Belud. Apakah kemenangan DSSK dalam UMNO KB dan orang-orang TSP akan lebih menghitamkan watak politik mereka dari kaca mata orang muda di Kota Belud. Biarpun pelbagai cerita dan cadangan di berikan , malahan seorang AJK Bahagian mengkhabarkan bahawa setiap kali mesyuarat bahagian diadakan pelbagai cadangan dan nteguran diberikan, namun gagal diambil perhatian oleh ketua bahagian sendiri.

Apakah logiknya mencadangkan Penjenamaan semula logao BN oleh DSSK jika umno KB sendiri gagal dijenamakan oleh beliau biarpun sudah 2 tahun menjadi ketua bahagian UMNO KB. Setelah berkesempatan melihat sendiri struktur pejabat Umno KB, secara fizikalnya tidak jauh bezanya semasa di bawah pengendalian Datuk Musbah. Ertinya secara fizikal dan infrastrukutur Pejabat UMNO KB benar-benar menunjukkan kegagalan DSSK, apatah lagi bila menyentuh perancangan dan blue print Umno KB..

Ahli UMno KB harus berani memuntahkan pelbagai juadah yang dijamah ketika DSSK memegang Umno KB. Mereka sepatutnya bijak memilih antara intan dan kaca..kerana kepimpinan yang dicerminkan kepada orang lain akan membawa kesan dan impak perpecahan yang besar.

29 ulasan :

Pendekar Tua said...

salam KM...

Tuduhan yg mengatakan bahawa TSP mengatur kepimpinan dlm UMNO KB adalah tidak benar dan dibuat utk menjatuhkan reputasi pemimpin tersohor ini..Bagaimana TSP mengatur kepimpinan dalam UMNO KB sedangkan dia sendiri bukan ahli UMNO di KB..sebelum di lantik sebagai speaker Dewan Rakyat , TSP adalah ketua UMNO bahagian Kota Marudu..

Apa yang berlaku dlm Umno KB adalah atas kehendak ahli dan perwakilan sendiri..kerana mereka yang memilihnya..apa pun keburukan harus diterima bersama atas rasa bertanggungjawab..tapi kebikan yang ada tidak pula di war-warkan.

anri said...

Salam...

Acapkali kita selalu mengingati pengalaman yang lama kelamaan akan menjadi sejarah.(tapi kita masih mudah lupa...)

Acapkali kita terlupa melihat pada mata burung kerana kita lebih suka melihat di bawah temporong.

Mungkin benar wadah mereka adalah bangsa

Mungkin benar mereka pejuang merdeka yang iklas dan berjasa

Bukankah mereka yang bersuara
Bukankah mereka yang meminta
Bukankah mereka yang beraja

Naik setinggi kinabalu
Lupa tanam padi huma
Bergaya naik kereta proton saga
Lupa gaya naik kuda

Benarkah...?
Kita bersuara tanpa bunyi

sengaja berhujah

Batu Gadung said...

Kota Belud masih di bawah paras kemiskinan. Rakyatnya asyik berpolitik dan jarang mempersoalkan tanggungjawab pemimpin yang belum terlaksana. Kuat mengangguk dan jarang menggeleng.

Para perwakilan senang dipengaruhi menggunakan wang ketika pemilihan UMNO KB..

sebab itulah UMNO KB tidak menjadi pilihan no. satu golongan muda..penuh dengan politik wang dan budaya cantas mencantas.

BELUM PENDEKAR said...

Salam..

1. Barangkali ada baiknya jika KM menulis mengenai "kejayaan" pimpinan UMNO KB sebelum DSSK kerana ini lebih adil untuk kita menilai secara objektif. Kalau boleh dan kalau ada, nyatakan apakah "kejayaan-kejayaan" atau pencapaian-pencapaian pimpinan terdahulu sehingga DSSK di katakan gagal. Saya sebenarnya tertanya-tanya apa pencapaian besar yang boleh dibanggakan tersebut?

2. Saya agak "reserved" dengan komen-komen negatif sedemikian kerana pada saya ia jelas bersifat ada "berkepentingan". Lihat saja, tatkala menerajui UMNO KB, DSSK dikatakan gagal buat itu dan ini. Tatkala "tidak" menerajui UMNO KB pula, DSSK dikatakan tidak memberi kerjasama dan memecah belahkan rakyat. Sedangkan pemimpin lain yang jelas nyata menghasut orang supaya tidak memberi kerjasama dan membenci DSSK tidak pula dilebel sedemikian rupa. Hei, pleaselah..

3. Saya juga agak hairan dengan budaya dan pemikiran kebanyakan kita yang menganggap diri mereka sebagai pembela rakyat. Apa sahaja yang tidak berkenan di hati mereka, maka semuanya akan dilemparkan kepada pemimpin kononnya mereka gagal, tidak melaksanakan tanggungjawab, menindas rakyat, mengambil kesempatan dan bermacam tohmahan negatif lagi. Lebih dahsyat, pemimpin yang tidak kena-mengena juga dikaitkan sama kononnya bertanggungjawab atas semua itu. Sebaliknya, tidak pernah pula saya nampak ada dikalangan mereka ini yang memberi cadangan yang membina atau berusaha membantu rakyat mengatasi masalah mereka melainkan menghentam dan terus menghentam yang pada kebanyakan masa tidak masuk akal pun.

4. Sepertimana saya pernah katakan, tidak adil menyalahkan UMNO KB atau pemimpin tertentu atas apa yang berlaku kerana ahli dan perwakilan UMNO KB lah yang telah memilih barisan pemimpin yang ada sekarang. Bukan DSSK yang pilih sendiri. Maka itu, semua perlu bertanggungjawab termasuk KM.

5. Kalau benar-benar ingin maju kehadapan, semua orang perlu berubah. Bukan pemimpin saja. Ubah pemikiran, ubah budaya, ubah sikap dan ubah mana-mana yang negatif seperti meminta habuan apabila projek jalan, paip dsb lalu didepan tanah kita. Kalau tidak dapat maka, alamat tergendalalah projek pembangunan berkenaan kerana kontraktor akan dikejar dengan parang. Inilah budaya kita yang jika tidak diubah, sampai kiamatpun tiada pemimpin akan dapat membangunkannya. Dan, yang paling penting; untuk jangkamasa panjang, bangunkan minda anak-anak kita dengan menyediakan sekolah yang lebih baik dan terkawal agar budaya lama yang negatif tidak terus menjadi pegangan kita.

6. Malangnya, bila saya mencadangkan agar "Control School" diwujudkan di KB, tiada seorangpun yang melihat kebaikannya termasuk DARD.

Pak Cik Amin said...

Salam KM..

Salam juga buat Belum Pendekar..

Soal salah menyalahkan ini, tidak patut timbul,malah hanya melebarkan jurang perbezaan antara kita yang sudahpun berbeza dari segi pemikiran dan sikap..

saya suka idea sdr belum Pendekar mengenai "control School" dan bagaimana DARD juga menolak idea ini. Saya ada baca ulasan sdr Belum Pendekar dlm blog ahli parlimen ini..nampaknya tidak mendapat response..

Dalam blog KM ini juga pernah Ir. Solymone mengutarakan beberapa idea termasuk membangunkan satu koridor di KB juga selain daripada beberapa cadangan pembangunan pesisir pantai dan Lain-lain lagi..tetapi response daripada DARD sungguh mendukacitakan..antara yg saya ingat beliau menyatakan biarlah konon dia buat dulu yg berkaitan dgn pembasmian kemisikinan, bekalan air DLL..? Logikkah wahai belum pendekar..?

Saya amat kecewa jika idea bernas itu diketepikan begitu saja tanpa ada susulan yg sepatutnya..

Bila kita menyatakan kelemahan pemimpin, mrk merajuk kenapa kita tak bagi cadangan konok. Bila kita bagi cadangan seperti Sdr Belum Pendekar tu, langsung tak dihargai...hey..Pleaselah...!!

palingberani said...

Sdri KM..

Apakah yang terjadi jika kita tidak cuba melihat kelemahan diri dan juga komuniti kita? Jawapannya pasti hancur..

adalah sesuatu yg baik kerana ada dikalangan kita yang selalu mengingatkan kita betapa apa yg kita lakukan ada kelemahan dan kebaikannya..

Saya response sdr Pendekartua..

1. kalau TSP tidak terlibat kenapa Sdt Tadzul boleh kalah..?

Roslan M. said...

Salam buat semua..

Control School ? apa itu ? harap sdr Belum Pendekar dapat menerangkan idea itu dengan lebih lanjut..supaya dapat kita perbincangkan dengan lebih mendalam...

watasikadi said...

bila membincangkan UMNO KB nampaknya blogger UMNO tidak dapat lari dari sokongan kepada pihak tertentu dalam UMNO KB. sebenarnya adalah lebih baik bagi UMNO KB menghayati kata-kata semangat presiden kalian berubah sebelum rebah di tangan kami pembangkang. sepatutnya cantas mencantas ini dan cubaan menjatuhkan pemimpin UMNO sudah tidak perlu lagi kerana apa yang penting kini adalah kemajuan masyarakat KB dari segi intelektual dan prasarana asas yang masih gagal disediakan. tiada gunanya menyalahkan pemimpin terdahulu kerana jika disabitkan pun pemimpin terdahulu ini dengan kesalahan, akan wujudkah prasarana dan facility tersebut? jawapannya pasti tidak kan? jadi mengapa perlu lagi cerita lama? sekarang lihatlah kehadapan demi anak bangsamu di bumi keramat ini. kami anak muda amat berharap nasib masa depan kami dirintis dengan jayanya. seperti saya, tiada gunanya saya menyesali kontrak saya yang tidak disambung walaupun saya meninggal kerjaya sebelumnya demi bekerja dengan kerajaan bagi membolehkan saya berbakti secara langsung kepada anak negeri saya. seperti saya yang ditanggung biasiswa hasil duit rakyat negeri ini, memang idaman saya bekerja terus dengan kerajaan kerana ingin membalas budi rakyat sabah. namun takdir jua menentukan...bila DSSK disalahkan seperti ahli UMNO tidak menghormati demokrasi dalam UMNO itu sendiri. idea koridor IR solymone ditolak DARD juga menghairankan. sedangkan bagi saya jika ada koridor maka pembangunan prasarana asas akan termasuk dan lebih cepat disediakan..takbir! undi tetap rahsia ditangan kita..hahaha

Ajin b. Gagah said...

Salam Untuk kalian.

Nampak nya nama saya masih lagi jadi rujukan dalam blog KM ini. ‘Specific’ nya, rujukan Sdra Pak Amin dan sdra watasikadi. Apa-apa pun saya terima rujukan tersebut sebagai positif… Terima Kasih.

Namun ingin juga saya lanjutkan di sini beberapa ‘points’ yang saya rasa perlu untuk mengelakkan kekeliruan yang mungkin di salah fahamkan maksud nya…Mungkin!!

Pada pendapat saya, DARD tidak menolak cadangan pembangunan koridor dll yang pernah saya syorkan. Cuma menurut beliau, buat masa ini prioriti beliau ada lah pembangunan asas, yang sama juga penting nya disana.

Saperti juga kalian, saya penuh kepercayaan kalau DARD diizinkan untuk meneruskan perkhidmatan beliau sebagai MP di KB, beliau mampu melakukan perancangan-perancangan mega sapertimana yang pernah saya nyatakan.

However, secara peribadi saya lebih selesa kalau beliau dapat berganding bahu dengan saya untuk membangun daerah Tuaran. Kerana kalau di banding dengan KB, Tuaran masih lagi ketinggalan dalam kontek pembangunan.

Sebenar nya, apa yang saya nyatakan tempuh hari dalam blog ini ada lah semata-mata satu cadangan perancangan yang berasaskan ‘Vision’. Kalau ia nya tidak juga dilaksanakan atau pun mendapat kelulusan kerajaan; ia nya cuma satu impian yang konyol semata-mata.
Seada nya mungkin pembangunan kemudahan asas lagi releven buat masa ini disana.

Pada pandangan saya , topik post KM kali ini ada lah berupa satu surat teguran untuk DSSK . Sama ada isi kandungan nya betul atau pun tidak; terpulang lah kepada pandangan kalian selaku ahli UMNO/BN khusus nya dan warga KB am nya.
Untuk buat masa ini, saya tiada komen.

Semuga kalian sukses

Tudung Duang said...

Saya kecewa dengan kepimpinan Umno KB..Pemuda dan Wanitanya!...kecewa sekali!! Kecewa!!

D mana silapnya kita? Apa dosa kita?..Sehingga dihukum dengan kepimpinan sebegini!!..Mereka 'hilang dlm terang'..

BELUM PENDEKAR said...

Salam KM,

1. Mohon laluan untuk memberikan beberapa penjelasan.

2. Nah, sekarang sudah jelas bahawa apa yang saya katakan iaitu terdapat kecenderungan untuk menyalahkan pemimpin dalam semua hal dikalangan kita telah terbukti. Saya sebenarnya sengaja meletakkan nama DARD dihujung komen saya terdahulu kerana saya ingin melihat reaksi terhadapnya. Dan, lihatlah sendiri bagaimana DARD terus saja dihentam kononnya tidak menerima idea tersebut dan juga idea pembangunan koridor yang memang baik. sedangkan, sebelum ini tidak seorangpun bloggers yang menyokong idea saya tersebut. Inilah corak pemikiran sesetegah daripada kita yang saya maksudkan. Bila bloggers tidak menyokong. tidak apa. Tapi, bila pemimpin yang berdiam diri atas isu yang sama, terus dihentam. Inilah yang sangat menghairankan saya.

3. Berhubung cadangan pembangunan koridor, saya setuju benar dengan ulasan sdr Solymone. DARD bukan tidak setuju, cuma beliau kata, belum prioriti buat masa ini. Justeru, kita kena faham betul-betul maksud beliau kerana kefahaman yang salah beginilah yang menjadi penyebab kepada perbalahan dan selisih faham.

4. Pada saya, walaupun cadangan saya tersebut saya anggap penting untuk kesejahteraan dan kemajuan masyarakat KB, saya tidak melatah walaupun ia tidak mendapat respon yang sewajarnya selari dengan kehendak saya. Biarlah rakyat yang menilai dan tidak perlulah bagi saya untuk menghentam mana-mana pemimpin kerana barangkali cadangan saya itu salah pada pandangan kebanyakan orang.

5. Berhubung isu salah menyalahkan, saya sebenarnya bukanlah penganut kepada perbuatan sedemikian. Apa yang saya kata ialah, kalau kita membuat penilaian biar ada asasnya. Maksud saya, bila kita menyalahkan DSSK yang kononnya gagal sebagai pemimpin UMNO KB, apa ukurannya. Justeru perbandingan dengan pencapaian pemimpin sebelum beliau wajar dibuat.

6. Pun demikian, saya terharu dengan Sdra Roslan yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Control School. Utk makluman sdra, cdgn saya tempohari ialah menukar salah satu daripada sekolah menengah yang ada di KB sekarang ini menjadi sekolah khusus kepada pelajar yang cemerlang sahaja atau sekolah yang dikawal kemasukannya. Ringkasnya, sekolah elit untuk pelajar pandai. Sekolah ini berperanan untuk mengasah dan menggilap kecemerlangan pelajar-pelajar ini supaya pada akhirnya mereka berjaya menjadi seseorang yang berilmu pengetahuan. Selama ini kita setuju dengan pandangan sdra Solymone yang cukup jauh kehadapan. Maka, sekolah ini nanti diharap akan melahirkan lebih ramai Solymone lagi.

7. Berhubung kekalahan sdra Tadzul, pada saya beliau kalah kerana perwakilan tidak menyebelahi beliau. Bukan kerana penglibatan TSP. Andai TSP menyokong mana-mana calon sekalipun tetapi perwakilan menolaknya, maka calon tersebut tetap akan kalah. Saya tertanya-tanya, bagaimana agaknya jika beliau menang?. Adakah orang akan kata dia menang sebab TSP? atau dia menang sebab dirinya sendiri?..

8. Betullah kata Palingberani, kita hancur kerana kita tidak melihat kelemahan diri kita sendiri.. Yang kita nampak cuma kelemahan orang lain.

Panglima Wakap Embo Wakap said...
This comment has been removed by the author.
Panglima Wakap Embo Wakap said...

Jangan ulangi kesilapan silam pada pilihan raya akan datang...

Sama ada pilihan raya umum atau pemilihan Umno...

Apa guna ada pemimpin bergelar menteri dan speaker parlimen jika daerah yang pernah dipimpin mereka mundur sehigga sebahagian besar rakyat minum air kotor....

Kehebatan pemimpin diukur berdasarkan kejayaannya membela dan memajukan rakyat bukan atas nama yang gah... tersohor...

Siapa yang pilih?... rakyat

Siapa yang patut dibela?... rakyat

Siapa yang derita?... rakyat

Idahan said...

Salam KM..

Mohon laluan utk mengulas pandangan sdr Belum Pendekar..


2. Nah, sekarang sudah jelas bahawa apa yang saya katakan iaitu terdapat kecenderungan untuk menyalahkan pemimpin dalam semua hal dikalangan kita telah terbukti. Saya sebenarnya sengaja meletakkan nama DARD dihujung komen saya terdahulu kerana saya ingin melihat reaksi terhadapnya. Dan, lihatlah sendiri bagaimana DARD terus saja dihentam kononnya tidak menerima idea tersebut dan juga idea pembangunan koridor yang memang baik. sedangkan, sebelum ini tidak seorangpun bloggers yang menyokong idea saya tersebut. Inilah corak pemikiran sesetegah daripada kita yang saya maksudkan. Bila bloggers tidak menyokong. tidak apa. Tapi, bila pemimpin yang berdiam diri atas isu yang sama, terus dihentam. Inilah yang sangat menghairankan saya.

ulasan saya..

Pandangan sdr Belum pendekar ini nampak begitu prejudis kepada blogger..sedangkan ramai juga blogger di Kb yang bersetuju dlm banyak hal dengan pemimpin mereka, misalnya Abd. gawis, dan blog KM ini juga ada penulisannya yang menyanjung pengorbanan pemimpin sprti TSP dan DSSK sendiri..

Bagi saya apa yang menjadi kenyataannya ialah bila isu yang sepatutnya mendapat response dari pemimpin tetapi tidak dilakukan..maka barulah penyalahan itu berlaku..

harap Sdr Belum pendekar dapat berfikir secara waras.

BATU MENUNGGUL said...

salam KM,

memang betul kata mu wahai km, kepimpinan umno dikb ini apa yang saya perhatikan semenjak umno masuk dkb ini, semua apa yang berlaku itu adalah mainan politik, wang legasi DSSK tambahan pula bila TSP hancurkan AKARnya demi kepentingan peribadi dan masuk UMNO maka bila DSSK dan TSP bergabung tambah panaslah mainan politik umno mereka, memang betul juga TSP bantu barur menang dalam pemuda dimana banyak pemuda irranun yang TSP pangil kerumahnya dan TSP menyatakan bahawa yang pemuda iranun harus undi mestilah barur disamping dia menghidangkan wang..

pada pemilahan bahagian umno pula sekali lagi TSP panggil ketua cawangan dan perwakilan kerumah adiknya serta menyatakan bahawa DSSK mesti menang disamping itu juga pewakilan dihidangkan makan dan wang... kalau bukan TSP yang bantu DSSK saya rasa DHMJ tak mungkin kalah..... cuba bayangkan kalau 2 lawan 1, sudah tentu 1 memang kalah teruk.....

pada pemilihan bahagian akan datang ianya dibuat di cawangan barulah kita tahu mana yang cadang DSSK tu sudah tentu ianya sudah kena tampal wang yang banyak hasil dari gabungan DSSK dan TSP..........

kelapa mawar said...

salam Sdr Pendekartua..

ma kasih atas kunjungan dan pandangan sdr itu..

kita banyak kali mendengar versi cerita tentang campurtangan TSP dan DSSK dalam pemilihan pemuda Umno KB..sehingga ada yg mengkhabarkan bahawa TSP sendiri telah memanggil beberapa orang sebagai tanda tidak bersetuju dgn calon tertentu..

kelapa mawar said...

sdr Anri..

ma kasih atas hujah sdr yg penuh dengan perlambangan itu.saya masih lagi cuba memahaminya. Harap sdr dapat memberikan ulasan akan datang. ma kasih.

kelapa mawar said...

Sdr Batugadung..

bukan sahaja UMNO KB masalah mendapatkan sokongan juga berlaku diperingkat pusat. Harap UMNO dapat merangka programberkesan.

Ma kasih atas pandangan itu.

kelapa mawar said...

Sdr belum pendekar..

ma kasih atas saranan itu. Insayallah saya akan cuba membuat penyelidikan tentang jasa dan sumbangan para pemimpin di Kb sebelum saya paparkan.

Mengenai keraguan sdr tentang para blogger di KB itu, saya harap ia akan menjadi perkiraan kami sebelum sesuatu isu dipaparkan.

kelapa mawar said...

Salam pakcik Amin..

ma kasih atas penerangan sdr mengenai hal ini..tentang sumbangan idea para blogger itu masih juga dalam perhatian para pemimpin. Misalnya cadanganh ir. Solymone itu turut mendapat reaksi dari DARD..dan harap-harap dari DSSK danTSP juga selain daripada DHMJ dan DJA.

kelapa mawar said...

sdr paling berani..

ma kasih atas peringatan itu.sesungguhnya peringatan itu berguna bagi mereka yang selalu beringat..

semoga sdr terus sukses.

kelapa mawar said...

Sdr Roslan M.

Ma kasih kerana menyertai kami dalam perbincangan ini.

kelapa mawar said...

Salam sdr watasikadi..

ma kasih atas pandangan sdr.

Kb Masih lagi memerlukan pembangunan dari segi infrastruktur asas teruatam dikg-kg yang terpencil.

Masyarakat di KB harus segera menghentikan tabiat suka berpolitik sehingga melupakan pembangunan dan keperluan asas mereka.

semoga sdr terus sukses.

kelapa mawar said...

salam sdr Solymone..

terimakasih kerana mampir sekali lagi dan emmberikan penjelasan dan pandangan mengenai hal ini. Saya amat menghargainya.

Sdr adalah antara blogger yang begitu kami tunggu-tunggu di KB ini kerana hanya sdr sahaja yg tidak putus2 membicarakan tentang persoalan yang dialami oleh para blogger di KB ini. Thanks atas kesungguhan sdr itu

banyak idea yang sdr sumbangkan dapat digunakan utk menyelesaikan pelbagai masalah yg timbul. Suatu masa dulu saya masih ingat lagi..sdr pernah menyarankan pelbagai langkah dan kaedah kepada blogger di Kb berkaitan dgn kelewatan pembinaan sebuah sekolah..dan itu nampak ada kesannya..harap sdr terus memberikan idea.

kelapa mawar said...

sdr panglima wakap..

terimakasih atas kunjungan sdr dan pandangan yang diberikan. teruskan perjuangan utkmembela hak rakyat terutama kegagalan para pemimpin yang tidak mengendahkan keperluan asas mereka.

semoga sdr treus diberikan kekuatan.

kelapa mawar said...

Sdr tudung Duang..

harap sdr bersabar. Insayallah melalui pena kita tegur mereka supaya mereka sedar akan kesilapan itu..

ma kasih kerana memberikan pandangan.

kelapa mawar said...

sdri Idahan ..

ma kasih kerana mengikuti penulisan kelapa mawar dan penyertaan sdri dalam perbincangan ini amat dihargai.

kelapa mawar said...

sdr Umnorelevan..

kita harap insiden itu tidak akan berulang lagi..kerana ia menjadi sebab utama kejatuhan sokongan orang muda di KB terhadap umno.

BATU GADUNG said...

Salam,
Sdri Kelapa Mawar...Nampaknya identiti saya Batu Gadung tidak terlepas daripada di duplicate oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab.

Dalam menyuarakan pandangan biarlah berani namun keberanian perlulah bertempat bukannya berselindung disebalik identiti orang lain.

Kepada Sdra Batu Gadung palsu...salam perkenalan dan selamat berblog, semoga success selalu, tq