Thursday, April 22, 2010


Samy Vellu sekali lagi membuat kenyataan bahawa beliau akan bersara lebih awal sebagai Presiden MIC yang sepatutnya berakhir pada 2012 jika calon BN di PRK Hulu Selangor kamalanathan dapat menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim. Kenyataan ini menimbulkan banyak polemik di kalangan ahli politik dan juga pemerhati politik tempatan kerana ketiadkhadiran Samy Vellu ketika PM Datuk Najib berkempen semalam, seolah-olah memberikan satu gambaran yang tidak menyenangkan.



1. Apakah kenyataan Samy Vellu ini sebagai petanda bahawa calon BN pada PRK Hulu Selangor ini mempunyai peluang yang tipis untuk meraih kemenangan , melalui respons akar umbi yang diperolehi oleh Presiden MIC itu..?


2. Apakah Samy Vellu juga menunjukkan bahawa beliau BENAR dalam pemilihan calon MIC pada PRK ini...dan pemilihan Kamalanathan adalah satu keputusan yang silap oleh DSN..?


3. Kemungkinan juga Samy Vellu, memang mengharapkan kekalahan calon BN ( bukan pilihannya, sebelum ini beliau dengan tegas dan yakin memilih timbalan presidennya G. Palanivel tetapi di tolak oleh pucuk pemimpin BN )..Dengan itu beliau boleh terus memegang tampuk kuasa sebagai presiden MIC seumur hidup..?


4. Apakah ini juga tanda bahawa Samy Vellu sudah mula tidak dipedulikan dalam suara BN..? Kerana setakat ini UMNO dan MCA sudah membuat perubahan kepimpinan ekoran kegagalan BN meraih 2/3 sokongan rakyat pada PRU12 yang lepas. namun MIC tetap dengan samy Vellunya.


5. Mungkin juga kenyataan ini untuk meraih simpati politik supaya pengundi India di Hulu Selangor menyokong calon MIC..? Setelah menjadikan umpan menyelesaikan kemelut Maika Holding yang menjadi punca ketidakpuasan hati rakyat India di negara ini..?


6. Apa pun ramai yang menganggap bahawa kenyataan ini hanyalah gimik politik Samy Vellu..kerana jika dia berkesungguhan untuk bersara awal, sepatutnya dilakukan ketika pemilihan MIC yang lalu.



7. Atau ada sebab lain yang ANDA fikirkan..? Saya pulangkan kepada anda ikut sama memikirkan.

10 ulasan :

SA8AH said...

Salam Kelapa Mawar,
Jika jumpa ular dan Samy Vellu, pukul Samy Vellu dulu, baru lu pukul ular..kenapa saya berkata begitu, sama-sama lah kita fikirkan.

BELUM PENDEKAR said...

Salam KM,

1. Saya tidak berhasrat untuk memberi komen mengenai apa yang saudara tulis kali ini. Pun demikian, saya merasa agak terganggu dengan komen sahabat kita saudara SA8AH di atas.

2. Terus terang, saya bukanlah penyokong kepada pemimpin yang di maksudkan. Namun, saya merasa amat-amat terganggu dengan perumpamaan yang digunakan kerana saya fikir perumpamaan sedemikian menggambarkan bahawa pihak atau golongan tertentu itu terlalu teruk, hina dan jahat sehingga layak digambarkan sedemikian.

3. Saya maklum perumpamaan sebegini sering digunakan oleh sesetengah pihak terhadap kaum tertentu. Namun, saya secara peribadi tidak menyokong tindakan dan perbuatan serupa ini kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan apatah lagi dalam usaha menjalin perhubungan yang lebih baik antara kaum. Letakkan diri kita ditempat mereka, maka kita akan tau betapa sakit dan terhirisnya perasaan kita apabila diperlakukan atau dikata sedemikian.

4. Ingatlah bahawa apabila kita mahu orang lain menghormati kita maka kita juga perlulah terlebih dahulu berkelakuan dengan perilaku yang boleh menyebabkan orang lain menghormati kita. Jika tidak, kita hanya akan mengundang perasaan benci dari pihak yang kita pandang rendah itu tadi. Sebab itulah maka kita sejak kecil diajar untuk berbudi bahasa. Hanya dengan berbudi bahasa saja lah baru kita boleh merapatkan jurang perbezaan kaum di negara majmuk seperti Malaysia ini. Hormati agama, budaya dan adat resam kaum lain dan percayalah, mereka juga akan menghormati agama, adat resam dan budaya kaum kita.

5. Janganlah hendaknya hanya kerana kita pernah mendengar orang lain menyebut perkataan atau perumpamaan yang sedemikian maka kita juga meniru perbuatan tersebut tanpa berfikir akan kesan dan natijahnya kepada seluruh suku bangsa kita. Saya yakin, ini bukan amalan rakyat dan masyarakat Kota Belud kerana orang Kota Belud adalah orang-orang yang berbudi bahasa dan sentiasa menghormati pihak lain meskipun pantang dipijak.

wassalam.

pendekarwati said...

saya terkilan dengan komen SA8AH.. masih jugak ada orang yang berfikiran perkauman yang outdated!!

Belum Pendekar... saya menghargai pemikiran saudara.. jikalau semua berfikiran sebegitu... Malaysia akan maju...dan makmur

pendekarwati said...

Salam Kelapa Mawar,

Fikirkanlah sejenak..Kenapa Samy belum lagi bersedia untuk melepaskan jawatan beliau??

Mungkin tidak ada pelapis?? Dan jika dilepaskan begitu sahaja mungkin apa yang berlaku di MCA juga akan berlaku??

Boleh BARISAN NASIONAL menghadapi satu lagi episod pertelingkahan diantara saru sama lain...

Hanya untuk renungan bersama..

Unknown said...

harap kelapa mawar delete komen blogger SA8AH. komen itu amat tidak baik! tidak menggambar level intelek seorang blogger!

BELUM PENDEKAR said...

Salam PENDEKARWATI,

Saya menghargai penghormatan saudara terhadap pandangan kerdil saya. Saya cuma menyatakan apa yang saya fikir dan rasa bila membaca komen yang sedemikian.

Saya fikir, saya juga wajar memberi penghargaan yang sama kepada saudara PENDEKARWATI serta saudara MUSLI kerana berkongsi perasaan dan pemikiran yang sama dengan saya terhadap perkara seumpama ini.

Salam Hormat.

Kota Belud Ku said...

Salam KM dan semua..

kita minta dgn rasminya supaya sdr SA8BAH bertindak rasional dengan membuat kenyataan apa yg sebenarnya dimaksudkan oleh beliau..


kita tunggu penjelasan tuan yg empunya sebelum kita membuat kesimpulan..

watasikadi said...

saya sokong sepenuhnya komen SA8AH.kadangkala realiti dunia sebenar harus diterima. jangan cuba menutup hakikat demi sesebuah kepentingan.. hakikat tetap hakikat. belum rasa belum tahu..hidup SA8AH!!

pendekarwati said...

Saudara Watasikdi,

Memang benar realiti dunia perlu diterima, tetapi kalau boleh dibuat dengan cara yang baik... mengikut ajaran yang baik, apa salahnya??

Saya rasa ini bukan sahaja kepentingan seseorang atau segolongan...Ini adalah untuk kepentingan bersama..

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Pendekarwati,

Biarkanlah orang mcm Watasikadi ni.. tidak perlu dilayan kerana memang sesetengah orang terlalu daif untuk melihat kebaikan. Begitulah kalau hati dan perasaan telah dibutakan oleh sifat negatif dan mementingkan diri sendiri. Barangkali kalau terkena batang hidung sendiri baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah.