Sunday, April 18, 2010

Benarkah Zaid Ibrahim adalah aset terbaru kepada DSAI..?


Kata Mantan PM, Tun Dr. Mahathir ketika mengulas tentang PRK hulu Selangor bahawa rakyat harus tidak melihat kepada 'calon' tetapi melihat kredibiliti parti, kerana kata beliau, calon yang baikpun jika parti tidak baik maka calon tersebut tidak akan boleh berbuat apa-apa.




PM Datuk Seri Najib ketika berada di AS juga menyatakan bahawa beliau terpaksa dan bertindak berani membuat keputusan yang sukar untuk masa depan negara. Walaupun kenyataan ini berkaitan dengan 'keberanian' DSN merangka dan melaksanakan MEB menggantikan DEB yang banyak menimbulkan kontrovesi sama ada di kalangan bukan melayu dan juga orang melayu sendiri. Namun, kenyataan "membuat keputusan sukar' itu juga ditafsirkan oleh kebanyakan pemerhati politik sebagai berkaitan dengan PRK Hulu Selangor. Begitu sukar DSN memilih Kamalanathan yang merupakan ketua penerangan MIC dengan menolak calon pilihan presiden MIC Datuk Samy Vellu yang tercedera ketika penamaan calon ekoran terjatuh dan melanggar kawat berduri bersama Datuk Shafie Afdal yang turut sama mengalami kecederaan kecil di siku.



Kata TPM Tan Sri Muhyuddin pula, kerana atas kehendak akar umbi dan menepati konsep calon 1Malaysia,maka Kamalanathan dapat mengenepikan G.Palanivel, calon pilihan Samy Vellu. Kata Muhyiddin lagi, kemenangan BN di Hulu selangor lebih penting daripada kemenangan individu. Calon Bebas V.S. Chandran dari MIC juga telah dipecat dari parti itu kerana bertindak mencalonkan diri.Ramai juga yang menjangkakan PRK Hulu Selangor adalah cerminan kepada PRU13 yang akan datang. Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pula menyifatkan bahawa BN perlu menang di Hulu Selangor untuk mengembalikan kestabilan politik di negara ini. Berikutan dengan itu tanggapan para pelabur akan bertambah baik terhadap negara.




Di pihak pembangkang, keputusan PKR mencalonkan Zaid Ibrahim dilihat sebagai meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri. sebelum ini PKR begitu lancang mengkritik UMNO keran meletakkan beberapa calon yang 'rendah moral' kerana terlibat dalam beberapa slandal rasuah dan politik wang. Kini 'ludah' itu terpercik ke muka DSAI apabila meletakkan Zaid Ibrahim yang dikatakan pernah melakukan skandal yang sama ketika dalam Umno. Malahan dunia blog begitu rancak dengan isu 'kaki' botol yang dikaitkan dengan Zaid Ibrahim. Seorang peguam yang berjaya, bersikap liberal dan dilaporkan pernah bersengkang hujah dengan PAS dalam perlaksanaan Hukum Hudud. Ketika mengulas isu kaki botol itu menyatakan bahawa ia adalah isu lama dan sebagai manusia biasa, dia tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan dia telahpun memohon ampun kepada Allah atas kesilapan itu.




Jika bersandarkan kepada komposisi kaum di Hulu Selangor..ada kemungkinan Datuk Zaid akan meraih sokongan yang lebih..tetapi itu bukanlah menjadi asas kepada kemenangan itu. Kerana tindakan SPR memindahkan 13,488 pengundi di kawasan lain telah menjadi isu besar kepada PKR. Bagi BN, ia juga menjanjikan laluan yang sukar kerana penolakan pencalonan G.Palanivel juga akan mempengaruhi sokongan pengundi MIC di kawasan itu.



Penduduk Hulu selangor begitu penting dalam landskap politik kedua-dua parti BN dan PR.Kerana keputusan mereka adalah lambang kepada keutuhan dan kesempurnaan politik dan agenda BN dan PR. sejauhmana PRK Hulu Selangor menjadi cerminan kepada PRU13..? Bersama kita tunggu pada 25 April ini.

7 ulasan :

palingberani said...

KM..

itu cerita di Hulu selangor..sedangkan di KB mungkin akan PRK juga di usukan..

kalau ada PRK tentu ia juga cerminan PRU13 di sabah.

dengar khabar Musli Oli akan bertanding di usukan kali ini. cerita ini hangat di perkatakan di restoran kota raya.

Idahan said...

Alahai KM..

apalah sangat relevannya isu PRK di HS ni dgn percaturan politik di negara ini..kerana PRK di Sibu pun ada juga..DAP dgn BN lah pula..

Sdr palingberani..

betulkah ada PRK di Usukan?

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
InsyaAllah....calon BN En. Kamal akan memenangi kerusi P.94 Hulu Selangor dengan bantuan Sdra Alan dan Sdra Nathan...serta 64 ribu pengundi.

kelapa mawar said...

sdr palingberani..

makasih atas kunjungan sdr..semoga sdr kembali aktif menulis..

kelapa mawar said...

Sdri Idahan..

PRK di Sibu antara DAP dan BN..mungkin ada signifikan dgn iklim PRK di Sabah.

kelapa mawar said...

Sdr Rojokobog..

ma kasih atas komen sdr ini..sama-sama kita tunggu..kerana khabarnya PKR sedang mengunakan jentera secara optima utk mengekalkan kerusi di hulu Selangor.

kelapa mawar said...

aswancc..

ma kasi kerana turut serta dalam perbincangan ini..ada benarnya ahli Umno kecewa kerana calon pilihan mrk Muhd.taib tidak dicalonkan.