Monday, October 25, 2010


Keputusan BN negeri sebulat suara meletakkan harapan di pundak balu Datuk Edmund Chong Ket wah, Datin Linda Tsen Thau Lin merangkap timbalan wanita PBS kawasan Elopura dianggap oleh ramai pemerhati politik sebagai 'memasuki zon selesa'. Ini berikutan kepada hasrat BN Sabah untuk mengekalkan kerusi di Parlimen itu. Walaupun tidak mengejutkan, tetapi ia memberi satu dimensi baru dalam landskap politik di negeri bawah bayu ini sebelum menjelang PRU 13 akan datang. Hasrat meletakkan calon yang akrab , bahkan intim dengan Mendiang Datuk Edmund, dilihat sebagai satu strategi mengekalkan Sabah sebagai "fixed Deposit" buat BN sekian kalinya.
Walaupun begitu, keputusan ini dikatakan bercanggah dengan konsep 'tansformasi" Perdana Menteri Datuk seri Najib yang lebih mengutamakan golongan muda untuk dikedepankan. Meskipun begitu, PM dikatakan bersetuju dengan cadangan pimpinan PBS untuk meletakkan Datin Linda sebagai calon di batu sapi.

Berlainan di semenanjung, bilamana dalam beberapa PRK yang lepas, UMNO dan BN meletakkan calon-calon muda untuk merealisasikan slogan transformasi kepimpinan dengan memberi ruang kepada golongan ini. PRK di Galas, misalnya, walaupun ada kemungkinan UMNO meletakkan Tengku Razaleigh ataupun Balu kepada mantan ADUN GALAS, namun UMNO lebih berminat meletakkan setiausaha Umno Gua Musang yang berusia 47 tahun untuk menentang calon PAS. Begitu juga bilamana Najib dikatakan menolak cadangan pencalonan Timbalan Presiden MIC di PRK Hulu Selangor dan memilih calon muda.

Membarisi pencalonan di Batu sapi, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan Ansari Abdullah, ketua cabang Tuaran turut dinamakan oleh PKR sebagai calon mewakili PR pada PRK kali ini. Apa yang menarik perhatian ialah bagi SAPP yang merupakan parti pembangkang di negeri ini mempunyai niat untuk menunjukkan taring apabila meletakkan presiden parti itu. Namun ramai yang beranggapan bahawa politik Datuk Yong Teck Lee bakal menemui penghunjungnya bila mengalami kekalahan pada PRK kali ini. Pun begitu dalam politik semuanya adalah kebarangkalian..dan jika SAPP memenangi hati pengundi cina yang mewakili lebih 30% itu, ada kemungkinan Yong akan menjadi MP Parlimen Batu Sapi, sekaligus akan membenamkan calon BN dan PKR.

Bagi PKR pula Ansari yang merupakan seorang peguam, diletakkan tanggungjawab yang besar teruatama dalam menyelesaikan isu berkaitan tanah yang sekian lama menjadi duri dalam daging penduduk di sekitar kawasan pantai timur. Seperti yang dijangka sebelum ini, bahawa selain isu Autonomi dan 20 perkara , isu rampasan tanah oleh kerajaan dan juga pemberian status tanah akan menjadi isu utama pembangkang dalam PRK kali ini.

namun begitu, ramai yang menjangkakan bahawa BN ada peluang yang besar untuk mengekalkan kerusi MP Parlimen Batu sapi ini. selain daripada kerana pembangkang telah berpecah kepada 2 pola sokongan..calon BN juga dilihat mempunyai keintiman dengan pengundi batu sapi.Sama ada ramalan ini menjadi kenyataan, bersama kita tunggu.

28 ulasan :

ROJOKOBOG said...

Salam Semua,
Jangan dipandang remeh dan mudah setiap gerak kerja semasa PRK Bt. Sapi ini, kepada pemimpin UMNO peringkat Bahagian BT. SAPI menangi lah hati setiap pengundi peringkat akar umbi, hindarkan berlagak dgn kereta-kereta mewah sewaktu berkempen dan jgn berjanji setinggi langit akibatnya PRU-13 nanti kita kecundang dan dirundung malang.

wata samar said...

Saya sokong ROJOKOBOG........

evan medhousky said...

diharapkan pengundi Batu Sapi juga tidak mudah terpedaya dengan janji mana2 parti yang bertanding. buatlah pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan kemampuan dan prestasi calon atau parti.

evan medhousky said...

ramai yang menjangkakan bahawa BN akan dapat mengekalkan kerusi Batu Sapi berdasarkan kelebihan2 yang ada pada BN. tapi kelebihan2 itu masih belum cukup untuk menjamin kemenangan BN di Batu Sapi. sekarang ini PKR telah menggerakkan semua jenteranya ke Batu Sapi, jika BN tidak menunjukkan saingan dari awal, tidak mustahil kekalahan di PRK Sibu berulang di Sabah.

Anak Sabah said...

Kita hanya boleh tunggu dan lihat apa keputusan pengundi Batu Sapi bila PRK itu diadakan nanti.

Hamdan Hadillah said...

This the good thing for BN that their put the widow of the Datuk Edmund in the this Batu Sapi By-election.

Anak Sabah said...

Semua parti tidak sepatutnya rasa angkuh ataupun selesa kerana apa-apa pun boleh berubah.

Hosie Masie said...

Tidak disangka BN akan meletakkan balu Datuk Edmund di PRK Batu Sapi. Apa pun kita mengharap daripada keputusan ahli BN ini akan memberikan satu kejutan pada PRK nanti.

Anonymous said...

BN mungkin mamasuki zon selesa dalam menghadapi piliharaya ini, namun BN jgnlah leka kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku. lakukan yang terbaik untuk memenangi hati rkyat Batu Sapi.

Hosie Masie said...

Datuk Linda merupakan orang asal sandakan kelahiran sandakan ini akan dapat mempertahankan kerusi Perlimen Batu Sapi untuk mengantikan suami beliau yang meninggal dalam kemalangan baru-baru ini. Datuk Linda juga merupakan timbalan wanita PBS kawasan Elopura. Semoga Beliau dapat buat yang terbaik untuk semua.

madd said...

walau pun BN mempunyai peluang yang besar untuk memenangi PRK Batu Sapi, namun BN perlu terus fokus. khidmat kepada rakyat perlu diteruskan...

Unknown said...

zon selesa batu sapi kepada umno belum boleh di garap oleh penganalisa politik. saya akan pergi ke batu sapi untuk membuat liputan media cetak. saya berpendapat, BN batu sapi akan mendapat tentangan hebat dari yong teck lee, atas alasan kaum cina. kenapa umno menurunkan calon mendiang datuk edmund dalam PRK ini, kerna CINA. kenapa buakn timbalan predisen PBS itu sendiri? tapi politik memang sukar di jangka pergolakan nya. saya hanya sebagai pemerhati dari luar sebagai reporter media cetak.

Unknown said...

Betul juga. Kenapa tidak memilih timbalan pengerusi PBS saja sebagai calon? Adakah mereka berfikir jika memilih Datin Linda masyarakat akan mengundi beliau atas belas kasihan terhadapnya? Namun niat datin Linda adalah untuk meneruskan apa yang suaminya telah rancang..

Unknown said...

Harap penduduk Batu Sapi akan membuat pilihan berdasarkan kredibiliti, kepimpinan, pengalaman, dan juga latar belakang setiap pemimpin.

Anonymous said...

walaupun BAtu Sapi sebelum ini dimiliki oleh BN, namun BN jgn leka, kerana pembangkang kini mengatur pelbagai strategi untuk memenangi pilhanraya ini. BN kena bersedia.

azman said...

BN tidak boleh lalai atau berasa selesa..mereka perlu terus bekerja kuat jika ingin mengekalkan sokongan rakyat terhadap BN.

Leo said...

BN harus teruskan usaha mereka untuk mengekal atau meningkatkan lagi sokongan rakyat.

Leo said...

Tidak pasti lagi kalau Datin Linda mempunyai ramai sokongan. Oleh itu, BN tidak harus berasa selesa.

anri said...

salam,

Saya merasakan UMNO/BN dalam keadaan yang sangat kritikal, risau senjata makan tuan.

Undi orang2 Cina terbahagi dua, yakni kepada SAPP dan UMNO/BN.

Andainya Bumiputera Islam bersatu menyokong calon dari Bumiputera Islam calon PKR akan menang majoriti besar.

Masyarakat majoriti Bt. Sapi tahu benar erti perjuangan apatah lagi bab politik.

LIHAT PADA MATA BURUNG

evan medhousky said...

memang ramai yang mempertikaikan calon yang diketengahkan oleh BN terutama sekali dipihak pembangkang. tapi itu adalah pilihan yang difikirkan terbaik dan sudah tentu BN sabah mempunyai alasan untuk itu. kita tunggu dan lihat sejauh mana rakyat Sabah memutuskan pilihan mereka berdasarkan kaum.

Bi said...

Apa yang penting penduduk batu sapi kena betul2 nilai setiap individu yang dicalonkan, kerana ini melibatkan kepimpinan seseorang yang akan memberi kesan kepada penduduk Batu Sapi.

mike said...

ada betul kata2 sdr.ROJOKOBOG..pemimpin BN bahagian bt.sapi harus memenangi hati rakyat dengan mengelak sikap2 negatif seperti angkuh, berlagak dan kata2 manis yang tidak dapat ditunaikan..berilah janji2 yang boleh ditunaikan untuk kesejahteraan rakyat khasnya di bt.sapi.

mike said...

ramai berpendapat bahawa BN akan dapat mengekalkan P185 bt.sapi dalam PRK ini..namun harus diberi perhatian juga kepada SAPP di mana calon mereka merupakan presiden parti yang berpengalaman luas dalam dunia politik sabah..beliau mungkin akan menang sekiranya BN bertindak secara tidak berhati-hati dan menyeluruh..

mike said...

PBS ada alasan yang tersendiri dengan memilih balu mendiang Datuk Edmond..apa pun alasan itu, ianya dilihat mampu memberikan kelebihan kepada BN..apa pun, keputusan di tangan rakyat..pada masa berkempen, datin linda harus menonjolkan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin yang mungkin akan menjadi YB Batu Sapi.

mike said...

kekuatan jentera PKR juga tidak harus dipandang ringan..walau pun dikatakan ada perbalahan dalaman PR berhubung pemilihan wakil mereka di PRK batu sapi tidak semestinya menunjukkan kelemahan mereka..oleh itu BN harus memberikan seratus peratus pada PRK kali ini kerana jika tidak kemungkinan P185 batu sapi akan dirampas antara SAPP atau PR.

mike said...

apa pun, senario politik (peratusan pengundi) pada masa PRU12 harus diambil kira..ini akan membentuk landasan bagi mana2 parti yang bertanding untuk meraih undi..jika tidak dinilai, ditafsir dan sbgnya maka mungkin peluang kemenangan itu akan pudar..inilah yang menjadi fokus kepada semua parti yang bertanding..

watasikadi said...

salam KM,
kesilapan PKR meletakkan calon reject yang tak pernah menang pilihanraya dari zaman berjaya bakal memecahkan undi bumiputera islam di batu sapi, saya optimis menyatakan bahawa batu sapi bakal dimiliki oleh SAPP oleh kerana kesilapan strategi PKR dan PBS. Sepatutnya PBS meletakkan sai kong naib presiden PBS seperti kemahuan akar umbi namun orang atas tidak mahu begitulah juga cerita PKR sepatutnya meletakkan Ahmad Thamrin jaini. dan jika BN mencalonkan UMNO maka sudah pasti kerusi ini milik BN. YTL bakal menggegar jika mendapat hanya 20% undi bumiputera islam dalam PRK ini.

Gopuk said...

Apa yang penting Datin Linda sudah menjadi MP dan bertanggungjawab di batu Sapi, tidak ada yang ingin di katakan lagi.